Projek Sistem Transit Rapid (RTS) yang menghubungkan Malaysia dari stesen Bukit Chagar, Johor Bahru dengan Woodlands North, Singapura, bakal memendekkan tempoh perjalanan kepada 30 minit, berbanding lebih sejam ketika ini.
Tempoh singkat itu juga merangkumi proses pemeriksaan imigresen dan kastam oleh kedua-dua negara. RTS itu mampu membawa sehingga 10,000 penumpang sejam sehala atau 72,000 penumpang sehari setelah 5 tahun beroperasi, yang jauh lebih tinggi berbanding 300 penumpang sejam oleh perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Tebrau Shuttle. Jarak perjalanan RTS itu adalah sejauh empat kilometer dengan kekerapan tren setiap empat minit ketika waktu puncak dan enam minit pada waktu biasa.
Ads
Projek stesen Sistem Transit Rapid (RTS) di Bukit Chagar,bakal dilancarkan pada 22 Nov ini bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Pengumuman berkenaan dibuat menerusi hantaran terbaharu yang dimuat naik dalam Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, dengan disertakan beberapa gambar baginda menerima menghadap Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) Datuk Mohd Zarif Hashim di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi.
Ads
Ads
Pada pertemuan itu, Mohd Zarif mempersembahkan kepada Sultan Ibrahim perkembangan projek berkenaan, sebagai kesinambungan kepada pembentangan Belanjawan 2021, baru-baru ini. Antara perkara yang disentuh ialah pelancaran projek stesen RTS secara maya serta draf reka bentuk stesen berkenaan dengan kerja-kerja akan dimulakan sekitar hujung bulan ini selepas pelancaran. Menurut hantaran itu, Sultan Ibrahim turut berkenaan untuk dianjurkan sebuah pertandingan bagi hiasan fasad stesen berkenaan. Turut sama pada pertemuan itu, Pengarah Tanah dan Galian Johor Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir dan Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Adib Azhari Daud.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada rakyat Malaysia mungkin masih memperlekehkan usaha kerajaan Malaysia melaksanakan beberapa siri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung penularan COVID-19.
Kenyataan daripada ‘orang asing’ ini mungkin dapat membuka mata anda. Dustin Pfundheller, seorang pengembara yang juga bekas doktor gigi, memuat naik video tentang kehebatan Malaysia menangani wabak COVID-19 di akaun Facebooknya. Bukan sahaja memuji, malah Pfundheller turut kesal apabila banyak pihak termasuk dirinya, terlepas pandang akan kecekapan negara ini mengawal penyebaran virus berkenaan.
“Malaysia pernah berada di tangga teratas dalam senarai jumlah jangkitan COVID-19 di Asia Tenggara. Tetapi kini jumlah pesakit semakin menurun. Malaysia adalah contoh bagaimana kita semua boleh menangani keadaan ini. Bagaimana sebuah negara yang mempunyai kes yang banyak, melaksanakan langkah yang betul untuk mengelakkan virus terus merebak. Sayangnya, tiada sesiapa bercakap tentang hal ini. Saya juga rasa bersalah kerana tidak memasukkan Malaysia dalam vlog senarai 15 negara terbaik dalam menangani COVID-19, yang saya muat naik sebelum ini,” kata Pfundheller.
Ruangan komen dibanjiri ucapan terima kasih rakyat Malaysia yang turut sama berbangga dan turut mengundang sebak dengan pengiktirafan masyarakat luar terhadap usaha negara mengawal penyebaran COVID-19.
Penerbangan terus dari Incheon, Korea Selatan – Lapangan Antarabangsa Senai, Johor akan dilancarkan tahun hadapan bagi memenuhi permintaan tinggi.
Menurut pengerusi pelancongan, jawatankuasa perdagangan dan konsumer domestik, Datuk Tee Siew Kiong; Jin Air Co Ltd dari Korea Selatan akan memulakan penerbangan Korea Selatan – Lapangan Antarabangsa Senai, Johor pada 2 Januari 2018 dengan kekerapan dua kali seminggu beserta 393 penumpang sekali penerbangan.
“Bulan Jun, syarikat penerbangan itu akan menambah ke empat penerbangan seminggu”, katanya.
“Pada 2015, 256,000 pelancong Korea Selatan melawat Johor dan sehingga Julai 2017, 72,000 pelancong Korea Selatan datang melawat”, ujarnya.
Kebanyakan mereka gemarkan pulau, pantai dan golf, ketika negara mereka sedang musim sejuk.
Kerajaan negeri Johor gembira dengan usaha ini dan mahu jadikan Johor negeri mesra pelancong Korea Selatan.
Sebahagian inisiatif yang diambil termasuk terjemahan bahasa Korea pada website dan pamplet pelancongan dan juga kursus bahasa Korea bagi pengusaha industri pelancongan di Johor.
Ketika ini, Johor ada 11 penerbangan domestik ke seluruh Malaysiadan 7 penerbangan antarabangsa termasuk Bangkok, Ho Chi Minh, Jakarta dab Surabaya, Guangzhou dan akan ke Macau dan Kolkata.
Lapangan Terbang Senai menerima kenaikan pelancong, dari 1.9 juta pada 2013 ke 2.8 juta pada 2016.
Penerbangan antarabangsa juga meningkat 212% dari 138,000 pada 2013 ke 431,000 pada 2016.
Saban tahun, pasti ramai tertunggu-tunggu kemunculan acara tahunan untuk 'melancong' iaitu MATTA Fair. Namun, berikutan pandemik COVID-19, acara ini telah diberi suntikan baru yang sesuai dengan normal baru ketika ini.
Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) mengumumkan 'MATTA Fair Dalam Talian 2020' sebagai satu inisiatif baharu untuk memudah cara ahli-ahli persatuan itu menjual pakej percutian terutamanya untuk percutian dan perjalanan domestik.
Acara itu akan berlangsung dari 9 hingga 15 September 2020 dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi pelancongan untuk menyediakan pelbagai diskaun menarik seiring dengan permintaan pelancongan tempatan semasa.
MATTA akan bekerjasama rapat dengan rakan kongsi dan penaja yang berpotensi termasuk Tourism Malaysia, Malaysia Airlines, Penang Global Tourism, Persatuan Hotel Malaysia, Persatuan Taman Tema dan Pusat Hiburan Keluarga Malaysia, Persatuan Spa Malaysia, BOOST, IPAY88 dan lain-lain pejabat pelancongan negeri.
Untuk menambah keseronokan di MATTA Fair Dalam Talian, pempamer akan menawarkan tawaran terbaik mereka dengan perkhidmatan tambah nilai pada kadar istimewa dan potongan harga serta pelanggan boleh melihat banyak pakej pelancongan dan perjalanan dengan pelbagai julat barangan nic dan produk terkini
Pendaftaran untuk penyertaan acara bermula dari 29 Julai sehingga 5 Ogos 2020. Untuk lebih maklumat terkini, sila lawati akaun MATTA Fair facebook @mattafairkualalumpur dan akaun Instagram rasmi @mattafair.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...