Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melanjutkan pemberian diskaun tambang sehingga 50 peratus untuk perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Antarabandar (KTM Intercity) sehingga hingga 6 Disember 2020.
Tawaran diskaun itu adalah bagi perjalanan ke mana-mana destinasi sedia ada melibatkan enam perkhidmatan ETS dan lapan KTM Antarabandar ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ads
Usaha ini dilakukan memandangkan jumlah penumpang bagi kedua-dua perkhidmatan tersebut mengalami penurunan yang ketara sejak pelaksanaan PKPB. Ketika ini, kedua-dua perkhidmatan itu masih beroperasi bagi laluan di antara Stesen Tumpat, Johor Bahru, Gemas, KL Sentral, Ipoh, Butterworth dan Padang Besar.
Ads
Orang ramai dinasihatkan membuat pembelian secara dalam talian di laman sesawang KTMB atau menerusi aplikasi KTMB Mobile (KITS). Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-2267 1200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB.
Buat rakyat Malaysia yang ingin ke Perancis, ambil langkah keselamatan dengan menjaga kesihatan diri daripada terkena strok haba. Perancis kini dilanda cuaca panas dan gelombang haba tertinggi negara itu dengan suhu dilaporkan mencecah sehingga 45.9 darjah Celsius.
Susulan itu perkhidmatan cuaca negara itu mengeluarkan amaran merah di empat kawasan buat pertama kalinya pada Jumaat lepas. Perancis antara beberapa negara di Eropah kini berdepan dengan keadaan cuaca melampau yang telah meragut beberapa nyawa.
Di ibu kota Perancis, ramai dilihat berkumpul di kawasan air pancut terutama di tempat tumpuan pelancong di sekitar Menara Eiffel bagi menyejukkan badan.
Kawasan-kawasan sekitar pantai dan kolam umum juga dipenuhi dengan ramai orang yang datang untuk menyejukkan badan.
Menurut pakar meteorologi, gelombang haba ini disebabkan udara panas dari utara Afrika dan juga ribut yang kini sedang melanda Lautan Atlantik. Sebelum ini pada 2003, gelombang haba yang melanda Perancis mencatatkan suhu tertinggi 44.1 darjah Celcius.
Ketika dunia sedang dilanda wabak koronavirus, lain pula kekecohan yang berlaku di Bali, Indonesia. Dianggarkan lebih 1,000 ekor babi di Bali dilaporkan mati secara misteri, ekoran Wabak Babi Afrika (ASF).
Bali lokasi percutiaan tumpuan dunia, menjadi sedikit kegusaran buat pelancong untuk bercuti dengan tenang dan gembira.
Hampir 50,000 babi telah mati di seluruh utara Sumatera sejak beberapa bulan lalu. Menurut Agensi Pertanian dan Makanan Keselamatan Bali, sekurang-kurangnya 888 babi mati akibat penyakit itu dalam tempoh dua bulan lalu. Sebanyak tujuh daerah yang terkesan dengan wabak misteri itu dengan daerah Bandung mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 598 kematian babi, diikuti Tabanan (219), Denpasar (45), Gianyar (24), Bangli (1) dan Karangasem (1).
Sumber AstroAwani, babi-babi itu mati disebabkan oleh Wabak Babi Afrika (ASF) dan pihak Pertanian dan Makanan Keselamatan Bali percaya telah berjaya mengawal penyebaran penyakit tersebut selepas tiada lagi kematian babi dilaporkan sejak beberapa hari ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tanya sama hud hud antara lagu yang pernah di popularkan oleh Datuk M Nasir. Antara sebahagian liriknya,
Tanya sama itu hud-hud Lang mensilang Kui mengsikui Kerana dia yang terbangkan aku ke mari Ooh… Sang Algojo Ooh… nanti dulu
Ternyata burung hud hud ini spesis agak unik dan amat jarang bertelur di negara kita. Bagaimana pun Taman Tasik Taiping dikira bertuah apabila disedari burung hud hud ini membuat telur ini di kawasan pelancongan ini dan ia menarik perhatian banyak pihak.
Burung hud-hud, spesis binatang perikatan Nabi Sulaiman A.S, menjadi utusan pemberitahuan mengenai Puteri Balqis, ratu kaum Saba, dikenal pasti singgah membuat sarang di Taman Tasik Taiping sejak dua minggu lalu.
Yang Dipertua Majlis Pembandaran Taiping, Khairul Amir Mohamad Zubir berkata spesis burung yang jarang didapati di negara ini disedari oleh sekumpulan penggemar burung sewaktu mereka melakukan aktiviti di sekitar kawasan Taman Tasek Taiping.
“Burung Hud-Hud atau Hoopoe termasuk dalam spesis burung hijrah di antara bulan September hingga April setiap tahun apabila musim sejuk melanda di utara Asia. Kebiasaannya, burung-burung hijrah ini akan terbang pulang semula ke negara asal dalam bulan April.
“Spesis burung Hud-Hud ini berasal dari kawasan Afro-Eurosia iaitu di sekitar Eropah, Afrika dan Asia. Spesis yang dilihat di Taman Tasik Taiping ini dipercayai dari spesis Asia, khususnya dari kawasan Asia Utara.
“Pihak MPT akan memantau dan memastikan keselamatan pasangan burung ini yang sedang bersarang dalam lubang pokok Jemerlang ataupun Yellow Flame. Setakat ini, belum ada rekod penemuan pembiakan burung ini di Malaysia. Penemuan ini adalah sesuatu yang amat istimewa," katanya menerusi kenyataan media.
Zoo Taiping & Night Safari akan berkolaborasi dengan Jabatan Perlindungan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Malaysia dan Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam, Nature Educational Society (NEST) bagi menjalankan kerja-kerja pemantauan berkala di kawasan pembiakan burung Hud-Hud serta menentukan kaedah kawalan keselamatan dan penguatkuasaan.
Menurut Khairul Amir, MPT berharap kerjasama pihak PERHILITAN dan NEST dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik seterusnya dapat mengumpulkan pelbagai maklumat melalui kajian yang dijalankan.
“MPT juga berharap orang ramai perlulah memberi kerjasama bagi memastikan pasangan burung Hud-Hud ini tidak diganggu. Sekiranya pasangan burung ini tertekan dengan faktor sekeliling pastinya akan meninggalkan sarang dan tidak kembali lagi.
"Tindakan penguatkuasaan akan diambil sekiranya didapati berlaku sebarang pelanggaran undang-undang terhadap keselamatan pasangan burung ini," jelasnya. Sumber : Peraktastic Exploration & Discovery
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...