Hulu Langat merupakan daerah yang paling sesuai digambarkan oleh ungkapan “kampung di tengah bandar besar”. Ia disebabkan suasana tradisi dan keindahan kampung yang tetap wujud di Daerah ini walaupun dikelilingi dengan pembangunan yang pesat.
Daerah Hulu Langat merupakan daerah kelima terbesar dalam Negeri Selangor. Ianya kaya dengan keindahan alam semulajadi serta keunikan elemen tradisi dan kebudayaan. Jadual di bawah disertakan bagi mengisi perjalanan seharian anda di Daerah Hulu Langat dengan cadangan ke lokasi-lokasi menarik yang patut anda kunjungi selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kelak!
8:00 pagi – Sarapan pagi di Lontong King
9:00 pagi – ATV Ride di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
10:00 pagi – Aktiviti berkayak di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
11:00 pagi – Perang tempur Paintball di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
12:00 tengahari – Makan tengahari di Itik Salai Masthar
1:00 petang – Aktiviti lasak di Skytrex Sg Chongkak
3:30 petang – Minum petang di D’Pallet Place
4:30 petang – Singgah ke Ostrich Wonderland Semenyih
5:30 petang – Aktiviti pendakian di Bukit Broga
7:00 malam – Makan malam di Sate Kajang Hj. Samuri
Sarapan pagi di Lontong King
Lontong King wizmanoi
Nikmati pagi hari anda dengan sarapan di salah sebuah kedai makan yang terkenal di Daerah Hulu Langat iaitu Lontong King. Terletak di Taman Sri Nanding, kedai makan ini sering dikunjungi oleh penduduk tempatan di kawasan ini. Pilihan makanan yang terhidang bak hidangan bufet di hotel oleh kerana pilihan menu yang pelbagai di sini. Menu utama di kedai makan ini semestinya menu lontong, dengan pelbagai pilihan lontong seperti Lontong Special, Lontong Biasa dan Lontong Goreng. Selain itu, menu masakan barat turut tersedia sebagai hidangan sarapan buat pengunjung di sini.
ATV Ride di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
ATV Ride by Semenyih EcoVenture Resort & Recreation
Peminat aktiviti lasak yang sukakan pengalaman merentas hutan boleh mencuba menunggang kenderaan jenis All-Terrain Vehicle (ATV) di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation. Ia menawarkan trek mini dan trek hutan dan sungai mengikut pilihan anda. Anda boleh menikmati perjalanan sejauh 6 kilometer ke dalam kawasan hutan dan anda akan berpeluang untuk melihat air terjun yang sangat indah di kawasan trek tersebut.
Aktiviti berkayak di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
Kayaking by Semenyih EcoVenture Resort & Recreation
Seterusnya, pasti anda tidak mahu ketinggalan untuk melakukan aktiviti berkayak di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation dengan menaiki “hunter’s boat” menyelusuri arus sungai dengan pemandangan alam semulajadi yang menakjubkan. Aktiviti berkayak pasti memberi keterujaan buat anda dan rakan-rakan anda. Anda akan diberikan jaket keselamatan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti ini, jadi tiada apa yang anda perlu bimbangkan!
Ads
Perang tempur Paintball di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
Paintball at Semenyih Eco Venture Resort & Recreation
Aktiviti Paintball merupakan aktiviti permainan yang menyeronokkan dimana anda akan menggunakan “marker” untuk menembak “pallet” iaitu kapsul gelatin yang dipenuhi dengan cat warna bagi mengenakan pemain yang lain.
Permainan ini tidak mempunyai peraturan namun terpulang kepada strategi taktikal dan gerak tempur anda sendiri. Pastikan anda menikmati aktiviti yang mengujakan ini bersama rakan-rakan anda di Semenyih Eco Venture Resort & Recreation.
Makan tengah hari di Itik Salai Masthar
Sekiranya anda adalah seseorang yang meminati masakan salai, pastikan anda singgah ke Itik Salai Masthar untuk menikmati pelbagai menu masakan popular mereka dan salah satunya ialah hidangan Itik Salai. Ianya adalah menu wajib yang anda harus cuba di sini dengan pelbagai jenis masakan salai yang bukan sahaja terkenal dalam kalangan penduduk setempat bahkan dari pengunjung luar. Selain itu, hidangan gulai masak lemak juga merupakan menu terhangat di sini kerana rasa cili apinya yang meresap ke dalam daging itik yang lembut diiringi bersama beraneka jenis ulam-ulaman.
