
Semua penumpang Malaysia Airlines dikehendaki untuk membawa dan memakai topeng muka mereka sendiri berkuat kuasa 23 April, 2020, di lokasi seperti daftar masuk, menaiki kapal terbang, di kabin pesawat, pengeluaran dan pengambilan bagasi semasa ketibaan untuk mengurangkan penularan COVID-19.
- Keperluan ini terpakai kepada semua penumpang (tidak termasuk bayi) yang melakukan perjalanan dalam semua penerbangan domestik, antarabangsa dan sewa khas Malaysia Airlines, untuk memastikan keselesaan dan kesejahteraan setiap penumpang dan petugas syarikat penerbangan.
- Malaysia Airlines tidak akan menerima penumpang yang tidak mempunyai/memakai topeng muka semasa mendaftar masuk dan menaiki pesawat, katanya.
- Bagi keselesaan penumpang, terutamanya dalam penerbangan jarak jauh, anda dinasihatkan untuk membawa topeng muka tambahan dan cecair pembasmi kuman tangan untuk kegunaan sendiri.
- Penumpang turut diingatkan untuk menghormati ruang peribadi orang lain dan memerhatikan jarak sosial jika diperlukan serta mematuhi langkah-langkah keselamatan lain dalam proses sebelum berlepas dan ketibaan untuk memastikan anda mendapat perjalanan yang selamat. Keselamatan penumpang dan kakitangannya amat penting kepada Malaysia Airlines.
Malaysia Airlines requires all passengers to wear a face mask on all flights. Find out more: https://t.co/bQZAB0SRdV pic.twitter.com/rbMHf513ax
— Malaysia Airlines (@MAS) April 21, 2020
Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Promosi Tiket AirAsia RM12 Je! Menarik Ni Untuk Cuti-Cuti Malaysia Hujung Tahun

Ada yang dah mula mencari tiket penerbangan percutian dalam Malaysia hujung tahun ke tu? Dicadangkan sangat untuk anda terjah tiket promosi yang dilakukan AirAsia.

Promosi tiket murah AirAsia! Tambang penerbangan seredah RM12 sehala dan RM24 pergi dan balik! Tempoh promosi bermula sekarang hingga 19 Januari 2020. Tempoh penerbangan bermula bulan 5 Oktober 2020 hingga awal 28 April 2021. Tempah segera melalui aplikasi atau laman rasmi AirAsia dengan segera!
Berikut senarai harga sempena promosi AirAsia kali ini!
Promosi tiket penerbangan domestik AirAsia serendah RM12 sehala dan RM24 pergi dan balik!
KUL – Langkawi – KUL: RM24
KUL – Kuching – KUL: RM24
KUL – Penang – KUL: RM24
KUL – Alor Setar – KUL: RM24
KUL – Kota Bahru – KUL: RM24
KUL – Kuala Terengganu – KUL: RM24
JHB – Ipoh – JHB: RM24
JHB – Penang – JHB: RM24
JHB – Langkawi – JHB: RM24
KCH – Sibu – KCH: RM24
KCH – Bintulu – KCH: RM24
KCH – Miri – KCH: RM24
KCH – Kota Kinabalu – KCH: RM24
BKI – Tawau – BKI: RM24
BKI – Sibu – BKI: RM24
BKI – Sandakan – BKI: RM24
BKI – Bintulu – BKI: RM24
BKI – Miri – BKI: RM24
image via google | FB AirAsia
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Geng BBM Senaraikan Port Wajib Dikunjungi, Buat Kaki Shopping Barangan Murah & Jenama Di London

