Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) telah mengatur semula jadual perkhidmatan kereta api mulai 23 Mei 2020 untuk baki tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memenuhi jumlah penumpang semasa.
KLIA Ekspres dan KLIA Transit kini beroperasi sebagai perkhidmatan gabungan mulai 6 pagi hingga 11.10 malam setiap hari.
Kekerapan tren setiap 30 minit semasa waktu puncak pada hari biasa dan setiap 60 minit di luar waktu puncak, hujung minggu dan cuti umum.
Tiada perkhidmatan tren sebelum jam 6 pagi dan selepas tren akhir berlepas pada jam 11.10 malam.
Masa perjalanan antara KL Sentral dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) adalah 35 minit, KLIA2 (39 minit) dan di KL Sentral, semua pelepasan dan ketibaan akan melalui stesen Transit KLIA.
Jadual perjalanan akan dikaji semula secara berkala dan disesuaikan jika perlu agar memenuhi bilangan penumpang yang semakin meningkat. Oleh itu pengguna disarankan untuk sentiasa semak jadual perjalanan terkini di laman sesawang.
Korea Selatan mencatatkan peningkatan kes baharu COVID-19 yang mendadak secara tiba-tiba, dalam tempoh beberapa jam lalu.
Menjadikan keseluruhan orang yang dijangkiti seramai 602 setakat (23 Feb), lapor agensi berita Sputnik memetik Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea Selatan (KCDC).
Korea Selatan melalui Presidennya Moon Jae-in mengumumkan amaran tahap tertinggi atas nasihat pakar. Ia susulan rakyatnya dijangkiti koronavirus baharu (Covid-19) dengan jumlah mendadak.
Korea Selatan mencatatkan peningkatan kes jangkitan wabak itu yang menular selepas dikaitkan dengan pengunjung sebuah gereja di Daegu, minggu lalu. Republik itu merekodkan jumlah kes jangkitan tertinggi selepas China, selain daripada jangkitan di atas kapal Diamond Princess di Jepun.
Kepada anda yang berada di Korea Selatan diharap mengambil langkah berjaga-jaga atau menangguhkan perjalanan ke sana jika perlu.
Sebelum ini tular mengenai kisah percutian sebuah keluarga rakyat Malaysia yang dihalau ‘owner’ Airbnb gara-gara menipu jumlah sebenar yang datang menginap. Sewaktu membuat tempahan, pelancong rakyat Malaysia tersebut membuat tempahan untuk menginap hanya seorang sahaja. Namun tiba-tiba yang muncul sekitar 9 tetamu lain yang dibawa sekali.
Berang dengan ‘penipuan’ yang dibuat oleh pelanggan tersebut, pemilik Airbnb terus membatalkan tempahan lalu menghalau mereka sekeluarga. Bukan itu sahaja, malah polis juga dihubungi untuk masuk campur dalam kejadian ini. Kejadian tersebut mendapat perhatian rakyat Malaysia lain yang berada di negara tersebut, namun tidak dapat membantu kerana tempat penginapan yang terhad.
Untuk makluman ramai, pengurusan penginapan di luar negara memang mengambil berat dan memandang serius mengenai jumlah tetamu untuk setiap bilik penginapan yang ditempah. Ini sebagai langkah keselamatan dan juga menjaga tahap kebersihan setiap bilik di premis penginapan mereka.
Kejadian ini bagaimana pun mendapat maklum balas yang pelbagai daripada netizen. Kebanyakkannya mengecam tindakan tidak bertanggungjawab individu terbabit. Mereka mengatakan rakyat Malaysia memang terkenal dengan sifat ‘kedekut’ ini ketika bercuti. Kalau boleh tempahan untuk satu bilik biasa yang selesa memuatkan 2 orang sahaja, tiba-tiba boleh ada sehingga 6 ke 7 orang siap dengan alas ‘toto’ bagai. Hebat rakyat Malaysia!