Aktiviti lasak di Skytrex Sg. Chongkak
Skytrex Advanture Sg. Chongkak by Hans Hanis
Skytrex Sg. Chongkak menawarkan lebih banyak elemen flying fox dan merupakan rintangan yang terpanjang di Malaysia. Dengan panjang sebanyak 110 meter, ianya lebih mencabar dan menggerunkan untuk anda “terbang” di udara. Keseronokan tersebut turut diiringi dengan ketenangan alam semulajadi yang menghijau di sekitar. Skytrex Sg Chongkak menawarkan 3 jenis pakej yang anda boleh cuba antaranya adalah River Thrill, Rapid Extreme dan Double Dare dan setiap pakej ini mempunyai 25 halangan yang berbeza. Jadi, anda boleh pilih pakej mana yang sesuai dengan kebranian anda!
Ads
Minum petang di D’Pallet Place
D’Pallet Place by Eydaiah E
Lokasi yang sesuai disinggah untuk menikmati minum petang di samping menikmati hidangan ringan ini terletak di Batu 9, Cheras. D’Pallet Place mempunyai banyak gerai dan menawarkan pelbagai jenis menu makanan yang menepati citarasa pelanggan.
Antara menu yang terkenal di tempat ini ialah Ayam Bakar, Sotong Gunting, Cendol, Sup Gearbox, Ketam Bercili dan banyak lagi!
Singgah ke Ostrich Wonderland Semenyih
Ostrich Wonderland Semenyih by The Thrifty Traveller
Terletak kira-kira 15 minit perjalan dari Pekan Semenyih, tempat ini sangat sesuai untuk lawatan seisi keluarga. Mula beroperasi sejak tahun 2000, pengunjung dapat melihat sendiri sepsis burung unta dan mengetahui perkembangan kumpulan burung ini yang berlainan umur dan saiz dalam kandang yang berbeza. Bukan itu sahaja, Ostrich Wonderland Semenyih juga menempatkan haiwan ternakan lain seperti ayam dan burung merak. Rasai pengalaman baru dengan memberi makanan kepada burung unta di sini atau menunggangnya jika anda berani. Pastinya aktiviti yang menarik ini harus anda cuba sekiranya berkunjung ke Daerah Hulu Langat!
Melihat keindahan Bukit Broga
Broga Hill by hellowws
Perjalanan ke Daerah Hulu Langat tidak sah sekiranya anda tidak singgah untuk menyaksikan keindahan Bukit Broga. Hanya mengambil lebih kurang 15 minit perjalanan dari Pekan Semenyih, Bukit Broga menjadi lokasi tumpuan para pendaki selain menjadi kawasan riadah untuk seisi keluarga. Pemandangan di atas puncaknya amat mengujakan dan perjalanan pendakian ke puncak diiringi persekitaran alam semulajadi yang menenangkan minda. Jadi, jangan ketinggalan untuk mencuba menawan puncak Bukir Broga ini!
Ads
Makan malam di Sate Kajang Hj. Samuri
Sate Kajang Hj. Samuri by haffiz.ibr
Jangan lupa untuk menikmati hidangan istimewa turun-temurun di Daerah Hulu Langat iaitu Sate Kajang yang terkenal di seluruh negara. Menikmati hidangan tradisi ini adalah cara terbaik untuk menamatkan perjalanan seharian anda di Daerah Hulu Langat. Singgahlah ke Sate Kajang Hj. Samuri yang mana popularitinya memang tidak boleh disangkal lagi. Satenya sangat enak apabila dimakan bersama kuah kacang dan nasi impit.
Terdapat pelbagai jenis sate ditawarkan di sini, antaranya Sate Ayam, Sate Daging, Sate Perut, Sate Kambing dan banyak lagi! Setiap hidangan yang disajikan amatlah enak dan harus anda cuba sebelum pulang!
Jadikan perjalanan seharian anda ke Daerah Hulu Langat sebagai suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dengan jadual perjalanan serta pilihan lokasi yang tertera di atas. Rebut peluang ini untuk menjelajahi Daerah indah yang memukau dari kehijaujan alam semulajadi mahupun beraneka jenis hidangan yang ditawarkan di sini. Luangkan masa bersama yang tersayang ke Daerah Hulu Langat selepas tamat tempoh PKP kelak dan rancang perjalanan anda sekarang; #ImagineNowExperienceSoon!
Jangan lupa, tanggungjawab kita semua untuk sentiasa mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara, menjaga jarak social, memakai pelitup muka, serta mendaftar masuk ke premis-premis di Negeri Selangor dengan menggunakan aplikasi SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Betong dan Pattani yang terletak di Selatan Thailand antara destinasi yang semakin mendapat tempat dihati pengembara dari Malaysia amnya. Kedudukan yang tidak jauh daripada sempadan membuatkan kedua tempat ini menjadi singgahan buat yang ingin meneroka lebih banyak tempat menarik di wilayah di Selatan Thailand.
Azlina Wahab dan juga dua lagi wanita baru-baru ini membuat DIY trip ke Pattani dan Betong selama tiga hari dua malam. Perancangan utama ketiga-tiga wanita ini sebenarnya untuk menjejaki awan nano di Iyerwang, Betong tapi sudah alang-alang sudah memasuki Thailand, mereka turut singgah di Pattani dan melawat beberapa tempat yang menarik.
Memasuki sempadan melalui Durian Burung, di Daerah Padang Terap Kedah dan keluar semula melalui sempadan Pengkalan Hulu, Perak, ikuti perkongsian mereka bertiga ini:
Trip Diy Ke Pattani & Betong, Thailand
Just 3 of us, bawa kereta masuk ikut border durian burung, keluar ikut border Pengkalan hulu, Perak.
1st day
Chop border durian burung
Lunch sakom beach
Check in hotel @the Wood pattani
Sun set @telok semelei
2nd day
Breakfast depan hotel
Bang Lang National Park
Halabala lake
Check in hotel di betong
Mlm selfie @ mongkolit Tunnel
3rd day
4 am gerak ke iyerweng(solat subuh kat tempat parking)
5.30 naik tut tut ke sky walk tengok sun rise .
Winter Garden
Gerak balik ikut border Pengkalan hulu.
Plan utama nak tengok awan nano kat iyerwang, pattani tu nasi tambah .
Pakistan merupakan sebuah negara yang terletak Asia Selatan berjiran dengan negara Afghanistan, Iran, India dan China. Majoriti penduduk Pakistan adalah Muslim Sunni.
Apa yang best jika bercuti di Pakistan?’ dan pertanyaan biasa ‘selamatkah jika bercuti di sana? Baca perkongsian daripada saudari Sakinah Omar yang juga merupakan founder Jeju Muslim Travel ketika bercuti ke Pakistan baru baru ini.
Alhamdulillah Kina baru sahaja pulang dari trip Pakistan selama 9 hari. Antara benda pertama orang tanya kina bila diorang tahu kina nak ke Pakistan ialah “Selamat ke pakistan? Ada apa di Pakistan?” Sebenarnya Pakistan adalah sebuah negara yang sangat selamat, dalam banyak2 negara yang kina pernah travel, boleh kata Pakistan adalah antara yang paling selamat untuk dilawati. Cuma media sahaja yang suka memburukkan imej negara Islam supaya dunia nampak negara mereka merbahaya dan ganas.
Selain dari orang nya yang baik-baik, negara mereka juga penuh dengan keindahan alam semulajadi, boleh tengok gambar-gambar yang kina share. Sepanjang di sana memang mulut tak berhenti ucapkan SubhanAllah, view dia boleh buat kita menangis.
Kina mulakan perjalanan dari Lahore kemudian bergerak ke utara – Besham, Gilgit, Hunza, Khunjerab Pass, Islamabad dan balik dari Lahore semula. Di sini ada beberapa tips untuk mereka yang ingin travel ke Pakistan:
Musim:
Waktu terbaik untuk melawat Pakistan ialah pada Musim Bunga, Luruh & Panas.
Makanan:
Tak perlu bawa bekal makanan banyak2 dari Malaysia sebab Pakistan negara Islam, Makanan Halal ada di mana2. Kina bawa meggi cup tak sentuh langsung pun.
