Tidak dapat dinafikan industri pelancongan merupakan antara yang paling terksesan dengan penularan gelombang ketiga Covid-19 yang sedang melanda negara kita. Dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di hampir seluruh Negeri di Malaysia, rancangan percutian terpaksa harus ditunda.
Malah tempahan awal penerbangan dan penginapan juga perlu ditangguhkan ke tarikh yang lain. Jadi bagaimana anda boleh ‘mengembara’ tanpa pergi bercuti dan melancong secara harfiahnya? Anda sebenarnya boleh menggunakan dunia digital untuk menikmati keindahan destinasi pelancongan tanpa perlu meninggalkan rumah menerusi cara-cara berikut seperti yang dikongsikan oleh Tourism Selangor!
- Layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.travel bagi merancang percutian ke 9 Daerah di Negeri Selangor pada masa kelak.
- Berkelah di halaman rumah bersama keluarga tersayang. Minum petang adalah idea yang baik!
- Ikuti lawatan dalam talian atau online tour. Bagi peminat seni, luangkan masa bersama orang tercinta dengan lawatan maya ke Galeri Shah Alam dengan melayari laman web rasmi mereka di https://galerishahalam.com/video/ .
- Tonton video promosi pelancongan terbaharu dari Tourism Selangor sempena Kempen “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!” di saluran YouTube https://www.youtube.com/watch?v=CHzQdXhtBo0 dan langgani saluran YouTube rasmi Tourism Selangor untuk maklumat lanjut tentang produk dan acara pelancongan Negeri Selangor.
- Memasak makanan tradisional Negeri Selangor yang mesti dicuba sendiri!
- Khaskan satu diari percutian bagi tempat-tempat yang anda ingin lawati. Senaraikan segala maklumat yang dapat diperolehi seperti masa, tempat, harga tiket penerbangan dan penginapan, keperluan pakaian, belanjawan dan seleksi restoran terutamanya jika anda mempunyai alahan atau mahukan restoran halal yang menepati mod pengangkutan anda.
- Ambil ilham dari hotel 5 bintang dengan menghiaskan bilik tidur anda dengan cadar putih bersama tuala mandian yang baru dicuci untuk pengalaman penginapan mewah dirumah.
- Tonton filem kegemaran bersama yang tersayang di rumah untuk memanfaatkan masa berkualiti bersama.
- Cetak peta dunia dan tandakan destinasi yang anda pernah lawati dan yang anda ingin lawati pada masa hadapan. Anda juga boleh memulakan dengan peta Negeri Selangor!
- Cari pakej pelancongan, hotel dan penginapan dalam talian dari masa sekarang untuk mendapatkan tawaran pada harga terbaik untuk rancangan percutian masa hadapan anda.
Dengan senarai ini, kini semua orang boleh bercuti tanpa perlu berjalan jauh dan meninggalkan rumah masing-masing. Pengalaman percutian boleh dinikmati dalam keselesaan di rumah, sambil menjamu makanan yang cukup enak dan bangun dari tidur di bilik mewah bak hotel 5 bintang. Tanpa anda sedari, idea-idea ini akan menemani anda sepanjang tempoh dua minggu ini lagi dan akan sekaligus memberi semangat kepada anda. Cipta memori terindah dengan hanya berada di rumah. Kongsikan senarai ini bersama rakan-rakan dan orang tersayang anda.
Patuhi arahan PKP dan kekal berada di rumah. Anda mampu selamatkan diri anda dan orang sekeliling anda. Kami di Tourism Selangor prihatin akan komuniti dan seluruh rakyat Malaysia. #TourismSelangorCares
Kredit: Tourism Selangor
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
14 Negeri 60 Port OOTD, Paling Win Gambar Pegang Bendera, Tanda ‘Hadir’ Seluruh Negara!

14 negeri dengan 60 tempat OOTD, berbekalkan sebuah kereta buatan Malaysia dan seorang kawan sebagai peneman, Mohd Zaki menjelajah seluruh Malaysia dalam masa sebulan.
Jika sebelum ini, dia pernah berkongsi port OOTD di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor, nampaknya kali ini Mohd Zaki mengembara ke lebih banyak tempat yang ada di seluruh Malaysia.
Menjejaki tempat-tempat menarik ada di seluruh Malaysia, lelaki ini mengabdikan gambar-gambarnya di spot yang menjadi tumpuan pelancong dengan memegang bendera setiap negeri yang dilawatinya.
Cukup unik dan tersendiri, siap dengan bajet dari sebuah negeri ke negeri yang lain, dari Semenanjung hinggalah ke Sabah dan Sarawak, kalau ada yang ingin mengikuti jejak Mohd Zaki bolehlah jadikan posting ini sebagai panduan.
