
Duit boleh dicari namun keseronokan tidak dijual beli. Apa tah lagi keseronokan ini dirasai saat berkumpul bersama kawan-kawan menikmati pemandangan indah dari atas bukit.
Bagi yang mencari kelainan bercuti dan mahukan resort mewah, bolehlah mencuba penginapan di Woodhouse Retreat yang terletak di Kuala Kubu Bharu ini.
Hanya sejam perjalanan dari Kuala Lumpur, bagi yang idamkan percutian dengan pemandangan hutan yang menenangkan, di resort ini korang akan nikmati semua itu. Malah ia juga sangat sesuai untuk staycation bersama keluarga, rakan dan paling tidak datang seorang.
Di Woodhouse Retreat, ada dua jenis penginapan boleh dipilih iaitu Twilight Villa dan Sky Villa di mana 10 orang boleh muat dalam satu-satu masa. Terletak di atas bukit yang dikelilingi alam semulajadi, pemandangan bukan saja indah pada waktu pagi tapi juga saat matahari terbenam.
Ada pelbagai kemudahan disediakan di sini antaranya board game, archade game serta tempat santai yang boleh lepak pada bila-bila masa. Lebih seronok, setiap villa dilengkapi kolam renang persendirian. Waktu malam korang boleh buat unggun api. Harga bagi penginpan bermula dari RM1000 ke atas.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wah! ‘Premium Outlet Perak’ Bakal Dibuka Di Batu Gajah Hujung Tahun Ini

Minggu lalu tular di media sosial gambar-gambar lokasi Premium Outlet Perak’ yang hampir siap dan bakal menjadi tarikan baharu di Batu Gajah kerana dikelilingi dengan keindahan tasik dan pokok semulajadi.
Kemunculan destinasi membeli-belah terbaru itu bakal menjadi satu lagi mercu tanda di kawasan destinasi pelancongan di Lembah Kinta, Perak dengan menawarkan pengalaman membeli-belah berteraskan pusat pelancongan.
‘Silverlakes Brand Village Outlet’ nama yang diberikan untuk ‘Premium Outlet Perak’ ini merupakan gedung beli-belah berkonsepkan alam semulajadi yang dikelilingi tasik ini adalah pertama seumpamanya di Malaysia, dijangka dibuka pada akhir penghujung tahun ini.
Dibina di atas kawasan seluas 13.35 hektar dengan keluasan 37,161 meter persegi, lokasi Silverlakes Brand Village Outlet sangat strategik terletak di Wilayah Tengah Semenanjung dan berada hanya 10 minit dari simpang susur keluar Simpang Pulai, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
Malah, ia juga terletak berhadapan dengan perkhidmatan stesen KTMB Batu Gajah yang menawarkan akses mudah dari Lembah Klang dan Pulau Pinang, sekali gus menawarkan kaedah pengangkutan terbaik bagi masyarakat tempatan dan pelancong.
Pelan pembangunan Silverlakes dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pertama melibatkan pembinaan Silverlakes Brand Village Outlet disusuli dengan projek pembinaan hotel dan kediaman. Selain itu terdapat pelbagai kemudahan lain untuk pengunjung termasuk perkampungan kartunis terkenal negara, Datuk Lat bakal dibina. Manakala fasa kedua melibatkan pembangunan kawasan kediaman mewah dan moden iaitu rumah bandar (townhouse), kediaman berlaman dan vila tepi tasik meliputi 115 ekar dengan panorama tasik yang indah.
Disebabkan kewujudan berhampiran Taman Alam Kinta, ramai yang khuatir akan menjejaskan kawasan taman burung yang dilaporkan menjadi habitat kepada lebih 150 jenis burung air. Namun kerajaan negeri menegaskan, kenyataan itu adalah tidak berasas. Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata pembinaan premium outlet itu diyakini tidak memberi kesan kepada taman burung berkenaan kerana secara teknikal ia terletak agak jauh dan bukannya terletak bersebelahan. Beliau berkata tidak ada isu yang bakal ditimbulkan berikutan pelan pinta ukur dan kebenaran merancang pembangunan projek swasta itu diluluskan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Penduduk di Perak mesti sudah tidak sabar-sabar lagi untuk membeli-balah di sini bukan?
Foto: silverlandcapital.com | Sumber: Bernama
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bestnya Kerja Di Finland. Hanya 4 Hari Seminggu, 6 Jam Sehari

