Sering sibuk dengan karier masing-masing sehingga tiada masa buat diri sendiri, akhirnya kami suami isteri berpakat untuk meninggalkan sebentar hal pekerjaan di Kuala Lumpur dan merancang percutian bersama ahli keluarga yang lain. Beberapa tempat menarik telah disenaraikan termasuklah New Zealand, London, Amsterdam dan Switzerland dan akhirnya setelah berbincang dan membuat sedikit kajian, kami mengambil keputusan untuk menikmatii musim sejuk di New Zealand.
NewZealand dipilih sebagai lokasi percutian kerana ia terkenal dengan pemandangannya yang sangat indah, sesuai dengan tujuan percutian kali ini yang lebih kepada merehatkan minda dan lari sebentar dari kesibukan kerja. Kami mengambil keputusan untuk memeriahkan percutian ini dengan membawa ahli keluarga yang lain iaitu ibu serta anak saudara.
Memilih syarikat penerbangan Malaysia Airline, kami telah menempah tiket seminggu sebelum percutian dengan harga Rm2600.00 seorang untuk perjalanan pergi balik Malaysia dan Auckland, New Zealand. Pada hari Selasa, 10 Julai 2017 kami berangkat dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) pada jam 11.20 malam.
Perjalanan mengambil masa selama 10 jam dan kami selamat tiba di Auckland Airport, New Zealand pada jam 12.00 tengahari. Dengan menaiki Super Shuttle atau van yang telah ditempah dari Malaysia melalui atas talian, kami bergerak ke rumah apartment di tengah bandar Auckland bersebelahan dengan Sky Tower. Harga perkhidmatan Super Shuttle adalah NZ$55 sedikit murah berbanding teksi, NZ$70.
Misson Bay
Dengan mengikut itinerari yang disusun, kami pergi ke Mission Bay pada hari kedua dengan menaiki Uber berharga NZ$16. Perjalanan dari Auckland ke Misson Bay mengambil masa 15 minit sahaja.
Ini merupakan salah satu tempat yang disyorkan sekiranya anda bercuti di New Zealand. Pantai yang cantik, dengan pasir putih dan rumput yang kehijauan semestinya dapat memberi ketenangan kepada jiwa.
Disini terdapat banyak pilihan kafe dan outlet makanan, kami juga tidak melepaskan peluang untuk menjamu selera di kedai Fish & Chips serta menikmati pencuci mulut, kek dan aiskrim. Setelah hampir seharian berada di sana, kami pulang semula ke Auckland untuk berehat.
Chrischurch
Dari Auckland, kami berangkat ke Chrischurch dengan menaiki penerbangan Jetstar, dengan harga tiket lebih kurang RM400 seorang dan mengambil masa 1 jam 40 minit. Setibanya di Chrischurch, kami menguruskan hal pengangkutan dengan menyewa campervan dari syarikat Juicy dan terus bergerak ke Timaru yang mengambil masa 2 jam 30 minit.
Kami merancang untuk melakukan roadtrip dengan menggunakan campervan kerana berdasarkan kajian dan nasihat daripada orang yang berpengalaman, penggunaan campervan merupakan cara yang paling efektif. Campervan adalah sebuah van yang di ubahsuai dengan katil, meja makan serta dapur masak.
Ads
Di Malaysia biasanya disebut sebagai caravan di mana ia adalah seperti kontena yang diubahsuai menjadi seperti mini rumah tetapi bezanya ia perlu ditarik mengggunakan kenderaan.
Timaru
Kami memilih campsite Timaru Top 10 Holiday Park sebagai lokasi penginapan dan kami berasa seperti berada di rumah sendiri kerana kemudahan yang lengkap termasuklah bilik mandi, dapur, serta dobi. Jika anda datang ke sini, anda pasti akan jumpa dan berkenalan ramai pengunjung dari pebagai negara.
Suhu pada malam pertama berada di sana mencecah -3 Darjah Celsius. Masing-masing tidak dapat melelapkan mata kerana cuaca yang terlampau sejuk.
Queenstown
Dari Timaru, kami meneruskan perjalanan ke Queenstown dan perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 4 jam dengan menaiki van dan yang paling menarik ialah kami melalui kawasan berbukit bukau yang sangat indah, tasik serta ladang biri-biri dan lembu yang terbentang luas. Lokasi penginapan jenis standard cabin dipilih di Queenstown Top 10 Holiday Park, dimana penghuni di kabin ini harus berkongsi dapur serta tandas bersama pengunjung-pengunjung lain.
Bagi sesiapa yang ingin memasak, anda tidak perlu risau kerana ruangan dapur yang disediakan sangat luas dan bersih. Penghuni hanya perlu membawa peralatan memasak seperti kuali dan lain-lain.
Ads
Skyline Gondola
Queenstown adalah sebuah bandar yang dikelilingi tasik dan banjaran gunung yang indah dan antara tempat menarik yang wajib dikunjungi ialah Skyline Gondola. Ia boleh dikatakan seperti kereta kable yang membawa pengunjung ke puncak bukit untuk melihat keindahan bandar Queenstown.
Harga Skyline Gondola adalah NZ$39 untuk seorang dewasa. Pemandangan yang kami lihat sepanjang menaiki gondola tidak akan kami lupakan kerana ia sungguh indah tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata.
Seperti mana yang kita tahu, bandar Queenstown terletak dipinggir Tasik Wakatipu dan kami tidak melepaskan peluang untuk melawat tasik tersebut sebelum pulang. Suasananya sangat tenang dan nyaman.
Lake Tekapo
Keesokan harinya, kami bergerak ke Lake Tekapo dan perjalanan mengambil selama 3 jam. Lake Tekapo merupakan tasik kedua terbesar di New Zealand dan ia merupakan destinasi pelancongan yang popular kerana pemandangannya yang sangat indah dan luar biasa dengan air tasik yang berwarna seperti cahaya kebiruan, tanah rumput yang cantik, serta kelihatan dari jauh gunung yang disaluti salji.
Kami sekeluarga meluangkan masa bersantai di tepi tasik sambil menikmati keindahan suasana. Selepas hampir dua jam berada di sana, kami pulang semula ke Chrischurch.
Geraldine
Ads
Dalam perjalanan dari Lake Tekapo ke Chrischurch, kami singgah di Geraldine yang merupakan sebuah perkampungan kecil terletak jauh dari kawasan bandar. Setibanya di pekan Geraldine, kami terus ke The Barker’s Shop iaitu kedai yang menjual pelbagai jenis jem, chutney, sos dan bermacam-macam lagi.
Sesuai lah untuk dijadikan sebagai buah tangan atau ole-ole bila pulang ke Malaysia nanti. Setelah selesai membeli-belah, kami terus bergerak ke Chrischurch untuk menetap di sana semalaman sebelum pulang ke tanah air.
Auckland
Sejak dari awal pagi lagi, kami telah bergerak ke Auckland dengan menaiki Jetstar dan setibanya di Auckland Airport, kami menunggu beberapa jam lagi untuk menaiki penerbangan ke Malaysia.
Berat hati mahu meninggalkan negara sejuk ini, walaubagaimanapun kami berazam untuk kembali lagi ke sini dengan membawa lebih ramai lagi ahli keluarga yang lain. Selamat tinggal New Zealand, terima kasih untuk segala kenangan manis dan memori indah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Siapa yang pernah pergi ke Da Nang, Vietnam? Mesti ramai yang belum berkesempatan ke sana kan? Berbeza dengan tempat-tempat lain di Vietnam yang popular di kalangan pelancong Malaysia seperti Ho Chi Minh dan Hanoi, Da Nang ni baru nak menempa nama sebagai destinasi pelancongan.
Dek kerana masih lagi tak ramai pelancong Malaysia yang ke Da Nang ni, Libur ingin berkongsi beberapa tip pelancongan kepada anda daripada Norbainon Baharudin. Semoga tip ini bermanfaat dan anda mendapat sedikit gambaran mengenai tempat tersebut, langsung dapat merancang percutian anda ke sana!
1. Di sini kebanyakkan tempat menggunakan VND melainkan Lapangan Terbang Da Nang saja yang menggunakan USD. Adalah lebih baik anda tukar dahulu matawang di Malaysia. Sekiranya tidak cukup duit, anda boleh tukar di kedai emas berdekatan Han Market.
2. Kebanyakkan tandas awam tidak ada air. Anda dinasihatkan sentiasa bawa botol berisi air untuk membasuh dan mencuci. Sekiranya tiada, boleh gunakan tandas OKU atau tandas keluarga kerana selalunya tandas-tandas ini mempunyai air.
tiada masjid berikutan tiada komuniti muslim yang tinggal di sini.
3. Teksi Vinasun berwarna hijau adalah teksi yang paling dipercayai. Kadar bacaan meter eksi bermula dari 6k. teksi berwarna kuning dan hijau pula bermula dengan kadar meter 8k. Ini kadar untuk teksi Vios. Kadangkala ada teksi yang menawarkan kereta yang lebih besar walaupun anda berdua sahaja. Anda boleh tolak tawaran dengan baik dan katakan ingin menaiki teksi yang biasa sahaja. Hati-hati dengan teksi di kawasan Han Market kerana mereka tidak meletakkan harga mengikut meter kepada pelancong. Anda digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan Grab sahaja sekiranya rasa was-was dengan teksi awam yang ada di sana.
