
Kopi dia paduuuuu.
Panas-panas nie kalau pekena minuman sejuk memang sedap lalu di tekak. Lebih sedap kalau rasa minuman itu kaw, padu dan terangkat saat menikmatinya.
Kalau selama ini kita memilih minuman mahal berjenama tapi nampaknya warga sekitar pekan Jitra, Kedah sangat beruntung dapat menikmati pelbagai jenis kopi ais kaw dari gerai Kopi Ais Cik Tun.
Gerainya cuma gerai kecil tapi sebelum menikmatinya perlu beratur dulu ya kerana ramai yang berbaris untuk mendapatkannya.
Dari gambar-gambar diviralkan di media sosial dan dari komen dari netizen ternyata Kopi Ais Cik Tun ini memang padu rasanya. Kata orang Kedah, sedap melantun baq ang!
Bermula dari Kopi Cik Tun, Kopi Cik Tun Ikat Tepi, Sirap Bandung, Milo Pisang Coklat, Jagung dan Pelam Susu Pekat, campuran ais, kopi dan minuman susunya sudah cukup buat peminat kopi terliur (nasib baik PKP dan rasanya kalau boleh rentas negeri, pasti gerai ini diserbu lebih ramai orang).
Bagi orang dari luar pekan Jitra, untuk ke lokasi, hanya perlu cari :-
Kopi Cik Tun
Gerai Koperasi Kolej Komuniti Bandar Darulaman Jitra.
Ada yang kata ia berdekatan Domino Pizza kalau ada tersesat tak jumpa. Gerai ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu bermula seawal jam 7.00 pagi hingga 5.30 petang.
Port Makan Best Kat Selayang, Complete Dari Sarapan Sampai Supper. Hujung Minggu Boleh Cuba!

Selayang merupakan sebuah kawasan yang cukup sinonim di negeri Selangor yang terletak hanya kira-kira 10 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Kedudukannya di Utara ibu kota tersebut menjadikan Selayang sebagai lokasi penginapan ramai warga kota.
Bila sebut Selayang pasti ramai yang terbayangkan Pasar Borong Selayang yang besar dan menawarkan pelbagai makanan dan barang mentah yang didatangkan dari seluruh pelosok negara dan luar negara.
Namun Selayang lebih daripada itu! LIBUR tertarik dengan perkongsian dari Tourism Selangor tentang beberapa hotspot tempat makan best di Selayang! Kalau menjelajahinya ini beberapa lokasi tempat makan anda boleh cuba dalam masa sehari.
1. Sarapan Pagi di Nasi Lemak Ujang Corner

Nasi Lemak Ujang Corner ialah tempat sarapan yang popular dalam kalangan penduduk tempatan, menyajikan pelbagai hidangan termasuk rendang daging, kari daging, kari ayam dan ayam goreng. Menu nasi lemak yang enak di sini juga cukup digemari oleh pelanggan setempat mahupun luar.
Alamat : Jalan 2/16, Dataran Templer, 68100 Batu Caves, Selangor.
2. Makan Tengah Hari di Restoran Kari Kepala Ikan SG

Jika anda sedang mencari lokasi untuk makan tengah hari di Selayang, bolehlah singgah ke Restoran Kari Kepala Ikan SG. Terdapat pelbagai jenis makanan untuk dipilih dan pilihan hidangan juga dipaparkan di kaunter untuk memudahkan pesanan anda. Tiada siapa yang dapat menahan aroma menggoda seperti kari kepala ikan, ayam pandan, kerabu mangga, serta menu pilihan lain. Selain itu, restoran ini juga menampilkan suasana yang mesra- pengunjung.
Alamat : 10-12, Jalan SG 1/8, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
3. Minum Petang di The Rack Boutique Cafe

Jika anda mahukan hidangan yang berbaloi, The Rack Boutique Cafe adalah pilihan untuk minum petang yang anda perlu cuba. Ia bukan hanya menawarkan pelbagai hidangan, anda juga boleh memesan menu “shell out”, masakan barat dan pencuci mulut. Malah, hidangan dulang juga menjadi salah satu pilihan ramai pelanggan di sini, yang tentunya lebih berbaloi!
Alamat : 1, Jalan Os 1/4, One Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor.
4. Makan Malam di Golek-Golek Suasana Kampung

Restoran ini menampilkan menu masakan Melayu, Cina, dan Barat. Antara yang paling popular ialah ikan bakar dengan sambal petai, udang galah gulai lemak, keli salai, dan sotong, lala, ketam, dan kerang. Ikan bakar menjadi menu pilihan pelanggan di sini, Rata-rata mereka berpuas hati dengan masakan, perkhidmatan dan keselesaan yang ditawarkan.
Alamat : Lot 2074, Lingkaran Tengah 2, KM10, Gombak, 68100 Selangor.
5. Makan Lewat Malam di Daily Burger

Daily Burger beroperasi sehingga pukul 3.00 pagi, jadi jika anda ingin dapatkan makanan pada lewat malam, mereka mempunyai beberapa pilihan yang menarik, seperti OG Burgers, yang disediakan mengikut cita rasa dengan tambahan bahan seperti kepingan nanas, yang menghasilkan rasa yang menarik. Selain daripada pilihan burger ayam dan lembu, terdapat beberapa pilihan patty seperti rusa, arnab, dan kambing.
Alamat : 3, Jalan SG 1/11, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor.
Selain dari tempat-tempat yang disenaraikan atas, Negeri Selangor mempunyai pelbagai lagi restoran dan tempat makan yang menarik yang perlu anda terokai terutamanya pada tahun 2022.
Negeri Selangor merupakan destinasi pelancongan utama di Malaysia, justeru, apabila bercakap mengenai seleksi makanan di Negeri Selangor, ia bukan sahaja untuk memuaskan selera anda, namun juga bagi memenuhi perjalanan “Pusing Selangor Dulu!” anda yang tentunya mengujakan; jadi apa kata mulakan di Selayang?
Namun, bagi mengekalkan kesejahteraan ramai, pelancong diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara dalam mematuhi Pelan Pemulihan Negara, seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa di khalayak ramai, dan kerap menggunakan cecair pembasmi kuman.
Kredit: Tourism Selangor
Nasi Kuning & Roti Kahwin Restoran Haji Tamrin, Menu Wajib Cuba Jika Singgah Tawau

