Guangzhou memang terkenal dengan ‘syurga’ beli belah tapi awas, hati-hati dengan taktik penipuan ini.
Ramai peniaga di Malaysia yang ingin memulakan perniagaan kecil-kecilan mereka dengan membeli produk dari China. Namun, penipuan atau scammer yang melibatkan jual beli barang dan duit palsu di sana kian menjadi-jadi. Tersilap langkah, anda boleh kerugian besar dalam urusan jual beli. Menerusi perkongsia seorang wanita rakyat Malaysia di laman sosialnya, dia berkongsi taktik penipuan peniaga di Guangzhou, China untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga.
Penipuan di Guangzhou. (Berhati-hati sebelum terkena)
Ads
Jika di plaza borong, akan ada yang akan jerit “change money, change money”. Tolong jangan tukar duit di situ (duit palsu sangat-sangat banyak).
Kalau ada yang ajak naik ke bilik kebal “go my office”. Jangan ikut kalau berseorangan. Nasib tak baik dia paksa beli, kalau tak beli dia tak bagi keluar dari bilik kebal tu.
Naik teksi pasti seorang duduk di depan. Sebelum bayar tambang teksi pastikan check dulu duit kita. Lepas bagi duit perhatikan tangan driver betul-betul. Kadang-kadang dia tukar duit palsu. Dia akan mintak kita bagi duit lain, pastu dia akan ulang-ulang. (Kalau ada wechat Pay lebih baik) Download Apps Didi (Register guna kad kredit tak pon maybank debit card).
Ads
Kalau di mana-mana plaza borong jumpa orang nak mintak derma buat masjid, jangan bagi. Itu sindikit. Masjid tu tak pernah siap dari 2013.
Lagi satu, kalau jumpa orang nak jual telefon secara sorok-sorok, laptop, atau ipad jangan beli. Nanti dia swap dengan dummy set.
Kalau jumpa orang jual makanan atau manisan macam kuih bepang, jangan tanya banyak-banyak, kecuali jika ingin beli. Kalau dia dah potong wajib beli.
Ads
Naik teksi pastikan dia pakai meter dan mintak resit.
Kalau di plaza-plaza borong ada orang-orang mintak sedekah pastikan jangan bagi banyak-banyak. Nanti mereka datag lagi ramai-ramai.
Di plaza-plaza borong juga nanti ada orang jual paip air, mesin masssage, mancis api, jangan beli sebab banyak barangnya kualiti tak bagus. Harganya juga mahal.
Jangan tukar duit kalau rate yang dia bagi melebihi dari rate semasa. Tinggi chance dapat duit palsu (contoh hari ini rate RM1.65, tiba-tiba dia bagi RM1.70).
Jangan beli telefon yang dijual secara sorok-sorok.
Beli barang kalau tak banyak check depan supplier (lambat asal selamat).
Sikit pesanan peribadi. Beli luggage secukup, jangan tumpang-tumpang luggage orang lain. Kalau terlebih kilogram, tambah luggage kilo di website. Bayar. (kalau tak mahu org mengata). Passport jaga baik-baik jangan sampai hilang.
Jika anda bercadang untuk melakukan aktiviti perkhemahan, pendakian atau memancing di dalam hutan, ‘ilmu hutan’ sangat memainkan peranan penting terutama berkaitan kemahiran untuk kelangsungan hidup sekiranya berlaku tragedi ‘kecemasan’ berdepan dengan haiwan liar, sesat atau sebagainya kepada diri sendiri.
Ini perkongsian sumber daripada Segamat Outdoor World beberapa ilmu asas hutan untuk semua wajib tahu.
1. Lumut Taik Kera
Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun atau sungai (seperti kes saya di Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda-benda bercahaya warna hijau.
Benda yang bercahaya itu ialah lumut tahi kera, bila siang tak nampak apa-apa, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Menariknya, lumut ini hanya tumbuh di denai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat ikut je laluan ini pada waktu malam, insyaAllah tak langgar pokok.
2. Ular tedung
Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut, stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah acah bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan-lahan. Tip belajar daripada orang asli.
3. Kera / lutong dan spesis yang sama
Spesis kera tak akan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang dan hayunkan pada kera tersebut baru lari (rasionalnya, ranting dan daun yang kembang itu nampak lagi besar dari sebatang ranting) – Tip belajar daripada askar.
4. Harimau
Kalau ingin memancing dalam hutan,sedang dalam hutan itu bunyi penuh dengan unggas serangga, tiba-tiba hutan itu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan tengah menghendap, terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi ‘diam’, kemudian disusuli dgn bau hamis, confirm harimau. Apa lagi, bagi letup satu mercun bola la. – Tip belajar daripada orang asli.
5. Beruang madu
Hutan paya di Malaysia banyak beruang madu (yang kecik itu, sekerat pinggan dengan dada warna oren),kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti mahu kejar beruang tersebut, automatik beruang itu akan lari. – Tip belajar daripada orang asli.
