Khas buat anda yang suka berjalan cari makan best kena singgah Warong Buqok Di Perlis sebab orang kata menu di sini semua ‘seksi’!
Ada menu utama orang Malaysia, nasi lemak dan selebihnya pilihan kuih dan air sedap. Hah, yang suka makan roti bakar pun boleh join sini. Menarik cara hidangan air kopinya pun.
Jom tengok menu apa yang menarik kedai makan ini, yang pastinya banyak pilihan.
Ads
Menu Warong Buqok Di Perlis
Aneka Nasi Lemak Daun Pisang
Aneka Roti Bakar
Aneka Kuih Muih
Tauhu bergedil
Ice chocolate
Sparkling Juice
Potato chips cheese
Nacho Cheese
Suasana kedainya pun menarik, sesuai lah nak santai-santau waktu sarapan. Yang paling penting terasa aura 90-an juga.
Ads
Jadi kepada anda yang tertanya-tanya kat mana lokasi Warong Buqok, boleh waze KTH Homestay & Chalet, Mata Ayer, Perlis, belakang SK Oran.
Kebimbangan terhadap penularan Covid-19 varian Omicron yang semakin ‘mengganas’ di peringkat global membuatkan kerajaan mengambil langkah berjaga-jaga yang cukup proaktif.
Sebanyak lapan negara yang terkini dimasukkan ke dalam senagari negara berisiko tinggi menjadikan jumlah negera berisiko tinggi kepada 18 buah negara.
Dalam pada masa yang sama Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut mengumumkan penarikan semula sekatan perjalanan sementara ke atas lapan buah berisiko tinggi susulan peningkatan mambabitkan varian Omicron. Negara terbabit ialah Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi.
Namun negara-negara tersebut kini dimasukkan ke dalam senarai negara berisiko tinggi. Berikut merupakan negara-negara yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi Omicron.
Beliau turut menggesa rakyat Malaysia agar tidak melakukan perjalanan ke negara-negara tersebut jika tiada keperluan penting.
Semua individu yang memasuki sempadan tanah air dari negara-negara yang disenaraikan di atas perlu melakukan ujian kendiri setiap hari sepanjang kuarantin.
Jadi buat anda yang merancang bercuti ke mana-mana negara disebut harap dapat tangguhkan dahulu atau mengambil langkah penjagaan yang teliti dan rapi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia.
POKHARA, Nepal Keindahan dan keunikan Pokhara terhasil daripada kombinasi antara tasik, gunung dan sungai. Kesempurnaannya boleh disaksikan sendiri dengan berkunjung ke beberapa buah tempat seperti Phewa Tal, Mahendra Cave, Devi’s Fall dan Sarangkot. Selain tarikan pada alam semula jadinya yang menakjubkan, wilayah ketiga terbesar Nepal ini turut menjadi perhatian kerana ia menjadi lokasi penting beberapa jenis sukan ekstrem seperti ultralighting, paragliding, mountain bike, white water rafting dan hiking
INFO:
Selain keindahan dan kecantikan alam semula jadinya, karakter unik dan aneh yang dimiliki juga menjadi faktor penting kenapa semua lokasi percutian di negara Asia ini menjadi pilihan pelancong dari serata dunia. Pokhara yang boleh diakses dengan menaiki bas ataupun kapal terbang dari Kathmandu menyediakan lebih kurang 250 buah hotel. Setiap satunya mempunyai pilihan harga yang berbeza, sama ada murah ataupun mahal.
KANDY, Sri Lanka Wilayah kedua terbesar di Sri Lanka ini juga tidak terkecuali daripada menawarkan lokasi percutian yang menarik. Antaranya ialah The Temple of The Tooth, The Pinnewala Elephant Orphanage dan The Royal Botanical Garden in Peradeniya. Kandy terletak berdekatan dengan Colombo. Ia boleh diakses dengan menaiki bas ataupun teksi. Hanya tiga jam sahaja masa yang diperlukan untuk sampai ke sini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bandaranaike.
INFO: Hotel bajet serendah USD 30 sehari boleh ditemui dengan banyak di Kandy. Majoritinya menawarkan bilik yang cantik, bersih dan perkhidmatan yang mesra pelanggan.
DHAKA, Bangladesh Cuba lari daripada kesesakan lalu lintas ekstrem kota Dhaka dan berkunjung ke beberapa tempat menarik di persekitarannya. Pasti ramai yang teruja dan tidak menduga bahawa ibu negara Bangladesh ini sebenarnya kaya dengan struktur binaan unik seperti masjid, tugu dan istana. Semuanya dibina sebelum abad ke-19 sewaktu era pemerintahan Islam dan penjajahan British. Antara yang popular dan menjadi mercu tanda Dhaka ialah Lalbagh Fort, Ahsan Manzil dan Baitul Mukarram
INFO : Dhaka digelar sebagai City of Mosque kerana ia mempunyai lebih daripada 700 buah masjid. Sebahagiannya dibina sewaktu era pemerintah Empayar Mughal sekitar kurun ke-15 hingga 16.
DA NANG, Vietnam Mahukan keindahan pantai dan alam semula jadi yang berada dekat dengan kota moden? Berkunjunglah ke Da Nang, wilayah ketiga terbesar Vietnam yang terletak di antara Ho Chi Minh dan Hanoi. Sama ada mahu berehat di tepi pantainya yang cantik dan bersih iaitu My Khe Beach, menikmati keunikan gunung batu pualam yang menakjubkan iaitu Ngu Hanh Son atau membeli belah di pusat membeli belahnya yang besar dan mewah iaitu Lotte Mart? Tepuk dada tanya selera.
TONLE SAP, Cambodia Tonle Sap merupakan penempatan atas air yang mempunyai lebih kurang enam buah kampung. Ia terletak di Siem Reap dan boleh diakses dari Phnom Penh dengan menaiki bot selama enam jam. Tonle Sap menyimpan pelbagai spesies flora dan fauna yang terdiri daripada ikan, ular, buaya, burung dan kucing hutan. Di samping itu, tasik dengan keluasan 2,800 kilometer persegi ini turut dijadikan sebagai ladang penternakan buaya spesies Siam
TIP: Pengunjung yang berminat merasai pengalaman tinggal di atas rumah air boleh berkunjung ke Kompong Luong. Cas sebanyak USD 8 (RM 25) dikenakan untuk penginapan selama sehari berserta makan dan minum.
DILI, Timor Laste Dili masih lagi belum membangun sepenuhnya. Malah, kemudahan infrastrukturnya juga masih kurang dan hanya tertumpu pada kawasan pentadbiran sahaja. Namun, ibu negara Timor Laste ini semakin pendapat pendedahan umum. Semuanya disebabkan oleh ketenangan dan keindahan alam semula jadinya yang terdiri dari pantai, pulau dan gunung-ganang. Selain itu, tinggalan sejarah sewaktu era penjajahan Portugis juga memainkan peranan dalam memperkenalkan namanya.
INFO: Buat masa ini, tidak ada syarikat penerbangan lain yang menyediakan perkhidmatan ke Dili secara terus kecuali Airnorth dari Darwin, Australia, Air Timor dari Singapura dan Sriwijaya Airlines serta Merpati Nusantara Airlines dari Bali, Indonesia.
PALAWAN, Filipina Palawan diiktiraf sebagai perbatasan terakhir ekologi Filipina kerana mempunyai kekayaan alam semula jadi yang menakjubkan. Tarikan utamanya tertumpu pada dua buah tempat penting iaitu Tubbataha Reef National Marine Park dan Puerto Princesa Subterranean River. Palawan yang boleh diakses secara terus dari negara kita dengan menaiki MASwings melalui Kota Kinabalu ini juga terkenal sebagai syurga selam skuba kerana pemandangan dasar lautnya yang mempesonakan.
INFO MENARIK: Palawan terkenal dengan sungai bawah air yang terletak di daerah Sabang. Sungai ini diiktiraf sebagai ‘7Wonder of Nature’ kerana keunikan bentuk dan habitat yang mendiaminya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jarang kita mendengar pengalaman sahabat yang pergi bercuti ke Bario yang terletak di Sarawak.