London antara destinasi membeli belah yang sangat popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara.
Selain berpeluang menyaksikan keindahan dan keunikan bangunan lama yang masih kukuh binaannya, bab shopping terutama barangan berjenama jadi matlamat utama mereka yang berkunjung ke sini.
Ada beberapa tempat wajib kita kunjungi jika berpeluang ke kota London yang juga terkenal dengan jolokan kota fesyen dunia.
Perkongsian salah seorang sahabat di Grup Backpackers Buddies Malaysia Pakcik Bidin memberitahu beberapa tempat tumpuan kaki shopping di London.
Tempat Tumpuan Shopping Di London
Kebanyakan visitors akan terjah 𝗢𝘅𝗳𝗼𝗿𝗱 𝘀𝘁𝗿𝗲𝗲𝘁 & sasaran utama ialah 𝗣𝗿𝗶𝗺𝗮𝗿𝗸. Sebab harga yang berpatutan bersesuaian dengan quality. Walaupun Primark berdekatan underground 𝗧𝗼𝘁𝘁𝗲𝗻𝗵𝗮𝗺 𝗖𝗼𝘂𝗿𝘁 𝗥𝗱 lebih besar, 4 tingkat, selesa & ruang menunggu ada di dalam, ramai masih serbu cawangan berhampiran Marble Arch yang hanya 2 tingkat & sentiasa 𝗽𝗮𝗱𝗮𝘁.

Kesian para suami no choice, terpaksa menunggu luar bangunan kat kaki-lima. Siap ada macam ‘ledge’ untuk dijadikan temapt duduk. Lain-lain store yang mungkin jadi tarikan di Oxford Street adalah Selfridge, Debenhams, GAP, H&M, M&S, & Forever 21 antara lain.





Yang hendak berjimat, tapi masih nak barangan branded original, akan ke 𝗕𝗶𝗰𝗲𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗩𝗶𝗹𝗹𝗮𝗴𝗲. Naik train Chiltern Railways dari Marylebone station, 45 minit sampai. Di Bicester Village barang branded, tapi bukan yang latest lah. Color, saiz mahupun design, bukan semua boleh dapat, tengok nasib. Barangan di sini boleh dikatakan, previous² season design. Tak kisahlah, jika kasut ladies Clark bleh dpt £20, rembat dulu.

Yang mereka betul-betul nak value for money & boleh tawar-menawar, kena pergi 𝗖𝗮𝗺𝗱𝗲𝗻. Make a point pergi weekdays, sebab weekends tempat ini padat & sesak gila. Di Camden Market terdapat gerai-gerai ala pasar malam. Barangan more towards budak-budk hingga mid-age.

Yang have-have & pura-pura have-have, akan visit 𝗛𝗮𝗿𝗿𝗼𝗱𝘀. Sini harga barangan yahudi walaupun tokey nya Arab. Nak beli ‘𝗦𝗵𝗼𝗽𝗽𝗲𝗿 𝗕𝗲𝗴‘ Harrods yang kaler hijau/gold pun dah £20-25. Tak kisahlah, bag plastik PVC aje pun, janji ada satu, tanda kita dah jejek kaki di sana.


Actually yang betul-betul berduit, your shopping area sepatutnya along 𝗥𝗲𝗴𝗲𝗻𝘁𝘀 𝘀𝘁𝗿𝗲𝗲𝘁. Sini bersusun kedai branded international, masuklah one after the other. Satu hari pun, tak habis pusing. Untuk hipsters, lawatlah kedai-kedai di 𝗖𝗮𝗿𝗻𝗮𝗯𝘆 𝘀𝘁𝗿𝗲𝗲𝘁, belakang Regents Street untuk pakaian-pakaian luar mainstream fashion.


Yang super rich (tak semestinya), 𝗟𝗶𝗯𝗲𝗿𝘁𝘆 is your place. Dikatakan sini barangan standard 𝗤𝘂𝗲𝗲𝗻 𝗘𝗹𝗶𝘇𝗮𝗯𝗲𝘁𝗵. Kain ela memang cantik-cantik, sentuh pun terasa quality dia. Precision printing, bahan coloring berquality, kain yan lembut. Sekeping untuk buat blouse mahu at lest RM400+. Kita yang lelaki tengok and rasa fabric, pun terpegun. Barang-barang lain yang di jual sini, harga dia yahudi pun nangis.

