Pasar terapung sangat sinonim dengan dengan negara Thailand.
Jangan ada tidak tahu, di negeri nun di Timur Semenanjung Malaysia, iaitu Negeri Kelantan turut mempunyai pasar terapungnya sendiri untuk dikunjungi. Pasar unik ini sudah mula beroperasi sejak tahun 2016 lagi.
Jika anda berkunjung ke Negeri Cik Siti Wan Kembang, jangan lepaskan peluang ke pasar terapung di Pulau Suri, Tumpat. Untuk ke Pulau Suri pengunjung perlu menaiki sampan atau bot yang disediakan pengusaha tempatan. Jika dari Jeti Kuala Besar, perjalanan menaiki bot atau sampan berenjin hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja manakala jika dari jeti Kok Majid, ia mengambil masa hampir 40 minit.
Ads
Terdapat puluhan peniaga terdiri daripada penduduk tempatan yang menjual pelbagai jenis hidangan popular masyarakat Kelantan dalam suasana pasar atas air. Antaranya, lokan bakar, hidupan laut segar yang digoreng dan dibakar, ketupat sotong, kuih muih tradisi, jeli kelapa, gula melaka, madu, nasi berlauk pagi, aneka kuih tradisional dan kerabu nipah.
Ads
Selain daripada makanan yang dijual di dalam sampan, ada juga gerai kecil yang menjual pelbagai lagi barangan seperti buah-buahan, bahan mentah segar, kerepek dan tudung ditawarkan dengan harga yang murah dan berpatutan.
Macao, kota yang penuh warna-warni dan terkenal dengan sumber hiburan yang menyeronokkan ala Vegas. Macao terbahagi kepada tiga wilayah iaitu semenanjung Macao, Pulau Taipa dan Pulau Coloane.
Namun ia tidak menjadi halangan buat pelancong Muslim khasnya untuk berseronok cara ‘Halal’ di sini. Macao ada lebih daripada itu! Ada tempat bersejarah, ada pemandangan indah, ada lokasi membeli-belah barangan berjenama dan ada premis makanan Halal dengan citarasa yang pelbagai.
Betul ke senang cari makanan Halal? Ya betul!
Jangan terkejut jika dikatakan untuk mencari makanan Halal di Macao tidak sesukar mana. Untuk pelancong Islam tidak perlu ragu-ragu untuk berkunjung ke Macao kerana pelbagai kemudahan mesra Muslim untuk anda tersedia di sana.
Sebelum ini mungkin ramai yang sudah beberapa kali ke Hong Kong, namun pasti ada sesetengah langsung tidak terfikir untuk menjejakkan kaki ke Macao yang hanya dipisahkan beberapa kilometer sahaja.
Jika anda datang dari Hong Kong, boleh cuba pengalaman ke Macao dengan menggunakan pengangkutan bas menyusuri Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Macao (HKZM) di Terminal Bas Kowloon, Hong Kong. Pengunjung boleh dapatkan tiket di kaunter atau menggunakan mesin layan diri.
Dibuka secara rasmi pada 24 Oktober tahun lalu oleh Presiden China, Xi Jinping, jambatan HKZM merupakan jabatan laut terpanjang di dunia dengan jarak sejauh 55 kilometer dengan memiliki terowong dasar lautnya sendiri.
HKZM menghubungkan Hong Kong ke Zhuhai dan Macao, merentasi perairan Delta Sungai Mutiara. Buat masa ini, bas merupakan pengangkutan terbaik untuk mengembara merentasi jambatan ini. Ini kerana kenderaan persendirian yang ingin menggunakan HKZM perlu memohon permit khas dengan pelbagai kriteria ketat.
Macao memang cukup sempurna untuk percutian bersama yang tersayang, keluarga, teman-teman atau secara individu. Untuk meneroka keseluruhan tiga wilayah Macao sangat mudah. Dicadangkan untuk mencuba perkhidmatan Macao Open Top Bus dan Macao Cruise.