4. Perkhidmatan Grab Bike ada di sini dengan harga separuh lebih murah daripada harga teksi. Kalau anda travel berseorangan atau dalam kumpulan kecil, lebih mudah menggunakan Grab Bike untuk pusing-pusing di sekitar kawasan bandar Da Nang.
5. Makanan halal sangat terhad. Anda digalakkan untuk membawa bekalan makanan halal siap-siap dari Malaysia. Antara restoran halal di sana adalah Simpur Brunei, Omar Halal Indian Restaurant, Family Indian Restaurant, Nan Kebab & Mumtaz. Harga makanan halal di sini sangat mahal, jadi bersiap sedia untuk membayar harga makanan tersebut. Restoran halal yang dicadangkan kepada anda adalah Family Indian Restaurant kerana menyediakan makanan yang sedap berbanding yang lain. Sekiranya anda ingin makan makanan Vietnam yang halal, ada satu sahaja restoran iaitu Than Ly. Restoran halal di Hoi An pula adalah Zeytun dan Khazanah1992 Indian Restaurant.
6. Kalau anda nak membeli-belah barangan seperti air mineral, roti, kopi atau makanan ringan, anda boleh ke Big C Supermarket yang berdekatan dengan Parkson Da Nang. Di sana juga menjual nugget dan ayam perap halal. Barang-barang yang dijual di Bic C Supermarket lebih murah dan lebih banyak pilihan. Antara kesemua hypermarket, di Big C Supermarket menawarkan harga kopi Vietnam yang lebih murah dan banyak pilihan.
7. Pasang aplikasi Foody atau Vietnamm.com di telefon pintar anda sekiranya malas nak keluar mencari makanan pada waktu malam. Boleh bayar COD semasa penghantar makanan menghantar makanan kepada anda. Tapi, untuk menggunakan perkhidmatan ini, anda memerlukan nombor telefon Vietnam untuk mereka hubungi bagi tujuan pengesahan pesanan.
8. Kebanyakkan warga di sana tidak tahu berbahasa Inggeris. Cara yang mudah untuk anda berkomunikasi adalah menggunakan google translate atau tangkap gambar dan tunjukkan kepada pemandu teksi untuk menghantar anda ke mana-mana. Wifi di sana mudah untuk diakses dan laju. Kebanyakkan hotel dan kedai-kedai makan menyediakan perkhidmatan wifi secara percuma. Tapi jika anda kerap berjalan, beli kad sim yang mempunyai data internet.
9. Barangan cenderahati boleh di beli di Han Market. Beg rotan yang tular di Malaysia cukup murah di sana tapi, anda harus ingat supaya tidak membeli di dalam Han Market. Beli di kedai-kedai yang terletak di tepi-tepi Han Market kerana harga di situ lebih murah. Con Market berdekatan dengan Big C Supermarket lebih murah tetapi peniaga kurang mesra dengan pelancong. Peniaga di Han Market lebih mesra dan mereka pandai bertutur dalam bahasa Korea kerana pelancong Korea ramai berkunjung di sana.
10. Jangan lupa untuk singgah di Tourist Centre di Han Market. Boleh ambil gambar peta kawasan sekitar, buku kupon, dan buku panduan travel di Da Nang. Kesemua barangan tersebut boleh didapati secara percuma dan anda akan lebih mudah faham fan tahu tentang tempat-tempat menarik di sana. Jadi mudalah untuk anda merancang ke mana destinasi selepas itu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Cloves Restaurants & Cafe milik pasangan suami isteri Azuan Omar dan Noor Falina Hamidon beroperasi tahun lalu , antara salah sebuah restoran pilihan di sekitar Lembah Klang.
Istimewanya restoran yang berkonsepkan kafe ini, ia bukan sahaja menghidangkan makanan barat tetapi turut mengangkat makanan tradisi rakyat Malaysia dari beberapa buah negeri. Idea untuk membuka restoran ini atas faktor untuk mendapat kepuasan dalam memilih makanan kerana tidak semua restoran menawarkan makanan barat dan tempatan dalam satu masa.
“Jika diikutkan saya dan isteri bukan dari latar belakang industri makanan dan minuman. Namun disebabkan mahu memberi pilihan yang lebih baik, kami menyahut cabaran tersebut.“Setakat ini sambutan yang diberikan sangat menggalakkan dan rata-ratanya telah menjadi pelanggan setia. “Usaha ini berjaya direalisasikan dan kami cukup gembira kerana matlamat kami untuk berikan yang terbaik kepada semua yang datang,” katanya.
Enak dan berpatutan harga
Selain itu, istimewanya makanan di Cloves Restaurants & Cafe ini ialah rib eye steak dan short ribs yang ditawarkan pada harga yang murah berbanding di tempat lain. Hidangan pasta dan salmon antara yang terbaik. Bagi menjaga kualitinya, semua bekalan daging diimport khas dari New Zealand dan Australia.
Selain makanan barat, terdapat pilihan makanan tempatan yang begitu digemari pelanggan iaitu Nasi Goreng Daun Kari. Kelainan dalam menu ini ialah aroma daun karinya yang membuatkan sesiapa sahaja pasti terpikat. Di tambah pula dengan kombinasi sotong celup tepung, keropok dan telur mata.
Tidak setakat nasi goreng daun kari, penulis juga ingin mencadangkan menu mi bandung yang sangat sedap dengan kepekatan kuahnya dan dihidangkan dengan udang segar.
Khidmat katering
Azuan berkata, sebagai tanda penghargaan kepada ibu sendiri dan ibu mentua, saya mengambil resepi laksa utara dan soto dari kedua-duanya untuk dijadikan menu utama di restoran. Cara ini sebagai tanda penghargaan kami atas sokongan tidak berbelah bahagi mereka.
“Bagi yang gemarkan makanan ringkas, restoran kami turut menyediakan pelbagai jenis hidangan seperti kuih tradisional Melayu dan pencuci mulut.
Kepelbagaian minuman yang ditawarkan juga seperti jus buah, milk shake antara yang terbaik pada harga yang sangat berpatutan,” jelasnya. Sementara itu, Cloves Restaurants & Cafe turut menyediakan perkhidmatan katering untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam berdasarkan kepada permintaan pelanggan. Perkhidmatan katering ini disediakan di kawasan Lembah Klang. Harga bagi setiap hidangan akan bergantung kepada jenis menu yang dipilih.
Aktiviti dan percutian luar seperti berkhemah semakin mendapat perhatian ramai terutama rakyat Malaysia.
Aktiviti sebegini sebenarnya bukan saja dapat mempromosikan lokasi perkhemahan tempatan kepada orang ramai, juga memberi pendedahan percutiaan alam kepada keluarga tersayang.
Perkongsian daripada saudara Farouk Efandi Muhamad Darus ini sangat berlainan daripada trip ‘family camping’ yang lain. Dalam tempoh 12 hari, seorang bapa ini berjaya membawa keluarganya keluar berkhemah ke 10 destinasi berbeza di Malaysia dan Thailand. Cayalah! Nampak seronok sangat.
Saya kongsikan kembara kami sekeluarga yg sebelum nie anak-anak belum pernah merasai suasana bercamping yg sebenar. Bermula dr sy pinjam khemah member dan buka di laman rumah, anak-anak mula rasa teruja bila sy bertanya nak camping betul-betul ka dlm hutan, mereka dgn pantas menjawab nak-nak.
Akhirnya, dengan sedikit pengetahuan dan pengalaman yang saya ada sebelum ini, saya mula menyelongkar peralatan/perkakas yg saya ada simpan dan kembali pergi ke kedai-kedai outdoor serta rajin membaca info, maklumat, tempat yang sesuai dalam group. Tanggal 21/12/2019 Sabtu bermulalah kembara kami sekeluarga selama 12 hari seluruh Malaysia dan sebahagian Selatan Thailand. Selain bercamping, kembara kami merangkumi sesi berjalan ke tempat menarik, bersejarah, bangunan unik, kawasan pelancong, memasuki gua, ziarah masjid dan apa saja aktiviti yang dirasakan perlu dicuba jika ia berada dilaluan kami.
Terima kasih banyak-banyak pada ahli group Family Camping Malaysia kerana sentiasa memberi maklumat/info yg berguna untuk ahli-ahli. Saya amat hargai kerana ia memang memberi banyak menafaat sepanjang penggembaraan kami.
Day 1 : 21/12/2019 Sabtu
Semenyih – Komenwel ecopark Rawang
SELANGOR
Day 2 : 22/12/2019 Ahad
Rawang – Risda Ecopark Ulu Slim
PERAK
Day 3 : 23/12/2019 Isnin
Ulu Slim – The Hill Rexaling campsite
Balik Pulau PULAU PINANG
Day 4 : 24/12/2019 Selasa
Balik Pulau – Jeram Sg. Sedim
KEDAH
Day 5 : 25/12/2019 Rabu
Sg. Sedim -Wang Kelian
PERLIS (Cros Border)
Wang Kelian – Pantai Ban Han Say yo
Satun THAILAND
Day 6 : 26/12/2019 Khamis
Satun – Pak Bara
THAILAND
(Menginap di Bara Resort : Recharge equipments dan mendobi)
Day 7 : 27/12/2019 Jumaat
Pak Bara – I-yerweng Yala/Betong
THAILAND
Day 8 : 28/12/2019 Sabtu
Betong – Pengkalan Hulu PERAK
(Cros Border) MALAYSIA
Pengkalan Hulu – RnR Banjaran Titiwangsa
PERAK/KELANTAN
Day 9 : 29/12/2019 Ahad
KELANTAN, TERENGGANU dan Payung Campsite Cherating PAHANG
Day 10 : 30/12/2019 Isnin
Cherating – Pantai Air Papan
JOHOR
Day 11 : 31/12/2019 Selasa
Pantai Air Papan – Pantai Puteri
MELAKA
Day 12 : 1/1/2020 Rabu
Pantai Puteri – Seremban
NEGERI SEMBILAN
**10 hari kami bermalam di khemah sendiri, 1 hari di hotel.
Bajet:
21/12 Sabtu
bergerak ke rawang
minyak keta dah isi RM60.00
22/12 Ahad
sarapan pagi kedai mamak rawang RM45.00
dobi RM10.00
beli bahan mentah RM45.00
sewa tapah RM40.00 Risda EcoPark Ulu Slim
23/12 Isnin
isi minyak RM90.00 Rtc Gopeng
beli makan shell station RM30.00
Beli Nasi Kandar Deen Maju Bungkus RM40.00
sewa tapah RM60.00 balik pulau Rexaling camp site
24/12 Selesa
makan Tgh hari LINE CLEAR RM38.00
Tiket The Top Tree Walk RM32.00
sewa tapak Sg. Sedim Jeram rm40.00
beli makan ringan rm15.00
25/12 Rabu
sarapan pagi RnR Gurun RM30.00
insuran RM38.00 valid 7days
sim kad RM29.00
isi minyak changloon RM85.00
GUNA BATH Thailand
sim kad 280bath
bayar charge keta masuk Thai 50bath
makan tgh hari di satun 1170bath
minum petang bungkus kat sara seafood 100bath
sewa tapak 300bath
makan malam sara seafood 738bath
26/12 Khamis Thailand
hotel bara resort 700bath
dobi 100bath
lunch kat Nava Restoran 250bath
Tiket Air Terjun 400bath
makan malam 800bath
27/12 Jumaat Thailand
makan tgh hari di depan masjid pattani 250bath
makan ptt amazon cafe 245bath
isi minyak ptt yala 300bath
tapak khemah i-yerweng 200bath
28/12 Sabtu Thailand
Piyamet tunnel 150bath
GUNA RINGGIT MALAYSIA
makan kat border Pengkalan Hulu rm33.00
isi minyak Di Gerik RM99.00
beli keperluan bahan n beras RM21.00
RnR banjaran beli air n burger Rm16.00
toilet sepanjang dok total : RM10.00
29/12 Ahad
makan pagi RM25.00
makan sotong/mee goreng di penarik RM68.00
ISI MINYAK RnR paka LPT2 RM84.00
Top up Touch n Go RM50.00
beli makan ringan shell RM18.00
bayor duit campsite payung RM70.00
30/12/2019 Isnin
beli makan ringan n McD RM70.00
sewa basikal 2 unit RM20.00
sewa tapak khemah RM28.00
31/12/2019 Selasa
sarap pagi kat gerai mersing RM15.00
beli makanan ringan kat petron RM12.00
makan tgh hari kluang cafe RM28.00
beli makanan ringan kat petronas RM10.00
muzium kapal selam rm18.00
kuda rm25.00
minyak rm105
Makan McD RM50.00
1/1/2020 Rabu
makan tgh hari di selero Nogori RM33.00
dobi di kawasan rumah RM28.00
Jika anda tiada barangan outdoor, perbelanjaan peralatan anda akan sama banyak jugak seperti di atas. Tapi boleh beli secara berperingkat dan beli yg betul-betul perlu sahaja. Banyak Kenangan yg kami perolehi, semoga suatu hari nnt anak-anak bakal guna ilmu, pengalaman yg pernah di lalui.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!