Nak tahu apa lagi yang menarik sepanjang pengembaraan lelaki ini, ikuti perkongsiannya:
14 Negeri & 60 Tempat OOTD
Road Trip Malaysia Budak Merah DONE !
14 Negeri & 60 Tempat OOTD
Alhamdulillah.. settle wish list kali ini..walaupun aku sudah banyak kali sebenarnya buat road trip di Malaysia ni tapi yang ni special sikit sebab kena drive pakai kereta sendiri dan juga drive 14 negeri berturut turut dengan wajib mengibarkan bendera di setiap negeri masing masing dua minggu di Semenanjung dan dua minggu di Borneo.
Route KL : USJ – Mersing – Desaru -JB – Pulau Mawar- Bandaraya Melaka – Seremban -Jelebu- Dungun – Kuala Terengganu- Marang -Jerteh- KB Kelantan -Bachok – Perlis – Kodiang -Alor Setar Kedah – Geargetown Penang – Ipoh Perak- Cameron Highland Pahang – KL – Putrajaya – Shahalam Selangor – USJ (3450KM Drive).
Route Borneo : Semporna – Kota Kinabalu – Sipitang – Sindumin – Lawas – Brunei – Miri -Bintulu -Sibu – Sarikei -Kuching – Bintulu – Miri – Brunei -Lawas – Sipitang – Kuala Penyu – Papar -Membakut – KK – Kundasang- Tambunan – Tawau – Semporna (6000KM Drive).
Total kos minyak route KL RM850 ÷ 2
Total kos minyak route Borneo RM600 ÷ 2
Aku topap T&G RM500 ÷ 2..ada baki RM180.
(T&G hanya dipakai untuk route KL & bayar sekali untuk parking).
Tempat tempat OOTD yang aku pergi ni ada yang kena bayar dan ada yang free.
Day Trip Mersing RM170/pax
Desaru Water Park RM75/pax
The Shore Sky Melaka RM25/pax
Flying Fox Pantai Siring Melaka RM20/pax
Menara Taming Sari RM17/pax
Camping 3D2N Berdebu Waterfalls RM250/pax
Tasik Timah Tasoh RM5/pax
Menara Alor Setar RM25/pax
The Top Komtar Penang RM75/pax
Kellie Castle Perak RM5/pax
Cameron Highlands Flora Park RM50/pax
Brunei Immigration RM40/pax
Bako National Park RM50/pax
Air Terjun Susung Kuching RM50/pax
Bukit Batu Selabat RM35/pax
Air Terjun Mahua RM3/pax
Island Hopping Semporna RM150/pax
(Total RM1045/pax untuk aktiviti berbayar)
Total kos hotel untuk route KL RM600 ÷ 2 (Mersing, JB, Melaka, Seremban, Kuala Terengganu, Penang & Kuala Lumpur )
Total kos hotel untuk route Borneo RM880÷2
( Sibu, Kuching, Bintulu, Sipitang & KK)
Note* Kos penghantaran kereta KL -KK RM1550. Mengambil masa 12 hari untuk sampai ke pelabuhan Sepanggar Kota Kinabalu bergantung dengan keadaan laut. Btw, sebelum ni aku menetap & berkerja di USJ bertahun tahun lamanya dan tahun ni aku dah nekad untuk menetap di Kampung (Semporna).
Kos makan minum tak kira sebab trip ni bukan jalan jalan cari makan..aku bukan food lover tapi kaki ootd untuk tempat tempat lawa ja. Anggaran kos sepanjang road trip ni mungkin dalam RM1200 ÷ 2 termasukk segala jajan jajan duk mengunyah sambil drive .
Total Kos untuk semua sepanjang 14 negeri ni RM6720 ÷ 2 , means untuk seorang kos hanya RM3360 ! (Kos penghantaran kereta, tiket flight, bendera dan service kereta tidak termasuk )
Alhamdulillah sepanjang trip ni kereta langsung tak buat hal tapi agak terseksa juga sebab kena drive non stop. Route KL aku xda masalah sebab highway semua ok kecuali SABAH SARAWAK ! memandangkan dua negeri ni tengah buat PAN BORNEO HIGHWAY..agak stress juga drive sebab banyak pembinaan jalan, jalan raya berlubang, banjir & jalan rosak. So siapa yang mahu buat road trip Sabah Sarawak tu better tunggu Pan Borneo SIAP
Trip ni bukan trip solo ya tapi pergi dengan member seorang..nak drive seorang seorang tu boleh mampus juga tu haha…TQ btw bffku Azni Gain setia bersama dari awal trip sampailah ke akhir trip…juga jadi pembantu drive bila aku sudah penat, jadi photographer yang terpaling perfect & juga jadi videogrpaherku yang terpaling sabar
Kisah sepanjang road trip ni aku abadikan dalam aku punya IG story highlight..korang boleh follow @keebudakmerah & tengok segala moment2 kesusahan, kepayahan, kepenatan, kegembiraan, kecantikan,halangan dan segala macam yang berlaku sepanjang road trip ni
Kalau nak tengok lebih banyak gambar boleh terus ke Instagram Mohd Zaki @keebudakmerah
Kredit: Mohd Zaki
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Itinerary Ke Danang Vietnam, Konsep Redah Sahaja Kalau Nak Enjoy The Moment!

