Panorama Hutan Royal Belum sungguh menakjubkan. Di kelilingi oleh hutan yang berusia lebih 130 tahun dan merupakan hutan tertua di dunia malah lebih tua daripada usia hutan Amazon pastinya kunjungan anda ke sini memberi pengalaman yang sangat berharga.
Hutan yang gah ini memiliki pemandangan tasik dan hutan yang cukup indah serta menjadi destinasi pelancongan yang cukup menarik dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara jika berkunjung ke negeri Perak.
Terletak di bahagian utara Tasik Temengor, kewujudan taman negeri ini mempunyai rahsia alam dan keunikan tersendiri untuk ditawarkan kepada pelancong. Dianggarkan, Hutan Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat.
Dikatakan juga di hutan inilah tempatnya untuk kita melihat kesemua spesies burung enggang atau Kenyalang yang selama ini sering dikaitkan dengan negeri Sarawak. Jika bernasib baik anda juga akan dapat melihat spesies bunga Rafflesia. Bersedia dengan kamera anda untuk merakamkan momen terindah yang dilihat.
Aktiviti menarik
Buat anda yang meminati aktiviti outdoor, terdapat beberapa aktiviti trekking yang tidak boleh dilepaskan seperti menjejak bunga Rafflesia, trekking ke Santuari Ikan Sungai Ruok mahupun melawat Salt licks. Trip yang membawa kumpulan media ke sini tentu saja tidak lengkap tanpa penerokaan hutannya.
Perjalanan hampir setengah jam ‘jungle tracking’ memberi pengalaman yang mencabar terutama buat mereka yang pertama kali melakukan aktiviti ini. Jika tidak berhati-hati boleh menyebabkan kecederaan dan hati-hati dengan pacat! Saat tiba di puncak, rasa teruja dengan keindahan Air Terjun Sungai Kooi. Penat merentas hutan rimba, meredah air sungai, meniti kawasan berbatu-batuan tidak dirasai apabila melihat pemandangan yang melegakan.
Ads
Kami juga berkesempatan menjejaki Rafflesia namun agak kurang bernasib baik kerana dikatakan bunganya kurang menyerlah warna disebabkan kitaran hayatnya yang sudah di penghujung. Peluang bermain rakit buluh dan berkayak juga menyeronokkan. Bagi yang tidak pandai berenang, jangan risau kerana ada disediakan jaket keselamatan.
Ads
Hutan Simpan Royal Belum ini juga dihuni oleh pelbagai etnik masyarakat asli. Mereka hidup secara berkelompok. Sumber utama makanan dan tempat tinggal mereka hampir sepenuhnya berasaskan sumber hutan.
Penulis bersama media lain turut dibawa melawat ke perkampungan Orang Asli yang menjadi penghuni asal hutan ini. Sebaiknya membawa buah tangan untuk diberikan kepada beberapa keluarga yang tinggal di situ. Mereka agak pemalu namun tidak kekok melayan pertanyaan dan berborak dengan kami. Ia tentunya memberi satu lagi memori indah buat kami apabila dapat melihat sendiri kehidupan orang asli.
Kemudahan
Anda boleh memilih sama ada untuk berkhemah dan menginap di chalet yang disediakan antaranya di Sg. Tiang. Jika anda sanggup berbelanja lebih untuk penginapan, bolehlah menyewa rumah bot yang terletak di Pulau Banding. Dengan menggunakan rumah bot, anda boleh berhenti di tempat-tempat yang sesuai mengikut cita rasa. Rumah bot di lengkapi dengan bot laju jadi mudahlah anda untuk melawati kawasan-kawasan yang lebih terpencil. Soal makan dan minum di dalam rumah bot sudah termasuk di dalam pakej.
Ads
Pengalaman tiga hari dua malam di Hutan Royal Belum memberikan pengalaman indah buat penulis terutama menyusuri tasik di atas rumah bot dan kesempatan mendiami chalet ditemani bunyi-bunyian unggas hutan yang mendamaikan. Sudah pasti Hutan Royal Belum akan dikunjungi lagi kerana penuh keindahan yang mengujakan.
INFO
Bagaimana Untuk ke Hutan Royal Belum
Pengangkutan air sahaja boleh membawa pelancong ke sini.
Laluan darat hanya dapat dihubungkan sehingga ke jeti awam, Pulau Banding iaitu lokasi terakhir sebelum ekspedisi seterusnya mengguna bot laju menyusuri Tasik Temengor.
Perjalanan dari Kuala Lumpur menggunakan Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) mengambil masa lebih kurang lima jam. Kemudian keluar di tol Kuala Kangsar menuju ke Grik.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sekali dah mula camping perasaan seronok tu akan terus buat rasa teruja nak camping untuk yang kesekian kalinya. Tambah pula ada cukup peralatan dan juga ahli keluarga yang turut suka dengan aktiviti sebegini.
Lagi best bila kat Malaysia pun sekarang dah banyak campsite yang tumbuh bagai cendawan. setiap lokasi memang punya keistimewaan yang tersendiri untuk diterokai.
Campsite Dusun Apak Kawww yang terletak di Batang Kali, menjadi pilihan Yanie Haron dan keluarga. Meskipun perlu travel dari Melaka, itu semua bukan halangan buat Yanie yang sudah 17 kali camping.
Ikuti perkongsian Yanie kali ini tentang perkhemahan terbarunya di campsite Dusun Apak Kawww selama 2 hari 1 malam.
Dusun Apak Kawww, Batang Kali, Selangor | 16-17 Julai 2022 | 2h1m
Buat kesekian kali nya. Pacak kali ke-17. Dusun Apak Kawww menjadi pilihan hati. Jarak dr Melaka lebih kurang 190++km, 2hrs ++. Gerak jam 5.30am. Singgah solat subuh di Surau Batu 4, Pedas, N9. Tiba di Dusun Apak Kawww lebih kurang jam 8.40am.
Alhamdulillah..baik hati Apak benar kan kami untuk terus pacak walaupun waktu sebenar untuk check in adalah jam 9.30am.
Kami pilih tapak tepi sungai. Nak kan view sungai, bunyi sungai dan mudah untuk kami pantau anak-anak dari khemah je, malam pulak boleh layan mancing. Apak kata panas. Sebab kebanyakan campers suka pilih dalam kebun lebih redup. Tapi takpe la kami dah biasa berpanas. Kejap je pun panasnya.
Best campsite ni, campsite dan kemudahan disediakan bersih dan mencukupi.
Toilet (Asing lelaki perempuan, cangkung & duduk) 5 star
Sinki 5 star
Surau 5 star
Plugpoint rm10/night 5 star
Sungai 5 star
Telco Line (Maxis) 5 star
Fee rm50/night
Walaupun boleh check out sehingga jam 6pm. Tapi kami terpaksa check out seawal jam 12pm kerana ada urusan lain yg tak dapat dielakkan. Next InsyaAllah akan repeat lg campsite ni.
Baru-baru ini influencer popular, Khairul Amin dilihat bercuti dengan rakan-rakannya di salah satu destinasi menarik dan mendamaikan.
Berada dalam situasi jauh dari hiruk pikuk kesesakan jalan kejauhan dalam hutan memberikan seribu ketenangan.
Rupanya tidak perlu bercuti hingga ke Langkawi untuk merasai keserbonokan percuian.
Sebenarnya, sebaliknya hanya berada dalam kawasan sekitar Lembah Klang sahaja.
Influencer ini bersama rakan-rakan memgabiskan waktu cuti di Templer Park Rainforest Retreat, Rawang yang hanya memakan masa hanya 40 perjalanan dari Kuala Lumpur.
Penginapan di sini cukup santai dan sangat sesuai untuk acara bersama keluarga.
Malah turut disediakan swimming pool sebagai salah satu aktiviti boleh dilakukan di sini.
Malah dikatakan kalau pergi sini Memang tidak akan rasa untuk balik kerana percutian hujung minggu di sini dapat menghilangkan stress setelah lama terkurung disebabkan MCO.
Ayuh, kita Cuci mata melihat kesinadahan Tempe Park ini yang boleh dikunjungi bila-bila masa sahaja.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sistem air ini dibina oleh British, kemungkinan sekitar 100 tahun dahulu. Ia jelas dilihat dari jenis batu dan rekaannya. Binaan ini untuk menyokong perlombongan industri tin waktu itu dan mengawal banjir yang mudah berlaku di Serendah.
[VIDEO] Perigi usia lebih 100 tahun ini salur air masuk ke bawah tanah & kawal banjir di Serendah, Selangor 👍Baca sini http://www.libur.com.my/perigitujuh/#perigi7 #serendah
Posted by Majalah Libur on Tuesday, October 17, 2017
Serendah mendapat nama kerana kawasan ini ialah lembah rendah yang dikelilingi kawasan bukit tinggi dan Sungai Serendah yang mengalir di tengah kerap melimpah keluar serta membanjiri kawasan di sini terutamanya selepas hujan.
Biasanya selepas hujan, jumlah air menjadi banyak. Perigi tujuh ini bertujuan mengawal jumlah air mengalir. Pada hari biasa, mungkin 1-2 perigi sahaja yang akan dilalui air, telaga lain pula mungkin tidak. Namun apabila jumlah air banyak, semua telaga akan menyalurkan air keluar. Pintu air tujuh kesemuanya. Air banyak kolam ni jadi dalam dan bahaya
Air yang jatuh ke bawah tanah ini disalur lebih kurang 5 meter ke bawah seterusnya melalui lorong pintu dan ke kolam sebelum mengalir semula seperti biasa.
Kawasan ini dilarang mandi dikhuatiri tersedut masuk ke dalam lubang pergi. Di sebelah bawah, kolam akan menjadi dalam apabila jumlah air banyak. Waktu ini memang bahaya bagi orang ramai.
Kawasan ini diselia oleh Jabatan Pengairan & Saliran Daerah Hulu Selangor. Kawasan ini terbuka untuk orang awam datang berkunjung dan tidak dikenakan sebarang bayaran untuk masuk. Sesuai bagi mereka yang sukakan alam semulajadi dan mungkin kaki pancing.
Selain Perigi Tujuh, satu lagi lokasi berhampiran untuk dikunjungi adalah Air Terjun Serendah yang terletak kira-kira lima kilometer dari Kampung Dato’ Harun. Anda mungkin juga mahu ke Sekeping Serendah dan bermalam disitu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!