Aktiviti berkhemah atau camping semakin mendapat tempat dikalangan masyarakat di Malaysia. Sekali dah cuba camping pasti akan ada yang seterusnya. Apatah lagi bila dah ada kelengkapan untuk camping, memang terujalah nak meneruskan aktiviti sebegini lagi dan lagi.
Pengalaman Akmal Rashid Marsan dan isteri serta anak yang masih kecil camping di Bernam Nature Hut, Hulu Selangor memberikan satu pendedahan baharu yang menyeronokkan. Walaupun risau dengan keadaan malam di dalam hutan kerana membawa anak yang masih kecil, namun itu semua berlainan dari apa yang digambarkan.
Tenang dan damai sahaja dapat camping sambil menikmati bunyi-bunyian hutan di dalam kebun durian dan juga air sungai yang landai dan jernih.
Ikuti perkongsian Akmal tentang pengalaman pertama kali dia dan keluarganya camping.
Pengalaman pertama kali Camping, Teruja Nak Camping Lagi!
1st Camping experience for us. 2Hari 1Malam di Bernam Nature Hut, Hulu Selangor.
Sebelum ni cuma start dengan picnic bentang tikar, pastu tambah flysheet then baru beli tent. Ni baru ready nak bermalam. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
Seronok amat close to nature walaupun memang duduk kampung. Bunyi2 hutan dan air sungai tu yg A++.
Ads
Tidur dalam kebun durian, mandi air sungai. Masak masakan wife tercinta. Sedap dia lain macam. Tq mama
Malam yang paling kami risau. Takut banyak nyamuk & gelap gelita. Rupanya okay je, Aisy tidur dgn aman. Campers lain pun berdekatan dengan lampu memasing. So takdelah sunyi sangat . Lagipun kami pacak dekat dgn toilet dan surau.
Cuaca pun cantik, dapatlah Aisy merasa air sungai untuk pertama kalinya. Sungai sesuai utk kanak2, tk dalam. Arus dia best sebab cukup utk tolak pelampung utk floating along the river.
Ads
Alhamdulillah Aisy tk meragam selama kt sini. Cuma nak balik tu dia berak n pampers dh takdak. Terpaksa tunggu kmi bekemas sblum pi town cari
Nak setup n bekemas tu mmg amik masa sikit. Tapi good exercise . Paling function wagon tu. Last minit decide utk beli jgk. Fuh! Kalau takde mesti dh pengsan dulu sebelum sempat setup tent.
InsyaaAllah to many more camping . Lepasni dah boleh level up, 3hari 2mlm pulak kan Nur Adilah Abdul Halit
Ads
Thanks @azizi_tok_batin for the table rack. Nice amat, seronok wife saya masak2 atas tu.
Terletak di lokasi paling selatan dalam Malaysia, Johor mempunyai banyak destinasi hijau dan semulajadi yang menarik. Kebanyakkan lokasi ini sudah diberi nafas baru dengan penambahan beberapa kemudahan pelancongan yang lebih selesa untuk kunjungan ramai.
Lokasi hijau di Johor ternyata memiliki keunikan tersendiri yang sesuai dilawati oleh semua peringkat umur dan pasti akan memberi pengalaman yang menakjubkan!
Merupakan taman negara kedua terbesar di Malaysia meliputi kawasan seluas lebih 80,000 hektar. Taman Negara Endau – Rompin berusia 250 juta tahun menjadikannya antara hutan hujan tropika yang tertua di dunia. Taman Negara ini kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna termasuk yang jarang-jarang ditemui. Alamat: Taman Negara Endau – Rompin, Mersing, Johor
Di sini terletaknya destinasi paling hujung di Asia yang popular sebagai Tip of Asia iaitu Tanjung Piai, Johor. Kalau ada yang belum tahu, ‘Tip of Asia’ ini berada dalam kawasan hutan paya bakau berkeluasan 900 hektar yang digazetkan sebagai Taman Negara Tanjung Piai.
Port ini sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong untuk merakam foto kenangan di arca globe bersaiz besar sebagai ‘saksi’ mereka pernah menjejakkan kaki di lokasi paling hujung Asia. Dari lokasi ini juga pengunjung boleh melihat dua negara yang berbeza iaitu negara Singapura dan Pulau Pisang, Indonesia.
T
aman Negara Tanjung Piai turut tersenarai dalam senarai Ramsar iaitu senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui Konvensyen Tanah Lembap. Aktiviti yang anda boleh lakukan di sini adalah mengelilingi hutan paya bakau, melihat sekeliling hutan dari menara tinjau, berkhemah dan memancing. Alamat: Mukim Serkat, 82030 Pontian, Johor
Keindahan biodiversiti menjadi tarikan utama di Taman Negara Johor Pulau Kukup yang merupakan satu pulau paya bakau terbesar di dunia yang tidak didiami. Tarikannya biodiversitinya antara lain ialah 27 spesies bakau asli yang popular iaitu bakau kurap dan bakau minyak selain spesies mamalia, reptilia, dan spesies ikan yang terdapat di taman negara itu.
Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini ialah mengelilingi hutan paya bakau, menyusuri Sungai Ular dengan menaiki bot, dan menyaksikan pemandangan pulau dari menara tinjau. Alamat: Lot 1319, Mukim Air Masin, 82300 Kukup, Pontian, Johor
Gunung Ledang sememangnya sinonim dengan masyarakat di negara ini. Baik yang muda apatah lagi yang tua pasti pernah mendengar kisah mengenainya. Tujuh dulang hati nyamuk, tujuh dulang hati kuman, tujuh tempayan air mata anak dara dan jambatan emas merupakan antara syarat yang dikenakan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Melaka, Sultan Mahmud Syah yang ingin meminangnya.
Biarpun terlalu banyak kisah mistik masih menyelubungi gunung itu, namun ia bukan penghalang kepada para pendaki baik dari dalam mahupun luar negara untuk menawan puncaknya.Lantaran itu Gunung Ledang setinggi 1,276 meter yang terletak di Tangkak, Johor dan bersempadan dengan Melaka merupakan antara lokasi wajib bagi mereka yang mengemari aktiviti mendaki.
Gunung Ledang memang diakui sebagai gunung yang unik kerana mempunyai flora tersendiri kerana terasing daripada Banjaran Titiwangsa.Selain itu kaki gunung Ledang juga merupakan titik pertemuan antara tiga negeri Johor (Tangkak), Negeri Sembilan (Gemas) dan Melaka (Jasin). Alamat: Ledang, Johor
Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru. Hutan Lipur Gunung Arong terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Arong , iaitu hutan dipterokarpa tanah pamah. Hutan lipur ini sesuai sebagai tempat berrekreasi sambil menikmati keindahan alam semula jadi.
Selain itu, pengunjung dapat mengenali pelbagai jenis pokok di sini. Hutan Lipur ini boleh dikunjungi dengan menggunakan kenderaan sendiri atau kenderaan awam seperti bas dan teksi. Alamat: Hutan Simpan Gunung Arong, 86800 Mersing, Johor (17km dari Bandar Mersing melalui Jalan Mersing – endau dan 151km dari Bandaraya Johor Bahru)
Hutan Bandar MBJB merupakan hutan di tengah-tengah Bandaraya Johor Bahru untuk riadah meliputi kawasan seluas 50 ekar. Sesuai dengan namanya, kawasan hijau yang terletak di tengah bandaraya Johor Bahru ini adalah pusat rekreasi yang mengekalkan fauna semulajadinya dengan modifikasi minimum bagi tujuan pembangunan kawasan ini.
Terdapatnya taman permainan ‘Children Adventurous Park’ dan kolam mandi khusus untuk kanak-kanak. Di lokasi ini juga disediakan untuk aktiviti perkhemahan dan BBQ. Pengunjung juga boleh menjamu selera di Medan Selera Atap Belian sambil menikmati pemandangan semulajadi. Alamat: Jalan Tasek Utara, Kolam Ayer, 80100 Johor Bahru, Johor
Walaupun ia dipanggil sebagai gunung, namun ketinggiannya hanyalah 654 meter sahaja. Hutan Lipur Gunung Pulai menang pada sisi hutan dan panorama indah di puncak. Terletak 17 km dari bandar Mersing melalui Jalan Mersing-Endau dan 151 km dari Bandaraya Johor Bahru, Hutan Lipur Gunung Arong sesuai sebagai lokasi menikmati keindahan alam hijau.
Ia antara lokasi pendakian cukup dikenali bagi penduduk setempat dan warga Singapura. Pengunjung akan melalui Kampung Sri Gunung Pulai yang menjadi pintu masuk ke hutan lipur berkenaan. Kepelbagaian flora dan fauna menjadi daya tarikan kepada pengunjung untuk berekreasi di gunung itu. Hasil pendakian anda sangat mengujakan dengan pemandangan yang sangat indah.
Jika pendakian bukan pilihan, anda boleh memilih untuk bersantai atau berkelah sahaja di kawasan air terjun berdekatan. Alamat: Pekan Nenas, Johor
All image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tengok tempat menginap pun sudah buat hati teruja, ini lah Coconest Langkawi, sebuah Airbnb baharu yang menakjubkan dengan reka bentuk menyerupai tempurung kelapa dan terapung di Laut Andaman.
Terletak di kaki Bukit King Kong di Tanjung Rhu, kawasan pantai yang menawan di Langkawi. Tempat ini menawarkan pengalaman glamping dengan pod tenaga solar, katil queen, dan bilik mandi en-suite.
Dengan pemandangan laut yang indah, tetamu boleh menikmati bunyi alam, dan merasa wajah ‘disentuh’ angin laut. Anda juga boleh mandi dalam air yang jernih, menggunakan gril elektrik serta menikmati suasana berdekatan seperti hutan bakau, ladang buaya dan kereta kabel.
Kalau ikutkan Coconest Langkawi adalah tempat yang sempurna untuk pasangan atau pengembara solo yang mencari penginapan santai dan mesra alam.
Harganya kira-kira RM550 sehari dan tetamu perlu membawa makanan dan barangan mandi sendiri. Untuk sampai ke platform terapung, penginap perlu mengambil perjalanan bot singkat selama 5 minit yang akan diatur oleh pemilik tempat ini.
Jika anda berminat, anda boleh membuat tempahan penginapan di Coconest Langkawi di Airbnb.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Amerika Syarikat (AS) menjadi negara tertinggi kes COVID-19 di dunia ketika ini. Sungguhpun begitu, angka tersebut sedikit pun tidak menakutkan penduduknya untuk terus ‘hidup seperti normal’.
Mengejutkan apabila pantai dan taman di Jacksonville, Florida mula dibuka minggu lalu walaupun negara lain masih mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan dalam usaha memerangi wabak COVID-19.
Penduduk di Florida sebelum ini merungut kerana tidak dapat pergi ke pantai akibat perintah pergerakan. Pemandangan di Pantai Jacksonville agak membimbangkan apabila orang ramai dilihat tidak mengamalkan langkah keselamatan. Orang ramai juga mula keluar dengan tuala, penyejuk badan dan ada yang berjemur tetapi hanya segelintir sahaja yang memakai topeng muka.
Datuk Bandar Jacksonville, Lenny Curry. berkata pembukaan pantai ini akan menjadi permulaan untuk jalan menuju kehidupan yang normal. Dia juga berharap orang ramai menghormati syarat yang ditetapkan supaya keselamatan diri dan jiran dapat dijaga.
Di portal Dailymail UK, netizen satu dunia turut meninggalkan komen mengecam pembukaan pantai tersebut yang dianggap boleh memburukkan lagi keadaan kes COVID-19 di negara tersebut.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...