Kawasan ini juga sebenarnya sangat menarik untuk dijelajahi kerana mempunyai keunikan tersendiri. Boleh dianggap destinasi ‘rare’ kerana bila sampai di sana, baru tahu keistimewaan Bario ini.
Ayuh, ikuti pengalaman menarik sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Fairus Mujab yang sempat mengunjungi Bario yang terletak di tanah tinggi yang bersempadan dengan Kalimantan Indonesia dan berada di ketinggian 1000m paras laut.
Bario The Land of Wind
Cita-cita ingin bercuti ke Bario telah lama saya idamkan untuk melawat tempat ini.
Bario adalah daerah di dalam Negeri Sarawak dan terletak di tanah tinggi yang bersempadan dengan Kalimantan Indonesia dan berada di ketinggian 1000m paras laut.
Penduduk disini adalah dari suku kaum kelabit yang asli dan terdapat juga kaum Penan.
Untuk sampai ke Bario ini anda perlu mengambil penerbangan dari lapangan terbang di Miri sahaja yang mengambil masa lebih kurang 50 minit. . Setakt ini hanya syarikat penerbangan MasWings sahaja yang kendalikan sektor Bario. Dan kapal yang digunakan adalah jenis Twin Otter dan penerbangan hanya 3 kali sehari.
Cara lain yang boleh di akses ke Bario adalah melalui jalan darat dari Miri yang jaraknya lebih kurang 400KM dan mengambil masa 14 jam untuk sampai dengan jalan yang tak berapa elok dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda sahaja.
Setibanya anda di Lapangan Terbang Bario, tiada teksi,bas atau perkhidmatan grab. Anda perlu menempahan airport pickup dari homestay tempat menginap siap2.
Sebenarnya anda boleh saja jalan kaki kalau sanggup la untuk sampai ke tempat menginap tu.
Di Bario saya menginap di Rinah Sang Lemulun Homestay yang terletak dalam rumah panjang Bario Asal. Dengan RM90 satu malam termasuk sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam ia menjanjikan pengalaman yang sangat seronok bagi saya, kerana saya dapat tinggal bersama-sama komuniti rumah panjang dan makan makanan budaya masyarakat Kelabit yang sangat sedap. Korang boleh request vegetarian meal kalau rasa was2.
Bario Asal Lembaa Long house adalah rumah panjang pertama di Bario, uniknya di rumah ini terdapat 22 pintu yang mempunyai susun atur tradisional Kelabit, di setiap rumah mempunyai dapur dan ruang tamu tersendiri dan mempunyai dewan tertutup 150 meter yang panjang digunakan untuk majlis keramaian dan menyambut tetamu. Disini juga terdapat beberapa homestay lain juga.
Setibanya saya disini, saya telah menempah pickup service dari airport ke homestay sehala RM10 yang diuruskan oleh Julian, anak kepada host tempat menginap saya. Julian telah membawa saya meronda sekitar Bario supaya saya dapat tahu jalan-jalan sekitar dan serba sedikit latar belakang tentang daerah Bario dan budaya disini.
Saya juga telah dibawa ke ladang herba dan nenas dan berpeluang memetik buah nenas yang seumur hidup saya tak pernah buat. Ha3.
Ladang ini terletak di atas bukit, dan menurut Julian jika awan cerah di waktu malam, boleh lepak di balcony untuk melihat milkway disini.
Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa yang menarik dekat sini kan. Sebenarnya banyak tempat menarik dan best yang anda boleh buat dekat sini.
Antaranya adalah memetik buah nenas, untuk pengetahuan nenas di Bario bukan biasa2. Nenas disini sangat sedap dan juicy sebab ditanam di tanah tinggi yang dingin.
Disini anda akan lihat banyak sawah padi berlatar belakang bukit2 yang menghasilkan beras Bario sangat terkenal tu. Memang sangat lain rasanya jika dibandingkan dengan jenama beras Bario bila dibeli bukan ditempat asalnya.