Tiket Flight:
Boleh check Malindo Air / Thai Airways / PIA .
Tiket flight yang kina beli harganya RM2500 KUL-Lahore direct dengan Malindo Air.
Internet / wifi:
Di sana internet susah sikit nak dapat. Kalau sewa pocket wifi / roamingman pun tak guna sebab line takda. Jadi anda perlu simkad di sana seperti telenor / scom.
5 Sebab Anda Patut Ke Pakistan Sekurang-Kurangnya Sekali Seumur Hidup
1) KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI
Pakistan digelar sebagai Swiss Asia kerana keindahan alam semulajadi yang setanding Swiss. Gunung Ganang tumbuh tumbuhan,bentuk muka bumi,laut dan tasik pastinya mengagumkan sesiapa sahaja yang melihatnya secara “Live” didepan mata.Melalui Utara Pakistan pastinya akan mengujakan kerana dapat menyaksikan dan menikmati perjalanan yang meliputi Pergunungan Himalaya.
2) KARAKORAM LEBUHRAYA TERTINGGI DI DUNIA DAN DIGELAR KEAJAIBAN DUNIA KE LAPAN
Pengalaman melalui lebuhraya tertinggi didunia dan merasai sendiri melalui kawasan pergunungan setinggi 15,397 kaki dari aras laut adalah sesuatu yang menakjubkan sesiapa sahaja yang melaluinya.Bukan itu sahaja,sepanjang perjalanan mata akan disajikan dengan panorama yang tak tergambar dek akal dan hanya akan dapat dikecapi di Pakistan.Pastinya sepanjang perjalanan rasa syukur akan diucapkan kerana melihat keindahan alam semulajadi yang Allah SWT ciptakan dan masih terpelihara indah dibumi Pakistan.
3) MAKANAN TRADISIONAL
Pakistan merupakan Negara yang kaya dengan pelbagai makanan tradisi.Kebanyakan juadah makanan adalah turun temurun dari generasi lama ke generasi masa kini.Ditambah pula dengan kepelbagaian rempah ratus khas dalam setiap hidangan yang dihidangkan aromanya pasti memikat siapa sahaja.Pastinya para food hunting akan teruja dengan kepelbagaian juadah makanan di Pakistan.Tambahan pula Makanan tradisi Pakistan bukan sahaja terkenal di Pakistan tapi di seluruh dunia seperti Nasi Baryani Pakistan,Kebab,Halwa Puri dan banyak lagi.Pastinya syurga makanan bagi food hunting.
4) HUSSAINI SUSPENSION BRIDGE: JAMBATAN GANTUNG PALING MENAKUTKAN DI DUNIA!
Kalau anda merupakan seseorang yang sukakan cabaran.Merentasi Jambatan Gantung Husaini mungkin bakal membangunkan adrelin anda.Kenapa ianya digelar jambatan gantung paling merbahaya dan menakutkan ddunia ? Sebabnya jarak diantara papan ke satu papan jauh dan sangat menguji ketahanan diri untuk melangkah dari satu papan ke papan lain.Tambahan jarak jambatan dengan sungai hunza agak tinggi pastinya rasa gayat akan dirasai,tambahan kalau jambatan bergoyang pastinya rasa SERIAUU.Kalau anda BERANI inilah Masanya.
5) PERTEMPUNGAN 3 BANJARAN; BANJARAN HIMALAYA – BANJARAN HINDUKUSH – BANJARAN KARAKORAM
Di Gilgit Baltistan, 3 banjaran besar bertemu dalam satu tanah, maka tidak pelik jika tanah Pakistan ini dilitupi oleh gunung-ganang hampir sebanyak 70%. Jika berada di Gilgit Baltistan,permandangan gunung-ganang pasti tidak akan terlepas dari pandangan mata anda kerana bentuk dan keindahannya sangat mengagumkan.
Semoga dengan Info ini kalian akan menjadikan PAKISTAN sebagai salah satu destinasi PILIHAN PERCUTIAN pada tahun 2020 ini. Siapa peminat nature & history, memang digalakkan sangat untuk ke Pakistan.
Foto: Insta @kina.omar @jejumuslimtravel
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Daerah Sabak Bernam terletak di barat laut Negeri Selangor. Terdapat 3 pekan utama iaitu Sungai Besar, Sekinchan dan Sabak Bernam. Rata-rata masyarakat di Daerah ini terdiri dari kaum Melayu berketurunan Jawa, Banjar, Kampar dan Melayu Bugis.
Sabak Bernam menawarkan pemandangan sawah padi yang menghijau seluas pandangan yang menjadikannya unik dan tersendiri. Jadikan destinasi tersenarai di bawah sebagai pilihan untuk perjalanan seharian anda ke Daerah Sabak Bernam selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) nanti – #ImagineNowExperienceSoon;
8:00 pagi – Sarapan pagi di Restoran Kuala Kurau, Sungai Besar
9:00 pagi – Pelajari cara pemprosesan padi di Paddy Gallery, Sekinchan
11:00 pagi – Lawati Muzium Daerah Sabak Bernam
12:00 tengahari – Singgah ke Ah Ma House, Sekinchan
1:00 petang – Makan tengahari di Restoran Lembah Bernam, Sekinchan
3:30 petang – Singgah ke Ladang Mangga, Sungai Limau
4:30 petang – Bersantai di Coconut Farms, Sekinchan
5:30 petang – Bersiar-siar di Pantai Redang, Sekinchan
7:00 malam – Makan malam di Restoran Mee Udang BNO, Sabak Bernam
Sarapan pagi di Restoran Kuala Kurau
Restoran Kuala Kurau
Tidak tahu mahu sarapan di mana? Sekiranya anda bercuti ke Daerah Sabak Bernam, nikmati pagi anda dengan bersarapan di salah sebuah lokasi yang unik dimana terdapat banyak gerai di restoran ini. Restoran Kuala Kurau terletak di Sungai Besar ini sering menjadi pilihan penduduk tempatan. Restoran ini menyediakan pelbagai jenis juadah seperti Char Kuey Teow, Mee Kari, Cucur Udang dan banyak lagi! Pastikan anda mencuba Cucur Udang di sini kerana ia merupakan menu paling popular dan rasanya cukup enak!
Pelajari Cara Pemprosesan Padi di Paddy Gallery, Sekinchan
Paddy Gallery
Salah satu tarikan yang terdapat di Pekan Sekinchan ini adalah kilang memproses padi; Paddy Gallery. Ia juga merupakan satu-satunya kilang beras yang mengalu-alukan orang ramai untuk membuat lawatan ke sini. Eloklah anda singgah ke kilang ini untuk memahami dan melihat cara pemprosesan padi dengan teknik masa kini. Selain itu, jangan lupa untuk dapatkan Bertih Beras yang dimasak dan disediakan segar untuk para pelanggan. Ianya sangat enak, rangup dan sedap dimakan begitu sahaja!
Lawati Muzium Daerah Sabak Bernam
Sabak Bernam District Museum
Jangan lepaskan peluang untuk mempelajari sejarah warisan industri pertanian dan perikanan khususnya oleh masyarakat setempat di Daerah Sabak Bernam. Muzium Daerah Sabak Bernam mempamerkan tentang aktiviti penduduk awal di Daerah ini. Terdapat pelbagai arca, infografik, replika dan barangan tradisional yang digunakan dalam industry pertanian khususnya dalam sektor penanaman padi. Lawatan ke sini tentunya menyeronokkan, dan masuk adalah percuma!
Singgah ke Ah Ma House
Ah Ma House
Sudah selesai mempelajari sejarah pertanian dan perikanan, teruskan perjalanan anda ke Ah Ma House. Ianya adalah sebuah rumah kampung tradisional yang penuh dengan barang-barang antik seperti telefon, televisyen lama dan kerusi rotan yang membawa anda mengimbau masa lampau dan mengenang memori lalu. Selain itu, anda boleh melihat cara membuat kuih kapit secara langsung dan membelinya di sini kerana ianya sangat popular dan enak!
