Akhirnya setelah hampir setahun tidak dibenarkan rentas negeri, kerajaan telah memberi kebenaran berbuat demikian kepada individu yang telah lengkap menerima suntikan vaksin.
Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media semalam. Beliau berkata, keputusan itu susulan kadar vaksinasi mencapai 90 peratus.
“Mulai esok (Hari Ini), bebaslah dan inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggukan masyarakat selepas kerajaan sebelum ini terpaksa tegas dari segi pergerakan rentas negeri.
“Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang lama berpisah, melancong dan sebagainya,” katanya pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen dan platform media sosial Facebook, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, kebenaran pergerakan rentas negeri ini tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Ads
Selain itu, Ismail Sabri mengingatkan Keluarga Malaysia supaya tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan dalam usaha membantu negara bagi pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat.
Katanya, jika hal ini diambil mudah tidak mustahil penularan wabak akan kembali meningkat.
“Sekiranya ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa atau merentas negeri, rakyat disaran untuk melakukan ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan.
Ads
“Bagi mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas, saya nasihat tangguhkanlah dahulu perjalanan. Sekiranya didapati positif, kuarantin diri atau hubungi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.
Walaupun tiada lagi sekatan jalan raya (SJR) untuk mengawal pergerakan rentas negeri, katanya, pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan secara rawak mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Keluarga Malaysia atas kerjasama yang diberikan selama ini dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menyokong kempen imunisasi Covid-19.
Bila sebut sawah padi, pasti terbayangkan negeri di utara terutama Kedah yang mendapat julukan negeri Jelapang Padi. Tiupan angin yang sepoi bahasa, ditambah saat padi menguning, suasana ini pastinya menggamit suasana indah yang sukar dilupakan.
Jika sebahagian rindukan suasana nyaman sawah padi, di Jepun lebih advance kerana petani menanam padi berlainan warna hingga menjadi hasil hasil seni yang amat unik dan menjadi tumpuan pelancong ke daerah Gyoda, Saitama. Lebih membanggakan hasil seni di Rice Paddy Art ini diiktiraf sebagai World Largest Rice Paddy Art Oleh Guiness World Record.
Baca perkongsian Zunita Ramli dalam “CatatanZunitaDiJepun” yang dirinya banyak berkongsi info menarik dari negara ini.
Pernah tengok sawah padi berwarna-warni?
Rice Paddy Art atau disebut sebagai “tambo āto” adalah seni sawah padi yang berasal dari Jepun di mana beberapa jenis padi yang berlainan warna ditanam untuk membentuk corak dan imej tertentu.
Dekat Jepun, ada lebih 100 lokasi tawarkan Rice Paddy Art dan yang paling besar ada di Gyoda, Saitama. Dengan keluasan 27,000 meter persegi, lokasi ni dinobatkan sebagai “World Largest Rice Paddy Art” oleh Guinness World Record. Memang besar lah. Hehe.
Yang menarik pasal padi dekat Gyoda ni, ia ditanam secara sukarela (volunteer) oleh orang situ tau, sebab diorang nak promosikan Gyoda kepada pelancong luar.
Tapi seni padi ini ada masa musim panas je lah, dan masa paling cantik (peak) untuk tengok Rice Paddy Art ni pada bulan September, kalau di Gyoda. . #CatatanZunitaDiJepun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Penanaman cerucuknya bermula pada November 2013. Namun projek pembinaan Menara MAHA setinggi 138 meter di bandar Kuah yang menjadi daya tarikan pelancongan di Langkawi semakin menjadi kenyataan apabila ia hampir siap tahun ini.
Bakal menjadi daya tarikan baru pelancong, terletak di tepi laut dalam kawasan Pekan Kuah, menara MAHA yang mempunyai ketinggian 138 meter ini merupa bangunan pencakar langit yang tertinggi di dalam pulau Langkawi buat masa sekarang ini.
Menara MAHA jugak di reka dengan bentuk yang ikonik yang di pengaruhi oleh corak geometri dan sturktur seni bina islam. Tempat di bawah puncak menara adalah dek permandangan langit dan permandangan laut di sekitar Pekan Kuah.
Selain itu di bahagian paling atas sekali adalah untuk kegunaan telekomunikasi 138M (LEVEL 40), Manakala pada ketingian 102.5M (LEVEL 17) adalah ruang dek permandangan sekitar pekan kuah dan laut. Pada ketinggian 57.5M sehingga 10.5M (LEVEL 10-15) terdapat ruang untuk aktiviti dan komersial, Yang menariknya pada ketinggian 57.8M (LEVEL 8) terdapat ruang restoran (SkyRestaurant) anda juga boleh makan di situ sambil menikmati suasana permandangan yang indah.
Pada 3 tingkat aras bawah sekali terdapat ruang legar, serta kedai menjual pelbagai barang seperti kedai cendera mata, kedai runcit, butik pakaian dan lain-lain lagi. Pada waktu malam anda akan dapat melihat Menara MAHA Langkawi akan dipancarkan dengan cahaya lampu limpah bagi memeriahkan suasana di kawasan menara tersebut. Terdapat juga kawasan dataran di menara tersebut agar pengunjung boleh meluang masa dengan aktiviti riadah. Sumber : Putri Mahsuri/ Langkawi Viral
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Tak ramai tahu di Kuching, Sarawak juga mempunyai tarikan mural untuk tatapan pelancong, sama hebat macam apa yang terdapat di George Town, Pulau Pinang.
Ada pelbagai jenis mural yang ada di Kuching seperti ikon negeri Sarawak iaitu Burung Enggang, Orang Utan, peniaga pasar malam dan si penghibur jalanan.
⭐ TRIVIA Pengguna aplikasi akan mengimbas QR-code yang ada di mural berkenaan dan informasi mengenai mural dan sejarah di kawasan tersebut akan dipaparkan
Selain daripada seni mural yang menghidupkan lagi panorama menarik di Kuching, Sarawak tampil dengan inisiatif yang lebih unik apabila bakal melancarkan satu aplikasi bagi menceritakan sejarah seni mural yang dipamerkan.
Setiap mural menarik yang dikenalpasti di Kuching akan diletakkan QR-code untuk diimbas oleh pelancong dan mereka boleh mendapatkan informasi berkenaan mural dan sejarah tempatan tempat mural itu dilukis.
Canggih Kuching sekarang. Sambil melancong sambil belajar sejarah tempatan yang ada. Jadi apa tunggu lagi? Dilancarkan saja aplikasi ini di Google Play dan Apps Store terus download dan jom selfie dekat semua mural yang ada di Kuching, Sarawak!
⭐ TRIVIA Penggunaan teknologi itu akan membantu meningkatkan nilai hartanah di kawasan Warisan Lama termasuk di Lebuh India di sini
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...