Kesempatan hujung minggu yang panjang ketika cuti Tahun Baru Cina dimanfaatkan sebaiknya dengan percutian di tapak perkhemahan yang terletak di Padang Rengas, Perak.Paling best bila dapat port yang best kat tepi sungai dan dengan khemah yang baru. Perfect!
Meskipun perancangan asal untuk membawa anak-anak bersama, namun atas sebab tertentu akhirnya pasangan ini sahaja yang meneruskan percutian mereka di Green Stone Campsite.
Dari family camping bertukar menjadi honeymoon camping, pemilihan port camping kali ini cukup berbaloi, dapat pula port pacak khemah tepi sungai dengan setup khemah yang persis tinggal di hotel, memang berbaloi.
Teruja melihat perkongsian daripada Ku Norsiah Ku Saidin camping sepanjang tiga hari dua malam di campsite tersebut. Meskipun tanpa kehadiran anak-anak pasangan ini memanfaatkan sebaiknya masa bersama.
Turut berkongsi tentang campsite pilihan mereka kali ini, menurut wanita ini dia bakal kembali ke sana lagi untuk meneroka lebih banyak aktiviti yang ada termasuk ke air terjun dan menikmati sunset.
Camping 3H2M di Green Stone Campsite
Alhamdulillah rezeki CNY dapat tapak camping di GreenStone Campsite , Padang Rengas , Perak. Sehari sebelum bertolak dah siap prepare barang-barang untuk 1 family, last minute petang nak pi tu tetiba anak-anak cancel tak jadi ikut pulak..ha apalagi, family camping automatik bertukaq jadi honeymoon camping la pulak
Masa kami sampai kat campsite cuaca masih cerah, tapak S3 yang CO bagi betul-betul menghadap sungai yang cantik.Time tu jiran-jiran semua dah siap pacak khemah, kami ja baru nak mula… excited tak sangga la sebab first time nak rasmi tent baru Village L 2.0 by Payung.camp fuhh, tent ni senang pasang ampa, hat paling puas hati dia ada siap-siap extended awning …ha memang berbaloi la beli
Ads
Di pendekkan cerita elok kami siap pasang hujan pun turun ampa aii, cik Heri kata, ni kira majlis perasmian la kot noh hahahah
Tarikh : 21-23/1/23
Nama campsite : GreenStone Campsite
Caj tapak : Berbeza mengikut size tent dan lain-lain…macam khemah kak size L semalam RM 60, + caj flysheet RM 20 + pengurusan sampah RM 5
Toilet/bilik mandi : Bersih cuma bercampur penggunaan untuk lelaki & perempuan
Ads
Sinki : ada 2 bersebelahan tandas
Line Telco : u mobile langsung tak dak service ampa, so 3h2m kak hilang dari radar…ni salah satu sebab kak balik awai, Mula tu dah deal untuk 4h3m…cancell sehari sebab risau tak boleh berhubung dengan anak-anak kat rumah
Plug point : dekat khemah tak dak, malam-malam ada lampu solar sahaja di kawasan campsite
Surau : ada
Ads
Kantin/makanan : Available sebelah siang sampai pukul 7malam kalau x silap
Parking : yang bestnya boleh parking Kereta belakang khemah…tak penat angkut barang
Keselamatan : InshaAllah terkawal, cuma jaga-jaga dengan pacat saja…kami kena 2 kali na
Terima kasih CO & staff yang baik hati sudi melayan pertanyaan & permintaan kak, siap minta nak petik ulam pucuk Karapoley lagi InshaAllah pasti repeat lagi nanti sebab hari tu tak sempat nak explore pakej tambahan ke air terjun, railway lama & tengok sunset..hujan-hujan segan nak berjalan. Apa pun yang pasti sungai kat situ memang terbaikkk
Penularan wabak COVID-19 ketika ini menyebabkan hampir semua lokasi di dunia mengarahkan rakyatnya untuk duduk di rumah.
Ini merupakan langkah terbaik mengelakkan diri dijangkiti virus yang boleh membawa maut ini. Namun, protes tercetus di pelbagai lokasi di serata dunia menggesa kerajaan membuka kembali ekonomi dan membenarkan rakyat keluar rumah. Arahan tinggal di rumah sememangnya memberikan kesan negatif kepada pendapatan dan ekonomi di pelbagai negara, namun itu cara terbaik mengelakkan sesebuah rakyat ‘pupus’ dari peta dunia.
Di Brazil, penyokong Presiden Jair Bolsonaro memprotes terhadap arahan kerajaan tempatan yang ketat untuk kurangkan penularan COVID-19. Protes dilakukan menentang antara lain arahan tinggal di rumah oleh gabenor negeri Rio. Penunjuk perasaan inginkan arahan tinggal di rumah hanya dikenakan kepada kumpulan yang berisiko tinggi terutama warga emas. Isu utama mereka adalah kesan arahan yang lebih ketat ini kepada ekonomi dan pekerjaan mereka. Penunjuk perasaan turut mengadakan demonstrasi di Sao Paulo menentang arahan yang sama dilakukan oleh gabenor negeri itu.
Di Soacha, Colombia, satu protes diadakan menentang arahan tinggal di rumah yang didakwa terlalu ketat. Penduduk di bandar itu mendakwa arahan tinggal di rumah antara 4 petang dan 4 pagi menyukarkan penduduk untuk mencari pendapatan. Arahan baharu ini akan berkuat kuasa selama tiga hari. Menurut peniaga, arahan itu tidak adil dan bantuan yang dijanjikan kerajaan masih belum tiba.
Foto: reutersFoto: yahoo.com
Di Texas, Amerika Syarikat tunjuk perasaan turut diadakan di bangunan capitol di Austin. Penunjuk perasaan ingin ekonomi mula dibuka secepat mungkin. Protes sama turut diadakan di seluruh AS oleh penyokong Presiden Donald Trump. Protes di Texas dianjurkan syarikat yang dimiliki peminat teori konspirasi Alex Jones.Penunjuk perasaan tetap adakan protes di Austin ini biarpun gabenor Texas telah umum akan buka sesetengah aktiviti ekonomi secara berperingkat di negeri itu bermula 27 April.
Di Indianapolis, Indiana, penunjuk perasaan turut inginkan aktiviti ekonomi di negeri berkenaan dibuka semula. Sebelum ini Gabenor Eric Holcomb melanjutkan arahan tinggal di rumah hingga 1 Mei.Penunjuk perasaan turut membawa sepanduk mendakwa angka kematian adalah satu penipuan dan inginkan kebebasan. Mereka turut mendakwa pengarah Institut Kebangsaan Amerika untuk Penyakit Berjangkit, Dr Anthony Fauci adalah salah.
Nama Tasik Chini yang terkenal dengan mitos kewujudan naga kembali disebut-sebut sejak kebelakangan ini, selepas sekian lama tenggelam disebabkan tidak lagi menjadi destinasi pelancongan terkenal negeri Pahang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Pekan, Pahang, dahulunya sinonim dengan bunga teratai memenuhi permukaannya, namun keindahannya dikatakan mula terhakis akibat aktiviti penerokaan tanah secara haram dan perlombongan.
Menyedari akan potensi dan kepentingan Tasik Chini sama ada dalam aspek pelancongan atau sebagai khazanah negara, kerajaan negeri Pahang telah merancang pelbagai inisiatif untuk mengembalikan kegemilangan tasik itu. Pada 13 Mac 2019 telah bersetuju mewartakan kawasan seluas 4,498 hektar di tasik itu sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK). Jumlah 4,498 hektar itu bukanlah satu keluasan yang kecil, kerana jika dihitung secara mudah, ia bersamaan dengan hampir 6,000 saiz padang bola sepak yang berkeluasan 110 meter x 70 meter, menunjukkan keseriusan kerajaan negeri dalam memulih dan memulihara persekitaran Tasik Chini untuk generasi masa depan.
Penanaman 5,000 batang pokok balak terdiri daripada Balau, Meranti dan Merawan di hutan tasik itu sekitar Oktober 2018. Program itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Pahang, pelajar institusi pengajian tinggi di Pekan dan penduduk Felda Chini dan turut disertai penaung SASET, Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muad’zam Shah Sultan Ahmad Shah. Pokok itu akan mengambil masa sekitar 15 tahun untuk menjadi pokok dewasa dan sepanjang tempoh itu, pemantauan akan dilakukan oleh Jabatan Perhutanan bagi memastikan tiada yang dapat menceroboh ke kawasan itu.
Program ini diharapkan dapat memulihkan alam semula jadi di Tasik Chini kerana masih ada yang bergantung kepada aspek ekopelancongan di situ termasuk masyarakat Orang Asli yang mengambil upah membawa bot pelancong.
Namun, walaupun pelbagai rancangan pemulihan sudah dirancang, sudah pasti kejayaannya memerlukan masa. Orang ramai dijangka dapat kembali menikmati keindahan Tasik Chini dalam tempoh 10 hingga 20 tahun. Dasar khas sudah dibuat tahun lalu dan kini kita memasuki peringkat pelaksanaan dengan keutamaan untuk mengekalkan status tapak rizab biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) selain menjadikannya destinasi pilihan untuk ekopelancongan.
Kerajaan Arab Saudi telah menghalang rakyatnya sendiri untuk memasuki Kota Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah kerana risiko penyebaran wabak COVID-19.
Bagaimanapun, pihak berkuasa terbabit tidak menjelaskan mengenai tempoh halangan kemasukan tersebut akan dikenakan. Sebelum ini, Arab Saudi menghalang kemasukan warga asing ke Kota Mekah dan Madinah akibat risiko penularan COVID-19.
Sekatan itu telah membantutkan rancangan perjalanan jutaan umat Islam yang telah membuat persiapan untuk mengerjakan umrah. Ia juga mungkin akan menjejaskan jutaan lagi jemaah yang ingin mengerjakan ibadah pada bulan Ramadan dan musim Haji yang bakal tiba tidak lama lagi.
Khabarnya Kerajaan Arab Saudi sudah memanggil penasihat Agama untuk membincangkan samada Ibadah Haji musim ini akan diteruskan atau ditutup untuk mengelak penyebaran Coronavirus.
Ini bukan kali pertama Ibadah Haji di tutup. Mengikut sejarah sudah 40 kali iaitu antaranya :
1. 930M : Hajar Aswad dicuri dan dikembalikan semula selepas 22 tahun.
2. 983M : Perselisihan antara Bani Abbas dan Bani ‘Abid. 8 tahun muslim dari Iraq tidak dibenarkan mengerjakan haji.
3. 1257M : Penduduk Hijaz dilarang mengerjakan haji
4. 1814M : Wabak Taun sehingga mengorbankan 8000 jemaah.
5. 1831M : Wabak Hindi akibatkan 3/4 jemaah terkorban
6. 1837M : Tiada haji kerana wabak dan diikut tiga tahun berikutnya.
7. 1846M : Wabak Kolera
8. 1850M : Wabak Kolera
9. 1858M : Berlaku wabak sehingga penduduk Hijaz berpindah ke Mesir
10. 1864 : Wabak bahaya di Madinah memgorbankan 1000 jemaah
11. 1865M : Wabak Kolera
12. 1883M : Wabak Kolera
13. 1992M : Wabak Kolera
14. 1895 : Wabak Typus
15. 1987 : Wabak Miningitis
Semuga yang terpilih menjadi tetamu ALLAH tahun 2020 akan terpilih bersama jutaan jemaah dari seluruh dunia. Kalau ditakdirkan Ibadah Haji tahun ini ditiadakan pasti ada hikmah disebalik segala ketentuan ALLAH. Jangan bersedih. Teruskan berdoa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...