Penerbangan Sulung Qingdao Airlines Ke Malaysia Selamat Mendarat Di Pulau Pinang

Share

Pulau Pinang bakal menerima kunjungan ramai pelancong dari China dan rakyat Malaysia juga berpeluang melancong ke China menggunakan khidmat penerbangan udara daripada syarikat penerbangan China.


Ini kerana penerbangan pertama Qingdao Airlines, China, yang menggunakan pesawat Airbus A320neo untuk laluan Changsha-Quanzhou-Pulau Pinang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang semalam (29 Oktober) dengan membawa 42 penumpang.

Penerbangan sulung Qingdao Airlines ke Malaysia adalah bersempena dengan ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China pada tahun ini.

Pesawat Changsha-Quanzhou-Pulau Pinang ini akan menjadi penerbangan normal berjadual iaitu setiap Selasa dan Sabtu, selepas ini. Laluan ini pasti akan mempromosikan dan meningkatkan pelancongan serta pertukaran budaya dan ekonomi antara kerajaan, perusahaan, rakyat, termasuk individu di antara China dan Malaysia







Sementara itu, Qingdao Airlines dikatakan akan cuba memulakan lebih banyak penerbangan langsung ke Pulau Pinang dari bandar-bandar lain di China seperti Qingdao, Nanjing, Tianjin dan Nanzhou.

Ok la tu, lepas ini rakyat kita dah ada banyak pilihan penerbangan jika ingin ke China.

Sumber: Bernama

IKLAN