Kalau masih bmencari homestay menarik di Danga Bay, boleh cuba Nest Home iaitu sebuah koleksi homestay pelbagai unit yang menyediakan penginapan untuk percutian anda.
Setiap unit di Nest Home mempunyai tema dan muatan yang berbeza. Jadi, anda bolehlah memilih mengikut kesukaan anda.
Homestay Menarik di Danga Bay Johor
Nest Home terletak di Country Garden, Danga Bay. Kemudahan seperti kedai makan, dobi, pasaraya dan lain-lain memang tersedia di sini. Kolam renang dan taman permainan juga ada.
Nest Home terdiri dari beberapa unit apartment dari studio ke 3 bilik tidur. Setiap unit di sini juga dilengkapi dengan WiFi percuma, penghawa dingin, ruang makan dan dapur yang selesa dan lengkap.
Ads
Rumah Ada Tema
Apa yang menarik tentang Nest Home ialah dekorasi unit-unit di sini yang mengikut tema.
Ads
Ada yang mengikut tema pantai, tema tropika, tema marvel, tema rumah burung dan banyak lagi. Memang cukup cantik dan berlainan dari kebanyakan homestay di sini.
Jadi kalau anda ada plan nak jalan-jalan ke Johor, boleh lah booking awal dan stay di Nest Home!
Ads
Haaa.. tengok bilik airnya pun selesa dan bersih. Jom lah hala ke Johor pula bawa anak-anak berjalan ke sini musim cuti sekolah!
Alamat: Lot PTB 22056, Danga Bay, Jalan Bertingkat Skudai, 80200 Johor Bahru
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Siapa yang pernah pergi ke Da Nang, Vietnam? Mesti ramai yang belum berkesempatan ke sana kan? Berbeza dengan tempat-tempat lain di Vietnam yang popular di kalangan pelancong Malaysia seperti Ho Chi Minh dan Hanoi, Da Nang ni baru nak menempa nama sebagai destinasi pelancongan.
Dek kerana masih lagi tak ramai pelancong Malaysia yang ke Da Nang ni, Libur ingin berkongsi beberapa tip pelancongan kepada anda daripada Norbainon Baharudin. Semoga tip ini bermanfaat dan anda mendapat sedikit gambaran mengenai tempat tersebut, langsung dapat merancang percutian anda ke sana!
1. Di sini kebanyakkan tempat menggunakan VND melainkan Lapangan Terbang Da Nang saja yang menggunakan USD. Adalah lebih baik anda tukar dahulu matawang di Malaysia. Sekiranya tidak cukup duit, anda boleh tukar di kedai emas berdekatan Han Market.
2. Kebanyakkan tandas awam tidak ada air. Anda dinasihatkan sentiasa bawa botol berisi air untuk membasuh dan mencuci. Sekiranya tiada, boleh gunakan tandas OKU atau tandas keluarga kerana selalunya tandas-tandas ini mempunyai air.
tiada masjid berikutan tiada komuniti muslim yang tinggal di sini.
3. Teksi Vinasun berwarna hijau adalah teksi yang paling dipercayai. Kadar bacaan meter eksi bermula dari 6k. teksi berwarna kuning dan hijau pula bermula dengan kadar meter 8k. Ini kadar untuk teksi Vios. Kadangkala ada teksi yang menawarkan kereta yang lebih besar walaupun anda berdua sahaja. Anda boleh tolak tawaran dengan baik dan katakan ingin menaiki teksi yang biasa sahaja. Hati-hati dengan teksi di kawasan Han Market kerana mereka tidak meletakkan harga mengikut meter kepada pelancong. Anda digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan Grab sahaja sekiranya rasa was-was dengan teksi awam yang ada di sana.
4. Perkhidmatan Grab Bike ada di sini dengan harga separuh lebih murah daripada harga teksi. Kalau anda travel berseorangan atau dalam kumpulan kecil, lebih mudah menggunakan Grab Bike untuk pusing-pusing di sekitar kawasan bandar Da Nang.
5. Makanan halal sangat terhad. Anda digalakkan untuk membawa bekalan makanan halal siap-siap dari Malaysia. Antara restoran halal di sana adalah Simpur Brunei, Omar Halal Indian Restaurant, Family Indian Restaurant, Nan Kebab & Mumtaz. Harga makanan halal di sini sangat mahal, jadi bersiap sedia untuk membayar harga makanan tersebut. Restoran halal yang dicadangkan kepada anda adalah Family Indian Restaurant kerana menyediakan makanan yang sedap berbanding yang lain. Sekiranya anda ingin makan makanan Vietnam yang halal, ada satu sahaja restoran iaitu Than Ly. Restoran halal di Hoi An pula adalah Zeytun dan Khazanah1992 Indian Restaurant.
6. Kalau anda nak membeli-belah barangan seperti air mineral, roti, kopi atau makanan ringan, anda boleh ke Big C Supermarket yang berdekatan dengan Parkson Da Nang. Di sana juga menjual nugget dan ayam perap halal. Barang-barang yang dijual di Bic C Supermarket lebih murah dan lebih banyak pilihan. Antara kesemua hypermarket, di Big C Supermarket menawarkan harga kopi Vietnam yang lebih murah dan banyak pilihan.
7. Pasang aplikasi Foody atau Vietnamm.com di telefon pintar anda sekiranya malas nak keluar mencari makanan pada waktu malam. Boleh bayar COD semasa penghantar makanan menghantar makanan kepada anda. Tapi, untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda memerlukan nombor telefon Vietnam untuk mereka hubungi bagi tujuan pengesahan pesanan.
