Seekor anak panda ditemukan mati dipercayai akibat lemas selepas lehernya terjerut dengan tali, di pusat konservasi panda di barat daya wilayah Sichuan, China, minggu lepas.
Pusat Pemuliharaan dan Penyelidikan Panda Gergasi China itu berkata, anak panda betina berkenaan dilahirkan pada 10 Ogos 2019, tinggal di pusat pembiakan Shenshuping, di rizab alam semula jadi Wolong.
Kira-kira 2 pagi, 9 April 2020, anak panda itu bermain bola yang digantung pada tali sebelum ditemukan mati oleh pekerja pusat berkenaan dengan tali terbelit pada leher dan kaki depannya, kira-kira 9 pagi.
Ads
Kejadian itu amat menyedihkan dan kami mengakui gagal menjamin keselamatan panda, kata pusat berkenaan.
Ads
Justeru, aspek pemeriksaan keselamatan akan diperkukuh dan menilai keberkesanan kemudahan sedia ada serta meningkatkan rondaan pada waktu malam untuk mengelakkan kejadian sama berulang.
Seekor anak kucing yang hidup terbiar dan sendirian kini kelihatan bahagia dapat menggembara keliling dunia bersama tuan baru yang memungutnya dengan berbasikal.
Seorang lelaki berusia 31 tahun bernama Dean Nicholson, memulakan perjalanannya berbasikal untuk melihat dunia dari Dunbar, Scotland pada September tahun lalu. Kisah pertemuannya dengan anak kucing yang diberi nama Nala tersebut berlaku di tepi jalan raya di negara Bosnia Herzegovina. Nama Nala dipilih melalui satu watak animasi kegemarannya dalam filem The Lion King.
Dean Nicholson yang dahulunya berkerja sebagai seorang pengimpal memulakan pengembaraan dengan mengayuh basikal sejauh 321 kilometer ke Newcastle lalu menaiki feri ke Amsterdam, Belanda. Dia kemudiannya meneruskan perjalanan ke Belgium, Greece, Switzerland dan Itali sebelum menemui anak kucing tersebut di Bosnia.
“Ketika itu saya sedang mendaki bukit, sambil mendengar muzik yang agak kuat tetapi masih dapat mendengar bunyi tangisan anak kucing di belakang saya. Saya berhenti dan terlihat seekor anak kucing di tepi jalan. Apabila saya mendekatinya, Nala melompat naik ke atas basikal dan tidak mahu turun,” kata Dean Nicholson.
Nala yang ketika itu kelihatan tidak bermaya dan resah kemungkinan sangat lapar. Dean Nicholson memberi Nala makanan dan seterusnya ingin meneruskan kayuhan. Dia langsung tidak bercadang untuk membawa Nala bersama, tetapi jauh disudut hatinya ada perasaan sayang dan suka dengan Nala. Lalu dia membuat keputusan untuk membawa si bulus tersebut bersamanya.
Sejak menemui Nala, Dean Nicholson melengkapkan butiran dalam laman kutipan dana, GoFundMe bagi membantunya membayar bil veterinar haiwan tersebut dan membawa kucing itu pulang bersamanya ke Britain.
Menurut Dean Nicholson, dia telah mengubah suai basikalnya semata-mata untuk menempatkan ruang khas untuk anak kucing ini menumpang dengan selesa. Setelah beberapa hari bersama, Nala dilihat begitu manja dan seronok untuk mengikutnya berbasikal melihat dunia.
Namun disebabkan sering terdedah dengan hujan dan panas ketika sesi ini, Nala sering jatuh sakit. Dean Nicholson kemudian membuat keputusan untuk berhenti seketika di mana-mana hostel untuk berehat seketika setiap kali setelah membuat beberapa puluh kilometer kayuhan demi Nala. Sebelum ini, dia langsung tidak kisah untuk berhenti tidur di mana sahaja, tetapi demi Nala dia mengubah cara ‘travelnya.’
Keakraban Dean Nicholson dan Nala membuatkan setiap penduduk atau orang ramai yang bertemu dengan mereka begitu teruja untuk mendekati dan mengambil gambar bersama. Pada awalnya, niat dan sasaran utama Dean Nicholson dalam kepala hanya untuk berbasikal mengelilingi dunia, namun hari ini setelah bertemu dengan Nala, impiannya ingin terus bersama Nala melebihi impian asalnya. Comel kan?
Anda mempunyai banyak simpanan video menarik sepanjang percutiaan di Malaysia sebelum ini atau ingin lakukan sesuatu yang menarik ketika Perintah Kawalan Pergerakan?
Jika ya, ambil peluang untuk menyertai pertandingan mencipta video pelancongan dengan tanda #dreamnowtraveltomorrow anjuran Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC).
Kini sedang berlangsung sehingga 12 Mei 2020, dan mendapat sambutan ramai sepanjang tempoh PKP melalui penciptaan video kreatif menggunakan lagu bertajuk Cuti-cuti Malaysia atau Visit Malaysia Truly Asia.
Pertandingan yang berasaskan kepada lagu-lagu di atas dibahagikan kepada 3 kategori iaitu;
NYANYIAN
BERMAIN ALAT MUZIK
SKETSA menggunakan kreativiti dan imaginasi masing- masing. Contoh seperti berikut:-
Terdapat 3 kategori di dalam pertandingan ini. Bagi setiap kategori yang dipertandingkan, hadiah yang ditawarkan adalah seperti berikut;
Orang ramai juga berpeluang memenangi pelbagai pakej pelancongan di dalam negara dan maklumat lanjut mengenainya boleh didapati di laman web https://vm2020.malaysia.travel/
Foto: pixel.com
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Akhirnya setelah hampir setahun tidak dibenarkan rentas negeri, kerajaan telah memberi kebenaran berbuat demikian kepada individu yang telah lengkap menerima suntikan vaksin.
Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media semalam. Beliau berkata, keputusan itu susulan kadar vaksinasi mencapai 90 peratus.
“Mulai esok (Hari Ini), bebaslah dan inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggukan masyarakat selepas kerajaan sebelum ini terpaksa tegas dari segi pergerakan rentas negeri.
“Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang lama berpisah, melancong dan sebagainya,” katanya pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen dan platform media sosial Facebook, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, kebenaran pergerakan rentas negeri ini tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Selain itu, Ismail Sabri mengingatkan Keluarga Malaysia supaya tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan dalam usaha membantu negara bagi pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat.
Katanya, jika hal ini diambil mudah tidak mustahil penularan wabak akan kembali meningkat.
“Sekiranya ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa atau merentas negeri, rakyat disaran untuk melakukan ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan.
“Bagi mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas, saya nasihat tangguhkanlah dahulu perjalanan. Sekiranya didapati positif, kuarantin diri atau hubungi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.
Walaupun tiada lagi sekatan jalan raya (SJR) untuk mengawal pergerakan rentas negeri, katanya, pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan secara rawak mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Keluarga Malaysia atas kerjasama yang diberikan selama ini dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menyokong kempen imunisasi Covid-19.
Malaysia sememangnya kaya dengan keindahan alam dan kepelbagaian budaya. Tapi ramai tak tahu, sebenarnya ada beberapa lokasi dalam negara yang boleh buat korang rasa...