
Tahu tak di Ipoh ada lokasi yang sangat menarik dan tidak mengecewakan untuk disinggah?
Jika berada di Ipoh jangan lupa luangkan sedikit masa ke Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh, Perak. Terletak di utara pusat bandar raya Ipoh, kawasan ini merangkumi taman seluas 30.35 hektar dan tasik seluas 14.16 dengan berlatarbelakangkan bukit batu kapur Gunung Lang dan Gunung Bilike.

Taman ini dilengkapi tiga tasik buatan yang dipenuhi pelbagai spesies ikan air tawar. Pelbagai keistimewaan lain yang ada di sini antaranya air terjun buatan manusia selain menawarkan pelbagai aktiviti riadah lain seperti memancing, mendaki bukit, merentas belukar, menjelajah gua dan banyak lagi.

Lokasi ini sangat terkenal dijadikan ‘stop over point’ laluan pengguna Lebuh raya Utara Selatan. Untuk datang ke destinasi ini, penggunjung perlu melalui Lebuhraya Utara Selatan melalui susur keluar Sungai Siput dan Jalan Kuala Kangsar. Alang-alang jika anda dalam perjalanan dari utara ke selatan, atau selatan ke utara singgahlah sebentar di sini. Memang tak rugi!
Ada Lagi Yang Menarik?
- Dipintu masuk Taman Rekreasi Gunung Lang, anda boleh menikmati percikan air dari air terjun buatan yang merupakan air terjun buatan manusia tertinggi di Malaysia. Air terjun ini beroperasi iaitu: Isnin hingga Jumaat -10 pagi-12 tengah hari & 4 petang-6 petang. Sabtu & Ahad/cuti umum – 9 pagi-11 pagi,1 petang-3 petang & 5 Petang-7 Malam sahaja


- Anda boleh menaiki bot mengelilingi tasik buatan sambil menikmati kehijauan bukit batu kapur cukup mendamaikan.

- Anda boleh mengikuti laluan pejalan kaki yang meliputi keseluruhan taman yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk wakaf terapung, rumah tradisi Perak dan menara pandang jauh.
- Anda boleh memberi makan kepada ikan jenis keli Afrika dan Ikan Koi, talapia dan lampam yang bersaiz besar. Makanan ikan ada dijual di gerai makanan cuma berharga RM1 sahaja.
- Untuk si kecil, taman ini turut menyediakan taman permainan kanak-kanak yang lengkap dan tapak perkhemahan.
- Untuk melihat panorama kawasan ini, anda boleh naik ke menara tinjau yang disediakan.

Sumber: Perak Hari Ini
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Port Nature Buat Si Pencinta Alam, 9 Tempat Ini Untuk Buat Aktiviti Best. Nak Lepak Pun Layan!

Selangor mempunyai pelbagai destinasi pelancongan eko yang menarik bagi penggemar aktiviti sukan lasak dan penggemar alam semula jadi.
Apa kata, luangkan masa senggang anda dengan menikmati dan menjalani aktiviti luar dilokasi seperti berikut:
- FOREST RESEARCH INSTITUTE MALAYSIA (FRIM), KEPONG
Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi.




Bayaran masuk yang dikenakan adalah sebanyak RM5 dan tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar. Satu fakta menarik – FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung. Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi: FRIM (03-62797000 atau 03-62797575).
- TAMAN EKO RIMBA KANCHING
Taman Eko Rimba Kanching merupakan tempat aktiviti pelancongan eko yang wajib dilawati di Negeri Selagor. Tempat ini mempunyai suasana air terjun yang cantik untuk bergambar dengan laluan pendakian yang mencabar. Ini kerana Sungai Kanching mempunyai 7 lapisan air terjun setinggi 208-meter yang mana semakin tinggi dakian, semakin sukar perjalanan untuk mendaki.


Bukan itu sahaja, pengunjung juga dapat meluangkan masa bersama keluarga dengan menikmati suasana alam semula jadi sambil berkelah. Bayaran masuk adalah RM1 (dengan MyCard) pada hari biasa, RM2 (dengan MyCard) pada hari minggu dan RM5 jika tanpa MyCard.
- SKYTREX SUNGAI CHONGKAK, HULU LANGAT
Dikenali dengan “Malaysia First Flying Fox Park”, tempat ini mempunyai elemen flying fox yang lebih panjang berbanding cawangan lain di Langkawi dan Melaka. Di samping itu, Skytrex Sungai Chongkak juga dikelilingi dengan kehijauan hutan serta aliran sungai di bawah laluan rintangan.


Terdapat 3 pakej yang disediakan untuk pengunjung di mana setiap pakej mempunyai 25 halangan berbeza dan mengambil masa sejam untuk dilengkapkan. Bayaran masuk ke Skytrex Sungai Chongkak adalah dalam lingkungan RM50 hingga RM130 mengikut pakej yang dipilih. Untuk maklumat lanjut, layari www.skytrex-adventure.org atau hubungi +6013 276 9841.
- BUKIT BROGA, HULU LANGAT
Bukit Broga merupakan tempat yang paling sesuai untuk mendaki bagi semua golongan umur kerana perjalanan dakian yang kurang mencabar dan mudah. Bukit yang hanya berketinggian 400-meter dari paras laut ini mengambil masa sejam untuk sampai ke puncak. Apa yang menarik, di puncak bukit ini dipenuhi dengan kehijauan lalang. Dengan gabungan rumput lalang dan pemandangan yang cantik, bergambar di puncak Bukit Broga amat sesuai untuk dijadikan kenangan.


Selain itu, terdapat juga gerai yang menjual air kelapa di puncak bukit untuk pendaki menikmati pemandangan sambal melepaskan dahaga. Bayaran serendah RM1 dikenakan untuk mendaki bukit ini. Satu fakta menarik, pendakian Bukit Broga sebanyak 10 kali adalah bersamaan dengan pendakian ke Gunung Kinabalu. Untuk maklumat lanjut, layari www.mpkj.gov.my atau hubungi 03-87377899 / 03-87371789.
- WHITE WATER RAFTING, HULU SELANGOR
Terletak di Kuala Kubu Bharu, aktiviti white water rafting ini amat menyeronokkan bagi yang ingin mencuba aktiviti air lasak di sungai sepanjang 8km. Bukan itu sahaja, terdapat juga banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di Sungai Selangor. Aktiviti berakit ini sangat sesuai dilakukan secara berseorangan, serta bersama pasangan, keluarga dan kumpulan dari semua peringkat umur dari 8 hingga 88 tahun, menjadikan aktiviti ini ideal di Malaysia. Kadar bayaran dianggarkan dari RM199 hingga RM800 dengan penyertaan minimum seramai 2 orang. Untuk maklumat lanjut, layari www.malaysia-whitewater-rafting.com atau hubungi +6012- 4653307.
- WATER TUBING, HULU SELANGOR
Water Tubing adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan di pekan Kuala Kubu Bharu selain white water rafting. Aktiviti tubing ini menyeronokkan lebih-lebih lagi dilakukan bersama rakan-rakan kerana ia tidak memerlukan dayung, dan hanya perlu mengikuti arus sungai. Sekiranya arus kuat, maka kelajuan tiub akan bertambah laju.




Jika sebaliknya, peserta perlu menolak air sungai dengan menggunakan tangan untuk bergerak ke hadapan dengan lebih laju. Anggaran harga untuk melakukan aktiviti tubing adalah RM30. Untuk maklumat lanjut, sila e-mel ke rentasadventures@gmail.com atau hubungi 011-11414674.
- TAMAN ALAM KUALA SELANGOR
Taman Alam Kuala Selangor merupakan sebuah taman semula jadi yang dikelilingi dengan hutan paya bakau yang menarik. Ia juga mempunyai laluan hampir 4-kilometer untuk pengunjung selusuri dan menikmati persekitaran alam. Bagi penggemar burung, anda boleh ke menara tinjau yang disediakan untuk melihat dan mengambil gambar lebih kurang 150 jenis spesis burung dari serata dunia termasuk burung migrasi dari negara Siberia dan Rusia.


Pengunjung juga boleh bergambar di kawasan paya bakau kerana susunan pokok-pokok yang cantik di sana. Selain itu, bayaran sebanyak RM4 akan dikenakan untuk orang dewasa dan RM1 untuk pengunjung di bawah 16 tahun. Untuk maklumat lanjut, layari www.kuala-selangor.com atau hubungi 03-32892294.
- 4X4 ADVENTURE TERATAK RIVERVIEW, HULU SELANGOR
Apa kata anda meredahi hutan dengan menaiki kenderaan jenis 4×4 yang menyeronokkan dan mencabar daripada lawatan biasa di bandar. Kenderaan jenis 4×4 yang disediakan akan menjelajah melalui jalan hutan yang kehijauan terus ke kawasan kampung-kampung tradisional, ladang buah-buahan, seberang sungai, kawasan paya dan batu-bata serta air terjun.

Selain itu, pengunjung boleh berkelah dan berenang di sungai sambil menikmati keindahan alam semula jadi. Lingkungan harga untuk merasai pengalaman pengembaraan dengan kenderaan jenis 4×4 ini adalah mengikut kepada permintaan dan itinerari yang diinginkan oleh pengunjung dengan mininum 6 orang peserta. Untuk maklumat lanjut, layari www.teratakriverview.blogspot.com atau hungi +6012-5653397.
- PARAGLIDING (BUKIT JUGRA, KUALA LANGAT & BUKIT BATU PAHAT, HULU SELANGOR)
Anda boleh terokai bandar Jugra dan Batu Pahat dan menyaksikan pemandangan alam semula jadi yang indah dari puncak bukit dengan melakukan aktiviti paragliding yang disediakan di Bukit Jugra, Kuala Langat dan juga Bukit Batu Pahat, Hulu Selangor. Dengan ketinggian 400 kaki dari paras laut, dua tempat popular ini wajib dikunjungi bagi sesiapa yang gemarkan aktiviti mencabar dan ingin mencuba pengalaman terbang di udara.


Masa yang sesuai untuk melakukan aktiviti paragliding ini adalah pada bulan Mac hingga September dan bayaran dikenakan untuk melakukan aktiviti ini dianggarkan berjumlah RM320 seorang. Untuk maklumat lanjut, layari www.mdkl.gov.my atau hubungi 03-31803694 / www.mdhs.gov.com atau hubungi 03-60641235.
Jom cuti-cuti di Selangor~
Foto & Sumber: Tourism Selangor
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tip Dan Tempat Menarik Di Bangkok, Jaga-jaga Dengan Scammer Di Sana!

Jika nak ke negara jiran, anda perlu ambil tahu tip dan tempat menarik di Bangkok, Thailand untuk memudahkan pergerakan dan makan menu sedap.
Jadi jom ikuti perkongsian saudara Mohd Saifuddin, yang mana dia ada kongsikan banyak tempat best dan tip untuk elakkan benda buruk berlaku.
Tip Dan Tempat Menarik Di Bangkok

Itinerary mungkin dah ramai kongsi, jadi ini perkongsian tip bila ada di sana. Sana sangat biasa dengan scam ya, sila berjaga-jaga.

1. Siapa ada plan pergi ke Flaoting market dekat Damnoen Saduak sila fahamkan ini betul-betul supaya tak terkena scam.

Ada dua ya, satu terus ke Damnoen Saduak, satu lagi ke operator Damnoen Saduak (refer Gambar Pertama). Kalau anda dari Maeklong Market tu ada akan Bolt atau Grab memang dah standby area situ, sebab kebiasaan pelancong akan ke sana sekali.
Cara dia scam adalah bila anda dah book ke Damnoen tu, nanti dalam kereta dia akan bersembang dengan anda macam-macam untuk buat anda leka. Nanti dia senyap-senyap akan matikan anda punya booking.

Perhatikan selalu anda punya booking tu dan search juga google maps anda supaya dia hantar tempat yang betul. Bila dah sampai tempat yang salah, ke tempat operator tu. Nanti dekat situ diaorang scam dengan harga boat 3000 – 4000 baht, sedangkan kalau tempat yang betul baru 400 baht/person boat yang berenjin, 200 baht/person boat yang mendayung.

Kalau sampai tempat operator tu memang tak akan ada connection Bolt dah ya, situ dah tak dapat coverage bolt, jadi nak jalan kaki boleh tahan 6km. Kalau book grab pula memang tak akan ada yang accept melainkan anda kena panggil kereta yang book tadi, sebab dia akan tunggu anda sampai habis. Cakap nak pergi dekat tempat Damnoen yang betul.
2. Lepas tu Bolt ni plak diaorang pandai kalau siang senang anda akan dapat, tapi bila dah malam tu jangan harap anda akan dapat panggil Bolt. Diaorang tak akan accept, jadi pilihan adalah Grab saja. Cuma Bolt lebih murah berbanding Grab. Dorang nak main harga tetap dan ikut meter bila malam.

3. Nak makan dekat sana pun berhati-hati, walau nampak halal tapi nanti anda akan nampak ada benda tak sepatutnya sekali dekat situ. Jadi anda tanya betul-betul dan tengok ada tak sijil halal, jangan hanya tengok tanda halal.

4. Sana banyak gunakan cash berbanding kad, kalau 200 Baht ke bawah tak boleh pakai kad. Kalau Malaysia bawah RM10 pun boleh pakai kad. Dan sana banyak street food, jadi banyak pakai tunai.

5. Jangan keluar lepas pukul 10 malam ke tempat yang sunyi atau kurang orang, untuk korang kena samun tu sangat tinggi. Biar lah tempat yang ramai orang atau berdekatan tempat tinggal korang je.

Tempat-tempat menarik di sekitar Bangkok:
1. PAPAYA Design Furniture & Studio
2. Ancient city bangkok
3. Icon Siam (ala Pavilion, wajib pergi 5 petang ke malam sebab cantik view dari bawah serta atas Iconsiam)
4. Wat Arun, Grand Palace, Wat Traimit
5. Sealife Bangkok
6. Asiatique The Riverfront (saran pergi malam area sini santai-santai)
7. Mahanakhon SkyWalk
8. Discovery kids museum
9. Chocolate ville (kalau berminat ootd boleh singgah kalau baik tak payah, sekejap je dah bosan)
10. Dream world (ala Fantasi punya tempat)
11. Cruise bangkok (ada extra duit naik lah, memang berbaloi. Buat anniversary sekali ke atas tu, memang datang kan moment yang indah)
12. Safari World Bangkok
13. Jim Thompson House
14. Maeklong Railway Market (8.30,11.10,2.30,5.40 waktu yang kereta api akan sampai, disarankan pukul8.30 atau 11.10 je, selain tu tak perlu market dah kosong nanti kereta api laju je market dah lengang kosong)

15. Ramkhamhaeng Night Market
16. Chang Chui Market (ala pasar seni)
17. Chatuchak market (saran pergi petang sebab meriah, kalau tak nak sesak waktu pagi)
18. Terminal 21 (Mall ikut bertema setiap negara)
19. The Platinum Fashion Mall (ala GM Klang, plan nak buat bisnes boleh singgah)
20. Palladium Mall (Jual melalui live – boleh buat live terus menjual)
21. MBK Centre (ala Sungei Wang)
22. Siam Discovery (ala Sogo)
23. Chang Puak Camp

Pengangkutan awam:
1. Bas
2. E hailing (kereta) – bolt, grab, maxim
3. Water taxi
4. Tuk tuk
5. E hailing (motor) – bolt, grab
6. Mini Van
Tempat menginap paling senang adalah sekitar Ratchathewi.

Tempat makan sekitar masjid Darul Aman sedap-sedap, boleh cari situ banyak kedai makan dari sarapan pagi ke malam.

Ya, orang sana memang membantu cuma masalah bahasa saja. Semoga bermanfaat, selamat merancang dan pergi ke sana.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Cari Kelainan Camping Di Kem Tasik Biru, Jasin. Dapat View Gunung Ledang, Tidur Sambil Layan Bunyi Unggas & Hujan!

Biasa kalau camping, port yang dicari tentulah tepi sungai atau laut, sesekali cari kelainan dengan campsite berlatar belakangkan gunung dan juga ditepi tasik tentunya beri pengalaman yang berbeza.
Baru berjinak-jinak dengan aktiviti berkhemah, Ibah Abdullah berkongsi aktiviti camping selama dua hari satu malam di campsite Kem Tasik Biru yang terletak di Jasin Melaka. View yang ada kat sini memang best, tambah pula boleh nampak Gunung Ledang dengan clear.
Lebih seronok bila waktu malam dan cuaca pula hujan yang tidak terlalu lebat. Tidur ditemani bunyi unggas dan hujan cukup mendamaikan. Wanita ini juga turut berkongsi review untuk campsite yang dipilih kali ini, moga dapat memberikan sedikit gambaran buat yang ingin camping kat sini nanti.
NINJA CAMPER #2
27 & 28 AUG 2022, 2D1N
Lokasi: Kem Tasik Biru, Jasin, Melaka
Jika nak cari kelainan, lari dari kebiasaan sungai atau laut. Boleh cuba camping di tasik. Campsite berlatar belakang Gunung Ledang.
Angin sepoi dengan view tasik & gunung, bunyi burung. Tenang.
Pengalaman kedua cubaan bercamping. Try pasang flysheet baru, agak huru hara bila tetiba hujan. Khemah lama tiris, kami tukar pasang khemah base M.
Kami pilih tapak Terusan Cinta, tapak paling dekat dengan parking & tandas. Tapak paling hot Tanjung Senduduk sebelah public area, view sumpah superb! Nampak clear Gunung Ledang.
Hujung campsite ada public area. View gunung ledang, ada bangku, buaian & pondok. Jangan risau kalau dapat tapak view kurang cantik. Boleh lepak di public area.
Petang sampai malam hujan sekejap lebat sekejap rintik. Setup kami pulak common area yang agak sempit. Asik alih meja bila tempias. Lari abis dengan plan setup tipu tipu kat rumah dengan praktikal.
Campsite meriah, fullhouse. Walaupun ramai dan ada group camping masih belum tidur, pukul 10 dah sunyi sepi. Tidur sambil layan bunyi unggas & hujan.
CAMPSITE REVIEW
Parking : 5/5
Free. Parking luas berdekatan campsite. Kalau full, park jauh sikit. Walking distance. Tapak Terusan Cinta boleh park tepi untuk letak barang. Tapak lain pun tak jauh, boleh guna wagon.
Toilet & Tempat Mandi : 3/5
Tandas unisex. 3 pintu dengan toilet duduk.
Sinki Basuh : 4/5
Hp Coverage : 5/5
Plugpoint : Tiada untuk area campsite. If not mistaken, disediakan dalam dewan.
Keselamatan : 5/5
Lokasi campsite agak privacy, no outsider allowed.
Kedai makan : 5/5
Masa kami datang, tiada pakej makan untuk campers, ada review campers selepas kami dtg dapat pakej makan.
Wajib singgah Markisa Cafe area campsite sebelum balik
Campsite Operator: 4/5
Sebelum checkout boleh bergambar & CO akan request untuk tulis tulis kat banner Kem Tasik Biru sebagai kenangan. CO ada bagi rules untuk campers & tapak dah siap ada penanda.
Aktiviti lain
Berenang, kayak, cycling, diving, night walk, jungle trekking, mancing.
Overall Rating : 4/5
Contact No: Cik Dilla 019 891 8696
Rate Campsite
Tapak RM30-RM50 (Ikut view)
Entrance RM10/pax, below 6 yo free
Deposit Sampah RM20 / RM30 group
Check in = 2.00pm
Check out = 12.00pm
Kredit: Ibah Abdullah
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!