Sempat lagi kalau plan nak bercuti ke Danang Vietnam, yang penting duit sudah ada. Bagi yang nak bawa anak pun boleh teruskan dengan menggunakan bajet seperti yang dikongsikan wanita ini.
Menerusi perkongsian Syamiza Junoh, ada banyak tempat menarik kat sana selain makanan dan layan kopi best. Jom kita layan kejap!
Itinerary Ke Danang Vietnam
Alhamdulillah, macam biasa plan nak pergi Phuquoc tapi tetiba last minit tengok Bana Hill, lawa sangat view vibes di situ.
Akhirnya berjaya selesaikan DIY redah sahaja tanpa agent modal pun ikut sesuai poket sendiri just enjoy the moment.
Kadang bukan apa pun, cuma nak privacy dan bergerak sendiri lagi nyaman. Tak ada terikat ikut masa sendiri.
Semua orang boleh je pegi sendiri, sudah lah murah, tempat bersih cantik vibes di sana. Jadi korang tengok lah sendiri.
Untuk urusan jual beli, saya prefer Guna cash sahaja. Grab memang auto dedut dari Malaysia.
Hari Pertama
KLIA – DAD
10.30am – 1pm
Chek in san torini Hotel (16min dari Airport)
Rehat mandi makan
4.30pm – Grab ke HOI AN
5.12pm hoi an night market
6.30pm dinner maxim Arabian Restaurant Halal
8.00pm singgah Spa Urut kaki
8.30pm grab balik hotel
Free and easy bedrest
Restaurant halal ad 2/3 kedai juga dakt area Hoi an, kami pilih kedai paling dekat jalan kaki dekat night market (Maxim)
Hotel ini tilam keras macam tidur atas papan. Tetapi bila dah penat, memang tidur mati juga malam itu.
4pagi sudah cerah biji mata baru fikir macam mana nak naik Bana Hill dengan beg banyak search tempat tinggal beg RM50 sehari.
Jadi kami decide hari kedua ini cuma jalan-jalan Danang sahaja dulu. Baru lah nak search cari hotel waktu itu juga. Plan check in ambil hotel untuk 2 malam terus sebab nak tinggal beg kat hotel itu saja nanti.
Hari Kedua
8.40am Breakfast
(Halal Food Karim Danang By Grab
10.19am Jalan kaki area situ cari farmasi sebab sakit tekak)
10.40am Balik hotel by grab
11.53am Already check out
12.30tengahari Check In Marry land hotel
3.00pm My khe beach
4.00pm Balik hotel by grab
Free dan easy swimming at pool. Layan view atas hotel
7.00pm Repeat hoi an night market by grab
9.20pmback ke hotel kat Danang
Macam biasa 4pagi dah cerah biji mata. Tak sabar nak pindah hotel dan ambil grab pergi makan dulu. Banyak Kedai makan HALAL kat Danang, rasa menyesal bawa bekal food pack banyak.
Check in hotel, solat kemudian jalan-jalan tepi pantai My khe beach, pantai Bersih pasir halus sudah tak tahan kepanasan balik hotel mandi pool saja malam repeat jalan hoi an night market.
Hari Ketiga
6.30am Pickup by grab To Bana Hill
6.44am breakfast Highland Coffee
8am singgah Beli tiket bana hill kdai tepi jalan
8.30am arrive bana hill enjoy
5.22pm turun bawah
5.53pm pickup by grab balik hotel
8.00pm dinner depan hotel Dera India halal restaurant
Free and easy • rest •

6.30pagi sudah ready nak ke Bana Hill, singgah cafe kejap minum pagi teruskan perjalanan singgah kedai tiket tepi jalan, ada dua pilihan tiket. (Bana hill & cable car RM166 adult)
Satu lagi (Bana Hill + cable car + buffet makan RM230 adult) Saya ambil tiket Bana Hill & cable car sahaja sebab dah bawa makanan kembara rendang segala dalam beg. Kanak-kanak bawah 100cm Free ) up100cm Rm 138/175Buffet
Bab makanan, Muslim dilepaskan terus, tak check pun beg bawa apa. Kalau orang lain, check satu-satu selongkar beg keluarkan makanan, dia pun tahu kita tak ada makanan halal kat atas.