6. Kepala air
Kalau ingin lakukan aktiviti berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah di tepi air. Buat dibahagian /kawasan yang pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu itu hilang, maknanya air tengah naik la..- Tip belajar dengan kaki pancing.
7. Tanda-tanda kepala air
Kalau hujan di hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda-tanda lain yang kita perlu lihat ialah kehadiran buih-buih putih di tempat tak berbuih (kalau kat tempat air jatuh for sure ada buih).
Maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tiba-tiba ada buih-buih halus timbul. Itu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. Kemudiaan akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna oren, coklat dan lain-lain. Biasanya perubahan ini sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang. Kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa, dari kejauhan sudah dengar.
8. Nak masak air
Jangan ambil air di tepi sungai, amik di tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rasionalnya tikus, rusa, kancil, babi kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing itu ke tebing. So, amik yang tengah-tengah. – Tip belajar daripada askar.
9. Binatang besar
Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya seperti harimau, gajah, badak, seladang dan lain-lain. Kalau dari jauh dengar bunyi kera akan terlebih dahulu buat bising., tentu ada binatang besar tengah lalu. – Tip belajar dengan orang asli.
10. Makan makanan yang dimasak cotoh ikan bakar dan lain-lain
Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ini akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. – Ini belajar dengan kaki pancing lain.
11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang
Biasanya, abila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dan lain-lain) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. – Tip daripada pengalaman sendiri.
12. Hutan yang bising
Bunyi hutan dan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Apabila suasana hutan tersebut sepi, mesti ada sesuatu yang tidak kena. – Tip daripada orang asli.
Ok, masuk bab amalan buka khemah (Rule & system)
1. Cari kanopi yang masih hijau
Bila dah tentukan nak berkhemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yang masih hijau. Risiko kena hempap ranting dahan abila angin kuat rendah.
2. Ketinggian dari paras air
Bila dah tentukan mana bahagian yang lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang-kurangnya 4 kaki dari aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah di situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok-pokok rendah dan renek macam pokok senduduk, itu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kawasan yang pokoknya besar-besar.
3. Tentukan laluan / denai di dalam radius kawasan 20 meter dari khemah.
Jangan buat khemah di dalam laluan denai, sebab laluan denai bukan untuk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. Nanti ada seladang tumpang tidur sekali.
4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok-pokok renek.
Pakai ranting pokok, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, maka risiko terkena sengat lipan, kala jengking dan lain-lain akan berkurang.
5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning.
6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah secara menghadap /berhadapan dan unggun api berada di tengah.
7. Dalam nyalaan unggun api itu, standby dengan beberapa batang kayu panjang.
Kalau boleh, sesuai dengan jumlah orang yang ikut camping tersebut. Apabila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi capai la kayu yang ada api ini sebagai senjata, parang pisau binatang tak takut. Api? confirm lari.
8. Kalau ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau juga takut-takut ada binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dengan tali tangsi disambung dengan loceng. Apabila ada yang terlanggar je tali tu, loceng akan berbunyi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kesemua Majlis Agama Islam Negeri dan Agensi Mengurus Zakat mengoptimumkan kaedah pembayaran zakat fitrah secara dalam talian bagi memudahkan pembayar menunaikan kewajipan dengan lebih pantas dan selamat.
Mekanisme pelaksanaan ini akan diselaras sewajarnya sesuai dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berkuat kuasa. Orang ramai boleh merujuk laman sesawang Majlis Agama Islam negeri masing-masing untuk mengetahui mekanisme pembayaran zakat fitrah secara dalam talian dengan lebih lanjut.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selalunya kalau kita berpeluang travel atau singgah di mana-mana tempat yang menarik, pasti kita ingin merakam gambar kenangan secantik dan sebaik mungkin. Lagi-lagi kalau anda seorang wanita, gambar mesti nampak kurus, tirus, ramping dan macam-macam gaya yang boleh nampak ‘elok’ di mata umum.
Namun tidak buat wanita bernama Stephanie Leigh Rose ini. Dia ingin membuat kelainan dalam setiap foto yang dibidik dengan gaya sedang ‘mati’ di setiap lokasi menarik yang dijejak.
Menarik dan kreatif juga gaya dan aksi si Stephanie ini hasilkan. Mana tahu lepas ini, gaya sebegini menjadi ikutan dan tular buat orang ramai yang inginkan kelainan.
Dia juga sempat merakam kenangan di hadapan bangunan ikonik yang musnah terbakar baru-baru ini. Jom lihat gambar-gambar yang dikongsinya dalam media sosial miliknya yang kini memiliki hampir 54.6k pengikut tersendiri.
Macam mana, menarik tak? Libur rasa ada yang tiru aksi-aksi ini nanti. Silap-silap jadi ‘trend’ akan datang. Yang rasa nak terkenal cepat boleh la ambik idea kreatif macam ini untuk tontonan ramai 🙂
Kalau anda jenis suka lepak lama sambil borak kosong, buat kerja atau sekadar tenangkan kepala dengan secawan matcha atau kopi, Shah Alam memang ada...