Dua tahun tak dapat beraya bersama, tahun ni memang ramai yang ambil kesempatan beraya sakan dengan ahli keluarga. Masing-masing punya cara tersendiri nak pastikan semuanya meriah dan tinggalkan kenangan manis untuk dikenang.
Sekarang pula ramai yang suka bercamping, tambah pula banyak campsite yang wujud untuk memenuhi permintaan yang semakin memberangsangkan.
Apa yang dikongsikan oleh Noorsuzaimi Noordin menerusi Facebook Family Camping Malaysia, dia dan keluarga berkesempatan menyambut hari raya dengan cara baru iaitu cam meet raya.
Memilih satu campsite baru yang terletak di Sedim, Kulim, menurut Noorsuzaimi, tempat yang lengkap dengan kemudahan dan juga mesra keluarga ini memang sesuai untuk berkumpul bersama keluarga.
Ads
Ikuti perkongsian Noorsuzaimi Noordin:
Camp Meet Raya
Pada 5-6 Mei 2022 haritu saya sekeluarga ke Zakinani Homestay dan Campsite di Sedim, Kulim.. Raya kali ni sambut cara baharu, saya plan buat camp meet raya family, semua berkumpul disini..
Ads
Campsite ni baru saja dibuka dan kami antara yang awal booking.. Ownernya Prof Rusnani dan Prof Zaki.. saya pilih disini sebab ada kemudahan yang memenuhi ciri-ciri yang saya mahukan.. Ada homestay 3 bilik, untuk warga emas dan baby menginap, dan juga ada 9 tapak khemah. CO tempahkan whole campsite untuk saya..
Keseluruhan review, campsite ni agak lengkap dgn kemudahan seperti chest freezer, pantry / kantin, pangkin, gazebo sebagai surau open, plugpoint dan toilet yang bersih.. dan paling rare, ada wifi.. campsite ni bersebelahan saja dengan ajarr campsite.
Percutian hujung minggu sudah menjadi ‘trend’ rakyat Malaysia ingin menghabiskan masa cuti yang terluang bersama tersayang, samada ahli keluarga atau rakan-rakan. Jika dahulu pemilihan destinasi percutian hujung minggu mungkin agak terhad, kerana kebanyakkannya suka memilih lokasi berlibur yang berdekatan sahaja.
Hari ini, corak percutian hujung minggu sudah berubah. Ada yang sentiasa membuat persiapan untuk bercuti ke luar kawasan yang jarang dituju atau lebih jauh. Jangan tidak percaya, percutian hujung minggu ke luar negara juga ramai yang sudah cuba. Antaranya ke negara jiran yang paling hampir seperti Singapura, Indonesia, Brunei, Thailand, dan Vietnam. Namun percutian hujung minggu di Malaysia masih tetap menjadi pilihan.
Gadis ini, berkongsi percutiannya ke Sabah bersama rakan-rakannya hanya untuk 3 hari 2 malam sahaja, tetapi masih cukup berbaloi dan puas untuk ‘jalan-jalan’
Assalamualaikum. Ada yang tanya aku berapa bajet aku habis sewaktu aku pergi ke Sabah, untuk percutian 3 hari 2 malam. So boleh je korang tengok-tengok mana tau rezeki korang pergi ke negeri di bawah bayu. Jom mula.
Total pax : 9
Transportation:
Hotel :
Harga tiket air asia waktu tu murah teramat. Return boleh dapat RM36. Tapi sebab waktu tu weekdays kitorang ambil yang weekend return RM88. Just nice. Kalau direct pergi KK paling-paling pun RM300 lebih pergi balik.
Aku pergi total dalam 9 orang. Ramai-ramai jimat. Jimat untuk transport la mostly. Tapi kalau berempat pun bagi aku just nice. Boleh share bilik kat dalam hotel. So dapat murah. Hehe..Hotel, aku prefer Agoda. Saja.
Bertolak ke Labuan. Aku ambil tiket awal pagi. Sampai Labuan Terminal Airport dalam pukul 10.30 pagi. Ok kat sini aku nak highlight feri Labuan ni 2 kali sehari. Pukul 8 dan pukul 1 tengahari. So kalau korang terlepas yang ni, alternatif satu lagi naik Speed Boat dari Labuan ke Menumbok.
Kat sini korang boleh pilih nak naik apa untuk ke Labuan.
1.Feri Labuan – KK 4 jam
2.Speed boat Labuan – Menumbok 20 minit
Dari Menumbok – KK kena naik bas 2 jam.
Sampai je KK, kitorang gerak terus ke Kundasang. Sebab risau dah malam. Tak nampak jalan. Jalan dia gelap dan berbahaya. Kena berhati-hati.
Basically first day memang agak kelam kabut . Dari atas awan ke darat dan di atas laut. Semua kitorang sapu.
Okay aku nak share pengalaman stay di Blue Mountain Lodge. Alhamdulillah tempat yang aku pilih selesa sangat. Walaupun takde tv tapi aku tak kisah sangat sebabnya tujuan kitorang hanya untuk bermalam. Tempat tu sahaja ada pantry. So kalau nak masak elokla. Dan yang paling penting ada iron. Korang kena mintak. Macam mana coverage kat sana? Aku pakai umobile so langsung takdak line. Tapi celcom, unifi alhamdulillah ada. So korang jangan risau ya. Mohon pau hotspot dengan kawan korang. Hahaha
Esoknya, bangun pagi korang dah boleh view sunrise dalam 6.15-6.30 gituuu. Gunung Kinabalu tu depan mata je. Sumpah lawa.
Desa Dairy Farm (RM3)
Fish spa (Luanti fish spa terlampau jauh so kitorang ambil dekat-dekat)
Rumah terbalik RM12
Makan lokan bakar di Sepanggar. Yang ni sedap. Kalau yang tak makan seafood ada puding kelapa. Itupun sedap jugak. Lepas tu kitorang rushing nak kejar sunset di Tanjung Aru.
Ni dekat blue mountain lodge. Bukak pintu je dah nampak Gunung Kinabalu.
Aiskrim dia sedappp RM6
Pasni honeymoon kena cakap new zealand betul-betul tau. Karang dibawaknya kita g Kundasang. Okaylaa. Paling sendu bawak kite tengok lembu je kat kampung. Sobss.
Bas biru ni sebenarnya restoran. Owner guna bas lama-lama untuk jadikan sebagai tempat makan. Kreatif betul. Kitorang sampai dia tak bukak lagi. Pukul 11 pagi katanya. Menarik jugak. Tapi panas sikit. Ada kipas kat dalam. Don’t worry. Nanti google je Restoran Bas Biru di Kundasang, keluar juga tu carian.
Pusing-pusing bandar KK, singgah di Pasar Kraf dan makan seafood dekat gerai-gerai berdekatan. Aku takmau recommend tempat makan sebab waktu kitorang pergi makan kat salah satu gerai, rasa dia tawar. Not recommended at all. ?
Lepas makan dan beli ole-ole untuk yang tersayang kitorang balik ke Hotel. Memandangkan aku pilih Asiana Hotel. So far hotel tu selesa cumanya dalam bilik tu plug elektrik satu je dan kalau gegirls nak iron baju korang kena sewa iron. RM10 hokayyy. Kalau nak sharing dapatlah murah.
Hari terakhir. Memandangkan flight kitorang malam dan berlepas di Labuan takdela kelam kabut sangat.
9 pagi kitorang dah bertolak pergi ke salah satu pulau di Kota Kinabalu (Tunku Abdul Rahman National Park), iaitu Pulau Mamutik. Tak jauh je dari KK.
Bayar RM27 (boat) + RM5 (entrancee fee pulau)
Pukul 11, Habis snorkelling bergegas balik sebab nak kejar bas dari KK ke Menumbok.
Okay kat sini kalau korang nak balik ke Labuan tolonglah jangan beli last minute. Memang tak ada. Nak taknak korang kena beli setibanya korang berada di Terminal Jesselton Point atau Terminal Labuan kalau nak jugak balik ke Labuan / KK naik feri. Beli awal.