Di Malaysia sendiri, dengar cerita sudah mula untuk memperketatkan undang-undang jumlah tetamu yang menginap. Sebelum ini mungkin ada hotel, resort atau homestay yang tutup mata, tetapi kini ada yang sudah ‘tersedar’ dan mula mengenakan caj yang lebih kepada tetamu yang merahsiakan jumlah tetamu sebenar. Oleh itu, jika ingin bercuti, pandai-pandailah untuk menguruskan kewangan dan mencari tempat penginapan mengikut bajet anda. Paling penting bercuti dalam keadaan selesa dan gembira.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Inisiatif kolabarasi julung kali dengan pihak Pejabat Tourism Malaysia Bahagian Domestik, Tourism Selangor mengekalkan fokus mereka dalam usaha promosi pelancongan domestik secara atas talian.
Jika pada 22 Jun lalu, sesi Webinar “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” telah dilaksanakan bersama pegawai pihak Tourism Malaysia Wilayah Selatan serta penggiat industri pelancongan bertempat di selatan tanah air; terbaharu, pada 13 Julai pula telah diadakan sesi Webinar juga dengan tema yang sama bersama pihak Tourism Malaysia Wilayah Tengah dengan diketuai oleh Pengarah nya; Tuan Mohd Izal Bin Mohd Nor.
Aplikasi ‘Zoom’ untuk sesi tersebut dilihat meriah dengan penglibatan seramai hampir 50 orang yang terdiri dari penggiat industri pelancongan bertempat di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, serta tenaga pengajar dan pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Puncak Alam. Mereka tidak melepaskan peluang mengikuti perkembangan semasa industri pelancongan Negeri Selangor pada sesi tersebut.
Penganjuran sesi Webinar bersiri ini adalah bagi menggantikan program dan aktiviti promosi secara fizikal seperti Pameran Pelancongan, Program Jelajah dan lawatan produk pelancongan yang sebelum ini dijadualkan tetapi tidak dapat dilaksanakan akibat penularan wabak Covid-19 di Negara ini.
Tuan Azrul Shah Mohamad, Pengurus Besar Tourism Selangor dalam satu kenyataan berkata, “Saya melihat kepentingan bagi mengekalkan hubungan baik serta sinergi antara pihak Tourism Selangor dan pihak Pejabat Tourism Malaysia Domestik bagi melipat-ganda usaha untuk membangunkan semula industri yang sangat terkesan dengan pandemik global, Covid-19”.
“Sesi Webinar pada hari ini adalah amat signifikan dalam mengemaskini maklumat dan informasi berkenaan keadaan industri pelancongan di Negeri Selangor serta produk-produk pelancongan di Negeri ini secara terus kepada wakil agensi pelancongan, khususnya yang bertempat di Negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan”, tambah Tuan Azrul Shah.
Sesi webinar tersebut dijalankan dalam format perbentangan dan taklimat produk pelancongan, sesi ‘Business to Business (B2B) dan juga beberapa aktiviti sampingan yang menarik seperti tanyangan video promosi pelancongan dan sesi cabutan bertuah yang tentunya mengujakan.
Orang awam yang ingin menzahirkan sokongan terhadap Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” boleh berbuat demikian dengan meletakkan tandapagar #PusingSelangorDulu di hantaran laman media sosial mereka; khususnya yang mengiringi seleksi gambar atau video pengalaman mereka melancong ke Negeri Selangor.
Dalam pada situasi semasa Negara yang meletakkan kebanyakan Negeri dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP); pihak Tourism Selangor baru-baru ini turut memperkenalkan tandapagar #ImagineNowExperienceSoon di laman media sosial rasmi mereka.
Ianya bertujuan menggalakkan orang awam bagi mengambil inspirasi dari hantaran dan perkongsian pihak Tourism Selangor mengenai produk-produk pelancongan menarik di Negeri ini; dan hanya merancang percutian ke tempat-tempat berikut setelah tempoh PKP tamat kelak. Namun, adalah harus diingatkan, setiap pelancong di Negeri Selangor perlu mematuhi garis panduan atau SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara demi kesejahteraan bersama.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...