Tiga lagi lokasi dikategorikan sebagai zon merah COVID-19, menjadikan, jumlah keseluruhan zon merah kini meningkat kepada 21 lokasi, menurut statistik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan, Kementerian Kesihatan.
Berdasarkan statistik yang dikongsikan dalam Twitter KKM hari ini, lokasi terbaharu itu membabitkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan 41 kes, Jasin di Melaka (42 kes) dan daerah Rembau, Negeri Sembilan (41 kes).
Terdapat pertambahan zon merah menjadi 21, berdasarkan statistik terkini sehingga 12pm, 6 April.
Daerah baru zon merah ialah Putrajaya, Jasin dan Rembau.
Sehingga 12 tengah hari (6 April), daerah lain yang turut dikategori sebagai zon merah ialah:
Cheras
Kepong
Lembah Pantai dan Titiwangsa (Kuala Lumpur)
Petaling
Hulu Langat
Gombak dan Klang (Selangor)
Batu Pahat, Johor Bahru dan Kluang (Johor).
Hilir Perak dan Kinta (Perak)
Kota Bharu (Kelantan)
Tawau (Sabah)
Kuching (Sarawak)
Jerantut (Pahang)
Seremban (Negeri Sembilan)
Sementara itu, Lembah Pantai dan Hulu Langat masing-masing mencatat angka kes positif COVID-19 lebih 300, jumlah yang tertinggi bagi satu kawasan setakat ini dengan masing-masing 386 kes dan 324 kes.
Ads
Zon merah dikategorikan bagi jumlah melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau ialah tiada kes.
Dalam pada itu, Malaysia mencatatkan penurunan kedudukan dalam senarai negara dijangkiti pandemik COVID-19 di dunia, apabila negara kini menghuni tangga ke-29 (6 April) dengan 3,793 kes positif dan 62 kematian.
Ads
Berdasarkan statistik itu, kedudukan terbaharu itu menunjukkan perkembangan positif berbanding kedudukan pada 5 April, iaitu di tangga ke-27. Negara jiran, Indonesia (2,273 kes) dan Thailand (2,169 kes) pula masing-masing berada di kedudukan ke-38 dan ke-39, manakala Singapura di tangga ke-53 senarai itu. Sementara itu, Amerika Syarikat dengan 333,072 kes dan Sepanyol (131,646 kes) masing-masing berada di kedudukan teratas di tangga pertama dan kedua dunia diikuti Itali di tangga ketiga dengan 128,949 kes.
Seekor gajah jantan liar dilaporkan berkeliaran di sekitar hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa Gerik dan cuba memasuki kedai berhampiran untuk mendapatkan makanan.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam pada 6 September 2020 hujung minggu lalau disedari oleh orang awam yang berada di kawasan terbabit. Menurut pemilik kedai, gajah liar itu sudah berkeliaran di kawasan sekitar R&R Titiwangsa sejak beberapa hari sebelumnya. Selain itu, gajah liar tersebut telah menjatuhkan tong sampah di kawasan sekitar dan cuba untuk masuk ke kedai bagi mendapatkan makanan.
Tiada sebarang kecederaan berlaku pada orang awam atau kerosakan kenderaan. kira-kira 15 minit selepas kejadian, gajah tersebut telah bergerak ke kawasan lain. Kakitangan Perhilitan Gerik telah digerakkan untuk memantau kawasan sekitar dari masa ke semasa bagi memastikan ia selamat dari sebarang ancaman gajah liar.
Gajah liar tersebut juga telah dihalau ke habitat asalnya yang terletak di kawasan berhampiran. Tindakan itu dilaksanakan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak.
Gajah liar sering memasuki kawasan itu berkemungkinan untuk mencari makanan namun ia tidak mengganggu sesiapa. Justeru, pengguna jalan raya diminta supaya tidak membunyikan hon kenderaan dan memasang lampu bagi mengelakkan gajah di kawasan terbabit mengamuk. Ini kerana gajah amat sensitif dengan elemen tersebut yang boleh membahayakan orang ramai.
Lepas ini, kalau berada disekitar kawasan ini berhati-hatilah ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sekarang ini agak viral tentang Tasik Biru yang terletak di Bukit Mahkota, Cheras. Ia merupakan bekas tapak lombong kuari dan ada tanda larangan memasukinya kerana ia kawasan persendirian. Malah ia juga bukan tempat mandi yang sesuai kerana merupakan bekas lombong kuari.
Tapi berlainan Tasik Biru di New Zealand yang diiktirat sebagai tasik air tawar paling jernih di dunia. Bukan saja paling jernih tapi viewnya cukup ohsem.
Disebut Rotomairewhenua atau a dikenali sebagai Tasik Biru di Taman Tasik Nasional Nelson, New Zealand secara rasminya merupakan tasik air tawar paling jernih di dunia, lapor laman berita Oddity Central.
Air Tasik Biru mengalir dari Tasik Constance yang terletak di sebelahnya dan aliran air tersebut melalui serpihan empangan yang terhasil sejak sekian lama akibat tanah runtuh. Empangan itu bertindak sebagai penapis semula jadi yang menapis zarah-zarah, menjadikan Tasik Biru hampir sejernih air suling.
Institut Penyelidikan Air dan Atmosfera Nasional New Zealand (NIWA) melakukan ujian saintifik terhadap air tasik itu dan mengesahkanya sebagai air tawar semula jadi yang paling jernih diketahui manusia.
Jarak penglihatan di Tasik Biru adalah antara 70 hingga 80 meter. -Wikimedia Commons Ahli hidrologi NIWA, Rob Merrilees merupakan individu pertama yang menemui ciri-ciri mengagumkan pada Tasik Biru yang dibandingkan dengan mata air tawar Te Waikoropupu.
Semasa lawatannya ke Tasik Biru pada 2009, dia menyedari bahawa air tasik itu lebih jernih berbanding Te Waikoropupu dan perkara tersebut disahkan oleh ujian NIWA dua tahun kemudian.
“Kami menggantung cakera hitam berdiameter satu meter di bawah pelampung dan berlabuh ke pantai. Kemudian kami mendayung sampan sambil melihat cakera itu. “Jarak di mana ia hilang sepenuhnya memberikan kadar kejernihan air itu, ”jelas pegawai NIWA, Mark Gall.
Kajian menunjukkan bahawa jarak penglihatan di Tasik Biru adalah antara 70 hingga 80 meter yang menjadikannya hampir sama optiknya dengan air suling. -Sumber : Kosmo/ Agensi
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Terminal Bas Larkin Sentral di negeri Johor telah kembali beroperasi secara berperingkat sejak awal minggu ini selari dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Terminal bas ini beroperasi semula untuk menampung keperluan pengguna bas yang dijangka meningkat memandangkan sebahagian besar masyarakat sudah mula bekerja serta ingin pulang semula ke rumah masing-masing selepas terkandas di kampung halaman mereka semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Pengoperasian semula itu bagaimanapun tidak melibatkan bas rentas sempadan antara Johor dan Singapura.
Semasa PKP fasa 1 hingga 3 dikuatkuasakan sebelum ini, operasi perkhidmatan bas ekspres di sini telah turun sehingga 99.2 peratus dengan hanya dua hingga tiga perjalanan sahaja sehari berbanding 350 trip sehari pada hari biasa. Situasi sama turut berlaku ke atas bas bandar dengan penurunan hampir 97 peratus iaitu hanya 30 perjalanan sahaja berbanding 350 trip sehari (hari biasa) manakala bas rentas sempadan pula diberhentikan operasi.
Dijangkakan berlaku peningkatan perjalanan bas bandar kepada 50 peratus atau bersamaan dengan 180 trip sehari dan bas ekspres meningkat kepada 100 perjalanan sehari.
Meskipun jumlah perjalanan bas ekspres akan meningkat, pengguna masih perlu mengemukakan dokumen seperti surat kebenaran pergerakan, surat kematian, surat pemeriksaan kesihatan dan surat majikan, sebelum dibenarkan membeli tiket. Pengguna juga boleh menunjukkan bukti pendaftaran melalui aplikasi Gerak Malaysia. Tempahan tiket bagi tujuan balik hari raya adalah tidak dibenarkan seperti diarahkan Majlis Keselamatan Negara.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...