Dan kalau korang rasa boleh tunggu untuk 4 jam ambil je feri. Aku pergi dengan feri balik naik bas. Nak rasa yang mana lebih okay.. Dan aku lebih prefer untuk naik bas. Tak lama. 2 jam dan 20 minit naik speedboat di Menumbok ke Labuan. Bear in mind speedboat dia macam rollercoaster. Dasat gila. Memang terduduk terbangun semua ada.
Pukul 12.45 tengahari tepat bas dari
KK akan bertolak ke Menumbok. Aku tak sure next bas pukul berapa. Aku ambil awal sebab takut apa-apa terjadi. Plus Labuan aku tak sempat pusing pun.
Memandangkan anggaran masa dari KK ke Labuan menggunakan bas dalam 2 jam 20 minit. Aku tiba di Labuan dalam pukul 4 lebih. Sempat pusing dan singgah di UMS Kampus Labuan. Oh ya, kalau korang nak beli coklat murah aku cadangkan beli coklat di Ujana Kewangan. Dekat sangat dengan airport.
Ni bajet yang aku habis sepanjang aku kat sana.
Jumlah = RM443.50 (roughly sebab ada masalah sikit tang driver).
*notakaki: kitorang memang niat nak ke Sabah, untuk pergi ke Kundasang. Saja nak acah New Zealand. So kalau korang berhajat nak pergi semua pulau di KK better stay 4 hari. InsyaAllah sempat je.
Ok baiii. Minta maaf kalau ada yang terkurang. Sekian. Terima kasih.
Sebut sahaja Ho Chi Minh, Vietnam, ramai daripada golongan wanita yang sangat teruja untuk ke sini. Mana tidaknya, destinasi ini mendapat jolokan lokasi membeli-belah yang menyeronokkan kerana harga yang ditawarkan sangat murah serta menjimatkan.
Lupakan sebentar destinasi menarik lain yang ada di Vietnam seperti lokasi bersejarah atau tempat yang menyajikan permandangan yang indah. Fokus utama adalah lokasi membeli-belah yang boleh buat pengunjung naik gila dan rambang mata.
Jika merancang bercuti ke Ho Chi Minh bandar raya ini yang dulunya dikenali sebagai Saigon untuk membeli-belah, komunikasi tidak menjadi masalah kerana kebanyakan peniaga boleh berbahasa Melayu. Terutama di kawasan yang menjadi tumpuan rakyat Malaysia seperti Saigon Square, Night Square, Ben Tay, Dong Koi Street dan Pasar Ben Tahn. Jom terjah lokasi wajib untuk membeli-belah dI Ho Chi Minh.
Ben Thant Market
Pasar ini sangat popular menjadi destinasi yang wajib singgah untuk membeli-belah kerana ada pelbagai barangan yang boleh anda peroleh dengan harga yang sangat murah. Antaranya seperti kain ela, kasut, beg, dan cenderamata. Selalunya, kaum wanita memang rambang mata di sini dan boleh jadi sehari suntuk mereka menghabiskan masa mencari barang atau buah tangan untuk di bawa pulang ke tanah air.
Selain itu, bagi anda yang berminat untuk menempah baju atau kasut mengikut stail dan ‘design’ sendiri, tempahan diterima dan yang paling mengujakan, pakaian anda boleh disiapkan hanya dalam masa satu hari! Menarik bukan?
Di Cho Binh Tay Market turut menjual produk berupa kain ela, tudung dan telekung tetapi tidak sebanyak pilihan yang ada di Ben Thant Market. Namun dikatakan harganya lebih murah berbanding di Ben Thant Market.
Peniaga di sini juga mahir berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan memudahkan pengunjung kita untuk tawar-menawar dengan jayanya.
Nguyen An Ninh Street @Malaysian Street
Nguyen An Nonh Street atau dikenali sebagai Malaysian Street ini pula ala- ala seperti Jalan TAR dan terdapat pelbagai barangan Malaysia yang dijual di sini.
Telekung, baju, tudung dan jubah adalah barangan biasa dijual di sini. D sini turut menyediakan restoran makanan Malaysia yang halal. Oleh itu, anda tidak perlu risau kelaparan sepanjang berada di Vietnam.
Butik Hong Anh
Butik ini menjual pelbagai jenis baju kurung, kebaya, dan jubah yang khusus buat wanita. Harganya mungkin sedikit mahal jika dibandingkan lokasi membeli-belah lain di Ho Chi Minh kerana kualiti kainnya lebih menarik dan eksklusif.
Mac Viet
Jika anda peminat kraftangan atau ingin mencari cenderamata buat keluarga dan sahabat handai di Malaysia, Mac Viet adalah tempat yang harus dituju. Di sini, terdapat pelbagai hasil kraftangan yang unik dan kreatif boleh didapati dengan harga yng murah. Buat anda yang bakal mendirikan rumahtangga, anda boleh menempah kad kahwin di sini kerana seni rekanya begitu unik dan kreatif.
Rajin memasak macam mana pun, sesekali kena ambil masa berbuka puasa di luar untuk tukar suasana. Nak-nak kalau semua keluarga ada, lagi meriah untuk dibuat kenangan.
Ya, masa ini lah kita boleh merasa aneka makanan tradisional yang selalunya memang tak akan dapat di restoran ataupun pasar malam. Tambah bertuah jika lokasi berbuka itu berlatarkan pemandangan indah pada waktu senja.
Ada yang teringin ke nak rasa pengalaman berbuka puasa sambil menikmati panorama tasik? Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) menyediakan pakej berbuka puasa bertemakan ‘Nostalgia Rasa D’Tasik’ bermula 14 Mac hingga 8 April 2024.
Ada 100 jenis pilihan hidangan termasuk pembuka selera, hidangan utama dan sepuluh warung makanan sampingan, beserta aneka pencuci mulut yang sedap-sedap belaka.
Tak ketinggalan, juga antara menu yang ditunggu-tunggu setiap tahun tentunya kambing bakar yang diperap dengan lebih 18 jenis herba dan rempah ratus. Dibakar dengan api yang perlahan untuk hasil yang lembut dan berjus. Memang sedap!
Menurut Chef Mohd Huzaimi, sebanyak tiga set menu yang bakal bersilih ganti mengikut hari pada tahun ini. Cuba bayangkan bagaimana sedapnya makanan di BMLR apabila dimasak oleh 20 orang chef berpengalaman.
Antara hidangan utama yang disajikan termasuk ayam karapoley, ayam masak merah, ayam masak bawang, daging pesamah, daging kurma, daging masak hitam manis, sotong kari masala, sotong kam heong, sotong goreng kunyit dan banyak lagi. Nak cuba makan bersama nasi mandy boleh, nasi minyak dan nasi beriani pun boleh! Istimewanya, ke semua nasi ini dimasak mengikut cara ‘orang dulu-dulu’ dengan menggunakan periuk nasi Apollo.
Menu di sepuluh warung yang ada di situ pun tak kurang hebatnya. Antaranya bubur lambuk, sup kaki ayam, sup perut, mi kari, bihun sup, laksa dan banyak lagi. Untuk anak-anak yang gemar menu western bolehlah cuba spaghetti Bolognese, fettucini carbonara dan angel hair pasta aglio olio.
Menu Istimewa tahun ini ialah hidangan pulut kukus dan ubi rebus yang dimakan bersama kelapa parut. Memang menggamit memori betul bila berbuka di BMLR ni.
Sambil-sambil berbuka tu, boleh lah berhibur bersama penyanyi jemputan. Kemudahan surau pun ada disediakan. Tinggal bawak telekung sahaja. Dari segi harga, BMLR antara yang termurah sebenarnya. Serendah RM60 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).
Dapat pula dua tiket percuma ke Taman Tema Air apabila membeli lebih dari 10 orang dewasa. Bagi yang merancang untuk datang dengan bilangan keluarga yang ramai, untunglah! Jangan risau, tiketnya boleh digunakan dalam masa enam bulan selepas hari raya.
Sudah terlanjur ada di sana, jangan lupa rasa pengalaman menikmati keindahan tasik buatan yang tertua di Malaysia dengan melayari Ramadan Cruise selama 15 minit. Harga tiket cuma RM10 je seorang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...