Hidangan Nasi kuning sangat popular dalam kalangan masyarakat di pantai timur negeri Sabah seperti di Semporna, Tawau, Sandakan dan Lahad Datu. Seperti Nasi Lemak yang menjadi hidangan sarapan pagi, tengah hari dan juga lewat malam, Nasi Kuning juga menjadi santapan penduduk tempatan tidak kira masa.
Tetapi sebenarnya Nasi Kuning pada satu ketika dahulu merupakan hidangan untuk sarapan pagi sahaja yang popular sejak sekian lama di daerah ini dan ia dikatakan diperkenalkan masyarakat tempatan.
Jika ke Tawau, kena cuba Nasi Kuning Restoran Haji Tamrin yang menjadi buah mulut ramai kerana keenakkan rasanya yang sama dan tidak berubah seperti pada hari pertama premis makanan ini beroperasi sejak tahun 1979 lagi. Bukan sahaja menjadi restoran pilihan penduduk setempat malah digemari oleh pengunjung luar dan pelancong asing.
Cara hidangan nasi kuning hampir sama seperti nasi lemak, ada yang dibungkus dengan daun pisang atau dihidangkan secara buffet. Nasi Kuning Restoran Haji Tamrin dihidang bersama ayam percik, ayam masak merah, ikan atau ayam goreng, telur rebus atau mata lembu, tempe goreng, kerisik dan hirisan timun. Lauk ikan goreng dihidangkan bersama nasi kuning biasanya menggunakan ikan selayang atau ikan tongkol, tetapi boleh dipelbagaikan dengan jenis ikan lain seperti tenggiri, ikan putih atau merah, mengikut citarasa masing-masing.
Roti Kahwin
Selain Nasi Kuning, restoran yang telah diuruskan dua generasi ini juga turut menyediakan menu menarik yang lazat iaitu Roti Kahwin. Rasa asli roti dan intinya begitu serasi dan lembut sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.
Tidak keterlaluan jika dikatakan rasa Roti Kahwin ini berbeza dan sangat sedap. Seperti mana Nasi Kuning, Roti Kahwin ini juga merupakan resepi turun temurun hasil tangan keluarga ini sendiri. Jom la rasa!
Tip
Ramuan utama membuat nasi kuning ialah serbuk kunyit, santan segar, serai dan halia yang sudah ditumbuk hingga lumat, garam serta daun salam selain menggunakan beras wangi bagi menjadikan nasinya lebih harum dan sedap.
Lokasi: Restoran Haji Tamrin. 4188, Jalan Sim Hua Seng, 91000 Tawau, Sabah
Bukan Tempat Je Lawa, Makanan Pun Sedap. 7 Tempat Makan Ni Korang Kena Singgah Bila Datang Dabong!

Dah ramai yang jejakkan kaki ke Dabong, Kelantan untuk percutian alam. Ada yang pergi dengan menaiki keretapi dan ada juga yang naik kereta. Terletak agak pedalaman, Dabong sebenarnya ada banyak tarikan yang boleh dieksplorasi.
Selain tempat-tempat cantik dan pelbagai aktiviti yang boleh dibuat di sana, Dabong juga mempunyai banyak tempat kuliner yang diusahakan oleh penduduk tempatan yang sedap dan harganya sangat berpatutan.
Jadi kalau dah sampai Dabong, rugi kalau tak singgah 7 tempat yang disenaraikan ini!
7 Tempat Makan Best Ada Kat Dabong
Dabong bukan sekadar tempat lawa. Makanan di Dabong sahaja buat orang datang seluruh Malaysia
Dengan berlakunya fenomena TRAIN TO DABONG, ramai dah sedar yang di Dabong memang terdapat banyak restoran dan makanan yang sangat sedap.
Jom sis listkan kedai makan untuk Dabong Food Hunting
- Adam Cafe Ikan Bakar, Jelawang
Wajib cuba sini dalah ikan bakar sos merah, ikan steam asam boi Mee Udang, Sup Tulang dan juga jangan lupa Jus Nenas Fresh
- Kak Nah Nasi Kerabu dan Mee Udang
Kalau nak makan mee Udang special memang tiada lain dah. di Kak Nah depan kilang kayu.nasi pagi dia pun dah puas hati. Tengah penuh dengan mee udang merah special.
- Raisya Mee celup Kopeh , Tepi Stesen
Kedai Mee celup kopeh viral di belakang Stesen KTM, celup-celup dan kopeh ayam jangan lupa juga coconut shake dan float teh jebok
- Pasar Malam Jelawang
- D Mirza Mee udang
Memang terkenal dengan mee udang dan menu chinese food seperti claypot dan nasi mushroom. Satay pun ada di sini.
- Umi Pohon Ceri
Antara kedai masakan panas terlama sini. Semua menu ada tapi paling best masakan Thai dia disini.
- Eitaa ais cendol pulut D
Kredit : Senok Perut

- LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
- Share video ni di wall korang (PUBLIC)
- Tag 2 orang kawan &…
- Jawab 2 soalan mudah ni di ruangan komen