rr

Pandemik COVID-19 telah merebak di seluruh dunia dengan jumlah kes positif melepasi angka empat juta dengan angka korban melebihi 285,000 orang.

COVID-19 tak kenal mangsa! Dalam kalangan itu juga tidak terkecuali mereka yang dikenali ramai, termasuk pegawai tertinggi kerajaan, personaliti sukan, dan juga selebriti. Antaranya ialah pelakon Hollywood Tom Hanks dan isteri, pelakon dan penyanyi Rita Wilson, pelakon Britain Idris Elba, pewaris diraja Britain Putera Charles, penyanyi Pink, dan penyanyi opera Placido Domingo.

Individu ternama lain yang dijangkiti COVID-19 sehingga April 2020:

Pemimpin & Pasangan
  • Putera Charles: Pewaris diraja Britain, Putera Charles disahkan positif COVID-19 pada 25 Mac di Scotland. Susulan itu, The Duchess of Cornwall, Camilla juga turut melakukan ujian dan didapati negatif COVID-19.
Senarai Pemimpin, Selebriti & Individu Ternama Dunia Dijangkiti COVID-19
(Photo by Ben Birchall / POOL / AFP) (Photo by BEN BIRCHALL/POOL/AFP via Getty Images)
  • Boris Johnson: Perdana Menteri United Kingdom yang berusia 55 tahun didapati positif COVID-19 pada 27 Mac 2020 selepas mengalami simptom selama beberapa hari.

Senarai Pemimpin, Selebriti & Individu Ternama Dunia Dijangkiti COVID-19

IKLAN
  • Sophie Gregoire Trudeau: Isteri Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau, Sophie Gregoire Trudeau diuji positif COVID-19 pada 12 Mac. Bagaimanapun, gejala yang dialaminya dikategorikan sebagai gejala ringan dan dikenakan tempoh pengasingan diri sehingga disahkan pulih pada 29 Mac.
  • Olga Lyubimova: Menteri Kebudayaan Rusia didapati positif virus pada 6 Mei. Lyubimova mempunyai gejala ringan namun masih meneruskan tugas dengan bekerja dari rumah, melakukan perbincangan di atas talian, kata setiausaha akhbarnya Anna Usacheva.
  • Franck Riester: Awal minggu ini, Menteri Kebudayaan Perancis memberitahu bahawa dia hanya kekal berada di rumahnya di Paris setelah disahkan positif COVID-19. Untuk itu, Perancis melakukan penutupan sebahagian kawasan bagi memeriksa penyebaran COVID-19.
Golongan Selebriti
  • Tom Hanks and Rita Wilson: Bintang ternama Hollywood, Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson disahkan positif jangkitan COVID-19. Kedua-dua pelakon itu dijangkiti virus pembunuh berkenaan ketika berada di set penggambaran sebuah filem yang berkisar tentang kehidupan legenda rock ‘n roll, Elvis Presley di Australia.

Senarai Pemimpin, Selebriti & Individu Ternama Dunia Dijangkiti COVID-19

  • Olga Kurylenko: Pelakon Perancis yang membintangi filem James Bond “Quantum of Solace” mengumumkan dirinya positif COVID-19 pada 15 Mac selepas menjalani ujian saringan.

Senarai Pemimpin, Selebriti & Individu Ternama Dunia Dijangkiti COVID-19

IKLAN
  • Idris Elba: Pelakon terkemuka Hollywood Idris Elba mengesahkan beliau positif jangkitan COVID-19. Dalam satu muat naik di laman Twitter, bintang dari United Kingdom itu bagaimanapun menjelaskan bahawa dia tidak mengalami sebarang simptom.
  • Daniel Dae Kim: Aktor yang popular menerusi drama bersiri penyiasatan Hawaii Five-O, Daniel Dae Kim disahkan positif COVID-19. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh Kim menerusi akaun Instagramnya pada 19 Mac.
  • Pink: Pada 3 April, penyanyi popular Hollywood, Pink mendedahkan dia dan anak lelakinya, Jameson telah disahkan positif COVID-19. Namun selepas membuat ujian kali kedua, dia dan Jameson telah mendapat keputusan negatif dan sembuh dari jangkitan virus tersebut.
Senarai Pemimpin, Selebriti & Individu Ternama Dunia Dijangkiti COVID-19
(Photo by Tolga AKMEN / AFP) / RESTRICTED TO EDITORIAL USE NO POSTERS NO MERCHANDISE NO USE IN PUBLICATIONS DEVOTED TO ARTISTS (Photo credit should read TOLGA AKMEN/AFP/Getty Images)
Atlet & Jurulatih Pasukan
  • Kenny Dalglish: Legenda Liverpool Kenny Dalglish didapati positif COVID-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala penyakit berkenaan, kata keluarganya.
  • Mikel Arteta: Pada 12 Mac, pengurus kelab Arsenal, Mikel Arteta menjadi yang pertama dalam Liga Perdana Inggeris diuji positif COVID-19.
  • Paulo Dybala: Penyerang bola sepak Juventus dan Argentina telah diuji positif COVID-19 meskipun tidak mempunyai sebarang gejala.

Senarai Pemimpin, Selebriti & Individu Ternama Dunia Dijangkiti COVID-19

  • Blaise Matuidi: Pemain tengah Juventus dan Perancis disahkan positif, lapor kelab Serie A yang berpangkalan di Turin dalam satu kenyataan pada 17 Mac.
  • Jason Collins: Pada 24 Mac, Collins, yang bermain 13 musim Persatuan Bola Keranjang Nasional (NBA) dari tahun 2001 hingga 2014 dan telah menghabiskan tujuh tahun lebih bersama Brooklyn Nets.

Dalam ratusan ribu angka yang terkorban akibat pandemik itu, ada juga insan dari industri seni, dunia bola sepak dan pemimpin yang meninggal akibat COVID-19. Personaliti/ individu terkenal yang disahkan meninggal dunia akibat COVID-19:

IKLAN
  • Alan Merrill: Penulis bersama dan penyanyi asal lagu “I Love Rock ‘N’ Roll”, Alan Merrill meninggal dunia pada 69 tahun akibat jangkitan COVID-19 pada 29 Mac.

Senarai Pemimpin, Selebriti & Individu Ternama Dunia Dijangkiti COVID-19

  • Dolors Sala Carrio: Ibu kepada jurulatih kelab bola speak Manchester City, Pep Guardiola meninggal dunia pada usia 82 tahun selepas dijangkiti COVID-19.
  • Antonio Vieira Monteiro: Pengerusi unit Portugis Santander, bank terbesar di Sepanyol, menjadi mangsa korban kedua COVID-19 di Portugal selepas meninggal dunia akibat COVID-19 pada 18 Mac.
  • Ken Shimura: Pelawak terkenal Jepun, Ken Shimura dilapor meninggal dunia di sebuah hospital di Tokyo akibat COVID-19 pada petang 30 Mac. Ken meninggal dunia pada usia 70 tahun, lapor stesen berita NHK.

Senarai Pemimpin, Selebriti & Individu Ternama Dunia Dijangkiti COVID-19

  • Pape Diouf: Bekas presiden kelab bola sepak Perancis Olympique de Marseille di antara tahun 2005 hingga 2009 meninggal dunia kerana COVID-19 pada 31 Mac di Senegal, di mana dia memegang dua kerakyatan.

Sumber: astroawani

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI