Niat untuk mengekang penularan wabak dilihat agak baik namun masa yang sama, ada banyak pihak yang terjejas teruk. Antaranya industri pelancongan apabila sekatan daerah dan negeri bagi Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 dilaksanakan hampir sebulan lalu.
Antara yang menerima kesan hebat ini termasuk kawasan pelancongan popular seperti Langkawi yang memasuki fasa tenat apabila terdapat hotel yang ditutup sepenuhnya ekoran mengalami kerugian sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir memberitahu, sebanyak tujuh pengusaha hotel yang bernaung di bawahnya ‘bungkus’ dengan kerugian dianggarkan bernilai RM25 juta dalam tempoh PKP ini.
Malah menurutnya, LTA turut melahirkan kebimbangan tentang masa depan pulau peranginan popular negara itu yang mungkin ‘hilang’ daripada radar sektor pelancongan negara.
Katanya, keadaan itu berlaku berikutan kehadiran pelancong ke pulau peranginan tersebut merosot ketika PKP 3.0.
Ads
“Ini membabitkan hotel di bawah LTA sahaja. Pengusaha hotel berkenaan tidak mahu tanggung kerugian berterusan memandangkan sektor pelancongan dijangka beroperasi sepenuhnya Disember ini atau Januari tahun depan.
“Tujuh hotel terbabit memang tutup terus. Ada akan dijual dan ada yang ditukarkan kepada rumah atau bilik sewa. Kita percaya lebih banyak pengusaha yang akan gulung tikar andai sektor pelancongan Langkawi tidak dibuka mengikut pelan pemulihannya pada September atau Oktober ini,” katanya.
Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia di Pantai Chenang di sini juga mendapati kawasan tersebut yang sebelum ini dipenuhi pelancong kini lengang dan sunyi.
Ads
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Kedah/Perlis, Eugene Dass, merayu agar kerajaan Pusat dan negeri mempertimbang insentif serta bantuan bagi membantu pengusaha hotel yang terpaksa menutup operasi mereka sepanjang PKP 3.0 ini.
Ads
“Ini adalah untuk kelangsungan pengusaha hotel. Kita minta kerajaan dan kerajaan negeri mempertimbangkan bantuan one off, pengecualian cukai pintu untuk tempoh tiga bulan ini dan diskaun tarif elektrik,” katanya.
Beliau juga berharap proses vaksinasi disegerakan dalam kalangan petugas hotel bagi memastikan pelan pemulihan sektor berkenaan berjalan lancar.
“Setakat ini MAH sudah menghantar 30,000 nama kepada Kementerian Kesihatan untuk divaksin tetapi belum ada maklum balas,” katanya.
Gambar : Suasana lengang dan suram di sekitar Pantai Chenang, Langkawi, Kedah, berikutan pelaksanaan PKP 3.0 sejak 1 Jun lalu. Sumber : Utusan Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sebagai tanda sokongan kepada Palestin dan rakyatnya, Oman memaklumkan ia memutuskan untuk membuka kedutaan di wilayah Palestin. Perkara itu menjadikan Muscat sebagai negara Teluk Arab pertama berbuat demikian.
Ia bertepatan dengan bengkel ekonomi diterajui Amerika Syarikat (AS) di Bahrain untuk mendedahkan pelan damai Timur Tengah kontroversi yang dijangka tidak akan mengiktiraf kemerdekaan Palestin.
“Sebagai simbol sokongan berterusan, pemerintah Oman, Sultan Qaboos Said al Said memutuskan untuk membuka misi diplomatik di peringkat kedutaan di Palestin,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan di Twitter.
Delegasi dari Kementerian Luar akan ke Ramallah untuk mengambil langkah yang perlu bagi pembukaan kedutaan tersebut.
Difahamkan, Oman tidak menyertai bengkel ekonomi di Manama tersebut di mana pentadbiran Presiden AS, Donald Trump berharap dapat meningkatkan pelaburan AS$50 bilion (RM207 bilion) untuk memperbaiki keadaan ekonomi Palestin.
Persidangan itu turut diboikot Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang bimbang pentadbiran AS akan menggunakan wang untuk melaksanakan penyelesaian politik pro-Israel.
Berakhirlah sudah kehidupan Tam, seekor badak sumbu jantan spesis Sumatera yang terakhir di Malaysia, apabila badak sumbu itu mati akibat berlakunya kemerosotan kesihatan disebabkan usianya yang menjengah tua.
Tam, atau nama panjangnya Kertam disahkan mati selepas tengah hari Isnin oleh satu sumber sahih menurut laporan BorneoToday. Pemergian Kertam sebagai spesis terakhir badak sumbu jantan Sumatera meninggalkan hanya seekor lagi badak sumbu betina Sumatera yang dipanggil Iman.
Minggu lepas, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata Tam sudah menunjunkkan kemerosotan dalam faktor kesihatan sejak April lalu.
Tam sebelum ini ditangkap di ladang kelapa sawit di Sabah oleh sepasukan pakar hidupan liar sekitar tahun 2008.
Pegawai vaterinar dan penjaga badak sumbu itu telah memberikan pemeriksaan sepanjang masa ianya berada di dalam jagaan mereka.
Badak sumbu betina Sumatera atau Iman kini menjadi satu-satunya badak sumbu Sumatera yang ada di Sabah – juga dalam keadaan tidak berapa sihat ekoran kondisi kesihatan yang tidak mengizinkan.
Terdahulu sebelum Tam, seekor badak sumbu betina Sumatera yang dikenali sebagai Puntung telah mati enam bulan lalu, meninggalkan Iman yang kini menjadi satu-satunya spesis badak sumbu Sumatera betina di Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Bila nak bercuti terutamanya ke luar negara, sebaiknya dapatkan perlindungan insurans. Ini sangat penting bukan sahaja melindungi diri daripada sebarang kejadian yang berkaitan dengan kesihatan dan keselamatan, malah juga dapat memastikan barang-barang peribadi juga turut terjaga.
Justeru itu setiap kali plan untuk bercuti atau melancong ke luar negara atau dalam negeri sekalipun pastikan perlindungan insurans termasuk dalam list yang perlu dilengkapkan sebelum hari berlepas.
Sekarang lagi mudah, boleh beli secara online sahaja dan kalau yang pergi bercuti dengan pakej, pastikan korang tanya tentang perlindungan yang diberikan.
Apa yang dikongsikan Nur Ilha Emira menerusi Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM) mungkin dapat memberikan gambaran betapa pentingnya perlindungan insurans untuk semua traveler.
Bukan sahaja dapat pampasan untuk beg yang lambat sampai malah wang yang diperolehi juga mungkin boleh digunakan untuk cover perbelanjaan sampingan yang lain terutama bila melancong selepas pandemik ini.
Nasihatnya juga pastikan korang pilih insurans yang senang dan mudah untuk membuat tuntutan.
Beg Lambat Sampai
Nak share pengalaman claim travel insurance dengan Etiqa.
Date Delayed Baggage : 18 Dec 2021
Date Received Baggage : 22 Dec 2021
Date Submit Claim : 7 Jan 2022
Date Claim Masuk : 20 Jan 2022
Type of Insurance : Etiqa 360 (Platinum)
Pastikan Dokumen Yang Diperlukan Lengkap
Supporting Document Submitted :
Boarding Pass
Airline Report regarding delayed baggage
Acknowledgement Receipt from courier
Hari-hari check status claim, masih processing dan tunggu je Agent Etiqa call (tak ada call/email pun) tapi bila check akaun bank, senyap-senyap je Etiqa dah bank in RM4000 untuk 2 pcs of delayed baggage.
First time guna Etiqa dan sangat efficient rupanya. Really recommended. Saya bkn agent, saya cuma customer yang beli online
Alhamdullilah dapat la cover duit Swab Test 4 kali dan kos hotel quarantine
Conclusionnya, beli la insurance (pilih yang senang nak claim) sebab kita tak tau bila akan jadi benda-benda tak diingini
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...