Finland merupakan salah sebuah negara Scandinavia yang terletak bersebelahan dengan negara Sweden, Norway juga Denmark. Negara terkenal untuk melihat aurora dan pengeluar jenama telefon paling popular satu ketika dahulu iaitu Nokia mempunyai tarikkan tersendiri dan dicemburui.
Terbaru, Finland merancang memperkenalkan waktu bekerja empat hari seminggu dan enam jam sehari di bawah pelan baharu. Idea tersebut dicadangkan Perdana Menteri, Sanna Marin yang berhasrat untuk memperkenalkan waktu bekerja fleksibel tersebut di seluruh negara.
Perdana Menteri kedua paling muda di dunia itu mengemukakan idea tersebut kerana mahu golongan pekerja menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga masing-masing.
"Saya percaya setiap orang berhak luangkan masa dengan keluarga dan insan tersayang dalam hidup mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti dan aspek kehidupan seperti budaya secara bersama. Ini boleh menjadi langkah seterusnya dalam kehidupan bekerja," ujarnya.
Ibu kepada seorang anak itu dilantik memegang jawatan Perdana Menteri pada Disember 2019 dan memimpin kerajaan pakatan haluan sederhana bersama lima parti lain yang dipimpin wanita. Sementara itu, Menteri Pendidikan, Li Andersson yang memimpin Perikatan Kiri turut bersetuju dengan idea tersebut.
Waktu bekerja lebih pendek pernah dilaksanakan beberapa negara termasuk Sweden yang menetapkan tempoh bekerja enam jam sehari yang berkuatkuasa sejak 2015. Keputusannya menunjukkan pekerja lebih gembira dan produktif kerana mereka dibayar gaji penuh.
Sumber: Sinar Harian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Musim Bunga Bluebell Di England Jadi Bualan Hangat Netizen Di Sana. Cantik Teruk Ya!

Fenomena alam memang penuh dengan rahsia. Seperti di negara kita, negara luar juga tidak terlepas menerima beberapa keunikan tersendiri sewaktu peralihan cuaca sekitar. Di kawasan pedalaman England, Panorama indah yang dipenuhi bunga mekar menggamit pandangan masyarakat tempatan dan pelancong luar.
Hamparan bunga bluebell berwarna biru keunguan cerah itu memenuhi kawasan berbukit Clent Hills di Midlands, England dan sekitarnya.
Pemandangan indah ini dirakam ramai netizen baru-baru ini sehingga tular dan menjadi buah mulut ramai. Pokok bunga bluebell adalah tumbuhan liar yang biasanya mekar dari pertengahan April hingga Jun. Bagaimanapun pada tahun ini bunga bluebell ini mekar lebih awal dan banyak berbanding biasa ekoran ketibaan musim bunga yang agak panas. Jika di Malaysia, peralihan cuaca juga akan menyebabkan beberapa fenomena menarik seperti jerami ala Texas, bunga ala sakura dan rumput menghijau New Zealand.
Ramai yang bercakap-cakap mengenai pemandangan cantik yang mereka lihat ini mengingatkan pengunjung kepada hasil seni pelukis legenda Perancis, mendiang Monet bertajuk Water Lilies.
Pengunjung mengambil kesempatan untuk merakam detik indah di sini bersama ahli keluarga, haiwan peliharaan, gambar perkhawinan dan juga iklan komersial.
View this post on InstagramA post shared by Genuine Britain (@genuinebritain) on
View this post on InstagramA post shared by Simon Lea (@simonleaphotography) on
View this post on InstagramA post shared by Tulsy (@tulsy.to.a.t) on
View this post on InstagramA post shared by Prettyshots_UK (@prettyshots_uk) on
View this post on InstagramA post shared by Julita Bombita (@julita_bombita) on
Jika anda teringin untuk menikmati pemandangan indah ini dan merakam gambar kenang-kenangan, boleh la terbang ke England.
Sumber: Dailymail
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI