Minggu lepas, saya berpeluang ikut Andrew dari ECO My, penganjur bersama Royal Belum International Hornbill Expedition 2017. Ini kali kedua program ini diadakan. Yang pertama pada 2013. Penganjur utama ialah Perbadanan Taman Negeri Perak.
Saya excited lihat sendiri bagaimana bird watching/photography. PATIENCE & LOVE. Dua faktor saya nampak pada semua peserta. Yang pasti, mata mereka tajam menjejak burung, walau tanpa bonikular. Kagum.
Program jejak 10 spesis burung enggang selama 2 hari bersama lebih 40 peminat burung dari USA, China, Taiwan, Jepun, Filipina, Singapura, Brunei, India, Thailand, dan Malaysia.
Kebanyakan mereka jurugambar burung profesional.
Lebih hebat, Noah Strycker juga turut serta. Beliau pemegang rekod Big Year of Birding dengan rekod 6,042 spesis burung dilihat dari 10,400 spesis burung yang ada di dunia hanya dalam setahun di tujuh kontinen dari 1 Jan-31 Dis 2015.
Andrew, Noah dan lain-lain peserta tengok burung
Royal Belum International Hornbill Expedition 2017 Program dirasmi oleh Puan Noor Asmah bt Mohd Nawawi (Pemangku Pengurus Besar Merangkap Timbalan Pengerusi Perbadanan Taman Negeri Perak) dan ditutup rasmi oleh YB Dato’ Nolee Ashilin bt Dato’ Mohammed Radzi(Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Komunikasi & Multimedia Negeri Perak) di Kem Sungai Kenarong, Royal Belum.
Dari program ini pihak Perbadanan Taman Negeri Perak mendapat maklum balas baik dan kritikal dari peserta bagi memantapkan promosi produk hutan Taman Negeri Royal Belum kepada pelancong tempatan dan luar, terutamanya pencinta burung.
Andrew pada sesi maklum balas dari peserta
Program anjuran Kerajaan Negeri Perak, Perbadanan Taman Negeri Perak dan ECOMY dengan kerjasama Koridor Utara, MOTAC, Tourism Malaysia, Tourism Perak, NEST dan Wild Bird Club Malaysiasaya katakan berjaya dan menjadi titik permulaan kepada penganjuran tahunan. Ini satu usaha yang sangat baik dari semua pihak. Syabas!
Royal Belum Permata Negeri Perak Taman Negeri Royal Belum digazet sebagai kawasan lindungan pada 3 Mei 2007 dibawah Enakmen Perbadanan Taman Negeri Perak 2001.
Ia merupakan kawasan dibawah pentadbiran dan selian Perbadanan Taman Negeri Perak.
Luas keseluruhan 117,500 hektar dengan 90% ialah Hutan Simpan Royal Belum.
Ia bersempadan Thailand di utara, Lebuhraya Timur-Barat di selatan, Kelantan di Timur dan hampir dengan Taman Negara Bang Lang dan Tempat Perlindungan Hidupan Liar Hala Bala.
Taman Negeri Royal Belum pada awal tahun ini juga dimohon senarai Tapak Warisan Dunia Unesco oleh Kementerian Pelancongan.
Ia merupakan hutan hujan tropika tertua di dunia, sekitar 130 juta tahun dan lebih tua dari Hutan Amazon. Dengan hutan tebal, ia jadi habitat tumbuhan seperti raflesia dan haiwan liar termasuk spesis terancam; harimau, gajah, beruang, badak sumbu, tapir, helang,dan burung enggang.
Burung enggang diancam kepupusan kerana diburu bagi mendapatkan paruh dan tanduk serta bulunya yang cantik. Setiap tahun, dilaporkan 6,000 kes buruan enggang.
Royal Belum: Syurga 10 Spesis Enggang Burung Enggang mungkin lebih dikenali di Sarawak. Namun, di sana ada 8 jenis enggang, berbanding 10 jenis di Royal Belum.
Semua enggang bersarang di dalam batang pokok. Burung betina menjaga sarang, sementara burung jantan mencari makanan.
Ads
Enggang tidak minum air, sebaliknya bergantung pada air dalam buah-buahan. Diet enggang ialah buah, burung, reptilia dan mamalia kecil.
10 spesis yang ada di Royal Belum ialah:
1 Enggang Bulu/White-crested Hornbill Hampir sama dengan Tropicranus Albocristatus Afrika, ialah spesis enggang dijumpai di hutan Thai-Malaysia, Sumatra dan Borneo. Ia diancam kehilangan habitat.
Nama: Enggang Bulu/White-crowned Hornbill Nama saintifik:Berenicornis comatus Saiz:Jantan: 90 – 101 cm / Betina: 90 – 101 cm Habitat: Hutan hijau luas sehingga 1000m tinggi
2 Enggang Kawan/Enggang Buluh/Bushy-crested Hornbill
Spesis ini dari famili Bucerotidae. Dijumpai di Brunei, Indonesua, Malaysia, Myanmar dan Thailand.
Nama: Enggang Kawan/Enggang Buluh/Bushy-crested Hornbill Nama saintifik:Anorrhinus galeritus Saiz:Jantan: 90 – 101 cm / Betina: 90 – 101 cm Habitat: Hutan hijau luas sehingga 1500m tinggi
3 Enggang Berkedut/Wrinkled Hornbill
Enggang ini bersaiz sederhana besar dan dijumpai di hutan Thai-Malaysia, Sumatra dan Borneo. Ia bersaiz 70cm panjang, dan bertanduk besar. Ia berbulu hitam pekat, kebiruan di kawasan mata, dan ekor putih yang lebar.
Nama: Enggang Berkedut/Wrinkled Hornbill Nama saintifik:Aceros corrugatus Saiz: Jantan: 81 – 82 cm / Betina: 81 – 82 cm Habitat: Hutan hijau luas, tanah rendah, dan hutan paya air tawar
Ads
4 Enggang Gunung/Wreathed Hornbill
Spesis ini dijumpai di hutan sebelah utara-Timur India dan Bhutan, timur dan selatan tanah besar Asia Tenggara dan Sunda, kecuali Sulawesi.
Nama: Enggang Gunung/Wreathed Hornbill Nama saintifik:Aceros undulates Saiz: Jantan: 100.5 – 115 cm / Betina: 84 – 98 cm Habitat: Hutan hijau luas, hutan daun bercampur, dan hutan di pulau sehingga 1830m tinggi.
5 Enggang Hutan/ Plain-pouched Hornbill
Paling banyak dilihat di Royal Belum. Ia dari famili Bucerotidae. Dijumpai di hutan Dawna Range dan hutan Bukit Tenasserim di selatan Burma dan sempadan Thai-Malaysia. Spesis ini terancam kerana kehilangan habitat.
Nama: Enggang Hutan/ Plain-pouched Hornbill Nama saintifik:Aceros subruficollis Saiz: Jantan: 86.5 – 5cm / Betina: 79– 84 cm Habitat: Hutan hijau luas dan hutan daun bercampur sehingga 915m tinggi.
6 Enggang Kelingkung/Lilin/Oriental Pied Hornbill Juga mudah dilihat di Royal Belum. Ia dari famili Bucerotidae. Dijumpai di sub kontinen India dan Asia Tenggara, meliputi Bangladesh, Bhutan, Brunei, Kemboja, India, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Singapura, Thailand, Tibet dan Vietnam. Diet burung termasuk buah-buahan dan serangga serta katak dan cicak.
Nama: Enggang Kelingkung/Lilin/Oriental Pied Hornbill Nama saintifik:Antharacoceros albirostris Saiz: Jantan: 68 – 70 cm / Betina: 68 – 70 cm Habitat: Hutan hijau luas, hutan daun bercampur, hutan baru, kawasan ladang,dan hutan di pulau sehingga 1400m tinggi.
7 Enggang Kekek/Gatal Birah/Black Hornbill
Ads
Macam gagak warnanya. Ia dari famili Bucerotidae. Hidup di Asia di Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand & India.
Nama: Enggang Kekek/Gatal Birah/Black Hornbill Nama saintifik: Anthracoceros malayanus Saiz: Jantan: 76cm / Betina: 76cm Habitat: Hutan hijau luas sehingga 215m tinggi.
8 Enggang Badak/RhinocerosHornbill
Ia salah satu spesis terbesar enggang. Boleh mencecah berat sehingga 3 kg dan hidup selama 35 tahun. Mudah dijumpai di kawasan rendah, dan hutan hujan tropika pada altitud 1400m di Borneo, Sumatra, Java, Semenanjung Malaysia, Singapura dan selatan Thailand. Ia punya tanduk paling besar dalam semua spesis enggang.
Burung ini merupakan lambang burung negeri Sarawak. Bagi kebanyakan orang Dayak, ia simbol dewa perang; Singalang Burong.
Nama: Enggang Badak/Rhinoceros Hornbill Nama saintifik: Buceros rhinoceros Saiz: Jantan: 91 – 122 cm / Betina: 91 – 122 cm Habitat: Hutan hijau luas sehingga 1220m tinggi.