Ketibaan saya pada hari tersebut adalah musim menuai, jadi berpeluang lah untuk melihat proses beras tersebut dibuat mula dijemur hingga menjadi bijian beras. Sekilo beras Bario adalah RM25 dan dihasilkan setahun sekali sahaja.
Cuaca di Bario sangat sejuk menjelang petang hingga pagi suhu boleh saya anggarkan dalam 15-20C, jangan terkejut pula bila homestay tempat anda menginap tiada kipas atau aircond.
Memandangkan saya minat aktiviti lasak, seawal pagi telah mendaki Prayer Mountain atau Bukit Doa. Di kaki bukit ini terdapat gereja usang dan di puncak terdapat dua tiang salib yang mengikut kepercayaan masyarkat disini
Pada masa dahulu adalah sesuai untuk berdoa secara senyap diatas bukit.
Untuk mendaki saya mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke puncak dan bagi saya trek adalah moderate. Sampai saja di puncak anda akan disajikan view seluruh Bario yang ohsem ikut pada awan tebal juga untuk lihat.
Dibawah bukit tersebut ada sebuah kampung yang dihuni oleh kaum Penan dan anda boleh ronda-ronda melihat suasan kampung tersebut.
Di Bario ada kapal terbang terbiar, mengikut sejarah tempatan semasa perang konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1960, kapal terbang ini membawa bekalan bantuan makanan untuk penduduk disini.
Dan terhempas kerana terlanggar pokok pada ketika itu dalam perang jauhari. Untuk bergambar disini akan dikenakan bayaran RM15 oleh pemilik Nancy Guesthouse. Setelah anda berphoto Pn Nancy akan memberi sedikit info mengenai sejarah kapal tersebut sambil dihidangkan Nenas dan Kek yang sangat sedap.
Di Bario terdapat pekan kecil, ia bukanlah pekan yang anda sangka macam disini. Ada beberapa kedai yang menjual keperluan asas dan souvenir dan terdapat kedai makan muslim.
Rangkaian internet disini selalu on/of dan connecting, dan kadang-kadang tu sampai mood emergency dan ia masih menggunakan 3G instead of 4G ye. Tapi jangan risau, disini juga terdapat Pusat Internet Komuniti untuk anda akses wifi untuk berhubung.
Pada hari ketiga, saya telah menyewa basikal sehari RM30, jadi boleh la explore satu Bario. Aktiviti hari ini adalah ke Pa’ Ukat dan Pa’Umor yang terletak 10KM dari pekan Bario. Di Pa’Umor terdapat tempat pemprosesan garam, untuk akses ke tempat proses garam.
Anda perlu lalui jalan yang tak berapa okay dan perlu lalu bukit dan jalan berlumpur. Saya tidak berpeluang untuk melihat proses membuat garam tersebut setibanya disitu kerana ditutup.
Bersiar-siar sambil berjalan kaki adalah aktiviti yang patut dibuat, Udara disini sangat fresh sambil lalu di batas-batas sawah padi boleh melihat kerbau.
Rata-rata kaum Kelabit ni adalah golongan profesional dan hebat-hebat. Ada antara mereka yang graduate dari Universiti dalam dan luar negara, ada yang menjadi tokoh korporat , pilot, research dan banyak lagi.
Setelah melihat gambar2 di dinding rumah panjang di Bario Asal, pelajaran dan ilmu adalah sangat penting untuk berjaya dengan mengangkat sebuah komuniti itu ke tahap yang tinggi.
Menginap tiga malam disini,memang betul-betul dapat menghayati alam semula jadinya yang sangat fresh. Saya sangat rendah hati dan kagum dengan keasliannya penduduk disini. Suku kaum Kelabit memiliki budi pekerti yang baik dan ramah membuatkan saya rasa berasa benar-benar dihargai dan diterima baik sebagai tetamu.
Terima Kasih saya ucapkan kepada Julian dan Nenek Sinah Rang Lemulun host yang sudi berkongsi serba sedikit sejarah Bario ini.
Saya rasa ini trip solo yang paling best dan rare untuk diri sendiri sebab berjaya mencipta memori baru yang sangat manis yang bakal saya tinggalkan nanti.
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...