Menggunakan kedua-dua perkhidmatan ini akan membawa pengunjung melihat dengan lebih jelas destinasi-destinasi utama terlebih dahulu apa yang ada disekitar Macao.
Dari mana-mana sudut di Macao pasti boleh melihat menara ini dari jauh. Mempunyai ketinggian 338 meter ini, pengunjung dapat melihat pemandangan indah seluruh Macao dari pandangan atas menara.
Terdapat pelbagai aktiviti ekstrem disediakan, antaranya terjunan Bungy, SkyJump dan Tower Climb.
Untuk mencabar adrenaline, boleh cuba aktiviti Skywalk iaitu berjalan-jalan di luar rim menara utama.
Senado Square juga dikenali sebagai Urban Center bagi Macao. Lokasi ini juga lokasi wajib dikunjungi jika berada di Macao. Macao sebelum ini ditadbir oleh Portugis, disebabkan itu banyak tinggalan seni bina Portugis boleh dilihat disekitar ini.
Untuk dapatkan lebih ‘aura’ dan dapatkan perbezaan, pengunjung boleh ke sini pada waktu siang dan malam hari.
Dataran disekitar ini diturap dengan batu ‘cobble’ berwarna hitam dan putih yang asal masih ada di situ.
Berhadapan dengan Senado Square terdapat sebuah bangunan lama yang begitu istimewa dan cantik dikenali sebagai IAM Building atau dahulu dikenali sebagai Leal Senado. Struktur bangunan ini di bina pada tahun 1784 sebagai Pejabat Perbandaran Macao.
Disekitar ini juga terdapat sebatang jalan yang dikenali sebagai Happiness Street. Terdapat pelbagai kafe dan restoran disepanjang jalan ini. Dilaluan ini juga anda boleh melihat deretan ‘rumah merah’ berkonsepkan tradisi cina yang begitu indah.
Jangan lupa berhenti seketika untuk membidik foto kenangan dan kongsikan kepada teman.
Ruins of St. Paul adalah lokasi wajib datang kalau melancong ke Macao. Ia merupakan struktur runtuhan sebuah kompleks abad ke-16. Malah, ia juga disenaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.
Pengunjung juga dicadangkan untuk ke lokasi ini pada siang dan malam hari untuk melihat sisi berlainan Ruins of St. Paul.
Disekitar kawasan ini juga terdapat banyak kedai cenderama, kafe dan laluan seni untuk mereka yang suka bergambar seperti di lorong Rua Da Felicidade. Lorong-lorong belakang di Macao boleh dikatakan sangat bersih dan penuh dengan hiasan dinding seni yang kreatif
Terletak bersebelahan Ruins of St.Paul, ambil masa untuk naik ke Mount Fotress ialah kubu pertahanan tentera Portugis seluas 10,000 meter persegi.
Selain jalan-jalan di kawasan kubu yang luas ni, anda juga boleh melawat Macao Museum di sini dan melihat keindahan kota Macau dari pandangan atas.
Selain menempatkan resort hotel berstatus lima bintang, pusat membeli-belah dan restoran mewah, Studio City mempunyai ruang khas untuk menonton teater atau persembahan berskala besar. Ketika ini sedang berlangsung persembahan Elekron Show yang begitu memukau.
Penonton disajikan dengan persembahan aksi bertaraf antarabangsa yang begitu mendebarkan dilakukan oleh individu yang berpengalaman dalam bidang permotoran, aksi lagak ngeri dan akrobatik. Penonton pasti terpaku dengan setiap adegan yang dipersembahkan selain turut diselitkan sesi jenaka bersama penonton bertuah yang dipilih ke ruang pementasan. Dari luar Studio City ini tampak menyerlah apabila ada angka lapan di tengah-tengah bangunannya. Bila dilihat dengan teliti, angka lapan itu sebenarnya adalah roda Ferris yang dikatakan tertinggi di dunia.
Tidak jauh dari Studio City, terdapat sebuah replika Menara Eiffel di Paris iaitu The Parisian Macao adalah binaan paling tinggi menyamai ketinggian bangunan 38 tingkat berbanding replika yang lain di seluruh dunia malah ia juga lebih realistik. Menariknya, setiap hari terdapat pertunjukan dan persembahan lampu pelbagai warna dan tema pada struktur menara sambil diiringi alunan muzik bermula jam 6.15 petang hingga 12 tengah malam. Pengunjung tidak akan sekali-kali melepaskan peluang untuk merakamkan gambar.
Dibina pada tahun 1921, Taipa Houses adalah lokasi menarik yang tidak perlu dilepaskan untuk dikunjungi. Terdapat lima buah bangunan dengan seni bina Portugis merupakan rumah agam bagi keluarga pegawai awam Portugis (Macanese).
Kini dijadikan muzium untuk pengujung melihat dengan lebih dekat cara kehidupan mereka pada masa lalu.
Dari sini, anda boleh berjalan ke Cunha Street untuk mendapatkan pelbagai cenderahati dan produk makanan warisan Macao seperti Tat Telur Portugis, Biskut Badam, Biskut Syiling Emas, Serradura, Teh susu dan juga Aiskrim Durian Musang King.
Di sini juga menjadi tumpuan ramai pengunjung untuk merakam gambar kenangan berlatar belakangkan dinding dihiasi lukisan kreatif.
Kalau datang dengan keluarga dan anak-anak kecil pula, pengunjung dicadangkan untuk ke Planet J dan Zero Latency. Di Planet J, menawarkan permainan interaktif.
Anda boleh memilih pelbagai kostum menarik sebelum menjalankan misi khas jelajah seluruh Planet J.
Di Zero Latency pula bakal membawa pengunjung untuk mencuba pengalaman menyelesaikan misi ‘penting’ permainan dalam bilik khas secara berkumpulan menggunakan kemudahan Virtual Reality (VR).
Terdapat beberapa pilihan tahap permainan yang boleh di cuba iaitu Engineerium (tahap mudah), Zombie Survival (tahap sederhana) dan Singularity (tahap sukar). Memang puas jika dapat melawan musuh dengan kerjasama semua ahli kumpulan yang begitu baik.
Secara keseluruhan Macao adalah percutian lengkap untuk segalanya sesuai untuk . Tak sabar rasa nak ‘repeat’ lagi trip ke Macao.
Mengetengahkan konsep rumah inap berbentuk segi tiga yang unik iaitu bumbungnya mencecah ke lantai antara keistimewaan di Masbro Village Boutique Homestay.
Bagi mereka yang baru berkunjung ke sini, keterujaan itu akan berganda kerana rumah inap berbentuk ala Inggeris ini adalah yang pertama di Malaysia.
Pengarah Urusannya, Masfaizil Khan Ali berkata, idea untuk membina rumah inap yang bercirikan moden klasik ini sebenarnya dari isteri dan anak-anak. Permulaannya adalah untuk membina empat buah rumah khusus untuk anak-anak.
“Ini kerana saya ingin memastikan anak-anak mempunyai tempat yang sesuai apabila pulang ke kampung di Melaka sewaktu cuti hari raya atau pun jika ingin beristirehat. Jadi dengan inspirasi saya dan isteri, Meliza Hanafi akhirnya ia berjaya dilaksanakan.
“Dari empat buah rumah, akhirnya saya telah menambah 14 buah rumah inap lagi di kawasan yang berkeluasan 1.9 ekar dengan konsep sama. Tidak sangka sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehingga jika waktu cuti ia tidak mampu menampung permintaan pelanggan.
“Dengan keseluruhan 18 buah rumah inap, kolam renang khusus untuk golongan dewasa dan kanak-kanak serta kafe yang akan disiapkan tidak lama lagi, pengalaman percutian bersama ahli keluarga akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya nanti,” katanya yang menyatakan nama Masbro ini di ambil dari idea anak sulungnya, Mas Ridzwan.
Malah kedudukan yang strategik antara bandar raya Melaka selain tujuh kilometer ke Ayer Keroh, 15 kilometer ke Pantai Tanjung Bidara dan 10 kilometer ke Kolam Air Panas Godek memudahkan rancangan percutian setiap keluarga.
Dengan kedudukan pasar raya besar Tesco kira-kira 400 meter sahaja dari rumah inap secara tidak langsung akan memudahkan pengunjung untuk mendapatkan barangan keperluan.
Konsep luar Masbro Village yang berwarna-warni dengan penggunaan warna terang untuk setiap rumah inap antara daya penarik. Penulis sangat mengagumi penggunaan warna yang disuai padankan.
Bukan setakat menghidupkan suasana di kawasan tersebut tetapi kombinasi warna ini menunjukkan keberanian pemiliknya mencuba sesuatu yang baharu dan di luar kotak fikiran.
Paling menarik seni bina dan landskap di sekeliling yang begitu kemas dan terasa seolah-olah berada di luar negara juga tidak kurang hebatnya.
Menjengah di bahagian dalam pula, ia cukup luas sangat selesa untuk yang datang bersama ahli keluarga. Boleh memuatkan enam orang dalam satu-satu masa dengan kemudahan dua buah katil besar, satu katil sofa, pendingin hawa, peti ais, televisyen, dapur yang dilengkapi ketuhar, meja makan dan dua bilik air akan memberi keselesaan sepanjang menginap di sini.
Dengan tawaran harga RM280 satu malam, ia cukup berbaloi dan berpatutan. Harga yang ditawarkan adalah sama untuk hari biasa atau cuti hujung minggu dan persekolahan.
Sementara itu, aspek keselamatan dan kebersihan di Masbro Village juga amat ditikberatkan. Pengunjung yang datang tidak perlu risau kerana kawasan ini di kelilingi dengan tembok bagi mengelakkan sebarang pencerobohan pihak luar atau kecurian.
Pengawal keselamatan juga ditugaskan untuk memantau kawasan sekeliling. Di samping aspek keselamatan, kebersihan dalam kawasan ini menjadi perkara utama dengan penyediaan tong sampah serta di sekitar kawasan kolam renang.
Bagi yang berminat untuk mengadakan hari keluarga, perjumpaan bersama rakan-rakan lama atau apa sahaja aktiviti boleh membuat tempahan awal bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Selain tempat yang terhad, lokasi ini juga sentiasa menjadi pilihan pemandu pelancong untuk membawa pelancong dari luar menginap di lokasi ini.
Ada hidden gems di Beranang, mungkin ramai lagi tak tahu tempat yang dikelilingi pokok ini. Teduh itu memang sudah tentu lah, ya!
Lokasi ini sangat sesuai untuk mereka yang cintakan kehijauan alam dan mendambakan ketenangan jiwa.
Tempat yang dinamakan sebagai Naurah Homestay ini menawarkan tempat penginapan dengan konsep ala-ala Bali dan tradisional Jepun.
Secara keseluruhan, Homestay ini mempunyai 5 bilik penginapan, sebuah bilik di sebelah ruang tamu, 4 bilik air, sebuah dapur dan satu kolam renang.
Pengalaman tidur malam di sini begitu tenang, aman dan damai sambil ditemani bunyi air pancut yang mengelilingi bilik penginapan. ‘Deep sleep’ yang begitu berkualiti.
Homestay ini mampu menempatkan seramai 10-15 orang pada satu masa. Sangat sesuai untuk aktiviti keluarga besar.
Oh, ada juga aktiviti membakar pizza pada waktu petang dimana Tuan Rumah akan memberi tunjuk ajar bagaimana cara untuk menghasilkan pizza menggunakan ketuhar bata. Menarik, bukan?
Haaa… kalu nak tetang-tenang dengan ahli keluarga tersayang, boleh lah booking sini. Enjoy dengan kawan-kawan pun best!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...