Terengganu salah sebuah negeri di Pantai Timur yang kedudukannya terletak di pinggir laut China Selatan. Negeri Terengganu merupakan sebuah negeri yang kaya dengan kesenian, flora yang unik serta fauna yang pelbagai. Negeri Terengganu amat terkenal dengan pantainya yang cantik dan mempersonakan seindah seperti pantai di Bali. Oleh sebab itu negeri Terengganu terkenal dengan panggilan “Bandaraya Persisir Air”.

Jika bercakap soal negeri Terengganu sudah pasti ramai yang membayangkan banyak tempat yang menarik yang boleh dilawati seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Muzium Negeri Terengganu, Pasar Payang serta banyak lagi. Jika anda bercuti di sana pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan seperti aktiviti jungle trekking, snorkeling, melawat tempat- tempat bersejarah seperti Muzium Negeri Terengganu dan banyak lagi.

Selain Tempat Cantik, Datang ‘Ganu’ 5 Makanan Ni Wajib Cuba. Rasa Dia ‘Sedak Dooh’!
Kredit Foto: Kayak.com

Selain daripada itu negeri Terengganu juga menjadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara kerana makanannya yang sedap dan unik yang anda tidak akan dapat merasainya jika berkunjung ke tempat lain seperti ikan celup tepung, nasi dagang, kuih muih tradisi Terengganu dan banyak lagi. Maka mari kita lihat dan kenal 5 makanan yang wajib anda cuba sekiranya melawat ke negeri Darul Iman ini!

1. Keropok Lekor

Selain Tempat Cantik, Datang ‘Ganu’ 5 Makanan Ni Wajib Cuba. Rasa Dia ‘Sedak Dooh’!
Keropok Lekor Goreng

Jika dengar sahaja negeri Terengganu tak lain tak bukan makanan yang paling sinonim dengan masyarakat di sana ialah keropok lekor. Keropok lekor merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu serta sedikit garam. Terdapat juga keropok lekor yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan itu akan diuli dan digentel kemudian akan dihidang secara goreng atau rebus. Jika ke negeri Terengganu, sudah semestinya gerai yang menjual keropok lekor sangat banyak dan apa yang menarik setiap gerai sudah pasti mempunyai rasa yang berbeza kerana diadun mengikut resepi tersendiri.

Selain Tempat Cantik, Datang ‘Ganu’ 5 Makanan Ni Wajib Cuba. Rasa Dia ‘Sedak Dooh’!
Kedai Keropok Warisan Losong Kuala Terengganu Kredit Foto: AgroBazaar Online

Salah satu kedai yang menjual keropok lekor yang anda wajib cuba ialah kedai Keropok Warisan Losong. Kedai ini merupakan antara kedai yang paling popular di Terengganu. Mereka mengadun keropok dan sos pencicah dengan resepi yang tersendiri menjadikan ianya sedap dan lembut walaupun sudah dimasak dalam jangka masa lama. Mereka turut menjual keropok yang sejuk beku bagi memenuhi kehendak pembeli yang berada jauh dari negeri Terengganu. Rasa keropok ini sangat sedap, lembut dan mudah untuk dikunyah. Rugi kalua tak singgah ke sini.

Lokasi: Kampung Losong Haji Su, 21000 Kuala Terengganu Waktu Operasi: 8: a.m – 8:00 p.m

IKLAN

2. Nasi Dagang

Selain Tempat Cantik, Datang ‘Ganu’ 5 Makanan Ni Wajib Cuba. Rasa Dia ‘Sedak Dooh’!
Kredit Foto: Berita Harian
Kedai Nasi Dagang Atas Tol yang terkenal di Terengganu dan menjadi pilihan ramai

Nasi dagang amat terkenal di Terengganu sebagai makanan sarapan pagi dan menjadi salah satu makanan utama daripada beratus-ratus jenis makan yang telah tersenarai sebagai makanan warisan kebangsaan. Sejarah nasi dagang sebenarnya bermula ketika nasi yang dihasilkan bertujuan untuk diperdagangkan kerana nasi itu yang enak, mengenyangkan, tahan lama dan boleh dimakan bila- bila masa. Nasi dagang dibungkus di dalam daun pisang yang berbentuk kon dan akan diikat dengan menggunakan lidi. Bau aroma daripada daun pisang yang dibungkus akan menjadikan nasi dagang lebih sedap dan beraroma. Nasi dagang ini dipadankan pula dengan kuah kari ikan tongkol dan acar timun menjadikan ia satu makanan yang lengkap dengan nutrisi dan enak. Nasi dagang yang sedap boleh didapati di Gerai Nasi Dagang Atas Tol yang sememangnya menjadi pilihan ramai. Rasa keaslian nasi dagang di kedai tersebut tiada tandingannya. Namun anda harus pergi ke sana lebih awal sebelum kedai itu dibuka kerana tertalu ramai dipenuhi orang ramai.

Lokasi: Kampung Pengkalan Setur, 20050 Kuala Terengganu Waktu Operasi: 6:30 a.m – 12:00 p.m

3. Ikan Singgang

Selain Tempat Cantik, Datang ‘Ganu’ 5 Makanan Ni Wajib Cuba. Rasa Dia ‘Sedak Dooh’!
Kredit Foto: Resepi Che Nom

Ikan ayer singgang atau “singgang ikang” adalah satu sajian yang popular di Terengganu sebagai menu tengahari. Menu ikan singgang ini sebenarnya mula diperkenalkan oleh masyarakat Terengganu khususnya dari masyarakat petani dan nelayan yang menjadikan lauk ikan singgang ini sebagai bekalan makanan tengahari mereka apabila berada di laut atau di kebun. Makanan ini menjadi pilihan bukan sahaja kerana rasanya yang sedap dan mudah untuk dimasak tetapi juga mempunyai banyak khasiat. Bagi yang berkunjung ke Terengganu dan ingin merasai ikan singgang yang sedap boleh lah berkunjung ke Restoran Singgang

Budu yang terletak di Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu. Kebiasaanya ikan singgang lebih sedap jika dipadankan dengan budu. Namun disebabkan masyarakat Terengganu yang santai nasi putih dan ikan singgan sudah pun mencukupi.

IKLAN
Selain Tempat Cantik, Datang ‘Ganu’ 5 Makanan Ni Wajib Cuba. Rasa Dia ‘Sedak Dooh’!
Restoran Singgang Budu tempat makan tengahari untuk menikmati ikan singgang

Lokasi: Jalan Air Jernih, Kuala Terengganu Dibuka Setiap Hari

4. Celup Tepung

Selain Tempat Cantik, Datang ‘Ganu’ 5 Makanan Ni Wajib Cuba. Rasa Dia ‘Sedak Dooh’!

Celup tepung salah satu menu makanan santai popular di Terengganu yang enak dimakan di tepi pantai sambal menikmati pemandangan yang indah dan menghirup udara segar. Ikan Celup Tepung atau lebih terkenal dengan panggilan ICT merupakan makanan santai yang berasaskan makanan laut seperti ikan, udang dan sotong. Makanan laut ini akan digoreng dengan tepung goreng yang diadun sendiri mengikut resepi turun temurun. Adunan tepung sangat penting untuk menghasilkan celup tepung yang rangup dan mempunyai rasa yang sedap. Jika anda bertandang ke Terengganu anda boleh singgah ke Kedai Ikan Celup Tepung Warung Pok Nong di Kawasan Mengabang Telipot. Boleh dikatakan Warung Pok Nong adalah kedai yang popular dalam menyajikan celup tepung yang sedap. Warung Pok Nong yang terletak di tepi pantai menjadikan ia lebih menarik untuk dikunjungi. Di Warung Pok Nong ini, menu special yang menjadi kegemaran pengunjung ialah “Sotong Gunting” kerana saiz sotongnya yang besar dan dihidangkan panas-panas.

Selain Tempat Cantik, Datang ‘Ganu’ 5 Makanan Ni Wajib Cuba. Rasa Dia ‘Sedak Dooh’!
Warung Pok Nong terkenal dengan aneka celup tepung

Lokasi: Kampung Telipot, Kuala Nerus

IKLAN

Waktu Operasi: 3:00 p.m – 7:30 p.m (Selasa tutup)

5. Laksa Terengganu

Selain Tempat Cantik, Datang ‘Ganu’ 5 Makanan Ni Wajib Cuba. Rasa Dia ‘Sedak Dooh’!

Laksa Terengganu kuah putih amat popular di Terengganu.Ini menjadikan laksa Terengganu lebih unik berbanding laksa lain seperti laksa Penang dan Johor. Kuah putih laksa Terengganu dimasak dengan menggunakan santan yang diharong, dicampurkan dengan lada hitam, bawak dan juga isi ikan. Laksa Terengganu juga akan dihidangkan dengan ulam-ulaman seperti kobis, timun, taugeh, kacang panjang dan daun kemangi.

Kesimpulannya, selain daripada mempunyai pelbagai tempat menarik untuk dilawati negeri Terengganu juga amat terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang sedap dan unik. Kelazatan setiap hidangan tradisi Terengganu ini harus dirasai oleh semua orang. Maka jangan lupa untuk bertandang ke negeri Terengganu dan menikmati kelazatannya sendiri.

Kredit: Artikel ini disumbangkan oleh Muhammad Naif Najmi Bin Mazuki, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak.

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI