Kelip-kelip adalah sejenis serangga dari kumpulan kumbang. Keunikan yang ada pada kelip-kelip ini adalah pada ekornya, yang mengeluarkan kelipan cahaya pada kadar tiga kelipan sesaat. Dalam ribuan kelip-kelip ini cahayanya bagaikan satu rentak yang bercahaya. Kelip-kelip jantan dikatakan mengeluarkan cahaya yang lebih terang untuk menarik perhatian kelip-kelip betina. Jangka hayat seekor kelip-kelip pula sekitar ialah 2 hingga 3 bulan sahaja.
Di negara kita terdapat banyak lokasi untuk melihat serangga ini dengan lebih dekat iaitu disekitar kawasan yang mempunyai pokok bakau seperti pokok berembang. Untuk hidup, kelip-kelip memerlukan keadaan cuaca yang lembap, persekitaran berpaya serta sumber makanan daripada pokok bakau. Pengunjung terutamanya pelancong ‘mat salleh’ kalau dapat peluang melawat port kelip-kelip ini memang mereka sangat teruja. Antara lokasi tumpuan ramai untuk melihat kelip-kelip adalah di:
Kelip-kelip Sungai Timun
Habitat kelip-kelip yang ada di Sungai Timun di Rembau, Negeri Sembilan antara lokasi menarik yang seharusnya diterokai oleh pencinta alam. Lokasi ini juga sangat dekat jika anda dari Port Dickson.
Ads
Untuk melihat kelip-kelip dengan jarak yang dekat pengunjung boleh menyusuri sepanjang sungai Timun sejauh tiga hingga lima kilometer dengan menyewa bot nelayan, di Jeti Pengkalan Nelayan Kampung Sungai Timun. Apa yang menarik, kelip-kelip kawasan itu seperti sudah biasa dengan bunyi deruman enjin bot. Ia membuatkan serangga itu tidak lari walaupun dengan kehadiran bot yang membawa pengunjung. Namun, kelip-kelip ini kurang ketika bulan terang atau hujan.
Kelip-kelip Kampung Dew
Habitat kelip-kelip di Kampung Dew, Taiping Perak telah dibangunkan sebagai destinasi ekopelancongan unggul. Pengunjung yang datang dapat menikmati cahaya kelip-kelip di pokok berembang sepanjang 12 kilometer yang telah diwartakan sebagai Hutan Simpan Kelip-Kelip.
Ads
Kelip-kelip Cherating
Kelip-kelip Sungai Cherating memang terkenal sebagai lokasi untuk melihat keajaiban kelip-kelip bukan sahaja kepada pengunjung tempatan malah pelancong asing. Pengunjung akan menyusuri sungai sepanjang 2 kilometer untuk melihat keindahan cahaya genit si kelip-kelip di sekitar pokok paya bakau berhampiran.
Ads
Kelip-Kelip Kg Kuantan
Pengembaraaan kawasan kelip-kelip di Kg Kuantan bermula pada awal tahun 1970 oleh seorang pengusaha tempatan yang melihat potensi komersil keajaiban ini. Kini pengembaraan ini telah diamanahkan kepada Majlis Daerah Kuala Selangor dan ia telah berkembang dengan pesatnya dengan penambahan sebanyak 27 sampan yang disediakan untuk menampung pengunjung.
Kelip-kelip Sungai Nanamun
Kelip-Kelip Sungai Nanamun yang terletak di Kota Belud, Sabah menjadi lokasi ramai tumpuan pengunjung untuk melihat serangga itu dari jarak dekat. Kewujudan lokasi itu menyebabkan lebih ramai pelancong tempatan dan luar berkunjung dan menetap lebih lama di Kota Belud. Pengunjung disarankan untuk datang ke sini pada waktu senja untuk menikmati pemandangan indah sambil ditemani cahaya kelip-kelip.
Sumber Foto: Google image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada empat masa yang terbaik untuk anda melancong ke Brunei Darussalam, iaitu:
15 Julai Hari Keputeraan Sultan Brunei
Pada hari keputeraan Sultan Brunei, anda berpeluang untuk masuk ke dalam istana Sultan dan ini merupakan peluang yang terbaik untuk anda mencipta momen dan kenangan dalam masa cuti anda. Tapi pastikan anda berpakaian menutup aurat tidak kira sama ada lelaki mahupun perempuan (perempuan wajib bertudung). Jika tidak, anda tidak dibenarkan masuk ke dalam istana. Menurut rakyat tempatan Brunei, anda berpeluang untuk melihat koleksi kereta Sultan Brunai yang ada di dalam istana tersebut.
Hari Raya Aidiladha
Bagi yang tidak menyambut perayaan aidiladha, anda boleh melancong ke Brunei pada masa ini. Ada banyak sambutan yang boleh dilakukan di sana malah anda berpeluang untuk bertemu dengan Sultan dan Permaisuri.
Sambutan Hari Kebangsaan
Sekiranya anda seseorang yang sukakan bunga api, bercuti ke Brunei pada masa sambutan Hari Kebangsaan adalah masa yang sesuai. Sambutan Hari Kebangsaan Brunei Darussalam diadakan setiap 23 Februari.
Pesta Menuai
Setiap 1 Jun, Brunei akan menyambut pesta menuai dan waktu ini akan mengejutkan anda bahawa sebenarnya ramai non-muslim yang tinggal di Brunei. Satu daripada kumpulan etnik terbesar yang tinggal di Brunei adalah Iban. Etnik Iban mempunyai budaya dan perkampungannya yang tersendiri di daerah Temburong. Jadi rangka lawatan anda untuk merasai pesta menuai ke kawasan Bangar.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bahagia itu tidak bersandar pada kebendaan semata-mata, apa guna semua kemewahan sekiranya hati tidak tenang?
Kebahagiaan itu sebenarnya terletak pada diri sendiri dan hati kerana hanya diri yang dapat menentukan hala tuju kehidupan sama untuk mengecapi kebahagiaan atau kemewahan.
Ada setengah-setengah daripada kita sangat bahagia jika dapat hidup bersendirian, jauh daripada orang ramai. Mereka tidak kisah digelar ‘anti sosial’ hanya perlu hidup ditemani keluarga atau kenalan yang rapat sahaja. Jika anda tergolong dalam individu yang sedemikian, ini idea untuk membina kediaman yang unik untuk berada dalam lingkungan hidup sendirian yang tenang.
Cuti hujung minggu sangat bagus dimanfaatkan dengan bersantai bersama keluarga. Percutian yang dirancang dengan baik, dapat memberikan pengalaman indah buat anda dan insan tersayang. Hotels.com memberikan lima destinasi terbaik untuk anda bercuti kerana di lokasi tersebut mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri.
1.Pulau Langkawi
Terdapat empat hotel di sini yang mendapat anugerah pantai terbaik iaitu The Datai, The Danna, Casa Del Mar dan Ambong Ambong. Bercuti di sini membolehkan anda menikmati nikmat percutian sebenar. Anda boleh mencuba aktiviti pantai lasak atau sekadar duduk berehat sambil menikmati panorama pantai. Bacalah buku kegemaran anda sambil mendengar bunyi deburan ombak. Apatah lagi di sini terdapat lokasi beli-belah tanpa cukai.
2.Sabah
Sabah terkenal dengan pasar minggu Gaya Street yang menjual pelbagai barangan antik dan cenderamata. Hotel Shangri-La Rasa Ria Resort & Spa di Tuaran mempunyai bilik di Ocean Wing yang menampilkan tab mandi di luar dan katil serta sofa yang menghadap ke pantai. Anda boleh menikmati panorama Gunung Kinabalu yang indah dari rumah kelab di hotel anda.
3.Cameron Highlands
Destinasi ini adalah pilihan terbaik untuk keluar dari hiruk-pikuk kota. Di sini udaranya bersih, buah-buahannya segar dan panorama begitu indah. Jika anda menginap di The Lakehouse, anda boleh merasai pengalaman seperti kerabat diraja British. Sarapan dihidangkan dalam suasana restoran yang elegan dengan hidangan Inggeris dan minum teh panas. Skone yang enak dimakan panas-panas dengan jem strawberi. Rumah kolonial ini terletak berhampiran ladang Cameron Bharat Tea.
4.Pulau Pinang
Pulau Pinang adalah destinasi terbaik percutian yang memberi fokus kepada makanan. Di sini boleh dikatakan sebagai syurga makanan dengan nasi kandar, asam laksa dan masakan peranakan. Hotel Seven Terraces adalah hotel butik mewah yang diubah suai daripada deretan teres Anglo-Cina. Mempunyai 18 suite budaya peranakan yang membuatkan anda berasa seperti dibawa kembali ke era berbeza.
5.Kuala Lumpur
Untuk menjimatkan petrol dan masa, tidak perlu keluar dari Kuala Lumpur untuk bercuti. Hotel Traders Kuala Lumpur memberikan pengalaman percutian mewah dengan melawat Skybar. Berkumpul dengan rakan-rakan anda di aras 33 hotel, anda boleh menikmati panorama menakjubkan Kuala Lumpur dari tingkat ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...