Jika dibandingkan dengan pantai -pantai lain yang popular di Bali seperti Pantai Kuta dan Sanur, atau TanahLot, tentu sahaja pantai Pandawa masih kedengaran asing. Ianya pantai baru dan wajar dipertimbangakan sebagai destinasi percutian kerana keindahannya malah juga disebut sebagai secret beach.
Pantai Pandawa ialah salah satu kawasan pelancongan di area Kuta selatan, Kabupaten Badung, Bali. Pantai ini terletak di sebalik bukit. Di sekitar pantai ini terdapat dua tebing yang sangat besar yang pada salah satu sisinya terpahat lima patung Pandawa dan Kunti. Keenam patung tersebut secarara berurutan (dari posisi tertinggi) iaitu Dewi Kunti, Dharma Wangsa, Bima, Arjuna, Nakula dan Sadewa. Patung-patung ini memiliki ketinggian mencapai lima meter dengan lebar 2.5 meter. Pantai Pandawa dibatasi oleh tebing kapur yang tinggi sehingga pemandangan dari atas tebing mahupun dari bawah tebing akan dilihat sangat mempersona.
Lokasi Pantai Pandawa Bali
Ads
Pantai Pandawa atau Pandawa beach ini terletak di Desa Kutuh, Kabupaten Badung. Jarak perjalanan Pantai Pandawa jika dari lapangan terbang Ngurah Rai ialah 18 km, lebih kurang satu jam bergantung pada kesesakan lalu lintas dalam perjalanan. Sebaik keluar dari jalan utama masih sejauh lebih kurang 1.5 km sebelum sampai di tepian pantai. Sebaik sampai di pantainya, anda akan menemui ketenangan pantai Bali yang masih terjaga dan berdiri semula jadi. Satu hal yang menarik mengenai lokasi Pantai Pandawa ini di mana pantainya terletak di sebalik tebing. Inilah salah satu alasan mengapa pantai ini dikenali dengan sebagai pantai tersembunyi. Ramai yang menilai Pantai Pandawa di Bali ini sebagai sebuah syurga yang tersembunyi.
Ads
Melancong Ke Pantai Pandawa
Banyak hal yang boleh anda lakukan ketika melancong ke Pantai pandawa ini. Pertama tentu saja pengalaman menarik ketika menyusuri tebing sepanjang jalan menuju pantai. Kemudian berhenti dan berfoto dengan patung pandawa lima. Apabila tiba di pantai, anda boleh bersantai dan menikmati lembutnya pasir putih,langit biru dan angin yang sejuk. Bersantai di pinggir pantai banyak juga dilakukan oleh pelancong yang datang ke sini, ramai dari mereka menghabiskan waktu di tepi pantai dengan berbaring di papan – papan yang disediakan di kawasan Pantai Pandawa.
Ads
Anda juga boleh dapat mencuba aktiviti paragliding yang memberi cabaran dan keseronokan sebaik melancong di pantai ini. Setelah sejenak bersantai anda boleh menikmati pelbagai aktiviti air di pantai ini. Mereka yang minat meluncur, boleh cuba mengarungi ombak yang ada di sini. Rakamkan setiap momen dengan berlatarkan pantai yang indah ini. Tentunya keunikan dan keindahan semula jadi pantai ini menjadi tarikan baharu buat pelancong yang berkunjung ke Bali.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Jambatan Kawarau Gorge destinasi bersejarah di Queenstown, New Zealand dan menjadi tarikan pelancong untuk aktiviti bungee jumping.
Bagi anda yang hobinya kembara dan menikmati keindahan alam, tidak akan rugi datang ke New Zealand lagi-lagi jika anda penggemar aktiviti lasak seperti ini. Kebanyakkan yang merancang ke New Zealand pasti sudah masukkan aktiviti bungee jumping ini sebagai ‘impian’ yang perlu dilakukan bagi melengkapi percutian di sini.
Jambatan Kawarau Gorge ini juga menjadi sebahagian daripada laluan Queenstown yang membolehkan pejalan kaki dan basikal untuk melintasi sungai ini.
Terletak 43 meter (141 kaki) dari atas Sungai Kawarau merupakan ‘tempat popular di dunia’- bungee jumping yang tertua di New Zealand yang sudah beroperasi sejak tahun 1988 lagi. Perintis bagi aktiviti ini ketika itu adalah AJ Hackett dan Henry Van Asch yang menjadi individu pertama terjun lelabah dari Jambatan Kawarau Gorge pada tahun 1988.
Pengunjung yang tidak berhasrat untuk melakukan aktiviti gila ini, anda boleh menjadi penonton sahaja di dek pemerhati atau menaiki bot menyusuri sungai.
Gua Gomantong merupakan gua batu kapur terletak di Hutan Simpan Gomantong, Sandakan dengan keluasan 3297 hektar yang berada di dalam daerah Kinabatangan Negeri Sabah.
Gua Gomantong dilindungi Jabatan Perhutanan Sabah kaya dengan penghasilan semula jadi sarang burung layang-layang yang cukup bermutu tinggi yang mendapat permintaan masyarakat antarabangsa. Ia turut menjadi sumber pendapatan masyarakat sekitar sejak beberapa keturunan lagi. Gua ini juga diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). Disebabkan itu juga, sejak abad ke-13, gua ini telah membekalkan sarang burung terbaik untuk Maharaja China.
Dari pintu gua, bau asid amonia daripada najis dan kencing kelawar cukup kuat menusuk hidung.Gomantong memiliki dua kompleks gua, dinamakan Simud Hitam dan Simud Putih. Di siling gua tinggal berjuta-juta ekor kelawar, sementara di lantainya pula dilitupi lipas, kumbang, tikus dan pelbagai spesies ular. Serangga dan binatang ini tidak mengganggu pengunjung yang memasuki gua berkenaan kerana kehadiran mereka hanyalah untuk kelangsungan hidup dengan memakan tahi dan bangkai kelawar. Ada yang mengatakan lipas yang ada dalam gua ini merupakan yang paling banyak wujud di bumi. Buktinya anda boleh melihat sendiri dengan berkunjung ke Gua Gomantong ini.
Pengunjung tidak perlu khuatir dengan tahap keselamatan untuk masuk ke gua ini kerana laluan lantai di situ, dibina daripada kayu yang kukuh binaannya. Laluan ini akan membawa pengunjung menerokai sekitar gua tanpa gangguan binatang berbisa. Bagi mereka yang fobia dengan serangga ini, mungkin peluang terbaik mencuba mengatasi masalah itu sekiranya berkunjung ke Gua Gomantong, Sandakan Sabah. Ada berani?
image via sabahpost.net / google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebuah bongkah aisberg setinggi 45 meter terapung di kawasan perairan dikenali ‘lorong aisberg’ di pesisir wilayah Newfoundland di Kanada. Bongkah ais tersebut juga dilihat seakan sedang ‘bersiar-siar’ melawat sekeliling penempatan terdekat dengan laluan ini.
Seorang jurugambar amatur, Mark Gray sempat merakam beberapa keping gambar pemandangan menakjubkan ketika bongkah ais gergasi itu terapung melintasi pesisir Lautan Labrador dari rumahnya.
Dia seterusnya berkongsi gambar itu di Twitternya. Rata-rata pengikutnya yang menyaksikan fenomena itu begitu teruja sehingga menyebabkan Mark Gray sentiasa mengemaskini status terbaru saban hari.
Salah satu gambar itu menunjukkan betapa kerdilnya rumah api terkenal di pekan kecil itu berbanding saiz bongkah aisberg yang terapung berhampirannya.
‘Rumah api Cape Bonavista kelihatan kerdil berbanding aisberg gergasi itu,’ tulis Gray menerusi satu perkongsian di Twitter.
Lorong aisberg sering menyaksikan bongkah ais gergasi terapung bergerak melintasinya ketika lewat musim bunga atau awal musim panas.
Kira-kira 400 hingga 800 bongkah aisberg melalui perairan dekat Newfoundland setiap tahun dengan rekod tertinggi 2,000 bongkah pada tahun 1984. Kesemua ais itu dianggarkan berusia antara 10,000 hingga 12,000 tahun dan berasal daripada beberapa lapisan glasier di Greeland.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...