Mesti ada antara anda yang risau nak tinggalkan pokok lama-lama kan? Paling risau tanaman yang jenis tak tahan lasak atau bermusim. Sehari tak siram pun boleh mati.
Jadi, untuk memastikan tanaman anda tetap sihat dan segar menyambut kepulangan anda selepas balik bercuti, Libur kongsikan beberapa tips yang perlu anda lakukan.
1. Untuk tanaman yang memerlukan air yang kerap dan banyak, letakkan di bawah teduhan dan buang semua kuntum bunga serta pucuk atau tunas baru. Kaedah ini secara tidak langsung mengurangkan keperluan air dan menyebabkan tanah lambat kering.
2. Untuk tanaman yang ditanam terus di atas tanah, bukan dalam pasu, belikan jaring hitam putih yang selalu digunakan di tapak pertanian atau net hitam dengan anggaran ketelusan cahaya 50-70 peratus. Buatkan kanopi sementara di bahagian atas menutupi tanaman.
3. Cantas atau pangkas tanaman seminggu sebelum pergi bercuti. Ini salah satu cara untuk mengurangkan keperluan air pada tanaman.
Ads
4. Untuk tanaman di dalam pasu, sediakan miniture green house dengan menggunakan plastik. Anda perlukan sokongan kayu atau buluh bagi menggelakkan permukaan plastik bersentuhan dengan tanaman kerana ia boleh menyebabkan bahagian tanaman yang tersentuh melecur.
Produk Mighty Dripper yang mungkin boleh menyelesaikan masalah anda.
5. Alas pasu-pasu anda dengan dulang yang telah diisi batu dan tuangkan air mengikut aras batu tersebut. Lagi banyak air diperlukan, lagi tebal lapisan batu yang perlu anda sediakan. Air yang terdapat di dalam dulang tadi akan tersejat oleh tanaman secara perlahan-lahan.
6. Alas bahagian bawah pasu dengan kain atau tuala yang telah dibasahkan. Selain itu, anda boleh gunakan sarung guni untuk kadar kelembapan yang lebih lama.
Ads
7. Rendam surat khabar di dalam air dan jadikan ia sebagai sungkapan kepada tanaman. Ia bukan sekadar mengekalkan kadar kelembapan medium tanaman, malah mampu menyerap air dengan lebih banyak.
8. Buat sendiri bekas siraman yang boleh membekalkan air untuk tanaman atau self watering system. terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk membuat self watering system sendiri antaranya dengan menggunakan botol air dan tali yang direndam di dalam air.
Ads
Gambar: gardenofedenflowershop.com
9. Dalam lampin pakai buang, terdapat serbuk seperti kristal yang digunakan untuk menyerap air. Bila menyerap air, serbuk kristal tadi akan kembang menjadi seperti jeli. Sekiranya anda rajin, koyakkan beberapa keping lampin pakai buang dan keluarkan serbuk tersebut dari kapas yang digunakan. Kalau malas, gunakan sahaja keseluruhan isi di dalam lampin tersebut. Rendamkan semalaman dan tanam di sekitar tanaman sebelum anda keluar bercuti. Kelembapan yang ditampung oleh kristal itu tadi mampu bertahan lebih dari seminggu.
10. Minta bantuan pada jiran yang sedang mereput di rumah untuk bantu anda siramkan tanaman di rumah anda sekurang-kurangnya sekali sehari terutamanya pada waktu pagi. Selain itu, anda juga boleh mengupah pekerja selenggara landskap untuk membuat kerja kontrak di laman rumah anda itu.
Selamat mencuba!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Anda kerap travel? Kalau ya, anda sepatutnya tahu beberapa hack yang praktikal untuk diaplikasikan sewaktu travel. Kenapa perlu tahu travel hack? Travel hack ni tujuannya untuk membantu anda serba sedikit tentang beberapa perkara apabila anda travel.
Sekiranya anda tidak tahu langsung apa-apa travel hack, ini Libur kongsikan beberapa hack yang anda boleh gunakan nanti. Ada banyak hack yang ada tapi tak semuanya anda akan gunakan betul tak?
Jadi anda tonton dulu dan nanti kongsikan kepada Libur, hack yang mana anda rasa praktikal dan perlu digunakan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Persoalan yang selalu bermain dalam kepala lebih-lebih lagi saat-saat akhir sebelum nak siap packing beg. Yela, toiletries ni beg kecik dan side item berbanding barang-barang keperluan penting yang lain.
Tapi, FYI, kalau tak ada toiletries ni, baru tahu erti penyesalan. Sebab dalam toiletries ni la ada semua kelengkapan kebersihan diri macam sabun mandi, shampoo, ubat gigi, dan macam-macam lagi benda lain. Pssttt.. Kalau tengok perempuan punya barang, anda akan faham la. Toiletries dia boleh bukak kedai runcit.
Barang yang terlalu banyak dalam toiletries pun tak sesuai juga untuk travel tau sebab memberatkan beg. Nak buat apa bawa banyak barang kalau kadar nak pakai pun tak la sebanyak mana.
Jadi jom Libur kongsikan items dan tips kepada anda apa barang dalam toiletries yang just nice untuk anda bawa:
??Berus gigi, ubat gigi, flos, cecair mulut ??Berus atau sikat rambut, ikatan rambut, barrettes / pin bobby ??Deodorant ??Shampoo and conditioner ??Pelindung matahari dan muka dengan SPF ??Alat solek yang diletakkan didalam satu beg/wristlet ??Pembersih muka, makeup remover dan q-tips ??Pelembap / Losyen waktu malam ??Balm bibir dengan SPF dan lipstik atau lip gloss ??Barang kebersihan diri ??Produk kebersihan feminin ??Ubat dengan label supaya anda boleh isi semula jika diperlukan ??Cologne / minyak wangi ??Cermin kecil ??Produk rambut seperti penyembur rambut, gel rambut dan minyak janggut ??Sedikit sabun basuh baju ??Kit pencukur dan pisau cukur tambahan ??Kit jahit / penjagaan pakaian, penghilang kotoran ??Tisu muka atau tisu tandas ??Travel Towel ??Gunting, gunting kuku, dan pinset
Berus gigi, ubat gigisikat rambut dan pengikat rambutDeodorantShampoo and conditionerPelindung matahari dan muka dengan SPFPembersih muka/makeup removerPelembap / Losyen waktu malamBalm bibir dengan SPF atau lip glossProduk kebersihan femininCologne / minyak wangiCermin kecilProduk rambut seperti penyembur rambut, gel rambut dan minyak janggutKit pencukur dan pisau cukur tambahanKit jahit / penjagaan pakaianGunting, gunting kuku, atau pinset
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Mekah dan Madinah merupakan dua kota suci yang menjadi tumpuan umat islam untuk datang melaksanakan ibadah haji, ibadah umrah dan berziarah ke makam baginda Nabi Rasulullah SAW serta para sahabatnya.
Biasanya, sebelum ataupun selepas melaksanakan solat berjemaah di masjidil haram ataupun masjid nabawi, jemaah haji dan umrah dari Malaysia sering memanfaatkan waktu tersebut untuk berbelanja membeli barang-barang sebagai oleh-oleh ataupun sekadar berjalan jalan dan melihat lihat cenderahati barang barang islamik di sekitar lingkungan masjid.
Peniaga di Kota Madinah dan Mekah Arab Saudi mahir menggunakan Bahasa Melayu. Ini terbukti bila aktiviti jual beli terjadi antara jemaah Malaysia, Indonesia serta wilayah kepulauan Melayu dengan peniaga Arab menggunakan Bahasa Melayu.
Di sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi banyak tempat untuk berbelanja mulai dari peniaga kaki lima sampai pasaraya besar. Didepan masjidil haram, dibawah menara jam (jemaah biasa menyebutnya dengan menara zamzam) terdapat pusat perniagaan yang dinamakan “Al-Baik Mall”. Disana mulai dari barang-barang mewah, mulai dari perhiasan yang ternama sampailah barang barang elektronik buatan cina semuanya ada.
Khusus untuk peminat masakan disana juga terdapat restoran makanan Melayu, seperti restoran Mr Sate, Warung Mok Minah dan restoran Tasneem yang ada di lantai P3. Semua restoran tersebut dilayani oleh pelayan pelayan orang Melayu, sehingga rasa rindu terhadap selera masakan tanahair akan sedikit terubat.