9 Enggang Papan/Great Hornbill
Juga dikenali Great Indian Hornbill atau Great Pied Hornbill antara yang terbesar dalam famili enggang. Ia dijumpai di Semenanjung Malaysia dan Sumatra, Indonesia. Kerana saiz besar, ia menjadi lambang penting pada banyak budaya dan amalan.
Nama: Enggang Papan/Great Hornbill Nama saintifik:Buceros bicornis Saiz: Jantan: 119– 122 cm / Betina: 119– 122 cm Habitat: Hutan hijau luas, hutan daun bercampur, dan hutan di pulau sehingga 1525m tinggi.
10 Enggang Tebang Mentua/Burung Torak/Helmeted Hornbill Ia spesis enggang terbesar. Dijumpai sekitar semenanjung Malaysia, Sumatra dan Borneo.
Ia diancam kepupusan kerana diburu bagi mendapatkan paruh dan tanduk merahnya. Bunyi burung ini seperti bunyi ketawa mengilai di penghujungnya.
Nama: Enggang Tebang Mentua/Burung Torak Nama saintifik:Rhinoplax vigil Saiz: Jantan: 127cm / Betina: 127cm Habitat: Hutan hijau luas sehingga 1400m tinggi.
Kami cover area sekitar 40km meninjau enggang
Pencarian enggang
Boathouse selesa
Peserta fokus ambil gambar
Di jeti sebelum perjalanan jauh
Andrew (baju hijau) beri penerangan kepada peserta
Antara lensa yang digunakan
Peserta dari negara berbeza
Sedia dengan setting kamera
Majlis penutup dirasmi oleh YB Dato’ Nolee Ashilin
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Ini merupakan info dan sejarah penting buat anda warganegara Malaysia perlu tahu.
Seperti yang kita sedia maklum, tanggal 24 Februari 2020, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah telah melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Interim bagi menerajui negara buat sementara waktu.
Kenyataan Media mengenai Kedudukan Anggota Pentadbiran berikutan Peletakan Jawatan YAB Perdana Menteri Malaysia
Namun, tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan ‘Perdana Menteri Interim’?
Ini yang anda perlu tahu berkenaan apa itu Perdana Menteri Interim setakat ini:
Kabinet kerajaan pusat bubar secara automatik.
Menurut pakar undang-undang, kabinet kerajaaan pusat secara automatiknya bubar sebaik sahaja Perdana Menteri meletak jawatan.
Bagaimanapun, peguam terkenal, Datuk N. Sivananthan berkata baginda boleh melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu atau menunggu keputusan pilihan raya umum jika diadakan.
Sumber Foto: Bernama
Pelantikan Perdana Menteri Interim
Pada 24 Februari 2020, Baginda telah berkenan melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Malah selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan juga, Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen, yang baginda berpendapat mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan rakyat.
Sehubungan itu, Perdana Menteri Interim akan dibantu oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Zuki Ali bagi menjalankan pentadbiran negara, kata Presiden Majlis Peguam Negara, Datuk Abdul Fareed Abdul Gafoor.
Ketua Setiausaha setiap kementerian pula, kata Abdul Fareed, berperanan menjalankan tanggungjawab dalam pentadbiran mengikut polisi sedia ada.
Pelantikan Perdana Menteri Interim adalah tertakluk kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong, jadi tempoh masanya tidak ada dan ia terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan tempoh masa pelantikan Dr Mahathir sebagai PM Interim.
Berdasarkan Perkara 43 Perlembagaan juga, Perdana Menteri Interim tidak tertakluk kepada parti tetapi mengikut Ahli Dewan Rakyat. Perdana Menteri dipilih melalui seseorang Ahli Dewan Rakyat yang mendapat mandat ataupun kepercayaan kepada beliau. Ia juga mengikut budi bicara Yang Di-Pertuan Agong.
Bidang Kuasa Perdana Menteri Interim
Perdana Menteri secara praktikalnya akan menggalas tanggungjawab kesemua menteri dengan bantuan Ketua Setiausaha Negara dan Setiausaha Kementerian sedia ada.
Selagi tiada seorang Ahli Dewan Rakyat yang diberi mandat oleh ahli-ahli dewan yang lain, Yang di-Pertuan Agong juga berhak menyuarakan nasihat dan pendapatnya untuk menyelesaikan kemelut politik.
Pemilihan individu menggalas jawatan Perdana Menteri
Bagi pemilihan seseorang individu itu untuk menggalas jawatan Perdana Menteri, ia tertakluk kepada sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat sendiri.
Perdana Menteri boleh dipilih dalam kalangan Ahli Dewan Rakyat yang mendapat mandat ataupun kepercayaan kepada beliau. Namun, ia juga masih mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Agong.
Pelantikan Menteri Besar dan Ketua Menteri
Pelantikan seorang Menteri Besar dan Ketua Menteri juga tertakluk kepada bilangan sokongan Ahli Dewan kepada seseorang individu bagi menggalas jawatan tersebut dan ia tidak tertakluk kepada parti.
Pembubaran Parlimen & pelaksanaan pilihan raya
Bagi isu pembubaran Parlimen, kebiasaannya ia dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui nasihat Perdana Menteri.
Namun, dalam situasi ketiadaan Perdana Menteri dan kemelut politik yang bellum berakhir ketika ini, Yang di-Pertuan Agong berhak menggunakan inisiatifnya sendiri untuk membubarkan Parlimen.
Perkongsian petikan penuh daripada portal astroawani
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Sekali pandang rumah ini kelihatan seperti rumah kampung biasa yang lain. Namun rupanya rumah lama yang terletak di Perak ini mempunyai keistimewaan tersendiri.
Rupanya terdapat 16 tiang untuk menyokong keseluruhan struktur dan seni bina tradisional Rumah Bumbung Panjang Perabung Lima berusia hampir setengah abad ini serba unik.
Teratak diberi nama Rumah Tiang 16 (RT16) terletak di Kampung Kubang Jambu Lenggong, Perak dibina pada 1974.
Simboliknya pembinaan RT16 turut menjadi platform mengetengahkan ‘permata warisan’ di Lenggong sebagai tarikan pelancongan.
Rumah-Tiang-16-01-768×512
Justeru, Heritage Stay by Rumah Tiang 16 – Inap Warisan oleh Rumah Tiang 16 (IWRT16) dilancarkan Ogos 2019 dan tersenarai dalam peta pelancongan di Lembah Lenggong.
Menurut Abdul Nasir Jalaludin yang mewarisi rumah tinggalan bapanya, Allahyarham Jalaludin Che’ Man, berkata matlamat itu sesuai dengan hasratnya untuk kembali ke kampung kelahirannya selepas beliau enam beradik berpindah ke Ipoh sejak 1981.
Namun, pada hujung 2017 beliau teruja kembali semula ke kampung halamannya dan menginap di rumah berkenaan.
Katanya, RT16 lokasi strategik dikelilingi beberapa destinasi pelancongan menarik seperti gua batu kapur, tasik, lata air terjun, kampung tradisional sarat dengan monumen bersejarah, makanan tradisional dan pelbagai lagi.
Tambahnya lagi, rumah ini mempunyai ruang anjung yang ditukar menjadi beranda. Dari pandangan sisi seperti rumah kutai, tetapi dibuat dua tingkat bagi menampung keluarga besar.
Lengkap ruang tamu atas dan bawah, dapur, makan, bilik solat, tiga bilik tidur, dua bilik air dan bilik bacaan, identiti RT16 lebih terserlah dengan koleksi perabot, dan perhiasan klasik dan retro begitu menggamit nostalgia.
Rumah ini juga diperbuat daripada kayu cengal mas, merbau dan kemuning kelihatan tersergam indah berciri penempatan tradisional.
Bahagian bawah rumah ini berdindingkan batu konkrit separuh berdindingkan kayu, manakala tingkat atas dibina dengan menggunakan kayu sepenuhnya serta diperkemaskan dengan ukiran.
Ternyata pengalaman menginap di sini akan dapat merasai suasana sebenar yang tenang dan permai. Malah turut dilengkapi balkoni dan pemandangan taman saujana mata memandang.
Justeru katanya, bagi mereka yang ingin menikmati pakej 3H2M boleh mendapatkan maklumat di www.rumahtiang16.com atau Facebook dan Instagram Rumah Tiang 16.
Setiap tahun dalam bulan Ramadan, jalan di sekitar Geylang Serai pasti meriah dihiasi dengan lampu berwarna-warni dan hiasan bagi menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri. Festival ini bermula pada tahun 1984, apabila masyarakat Melayu mendirikan gerbang-gerbang di atas Geylang Serai Road yang melambangkan kubah-kubah dan menggantung ketupat hiasan dan bunga manggar pada lampu-lampu jalan.
Sejak itu ia menjadi acara tahunan yang dinanti-nantikan dan menarik ramai rakyat Singapura juga pelancong ke Geylang Serai semasa bulan Ramadan.
Mendalami Semangat Kampung
Menyebut Geylang Serai pasti ramai yang mempunyai kenangan manis terhadap pasar lama dan bazar hari raya tahunan. Ia merupakan salah sebuah penempatan Melayu yang paling tua di Singapura dan pernah dikenali sebagai “Emporium Melayu Singapura”. Geylang Serai menjadi pusat bagi pelbagai masyarakat yang tinggal dan bekerja di sini. Selain itu ia juga merupakan tempat berbilang budaya yang penuh warna dengan sejarah yang menarik.
Masyarakat etnik Melayu di Geylang Serai, Singapura berhias lampu setiap kali menyambut bulan Ramadan. Sambil berbelanja, anda dapat merasakan suasana Ramadan yang berbeza apabila berkunjung ke sini.
Suasana perayaan dimeriahkan oleh bazar gergasi yang didirikan di sekeliling pasar ini dengan beratus gerai yang menjual makanan Melayu , pakaian, perhiasan rumah, perabot dan sebagainya.
Menariknya acara Hari Raya Light Up pada tahun ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam. Selama tujuh minggu, lebih 900,000 lampu LED mewarnai sepanjang 2.25 kilometer iaitu di Sims Avenue dan Changi Road.
Kelihatan ikon-ikon raksasa yang memaparkan ciri-ciri kemelayuan seperti kampung, songket, wau dan ketupat yang buat pertama kalinya memberi tarikan buat masyarakat setempat serta pelancong.
Binaan wau sebesar 4.4 meter memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kebudayaan Melayu. Selain itu kelong sebesar 12 meter dan sampan menghiasi pentas utama pada setiap persembahan mingguan dan tayangan filem antara tarikan di festival ini.
Dengan tema “Mendalami Semangat Kampung”, acara tahun ini juga memaparkan maklumat tentang tradisi orang Melayu menyambut Ramadan dan Hari Raya Puasa serta sejarah bazar Hari Raya.
Hiasan yang memaparkan ikon Melayu klasik, bukan sahaja direka bagi mencantikkan dan menambah kemeriahan sambutan Ramadan di Geylang Serai. Malah ia mempunyai matlamat yang lebih mendalam, iaitu mendalami lagi semangat kampung di kalangan masyarakat majmuk tempatan.
Semangat ini bukan hanya diterapkan masyarakat sekitar malahan pelancong yang mengunjungi kawasan Geylang Serai ini. Secara tidak langsung meningkatkan pemahaman mereka tentang sambutan Ramadan dan Hari Raya di Singapura.
Bagi memberi pendedahan kepada masyarakat, pameran sementara diadakan bagi mempamerkan tradisi semasa Ramadan dan Hari Raya serta bagaimana ia dirayakan di Singapura. Pameran ini menampilkan sejarah bazar Hari Raya dan semangat gotong royong di kalangan komuniti Melayu.
Pengunjung juga mengunjungi Muzium Melayu di Pusat Komuniti Kampung Ubi untuk melihat aktiviti masyarakat terdahulu yang mempamerkan gong, bot nelayan, senjata dan permainan pada zaman silam.
Bazar Geylang Serai dan aktiviti kebudayaan
Bersempena festival ini juga, Geylang Serai kembali meriah dengan bazar tahunan. Di sekitar Geylang Serai, Joo Chiat Complex dan sepanjang Haig Road, dipenuhi dengan gerai menjual pelbagai jenis makanan tradisional seperti kuih tart dan kuih bangkit juga makanan moden yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri.
Persiapan hari raya seperti pakaian tradisional dan dekorasi boleh anda dapati di sini. Terdapat lebih kurang 1000 gerai untuk pengunjung membuat pilihan membeli belah dengan harga yang berpatutan.
Memeriahkan festival, pertunjukan kebudayaan diadakan bagi memberi hiburan buat pengunjung. Lebih menarik lagi, pengunjung berpeluang menonton filem Melayu popular lakonan Tan Sri P.Ramlee.
Pendek kata, pelbagai kegiatan infoedutainment dan budaya yang diselenggarakan diharapkan dapat memberi manfaat serta menyemarakkan lagi semangat kampung di kalangan masyarakat setempat.
Menarik di Hari Raya Light Up 2017:
Nyalaan lampu LED lebih 900,000 unit di sepanjang Sims Avenue dan Changi Road
Instalasi bersaiz besar dengan motif tradisional seperti-wau, ketupat , kelong menjadi tarikan utama
Mega Geylang Serai Bazaar – lebih 1,000 gerai menjual seperti pelbagai jenis makanan, item dekoratif dan pakaian.( 7pm-12am Ahad-Khamis)
( 7pm-2am Jumaat & Sabtu) , 24 Jun ( 7pm-6am)
Persembahan kebudayaan seperti kompang dan tarian Melayu. Tayangan filem Melayu antaranya Nujum Pak Belalang dan Laksamana Do Re Mi.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...