8. Kebanyakkan warga di sana tidak tahu berbahasa Inggeris. Cara yang mudah untuk anda berkomunikasi adalah menggunakan google translate atau tangkap gambar dan tunjukkan kepada pemandu teksi untuk menghantar anda ke mana-mana. Wifi di sana mudah untuk diakses dan laju. Kebanyakkan hotel dan kedai-kedai makan menyediakan perkhidmatan wifi secara percuma. Tapi jika anda kerap berjalan, beli kad sim yang mempunyai data internet.
9. Barangan cenderahati boleh di beli di Han Market. Beg rotan yang tular di Malaysia cukup murah di sana tapi, anda harus ingat supaya tidak membeli di dalam Han Market. Beli di kedai-kedai yang terletak di tepi-tepi Han Market kerana harga di situ lebih murah. Con Market berdekatan dengan Big C Supermarket lebih murah tetapi peniaga kurang mesra dengan pelancong. Peniaga di Han Market lebih mesra dan mereka pandai bertutur dalam bahasa Korea kerana pelancong Korea ramai berkunjung di sana.
10. Jangan lupa untuk singgah di Tourist Centre di Han Market. Boleh ambil gambar peta kawasan sekitar, buku kupon, dan buku panduan travel di Da Nang. Kesemua barangan tersebut boleh didapati secara percuma dan anda akan lebih mudah faham fan tahu tentang tempat-tempat menarik di sana. Jadi mudalah untuk anda merancang ke mana destinasi selepas itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Berkunjung ke Entopia bagai berada di alam fantasi apabila dikelilingi dan dikerumuni rama-rama pelbagai spesies yang cantik dan berwarna-warni.
Pengunjung ke sini boleh merasai pengalaman bersiar-siar dengan lebih 15,000 rama-rama serta berpeluang melepaskan serangga yang sudah dewasa itu ke habitatnya. Dikelilingi 200 spesies tumbuhan, air terjun, kolam dan gua buatan, pengunjung boleh merakamkan gambar kenangan bersama rama-rama serta menikmati makanan di restoran berlatarkan keindahan sebahagian Natureland dan rama-rama berterbangan. Jika mahu merasai pengalaman ala ‘avatar’, Cocoon tempatnya apabila terdapat sebahagian ruang pameran gelap dikenali sebagai Pandora Forest, hanya disinari kerlipan lampu malap seperti berada di hutan pada waktu malam.
Ini antara perkongsian daripada Nurul Farhana / Ig: @farhanayussuf pengunjung yang berkesempatan melawat ke destinasi ini selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu. Jom baca.
Kalau korang ke Teluk Bahang, korang pernah tertanya-tanya tak apa yg ada di sebalik sangkar Entopia tu? Sama la mcm aku. Teringin nak tahu apa yg ada dalam tu. Tapi bila usyar harga tiket, hmm.. baik aku pergi makan nasik kandaq. Tapi sejak Penang ada buat promosi 50% utk beberapa tempat menarik, apa lagi, terus kami laki bini decide nk pergi melawat.
Harga asal RM49, selepas promosi:
Jadi pendapat aku lepas mghabiskan 2 jam dalam sangkar ni, berbaloi kalau pergi dengan harga promosi. Kurang berbaloi kalau pergi dgn harga asal. Tapi untuk kanak-kanak aku rasa diorang akan suka, sbb aku pun teruja jugak. Kawasan dia takdelah besar sangat, terbahagi kepada beberapa kawasan, ada 2 tingkat. Dan bukan semua kawasan dipenuhi dengan rama-rama. Banyak juga haiwan dan serangga lain yg kita boleh tengok. Termasuk la ular, scorpion, labah2, katak dan banyak lagi. Dekat tingkat 1 kebanyakannya kawasan pameran. Agak menarik untuk kanak-kanak dan utk sesiapa yg suka membaca. Yg pastinya bukan aku la, aku minat tangkap gambo je.
Kala ini mesti ramai yang rindu hendak menikmati udara laut. Indahnya bunyi desir ombak sambil menikmati remang senja nan indah. Antara pantai yang menjadi tarikan warga kota untuk berkunjung tentunya Port Dickson yang hanya sejam lebih saja perjalanan dari ibu kota.
Dikunjungi lebih 5 juta pengunjung saban tahun, ada saja tarikan terbaru di Port Dickson demi memastikan pantai peranginan ini sentiasa dikunjungi orang ramai. Sudah beroperasi sejak Mei lalu CycleDios yang menyediakan puluhan basikal untuk pengunjung beriadah menjadi daya tarikan ke sini.
Beroperasi di Batu 1, bersebelahan Pejabat Daerah & Tanah Port Dickson, orang ramai boleh menyewa basikal untuk melakukan aktiviti riadah di kawasan sekitar.
Ada beberapa jenis basikal disediakan termasuk jenis couple, tentunya aktiviti sihat sebegini mampu mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan selain ia masa menyeronokkan bagi semua orang untuk merasai angin laut.
Jadi kalau ada peluang ke pantai ini nanti, jangan lupa mencuba aktiviti santai ini iaitu berbasikal.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila kepala serabut, badan penat dan emosi rasa tegang, ramai yang akan cakap, “Aku perlukan cuti.” Tapi betul ke bercuti boleh mengubat stres?Jawapannya, ya,...