Sewaktu jemaah melalui di depan kedai di sekitar Masjidil Haram atau Nabawi, pelayan kedai yang kebanyakannya orang Arab Yaman dan orang Burma (Myanmar) akan menyapa jemaah “Apa kabar” “Malaysia bagus” “mari lihat-lihat murah-murah…”halal-halal “, begitulah tawaran para pelayan kedai supaya anda mau untuk melihat lihat barang barang di kedainya, dan kalau anda menawar belanja dengan harga yang amat murah, mereka akan berkata “Bakhil..Bakhil..”
Biasanya para pelayan kedai tersebut pandai berbagai macam bahasa serba sedikit sahaja. Mereka senang berurusan dengan jemaah dari Malaysia kerana jemaaah Malaysia dikenali agak mewah dalam berbelanja dan sopan berbanding dengan jemaah dari kawasan lain. Tapi jika jemaah Malaysia yang dikenali mewah dalam berbelanja tidak jadi membeli setelah melihat-lihat barang mereka akan berkata “Malaysia bakhil”. Sabar sabar lah ye.
Kewujudan pasar lambakan di sekitar Masjid Nabawi Kota Madinah al Munawarah Arab Saudi menjadi daya tarikan bagi jemaah haji atau umrah. Bermacam macam produk ditawarkan di sini. Ada baju, jubah, tasbih, siwak (alat gosok gigi dari kayu), seluar, kain, selipar, celak, tasbih, Alquran, dan barang khusus jemaah yang lainnya.
Di bawah ini beberapa tips yang mungkin berguna untuk anda jika sedang berbelanja di Mekah dan Madinah.
Buatlah perencanaan belanja iaitu daftar barang yang diperlukan. Ini penting agar anda tidak berlebihan dalam belanja dan disesuaikan dengan kewangan yang ada. Jika ada barang-barang yang boleh dibeli di tanahair dan mungkin harganya lebih murah maka jemaah tidak perlu memaksa diri, kini sudah banyak kedai oleh-oleh haji di Malaysia.
Sebaiknya tukarkan dulu dalam bentuk Saudi Riyal, anda boleh juga menukar di money changer atau tempat penukaran wang di depan Masjid Nabawi atau Masjidil Haram atau di tempat makan hotel – dimana petugas dewan makan menyediakan penukaran wang atau boleh juga dengan mengambil terus di ATM, ATM banyak sekali di sekitar menara zamzam depan masjidil haram atau minta bantuan mutawif anda.
Jika anda ingin berbelanja sebaiknya anda bertiga atau berempat atau ditemani pasangan anda atau minta bantuan mutawif untuk menemani. Jangan sampai kegiatan berbelanja mengganggu waktu ibadah. Utamakan dulu melakukan ibadah. Ingatlah tujuan utama anda berkunjung ke Tanah Suci iaitu untuk memanfaatkan waktu yang anda miliki untuk giat beribadah demi memperoleh redha dari Allah SWT.
Jika berbelanja dikaki lima sebaiknya anda membayar dengan wang pecahan puluhan riyal atau lima riyal sebab dikhuatiri ketika ada penguatkuasa pedagang kaki lima, mereka lari kadangkala meninggalkan barang dagangannya.Kalau anda berbelanja dengan wang RM mereka menerimanya dan nantinya diuruskan dengan memperlihatkan anda pengiraan dengan kalkulator.(dalam hal ini mereka jujur).
Jangan bawa wang pecahan 500 riyal kerana ini mirip dengan wang pecahan 50 riyal. Untuk memperoleh harga yang murah, tentu harus diketahui pusat-pusat perbelanjaan yang ada misalnya di Mekah ada Pasar Ja’fariah, di Jeddah ada Pasar Balad dan Bab Mekah, dan di Madinah ada Pasar Kurma dan pusat perniagaan di tingkat bawah Taiba Arac Hotel. Tapi jika malas pergi jauh, hampir di setiap penginapan jemaah haji banyak terdapat penjual oleh-oleh haji lambak yang harganya juga hampir dengan di pusat-pusat perbelanjaan.
Tapi di pusat perniagaan, variasinya lebih banyak. “Pilihan lebih banyak,” kata seorang jemaah Malaysia yang telah berbelanja di Pasar Ja’fariah. Mereka akan memberi tahu anda bahawa ini asli atau tidak tapi dalam soal harga mereka tidak segan silu memberikan harga diatas 500%, jika anda ditawarkan barang diatas 100 riyal atau lebih, tawarlah dengan tawaran separuh harga. Jika anda seorang perempuan kebetulan anda dipegang bahu ataupun disentuh oleh pelayan yang kebetulan tidak berpuashati sebaiknya anda bersuara keras katakan “haram..haram..haram” lalu cepat-cepatlah pergi.
Kalau tawaran anda tidak diterima biasanya mereka akan mengatakan “mafi faedah”(tidak ada untung). Kalau perlu berpura-puralah tinggalkan, kalau dia tidak memanggil anda kembali maknanya betul dia tidak ada untung. Berpura-puralah sudah biasa pergi ke Mekah dan Madinah dan gunakan sedikit bahasa arab biasa, dengan cara ini biasanya mereka tidak akan meletakkan harga barang terlalu tinggi.
Sebelum membeli hendaklah melakukan survey di beberapa kedai untuk membandingkan harga, biasanya untuk barang-barang yang biasa dibeli, harga tidak terlalu berbeza jauh.
Setelah ada barang yang diinginkan tiada salahnya menawar harga, apalagi jika ingin membeli barang dalam jumlah yang banyak kerana biasanya diberikan harga khas.
Untuk menawar barang tidak perlu khuatir kerana Sebagian besar penjual atau penjaga kedai di Tanah Suci mengerti bahasa Melayu, bahkan ramai juga penjaganya adalah warga Indonesia.
Namun, jikalau terlalu “kejam” menawar harga jangan heran jika peniaga mengatakan “Bakhil..bakhil…”.
Banyak juga ditemui barang-barang palsu atau kurang berkualiti. Sebagai contoh, salah satu barang yang sering dicari adalah tasbih dari kayu koka (konon tongkat kayu Nabi Musa dibuat dari kayu ini). “Kayu koka adanya di Mesir. Jika ada yang menawar dengan harga murah maka keasliannya diragukan,” kata mutawif kami yang juga menawarkan tasbih dari kayu Koka.
Produk elektronik pun banyak ditemui seperti handphone. Sebuah handphone Samsung S4 dan S5 ada yang ditawarkan dengan harga 400 riyal saja, namun kemudian boleh turun sehingga 250 riyal, yang sangat tidak munasabah jika dibandingkan dengan yang asli. Bagi lelaki yang ingin membeli ubat kelelakian “hajar jahanam” juga perlu berhati-hati kerana banyak yang palsu.
Jika anda pergi berbelanja atau ke masjid jangan berpakaian ketat atau menggunakan make up kerana itu sangat menarik perhatian pak Arab yang pada umumnya mereka hanya biasa melihat wanita yang serba tertutup.
Jika anda seorang perempuan jangan terlalu dalam masuk ke dalam kedai, ingatan ini untuk menghindari hal-hal yang tidak diinginkan berlaku.
Ambil berat juga had maksimum barang, jangan membeli barang berlebihan hingga melebihi had maksimum yang boleh dibawa dalam penerbangan. Seorang penumpang hanya boleh membawa bagasi kargo seberat 30 kg dan hanya satu tas kecil yang boleh dibawa ke dalam kapalterbang. Jika berlebihan, bayaran tambahan yang tidak sedikit akan dikenakan atau terpaksa ditinggalkan.
Jika kelebihan berat maka barang boleh dikirimkan melalui perkhidmatan pengiriman barang yang banyak beroperasi dan melakukan perkhidmatan menjemput atau mengambil barang di tempat penginapan.
Perlu diambil kira ialah waktu sampai di tanahair agar barang tidak terlalu lama sampai setelah jemaah sampai. Biasanya tempoh pengiriman barang dengan pesawat adalah dua minggu.
Jika kesuntukan masa, barang yang dikirimkan dengan khidmat pengiriman adalah pakaian atau barang lainnya yang sudah tidak digunakan. Tinggalkan sedikit pakaian untuk sehari-hari atau pakaian yang sudah kita niatkan untuk ditinggalkan. Selanjutnya buah tangan yang dibawa bersama jemaah dengan pesawat.
Demikianlah tips untuk berbelanja di Mekah dan di Madinah semoga bermanfaat bagi anda yang berniat datang ke tanah suci untuk berhaji ataupun untuk berumrah.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...