Jadi, average 𝗟𝗼𝗻𝗱𝗼𝗻𝗲𝗿𝘀 shopping mana? …… 𝗪𝗘𝗦𝗧𝗙𝗜𝗘𝗟𝗗. Terdapat satu cawangan di Shepherd’s Bush berhampiran dengan Shepherd’s Bush underground. Westfield ini macam Mid Valley, banyk stores dalam satu bumbung, Primark pun ada. Barangan all ages terdapat di sini. Try lah pergi, kedai makan halal & masjid ada around area ini.

Lastly, ada 2-3 shopping mall di 𝗖𝗮𝗻𝗮𝗿𝘆 𝗪𝗵𝗮𝗿𝗳. Yes, the hub of commercial activity in UK pun ada tempat shopping. Kami pergi sana nak tengok the ‘night lights’ and was surprised jumpa mall-mall. Infact, after office hours, kedai-kedai tak ramai orang, so shopping dengn selesa & tenang. ‘𝗝𝘂𝗯𝗶𝗹𝗲𝗲 𝗣𝗹𝗮𝗰𝗲 𝗿𝗲𝘁𝗮𝗶𝗹‘ is adjacent to Canary Wharf underground.


Artikel Berkaitan:
Bajet RM620 Untuk 4H3M Staycation Pulau Besar Mersing. Piihan Terbaik Layan Percutian Di Selatan!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jualan Kraf Negara Merosot Akibat COVID-19. Jom La Kita Bantu Beli Hasil Kraftangan Malaysia!

Sebelum ini jika berkesempatan melancong ke negara luar terutamanya negara Asia, pasti anda berlumba-lumba untuk membeli barang-barang kraftangan mengikut identiti negara tersebut bukan?
Tahukah anda wahai rakyat Malaysia sekalian, bahawa negara kita juga mempunyai hasil kraf yang sangat cantik, berkualiti dan paling penting harga yang ditawarkan cukup berbaloi. Ramai pelancong luar sebelum ini yang begitu kagum dengan hasil kraf kita. Namun disebabkan wabak pandemik, nilai jualan kraf negara tahun ini dicatatkan pada RM182.7 juta, jauh merosot berbanding RM519.7 juta tahun lepas.
Kraftangan Malaysia sedang giat melaksanakan pelbagai program dalam usaha membantu usahawan kraf tempatan menghadapi situasi ekonomi yang amat mencabar ketika ini. Di antara usaha ini termasuklah Program Pembangunan Kemahiran Komuniti yang dilaksanakan di bawah Inisiatif Pembangunan Kemahiran Dan Peningkatan Kemahiran, dalam usaha membangun dan memperkasa komuniti kraf bagi melibatkan diri secara langsung dalam perusahaan kraf, untuk menjana pendapatan utama atau sampingan.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri, kemerosotan jualan ini berlaku berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara ini sejak awal tahun ini. Dengan adanya pelaksanaan program membantu usahawan kraf tempatan diharap dapat membantu kumpulan sasar, iaitu belia dan beliawanis, asnaf, golongan B40 (bandar dan desa), masyarakat Orang Asli, etnik Sabah dan Sarawak, kumpulan rentan (ibu tunggal, orang kurang upaya dan warga emas) serta penganggur. Sebanyak 47 projek dengan 159 aktiviti makmal kemahiran kraf di seluruh negara, telah dan bakal berlangsung bagi tempoh empat bulan.
Program ini memfokuskan kepada empat inisiatif, iaitu pembangunan produk, pembangunan komuniti, pasaran dan promosi serta komunikasi pasaran bersepadu, yang terbuka kepada seramai 3,720 orang kumpulan sasar merangkumi bidang kraf tekstil, hasil rimba, hasil logam, hasil tanah dan aneka kraf.
Buat rakyat Malaysia, mari membantu dan menyokong dengan membeli barang kraf negara kita.
image via google | Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI