Nak rasa bercuti di tengah tasik yang nyaman dan menenangkan seperti bercuti di hotel 5 Bintang? Percutian di Razna Houseboat tentunya akan memberikan anda pengalaman lain daripada yang lain.
Walaupun hanya sebuah houseboat, namun fasiliti yang terdapat di houseboat ini memang VIP.
Selain dapat menikmati keunikan dan keindahan flora dan fauna di tasik terbesar di Asia iaitu Tasik Kenyir, menginap di Razna Houseboat yang mempunyai 3 tingkat ini juga akan memberikan pengalaman indah untuk dikenang.
Mempunyai 10 bilik termasuk satu bilik VVIP dan 2 bilik VIP, lengkap berhawa dingin, houseboat ini boleh memuatkan sehingga 35 orang penginap dalam satu masa.
Ads
Antara kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Razna Houseboat adalah seperti bilik karaoke,dapur yang lengkap dengan kelengkapan, ditingkat paling atas pula dijadikan sebagai ruang santai dan ruang makan yang berkonsep terbuka.
Paling istimewa houseboat ini mempunyai gelongsor yang terus ke tasik serta kolam mandi untuk kanak-kanak di ruang hadapan bot. Nak bawa anak-anak memang sesuai sebab ada semua kemudahan yang disebut tadi.
Ads
Turut menyediakan perkhidmatan katering, tak perlu risau kerana pakej yang ditawarkan juga turut menyediakan makanan dan minuman. Apa yang perlu dibuat hanya menambah daripada cas asal sahaja. tapi kalau nak masak hasil tangkapan sendiri pun boleh juga.
Ads
Terdapat pakej-pakej menarik yang disediakan oleh Razna Houseboat seperti membawa para pelancong melawat ke tempat-tempat menarik di Tasik Kenyir seperti Air Terjun Lasir, Taman Herba, Pulau Orkid, Taman Negara Terengganu dan Santuari Kelah.
Memang sesuai kalau suami kaki pancing datang bercuti ke sini bawa keluarga sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
Kredit: FB Quinara & Razna Houseboat
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Restoran makanan segera seperti McDonald’s sering jadi pilihan untuk makan tidak kira ketika sarapan pagi, tengahari atau malam.
Hidangan yang ringkas, cepat dan menjimatkan memudahkan kita untuk menikmati sajian tanpa perlu berfikir panjang mencari tempat makanan sesuai.
Dan kita biasanya melihat restoran makanan segera dengan senibina menarik dengan sentuhan moden.
Malah kita berbangga restoran makanan segera McDonald’s yang baru dibuka di Tampin tampil dengan keunikan tersendiri apabila bangunannya mengambil seni bina bumbung panjang iaitu rumah tradisional Negeri Sembilan.
Ini menjadikan satu-satunya restoran McDonald’s atau popular dengan panggilan Mekdi di kalangan penggemarnya dalam negara berkonsepkan sedemikian rupa.
Selain Mekdi Tampin, sebenarnya ada 33 lagi restoran McDonald’s paling cool di dunia.
Malah dengan design yang menarik jadi tarikan sebagai port buat kaki instagrammable untuk selfie di sini.
Ada juga yang masih mengekalkan tapak bangunan asal yang dibina ratusan tahulu sekitar 1800 lagi.
Jom kita lihat sendiri 33 bangunannya yang ada rekaan lain daripada yang lain.
Oleh kerana cuaca yang tidak menentu, buat masa ini kita hanya boleh merancang percutian di beberapa lokasi menarik sekitar dalam negara.
Salah satu yang sering menjadi pilihan kaki travel adalah negeri Kelantan.
Perkongsian dari anak jati Kota Bharu Kelantan, Ezwan Shah Nordin memberitahu 10 sebab kenapa perlu datang ke Kelantan dan beberapa lokasi menarik di negeri yang dipanggil syurga makanan.
Cuti-Cuti Malaysia; Kelantan
1. Aku sebagai anak jati Kota Bharu perlu buat perkongsian jalan-jalan di sekitar Kota Bharu. Aku tak nafikan Kota Bharu adalah syurga makanan jika tahu lokasi yang perlu dilawati.
2. Pertama adalah tarikh dan masa untuk merancang ke Kota Bharu. Kota Bharu macam bandaraya lain juga sebab ada banyak jalan-jalan walaupun sesak tapi trafik masing terkawal. Selalunya elak waktu puncak contoh, jika mahu makan di bandar boleh pergi sebelum tengahari macam 11 pagi ataupun 12 tengahari. Jika mahu elakkan kesesakan jalan raya elakkan melalui jalan sehala di bandar sebab Bandar Kota Bharu jalan sehala luas dan panjang juga.
3. Boleh amalkan parking kereta di lokasi yang strategik yang dekat dengan beberapa lokasi contoh aku suka parking di depan Dataran Muhammadi sebab dkt dengan lokasi makan, lokasi bergambar, pasar dan masjid.
4. Sebut pasal parking, Kota Bharu guna mesin untuk bayar parking. Boleh guna App/syiling/touch n go dkt mesin tersebut dan jangan parking sebarang ataupun kereta akan clamp oleh pihak perbandaran. Caj RM 0.40 setengah jam dan 0.8 untuk sejam.
5. Kedua, penginapan di Kota Bharu boleh dikatakan paling murah jika yang berkemampuan boleh check in Hotel Perdana. Ada banyak pilihan hotel di bandar KB yang hanya walking distance pergi lokasi berdekatan.
6. Ketiga, lokasi menarik di KB. Datang ke Kota Bharu jika tidak bergambar di lokasi wajib ini adalah rugi, aku berikan cadangan; – Pintu Gerbang Dataran Rehal – Istana Jahar – Pintu Masuk Gerbang Istana Balai Besar – Pasar Siti Khatijah – Street Art Kota Bharu – Pantai Senok (Pantai Nami) – Menara Jam Tambatan Diraja & Tambatan Diraja – Out Town KB / Wakaf Che Yeh (jika buka semasa PKPP)
7. Keempat, soalan yang paling susah adalah makan mana ? Kota Bharu banyak pilihan makanan dan masakan, boleh dikatakan Kota Bharu ini adalah bayangan Thailand. Bukan sahaja murah, banyak dan sedap. – Cari kuih-kuih tradisional dkt Pasar Siti Khatijah (7 pagi – 10 pagi) ; kuih2. – Sarapan di Kedai Pok Mat – Sarapan di Kedai Kita – Makan tengahari di Nasi Ulam Cikgu (KB) – Makan tengahari di kedai nasi kukus (Nasi Kukus Suraini / Zaeman) – Makan malam di Kedai Siem – Makan malam di Padang Bas Kota Bharu Steamboat di Makette
8. Kelima, perkara apa yang patut dibeli di KB dan tak ada ditempat lain. Boleh dapatkan di Pasar Khatijah tingkat 1 dan 2. (Boleh pusing2 dapat harga murah dan boleh tawar menawar) – Kebanyakan produk di Thailand ada di Kota Bharu (macam kacang ketereh, kacang tin, maggi thai dan beras thai) – serunding or sambal daging (boleh rasa, jangan takut cuba, mungkin boleh kenyang) – Rempah kerutuk (hanya ada di Kelantan sahaja), kalau nak masak dekat rumah. – Alatan logam – Baju batik Kelantan antara batik yang terlembut aku pernah pakai (Pasar Buluh Kubu sebelah Pasar Siti Khatijah).
9. Keenam, pilihan pengangkutan di Kota Bharu. Aku galakkan dengan kereta dan motorsikal (sewa boleh). Contoh, datang ke KB menaik bas / flight (naik grab pergi ke bandar KB dalam RM 20.00) dan sewa motorsikal ataupun kereta.
10. Terakhir, cadangan tentatif untuk korang okay. (Jika sampai di KB pada pagi)
HARI PERTAMA 7.30 pagi : Sarapan Pagi di Kopitiam Kita (area bandar) ataupun jauh sikit Teh Beng Madu – Kedai Pok Mat 9.30 pagi : Jalan2 Street Art 11.00 pagi : bergambar di Dataran Rehal, Istana Jahar dan Istana Balai Besar (parking depan Dataran Muhammadi) 12.00 tengahari : makan tengahari dkt Kedai Nasi Ulam Cikgu 2 petang : check in hotel dan rehat 5.30 petang : Pantai Cahaya Bulan 7.00 malam : balik hotel 8.00 malam : makan (boleh pilih Restoran di atas ataupun google)
HARI KEDUA 7.00 am – bergerak ke Pengkalan Kubor dan shopping 10.00 am – melawat Pantai Sri Tujuh 11.00 am – melawat Wat2 dkt sana (Tapi tengok sama ada tutup ataupun tidak) 12.00 tengahari – beli makanan / air dan berkelah di Pantai Senok (jangan lupa bawa tikar, air basuh tangan) 3 petang – rehat di hotel 5.30 petang – Menara Jam KB (bayaran RM 2.00) 6.30 petang – boleh cari makan di Padang Bas Kota Bharu 8.00 malam – jalan2 pergi out town KB ataupun Wakaf Che Yeh
HARI KETIGA Check out hotel Makan Pagi Pusing Pasar Siti Khatijah Balik
Perjalanan antara Pantai Timur dan Lembah Klang sering kali menuntut perancangan teliti buat kebanyakan rakyat Malaysia. Sama ada memilih untuk memandu berjam-jam lamanya atau...