Berikutan wabak jangkitan 2019 Novel Coronavirus (koronavirus) melanda Wilayah Wuhan, China, penerbangan AirAsia dan Malindo Air mengumumkan pembatalan penerbangan pergi balik ke Wuhan.
Langkah itu diambil selepas mengikut nasihat dan peraturan daripada pihak berkuasa kesihatan tempatan dan global, termasuk Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).
Untuk Penumpang AirAsia:
Ads
Penumpang AirAsia yang kini berada di Wuhan perlu mematuhi pengumuman kerajaan China dan perlu berhubung dengan kedutaan masing-masing di negara berkenaan.
Bagi pelanggan yang ingin membuat pertukaran perjalanan, mereka dibenar memilih untuk menukar mana-mana laluan dari China ke Kota Kinabalu, Bangkok dan Phuket tanpa sebarang kos tambahan bergantung kepada kekosongan tempat duduk.
Penumpang boleh mengekalkan harga tiket dalam akaun AirAsia BIG Loyalty untuk perjalanan akan datang dan boleh ditukar untuk tempahan dalam tempoh 90 hari.Ia juga tertakluk untuk semua penerbangan sehingga 29 Januari.
Pelanggan turut dibenar mendapatkan pulangan bayaran penuh sekiranya enggan dengan pilihan tersebut.
Pilihan ini tertakluk untuk penerbangan sehingga 15 Februari 2020 dan penerbangan balik dari 16 hingga 29 Februari 2020.
Untuk perhatian penumpang Malindo Air pula, mereka telah menggantung serta-merta penerbangan antarabangsanya di antara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan Tianhe, China. Penggantungan penerbangan tersebu bagi menjamin keselamatan dan keselesaan perjalanan udara dalam kalangan krew penerangan serta penumpang.
Ads
Ads
Penumpang yang menempah perjalanan dari 23 Jan hingga 8 Feb, 2020 boleh menghubungi pusat panggilan di + 603-78415388 atau datang ke kaunter tiket untuk bantuan lanjut.
Malindo Air akan memaklumkan perkembangan terkini kepada penumpang di laman web Malindo Air.
Sementara itu Malindo Air telah mengesahkan dalam sebuah pengumuman terkini bahawa 7 orang daripada krew mereka kini sedang dikuarantin selama 14 hari kerana terdapatnya seorang penumpang pesawat tersebut disyaki dengan gejala koronavirus. Penumpang dari wilayah Hubei tersebut menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke Zhengzhao pada 24 Januari. Malindo Air mengambil serius dan memantau situasi ini bagi membantu mengawal penularan wabak ini.
Wabak koronavirus tidak hanya dijangkiti manusia, tetapi juga haiwan.
Di sebuah zoo di New York, beberapa ekor harimau dan singa turut dijangkiti pandemik ini. Terbaharu, 2 ekor kucing juga di New York menjadi haiwan peliharaan pertama di Amerika Syarikat yang disahkan positif COVID-19.
Kedua-dua kucing itu pada awalnya mengalami simptom penyakit pernafasan, namun pemeriksaan lanjut kemudian mendapati haiwan terbabit dijangkiti COVID-19. Dua kucing yang berada di lokasi berbeza itu disyaki telah dijangkiti COVID-19 daripada pemilik atau individu di sekelilingnya.
Foto: gettyimage(Gambar hiasan)
Kedua-dua haiwan itu mempunyai peluang besar untuk pulih selepas diberi rawatan lanjut.
Pegawai Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, Dr. Casey Barton Behravesh yang mengesahkan kes itu dan meminta semua pemilik haiwan supaya tidak bimbang.
“Kita merekodkan kes pertama haiwan peliharaan dijangkiti COVID-19 di Amerika Syarikat. Adalah penting untuk dimaklumkan bahawa haiwan ini berkemungkinan besar dijangkiti daripada manusia. Sehingga kini belum ada bukti haiwan peliharaan boleh menyebarkan virus ini kepada manusia,” katanya.
Pakar penyakit berjangkit AS, Dr Anthony Fauci, berkongsi pendapat sama dan menegaskan tiada bukti menunjukkan virus itu boleh disebar dari haiwan peliharaan kepada manusia.
Ini info buat rakyat Malaysia, terutama berada di Sabah dan Sarawak yang seringkali menggunakan jalan darat untuk keluar dan masuk ke negara Brunei.
Bermula 1 Ogos ini, Brunei Darussalam akan mengenakan caj sebanyak B$3 (kira-kira RM9.18) ke atas setiap individu yang keluar/masuk ke negara itu melalui pos-pos kawalan sempadan daratnya. Kementerian Kewangan dan Ekonomi Brunei Darussalam dalam satu kenyataan berkata caj berkenaan dikuatkuasakan di bawah Perintah Bayaran-Bayaran Keluar dan Masuk 2020 yang memberi kuasa kepada Pengawal Kastam dan Eksais Diraja negara itu berbuat demikian. Objektif utama pelaksanaan caj ini adalah untuk menyelaraskan bayaran dan caj-caj yang telah dikenakan dan berjalan pada masa ini kepada orang ramai yang keluar dari atau masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui udara dan laut.
Caj itu akan dikenakan kepada semua warganegara termasuk warganegara Brunei Darussalam yang hendak keluar dari atau masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui pos-pos kawalan darat sama ada menggunakan kenderaan ataupun yang berjalan kaki.
Caj ini dikecualikan ke atas individu-individu yang berada di dalam kenderaan milik kerajaan Brunei dan kerajaan negara luar untuk tujuan rasmi, kenderaan untuk tujuan pengebumian, petugas konsulat, petugas kerajaan Brunei Darussalam yang menjalankan tugas rasmi dan kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah.
Mereka yang berhasrat untuk membuat perjalanan keluar/masuk Brunei Darussalam melalui pos-pos kawalan darat hendaklah mendaftar secara dalam talian menerusi Exit and Entry System (EES) Jabatan Kastam dan Eksais Dirajanya menerusi https://login.bdnsw.gov.bn/ees
Wajib memberi maklumat pemandu dan setiap penumpang yang akan ikut serta dalam perjalanan berkenaan dan pembayaran bolehlah dibuat secara dalam talian.
Mempunyai dokumen perjalanan sah sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga bulan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Singapura akan membenarkan pengembara untuk melakukan transit melalui Lapangan Terbang Changi secara beransur-ansur berkuatkuasa 2 Jun 2020, menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).
Ini adalah sebahagian daripada strategi Singapura untuk membuka kembali pengangkutan udara secara beransur-ansur untuk memenuhi keperluan ekonomi dan rakyat Singapura. Mereka juga akan memastikan perlindungan yang mencukupi untuk perjalanan yang selamat.
Syarikat penerbangan harus mengemukakan cadangan mereka untuk memindahkan lorong melalui Lapangan Terbang Changi kepada CAAS. Cadangan tersebut akan dinilai dengan mempertimbangkan keselamatan penerbangan, pertimbangan kesihatan awam, serta kesihatan penumpang dan krew udara.
Foto: pexel.comFoto: wikipedia
Pada ketika ini, CAAS berkata penumpang warga asing hanya boleh transit melalui Singapura jika mereka dalam penerbangan pulang yang diatur oleh kerajaan mereka. Keputusan itu akan membolehkan penumpang transit melalui Singapura dengan lebih mudah.
Sebagai langkah berjaga-jaga, CAAS berkata langkah-langkah ketat akan dilakukan untuk memastikan bahawa penumpang transit kekal berada di kemudahan yang ditentukan di kawasan transit dan tidak bercampur dengan penumpang lain semasa berada di Lapangan Terbang Changi.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...