Rakyat Malaysia yang merancang ke India dan Pakistan dinasihat menangguhkan hasrat tersebut untuk sementara waktu.
Ini berikutan suasana politik tegang dan konflik yang tidak menentu antara kedua-dua negara mungkin akan menyukarkan pergerakan rakyat Malaysia yang berada di sana.
Kenyataan akhbar Wisma Putra menjelaskan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua negara menzahirkan rasa bimbang dan meminta supaya India dan Pakistan berusaha untuk menyuraikan ketegangan tersebut melalui semua dialog dan rundingan yang ada.
Ads
Dalam kenyataan akhbar Wisma Putra turut menyebut bahawa Malaysia seperti kebanyakkan negara lain turut mahukan keadaan aman dan stabil di peringkat antarabangsa.
Kenyataan ini dikeluarkan berikutan serangan pengganas di Pulwama, Kashmir yang mengorbankan 40 orang tentera India pada 14 Februari lalu. Susulan itu, India melakukan serangan balas pada 26 Februari melalui udara di wilayah Pakistan dimana pengganas itu dipercayai bersembunyi.
Ads
India turut mendakwa Pakistan melindungi pengganas berkenaan tetapi disangkal oleh Pakistan sebelum menembak jatuh dua jet pejuang India pada 27 Februari.
Dalam pada itu, syarikat penerbangan AirAsia menerusi laman twitternya menyatakan bahawa mereka sedang memantau pergolakkan yang berlaku di sana dan para penumpang yang mempunyai penerbangan ke Amritsar dan Srinagar diminta untuk menyemak semula status penerbangan mereka.
Ads
Rakyat Malaysia yang berada di India dan Pakistan dinasihatkan untuk menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Islamabad untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai 4 Nov depan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali berkata fenomena tersebut akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.
Katanya, ia berisiko mengakibatkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.
Menurut Nor Hisham kawasan terbabit di Kedah adalah Kuala Muda; Perak (Bagan Datuk); Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).
"Orang ramai terutama penduduk di pesisir pantai dinasihatkan supaya berwaspada berdepan dengan fenomena air pasang ini selain memantau keadaan cuaca," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Selain itu, pengunjung pantai dinasihatkan lebih berhati-hati dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh tersebut. Sumber: BERNAMA
Dalam pada itu,seorang pengguna Tik Tok @simatasyepet memuat naik kejadian air pasang besar yang berlaku di Tanjong Karang yang sering menjadi tumpuan cuti bagi warga Selangor pada 1 November lalu yang mana fenomena ini berlaku lebih awal dari jangkaan. Jelas ia bukan berlaku di tepi pantai saja sebaliknya berlaku di tengah bandar kerana dari video dikongsikan air sudah menaiki kawasan tersebut hingga kenderaan rendah berisiko meredahnya.
Sesekali travel dari KL ke KB naik sleeper train pun, macam best! Ini lah yang anda patut tahu, dari macam mana nak beli tiket sampai lah tiba di destinasi.
Jika sebelum ini sudah terbiasa menaiki kereta, bas dan juga kapal terbang, apa kata pengembaraan akan datang, anda cuba mencari kelainan dengan menaiki kereta api pula.
Mungkin timbul perasaan takut lebih-lebih lagi kalau ini adalah pengalaman pertama.
Namun usah khuatir, bagi yang teringin untuk mencuba pengalaman baharu ini, apa kata anda rujuk coretan wanita bernama Diyana Mukhayadi untuk dijadikan sebagai panduan.
Orang ramai disarankan memilih katil bawah kerana ruang tingkap lebih luas untuk menikmati pemandangan.
Menerusi laman Twitter, Diyana berkongsi ‘tip dan tricks’ ketika pengembaraannya menaiki Kereta Api Ekspres Rakyat Timuran atau lebih popular dengan nama ‘jungle train’ dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan yang mengambil masa sekitar 13 jam, baru-baru ini.
“Tujuan utama trip ni memang hanya untuk merasa pengalaman naik ‘sleeper train’ selama 13 jam sambil jalan-jalan cari makan (JJCM) dekat Kota Bharu. Very short trip with very different experience,” tulisnya.
Berikut adalah rumusan daripada perkongsian pengalaman Diyana sewaktu bercuti bersama tiga orang rakannya.
1) Memulakan perjalanan dari KL Sentral – Gemas – Wakaf Bharu – Kota Bharu – KL.
2) Mula-mula kena beli tiket sleeper train dahulu melalui apps KTMB untuk merasai pengalaman tidur di atas katil dalam kereta api.
3) Pilih koc berkatil iaitu Koc T6-T8. Sementara itu, koc untuk seat duduk adalah Koc T1-T3. Mereka pilih koc 8, koc paling hujung. Kenapa lebih baik pilih koc 8, penumpang lain tak lalu-lalang untuk ke cafe di koc 5 dan ia yang paling dekat dengan kepala keretapi.
Penumpang boleh menjamu selera di kafe yang terletak di koc 5.
4) Mahu bergambar di Stesen Gua Musang, koc 8 adalah koc paling depan, jadi lebih senang untuk keluar ambil gambar.
5) Elakkan memilih katil paling depan kerana agak bising disebabkan bunyi besi menghubungkan setiap koc.
6) Untuk pilihan katil, nombor genap adalah katil bawah manakala nombor ganjil adalah katil atas. No katil mereka T26, T28, T30, T32. Harga katil/berth atas adalah RM40, katil/berth bawah RM46.
7) Disarankan memilih katil bawah kerana mempunyai ruang tingkap yang lebih luas dan panjang untuk menikmati pemandangan. Ambil perhatian, tiada plug point disediakan, oleh itu dinasihatkan untuk standby power bank.
8) Selesai beli tiket sleeper train, baru beli tiket menuju ke Gemas dari KL Sentral dengan menaiki ETS. Tiket dibeli melalui apps KTMB dengan harga RM30. Perjalanan dari KL Sentral pada pukul 9.40 malam dan tiba di Gemas 12.10 pagi.
9) Sleeper train akan bertolak ke Wakaf Bharu pada pukul 1.18 pagi dan dijangka tiba 12.37 tengahari esoknya. Sementara menunggu kereta api, boleh naik ke ruang menunggu di tingkat atas Stesen Keretapi Gemas yang dilengkapi tandas dan surau.
Kereta api akan melalui kawasan hutan yang pastinya menjanjikan pemandangan yang indah.
10) Selepas menaiki kereta api dan meletakkan barang di katil, boleh menjamu selera di kafe yang terletak di koc 5. Pelbagai menu disajikan antaranya hidangan mi segera, nasi, mihun dan masakan panas yang lain dengan harga berpatutan.
11) Kereta api ini akan melalui kawasan kampung dan hutan yang sangat cantik sekitar awal pagi. Jadi, jangan tidur selepas Subuh kerana inilah masa yang sesuai untuk menikmati pemandangan.
12) Penumpang ‘dihidangkan’ dengan pemandangan Gunung Stong dan air terjun Jelawang dekat Dabong. Sepanjang perjalanan juga disajikan pemandangan bukit batu kapur, sungai, jambatan, terowong, dan jambatan rel terpanjang kat Malaysia iaitu Jambatan Guilemard.
13) Wajib turun seketika di Stesen Gua Musang untuk mengambil gambar dengan kepala keretapi, dan boleh turun membeli makanan dari orang kampung di Stesen Dabong.
14) Dengar ura-ura yang train 13 jam ke Kelantan ini pun akan ditamatkan operasinya tapi tak tahu bila. Jadi jika anda nak rasa this ‘once in lifetime experience’, kena cepat-cepat.
“Tapi sebenarnya rasa sayang, ini antara khazanah Malaysia yang boleh ditambahbaik lagi untuk tarik lebih banyak pelancong,” tulisnya mengakhiri perkongsian.
Jadi, jika anda ingin menikmati view dengan tenang tanpa penat, boleh lah cuba naik sleeper train pula ya. Sambil itu boleh layan pemandangan alam semula jadi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Maeklong Railway Market merupakan pasar dan stesen kereta api kecil yang terkenal di Thailand. Ia menarik kunjungan pelancong apabila pasar basah, antara yang terbesar di Thailand terletak di kawasan landasan kereta api yang sibuk.
Maeklong Railway Market sudah beroperasi sekitar 1905. Ia terletak kira-kira 75 km dari bandar raya Bangkok mengambil masa hampir dua jam untuk tiba sekiranya menggunakan jalan darat.
Maeklong Railway Market wujud sebelum landasan kereta api di bina. Orang kampung di kawasan itu tidak mahu berpindah dan ingin meneruskan aktiviti jualan mereka walaupun landasan kereta api dibina di pertengahan pasar.
Terletak di daerah Samut Songkhram, Maeklong Railway Market juga mendapat gelaran sebagai pasar yang paling bahaya di dunia kerana pasar dan gerai jualan berada di atas landasan kereta api yang masih digunakan setiap hari. Pasar ini sepanjang 1,000 meter beroperasi di atas landasan keretapi yang menghubungkan Wongwian Yai di Bangkok ke Samut Songkram dan beroperasi mulai 6 pagi hingga 6 petang.
Bayangkan anda sedang melakukan urusan jual beli di pasar tersebut, kemudiannya dari jauh kereta api muncul memberi isyarat bunyi yang mengejutkan. Peniaga bersiap sedia menyimpan barangan dan gerai-gerai jualan. Pembeli atau pengunjung akan cuba menyelamatkan diri ke tempat selamat untuk memberi peluang kereta api lalu dengan lancar.
Dalam beberapa minit, pasar yang tadi sibuk dengan peniaga dan pembeli bertukar menjadi laluan kereta api. Kereta api melaluinya perlahan-lahan. Pelancong mengambil kesempatan ini untuk merakam gambar dengan kamera, video dan telefon masing-masing.
Dan seterusnya peniaga akan teruskan aktiviti mereka seperti biasa selepas kereta api berlalu. Itu la rutin harian biasa dan unik di Maeklong Railway Market.Pelancong luar pasti kagum bagaimana peniaga pasar dan jalan kereta api boleh bergabung, tetapi berlangsung begitu lancar sekali dan urusan perniagaan tidak tergendala.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...