Pakistan merupakan sebuah negara yang terletak Asia Selatan berjiran dengan negara Afghanistan, Iran, India dan China. Majoriti penduduk Pakistan adalah Muslim Sunni.
Apa yang best jika bercuti di Pakistan?’ dan pertanyaan biasa ‘selamatkah jika bercuti di sana? Baca perkongsian daripada saudari Sakinah Omar yang juga merupakan founder Jeju Muslim Travel ketika bercuti ke Pakistan baru baru ini.
Alhamdulillah Kina baru sahaja pulang dari trip Pakistan selama 9 hari. Antara benda pertama orang tanya kina bila diorang tahu kina nak ke Pakistan ialah “Selamat ke pakistan? Ada apa di Pakistan?” Sebenarnya Pakistan adalah sebuah negara yang sangat selamat, dalam banyak2 negara yang kina pernah travel, boleh kata Pakistan adalah antara yang paling selamat untuk dilawati. Cuma media sahaja yang suka memburukkan imej negara Islam supaya dunia nampak negara mereka merbahaya dan ganas.
Selain dari orang nya yang baik-baik, negara mereka juga penuh dengan keindahan alam semulajadi, boleh tengok gambar-gambar yang kina share. Sepanjang di sana memang mulut tak berhenti ucapkan SubhanAllah, view dia boleh buat kita menangis.
Kina mulakan perjalanan dari Lahore kemudian bergerak ke utara – Besham, Gilgit, Hunza, Khunjerab Pass, Islamabad dan balik dari Lahore semula. Di sini ada beberapa tips untuk mereka yang ingin travel ke Pakistan:
Musim:
Waktu terbaik untuk melawat Pakistan ialah pada Musim Bunga, Luruh & Panas.
Ads
Makanan:
Tak perlu bawa bekal makanan banyak2 dari Malaysia sebab Pakistan negara Islam, Makanan Halal ada di mana2. Kina bawa meggi cup tak sentuh langsung pun.
Tiket Flight:
Boleh check Malindo Air / Thai Airways / PIA .
Tiket flight yang kina beli harganya RM2500 KUL-Lahore direct dengan Malindo Air.
Internet / wifi:
Di sana internet susah sikit nak dapat. Kalau sewa pocket wifi / roamingman pun tak guna sebab line takda. Jadi anda perlu simkad di sana seperti telenor / scom.
5 Sebab Anda Patut Ke Pakistan Sekurang-Kurangnya Sekali Seumur Hidup
Ads
1) KEINDAHAN ALAM SEMULAJADI
Pakistan digelar sebagai Swiss Asia kerana keindahan alam semulajadi yang setanding Swiss. Gunung Ganang tumbuh tumbuhan,bentuk muka bumi,laut dan tasik pastinya mengagumkan sesiapa sahaja yang melihatnya secara “Live” didepan mata.Melalui Utara Pakistan pastinya akan mengujakan kerana dapat menyaksikan dan menikmati perjalanan yang meliputi Pergunungan Himalaya.
2) KARAKORAM LEBUHRAYA TERTINGGI DI DUNIA DAN DIGELAR KEAJAIBAN DUNIA KE LAPAN
Pengalaman melalui lebuhraya tertinggi didunia dan merasai sendiri melalui kawasan pergunungan setinggi 15,397 kaki dari aras laut adalah sesuatu yang menakjubkan sesiapa sahaja yang melaluinya.Bukan itu sahaja,sepanjang perjalanan mata akan disajikan dengan panorama yang tak tergambar dek akal dan hanya akan dapat dikecapi di Pakistan.Pastinya sepanjang perjalanan rasa syukur akan diucapkan kerana melihat keindahan alam semulajadi yang Allah SWT ciptakan dan masih terpelihara indah dibumi Pakistan.
3) MAKANAN TRADISIONAL
Pakistan merupakan Negara yang kaya dengan pelbagai makanan tradisi.Kebanyakan juadah makanan adalah turun temurun dari generasi lama ke generasi masa kini.Ditambah pula dengan kepelbagaian rempah ratus khas dalam setiap hidangan yang dihidangkan aromanya pasti memikat siapa sahaja.Pastinya para food hunting akan teruja dengan kepelbagaian juadah makanan di Pakistan.Tambahan pula Makanan tradisi Pakistan bukan sahaja terkenal di Pakistan tapi di seluruh dunia seperti Nasi Baryani Pakistan,Kebab,Halwa Puri dan banyak lagi.Pastinya syurga makanan bagi food hunting.