Makan tengahari di Restoran Lembah Bernam
Restoran Lembah Bernam
Setelah penat dan seronok melihat keindahan sawah padi, pasti perut pun terasa lapar. Jadi, jangan buang masa dan singgah ke salah sebuah restoran yang sangat popular dengan keunikan menunya iaitu Restoran Lembah Bernam. Restoran ini menawarkan seleksi makanan yang berkonsepkan eksotik dan susah didapati seperti masakan berasaskan daging landak, rusa dan kijang. Masakan di sini lebih kepada masakan ala kampung atau masakan Jawa; memang sesuai untuk dijadikan destinasi persinggahan untuk makan tengahari yang lazat.
Singgah ke Ladang Mangga, Sungai Limau
Mango Orchrds, Sungai Limau
Lokasi yang seterusnya ini pula sesuai disinggahi sekiranya anda seorang peminat mangga yang tegar! Ia terletak kira-kira 6 kilometer dari Pekan Sungai Besar. Ladang yang diusahakan oleh penduduk tempatan ini menawarkan buah mangga pelbagai saiz yang boleh dibeli dan dipetik segar dari ladang. Pokok mempelam yang ditanam di Mango Orchards menghasilkan buah yang manis dan sangat sedap dimakan! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai keenakan rasa buah mangga di sini; pasti anda mahu membeli lebih untuk di bawa pulang!
Bersantai di Coconut Farms, Sekinchan
Sekinchan Coconut Farm
Terletak kira-kira 15 minit perjalanan dari Pekan Sekinchan, ianya sesuai dijadikan lokasi untuk berehat sebentar untuk menikmati keenakan air kelapa segar. Bukan itu sahaja, anda juga boleh cuba “Coconut Shake” dan agar-agar kelapa yang dijual di sini. Sangat sesuai anda bersantai di bawah pokok kelapa pada hari yang membahang sambal menikmati air kelapa segar yang sedap. Terdapat juga ladang kelapa yang boleh dijadikan sebagai lokasi fotografi atau “OOTD” yang menarik di sini. Selain itu, anda juga boleh membeli biskut kelapa untuk di bawa pulang.
Bersiar-siar di Pantai Redang, Sekinchan
Pantai Redang
Destinasi ini harus anda singgahi untuk menikmati tiupan angin sepoi-sepoi bahasa. Pantai Redang ini terletak tidak jauh dari Pekan Sekinchan. Singgah sebentar ke sini untuk melihat keindahan dan keunikan pantai ini. Anda juga akan dapat melihat pokok-pokok besar di sini yang digantung dengan riben-riben berawarna merah yang dikenali sebagai “Sekinchan Wishing Trees”. Selain itu, terdapat gerai-gerai berdekatan yang menjual minuman dan makanan ringan.
Makan malam di Restoran Mee Bandung BNO, Sabak Bernam
Restoran Mee Bandung BNO
Cara terbaik untuk tamatkan perjalanan seharian anda di Daerah Sabak Bernam adalah dengan menikmati salah satu juadah yang popular di sini iaitu Mee Bandung. Lepas penat bersiar-siar di Pantai Redang, singgah ke Restoran Mee Bandung BNO untuk rasai keenakan Mee Udang, penuh dengan rasa kemanisan udang segar yang mampu meningkatkan lagi selera anda. Harganya amat berpatutan dan anda harus mencuba menu ini sekiranya anda datang ke Pekan Sekinchan!
Semoga tempat-tempat menarik yang tertera menjadi pilihan bermanfaat buat anda untuk perjalanan seharian anda ke Daerah Sabak Bernam kelak. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati sendiri keunikan dan keindahan Daerah ini; anda pasti akan terpegun dengan pemandangannya terutama sekali lapangan sawah padi yang terbentang luas menghijau. Bawa bersama keluarga anda mahupun sahabat handai untuk merasai pengalaman ini kelak selepas tamat tempoh PKP dan mulakan perancangan anda sekarang; #ImagineNowExperienceSoon
Adalah diingatka, ialah adalah tanggungjawab kita semua untuk sentiasa berdisiplin dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara seperti memastikan penjarakan sosial, memakai pelitup muka pada setiap masa, menggunakan pembasmi kuman secara kerap serta mendaftar masuk ke premis-premis di Negeri Selangor dengan menggunakan aplikasi “SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat”.
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel
Kredit: Farhana Ain Goldah & Siti Norfadila Ab Wahab dari Selangor Travel
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...