Ads
4) HUSSAINI SUSPENSION BRIDGE: JAMBATAN GANTUNG PALING MENAKUTKAN DI DUNIA!
Kalau anda merupakan seseorang yang sukakan cabaran.Merentasi Jambatan Gantung Husaini mungkin bakal membangunkan adrelin anda.Kenapa ianya digelar jambatan gantung paling merbahaya dan menakutkan ddunia ? Sebabnya jarak diantara papan ke satu papan jauh dan sangat menguji ketahanan diri untuk melangkah dari satu papan ke papan lain.Tambahan jarak jambatan dengan sungai hunza agak tinggi pastinya rasa gayat akan dirasai,tambahan kalau jambatan bergoyang pastinya rasa SERIAUU.Kalau anda BERANI inilah Masanya.
5) PERTEMPUNGAN 3 BANJARAN; BANJARAN HIMALAYA – BANJARAN HINDUKUSH – BANJARAN KARAKORAM
Di Gilgit Baltistan, 3 banjaran besar bertemu dalam satu tanah, maka tidak pelik jika tanah Pakistan ini dilitupi oleh gunung-ganang hampir sebanyak 70%. Jika berada di Gilgit Baltistan,permandangan gunung-ganang pasti tidak akan terlepas dari pandangan mata anda kerana bentuk dan keindahannya sangat mengagumkan.
Semoga dengan Info ini kalian akan menjadikan PAKISTAN sebagai salah satu destinasi PILIHAN PERCUTIAN pada tahun 2020 ini. Siapa peminat nature & history, memang digalakkan sangat untuk ke Pakistan.
Foto: Insta @kina.omar @jejumuslimtravel
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Replika reka bentuk pembinaan laluan pejalan kaki bertingkat ‘Saloma Link’ merupakan rancangan pembangunan kemudahan infrastruktur oleh pihak Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu bagi memudahkan para pelancong asing dan tempatan untuk berkunjung ke Kampong Bharu dari KLCC.
Sekarang ini menjadi tarikan baru di ibu negara, jambatan pejalan kaki Saloma Link yang menghubungkan Kampung Baru dan kawasan berdekatan Menara Berkembar Petronas (KLCC) telah dibuka kepada umum pada penghujung tahun lalu.
Saloma Link dibina berhampiran Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), menghubungkannya dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang, tidak jauh dari KLCC.
Jambatan sepanjang 370 meter melibatkan kos RM31 juta dengan mengetengahkan seni bina berkonsepkan sirih junjung. Pembinaan jambatan itu bukan sahaja akan menggalakkan orang ramai terutamanya pelancong untuk datang ke Kampung Baru malah akan menjadi simbol ikonik baharu ibu negara.
Pada bahagian bumbung, akan bertukar warna dan kelihatan sangat menarik pada waktu malam.
Penggunaan jambatan itu juga dapat memendekkan masa perjalanan di samping menjamin keselamatan pejalan kaki. Biasanya perjalanan berjalan kaki dari Kampung Baru ke KLCC mengambil masa lebih 30 minit dan perlu melalui jalan raya dengan trafik yang sibuk. Jika guna jambatan ini, pengguna hanya akan mengambil masa kira-kira tujuh minit dari Jalan Saloma ke Jalan Raja Muda Musa 3.
Tip menarik, di sini ada kawasan ‘hotspot’ pengguna juga berpeluang mengambil gambar berlatarkan KLCC di dua kawasan bergambar yang disediakan di jambatan itu.
Pulau Pinang adalah antara destinasi popular yang sering jadi pilihan pengunjung untuk travel ke sini.
Pelbagai lokasi menarik boleh diterokai selain menikmati pelbagai hidangan signature yang terkenal dikalangan penggemarnya.
Jika sebelum ini, ramai yang lebih selesa menginap di hotel sama ada di kawasan bandar atau Batu Feringgi, tetapi apa kata untuk kelainan boleh cuba menginap di Eco Capsule Resort Teluk Bahang.
Tempat ini dikatakan hidden Gem Resort yang cantik di Penang. Di sini kita boleh merasai ketenangan serta suasana alam semulajadi yang damai dengan udara segar yang menyamakna,.
Terletak di tengah-tengah kehjauan alam semulajadi di Taman Rimba Telok bahang, resort ini berkonsepkan perkhemahan ini betul-betul terletak di sebelah sungai yang berair jernih seperti kilauan kristal.
Setiap unit bilik penginapan di sini dilengkapi dengan penghawa dingin dan peralatan BBQ. Harganya pun cukup murah iaitu bermula dari RM90 sahaja untuk semalam.
Lokasi:
Eco Capsule Resort Teluk Bahang
Lorong Rimba, Teluk Bahang, 11050 George Town, Pulau Pinang
Kredit: Eco Capsule Resort Teluk Bahang
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Waitomo yang membawa maksud ‘aliran yang mengalir ke dalam sebuah bukaan di dalam tanah’ merupakan salah satu tarikan utama New Zealand. Terletak di North Island, New Zealand, perjalanan ke Waitomo mengambil masa tiga jam daripada Auckland dan hanya satu jam perjalanan menaiki kenderaan daripada Rotorua dan Hamilton.
Apa yang menariknya Gua Waitomo ini? Tidak seperti gua-gua lain, Gua Waitomo menjanjikan pengalaman atau harus penulis katakan keajaiban ciptaan Tuhan. Formasi gua yang terbentuk secara semulajadi ini berusia sekitar 30 juta tahun dengan struktur batu kapur unik. Apa bezanya dengan gua-gua yang terdapat di tempat lain? Satu perkara yang harus diketahui adalah di sini terletaknya satu spesies unik hidupan gua ‘glowworm’ atau nama saintifiknya Arachnocampa luminosa ulat kalimantang atau juga dikenali sebagai kelemayar yang amat jarang ditemui dan unik yang terdapat hanya di New Zealand.
Ulat kelemayar ini menjana satu bentuk cahaya kalimantang. Ulat ini akan membina sesawang seperti labah-labah untuk memerangkap serangga. Serangga ini menghabiskan jangka hayatnya sebagai larva dan cahaya yang terhasil adalah tindak balas biologi bahan kimia yang terletak pada bahagian ekor dengan oksigen di udara. Cahaya ini akan menarik serangga kecil yang menghuni gua Waitomo untuk dijadikan makanan. Sistem ekologi gua Waitomo dikatakan sempurna sebagai habitat ulat kelemayar ini.
Pengunjung boleh menikmati pengalaman menakjubkan ini dengan memilih beberapa pilihan pengembaraan, samada menaiki bot melalui aliran air di dalam gua, menjelajah dengan berjalan kaki melalui Gua Ruakuri yang terletak berhampiran atau bagi yang gemarkan pengalaman extrim, pengunjung boleh mencuba ‘Black Water Rafting’ dan bersiap-siap untuk menyusuri aliran air menggunakan tiub pelampung, bersedia untuk basah di dalam gua yang gelap.
Penjelajahan Unik
Bot yang boleh memuatkan sekitar 12 orang pada satusatu masa ini akan dibawa menjelajah Gua Waitomo menyusuri laluan air yang gelap gelita. Jangan risau kerana pengemudi bot-bot ini adalah mereka yang profesional dan arif dengan laluan gua tersebut. Bagi mereka yang ingin menjelajah Gua Waitomo dengan berjalan kaki pula, pengunjung akan dibawa masuk melalui Gua Ruakuri yang terletak berhampiran dan merupakan sebahagian daripada keseluruhan struktur besar gua-gua di Waitomo. Di sini pengunjung akan dibawa oleh seorang pemandu arah dan penerangan terperinci dan pengalaman melihat sendiri ulat kelemayar ini secara dekat pasti memberikan sebuah pengalaman baru dan mengujakan.
Bagi mereka yang berjiwa lasak, pastinya ‘Black Water Rafting’ menjadi pilihan utama. Pengunjung akan dibekalkan pakaian kalis air dan tiub pelampung. Penjelajahan unik Gua Waitomo ini bakal membawa pengunjung menyusuri anak-anak sungai yang terbentuk di dalam gua secara berkumpulan sambil ditemani seorang pemandu arah profesional yang informatif, memberi penerangan dan membawa pengunjung melihat habitat ulat ini dari permukaan air.
Semestinya Gua Waitomo menjanjikan sesuatu yang amat berlainan daripada percutian biasa anda. Sesungguhnya alam ini terlalu luas untuk diterokai dan jika anda fikir yang anda sudah melihat semuanya, fikir semula…
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...