Grab memang kita set dengan driver tu untuk ambil dan hantar terus (RM89), ini by personal driver dah bukan by grab.
Hari Keempat
7am Check Out hotel
7.30am Son Tra marina (Santorini cafe)
8.15am Trung Nguyen legend ( Buy Coffee & choc Vietnam)
9am Aiport
12.50 ✈️ Back Malaysia
4.50 Arrive KLIA
Aiport Danang kecil sahaja, masuk terus nampak departure, ada surau, itu saja lah yang mampu saya kongsi.
Halal Food Kampong Melayu
Halal restaurant Indrapura
Maxim Halal Restaurant
Semoga bermanfaat sedikit sebanyak info dapat membantu kalian akan datang. Pergilah Danang, memang anda akan terpesona.
Nota: Sebenarnya banyak kedai halal kalau berada di sana, search googlemaps Halal restaurant Near Me.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Wanita Ini Kongsi Itinerari 7 Hari Perjalanan Penuh Mencabar, Demi Melihat Keindahan Kashmir, India

Lain orang lain ragam dan minatnya. Ada yang suka travel atau mengembara seorang diri dan ada juga yang gemar berjalan dengan rakan-rakan yang sama minat.
Keseronokkannya lebih terasa kerana boleh berkongsi cerita dan pandangan sepanjang percutian di beberapa destinasi menarik
Seperti perkongsian wanita ini Hakita Myacova dalam Grup Backpackers Buddies Malaysia yang memberitahu pengembaraan bersama teman-temannya ke India.
Negara yang kaya dengan ada budaya serta keunikan tesendiri. Menurutnya mereka pergi selama 7 hari dan membelanjakan hampir RM2,500 seorang termasuk tiket perjalanan penginapan segala perelanjaan sepjang pengembaraan ini.
Berkongsi itinerari serta pengalaman dilalui dari dalam trip dari Delhi ke Ksahmir dengan menaiki pelbagai kenderaan. Sengaja memilih cara ini kerana mahu merasakan pengalaman baru dan mencabar.
Adventurous Trip dari Delhi ke Kashmir
10 Mac 2019 sehingga 18 Mac 2019
Route:
– KL-New Delhi-(Air Asia)
– New Delhi Airport- Agra- New Delhi Train Station (Ola Cab)
– New Delhi Station-Jammu Tawi- (Train)
– Jammu Tawi-Banihal- (Jeep cab)
– Srinagar-Delhi (Vistara Air)
– New Delhi- KL (Air Asia)
10 Mac 2019- Ahad
– Flight KUL – New Delhi (AirAsia) RM596- return
– Waktu pelepasan jam 7.00 malam
– Tiba di Airport New Delhi Indira Ghandi, India (jam 10.00 malam) waktu tempatan.
– Urusan evisa di kaunter mengambil masa yang lama sehingga jam 12.00 tengah malam. Selamat tak kena soal macam-macam time tu. Yang penting muka kena confident tau.
11 Mac 2019- Isnin
– Kami menunggu Ola Cab di terminal 2, dan anda semua boleh download apps Ola Cab untuk memudahkan urusan. Driver Ola kami kurang fasih berbahasa Inggeris. So cakap macam ayam dan itik jugaklah
– Perjalanan ke Agra mengambil masa selama 4 jam dan check-in di Sai Palace Hotel lebih kurang jam 4 pagi dan tambang Ola yang dikenakan adalah sebanyak 5500 rupee termasuk tol.
– 7.00-8.00pagi- breakfast di hotel. Hotel ni ada rooftop cafe yang berlatarbelakangkan Taj Mahal okay…superb sangat view dia.
– Selepas itu, kami menuju ke Taj Mahal dan berjalan kaki lebih kurang 3 minit. Keadaan udara dekat sini kurang elok sikit. Jadinya sila bawak mask untuk menutup hidung. Untuk makluman,pastikan tiket dibeli awal secara online sebelum datang bagi mengelakkan dari beratur panjang. Tips untuk mengelak dari kena tipu semasa dalam Taj Mahal, pastikan anda semua tak menerima sebarang tawaran oleh jurugambar mereka.
– Tourguide 100rp/pax
– Taj Mahal entrance 1300rupees
– Kemudian kami menuju ke Agra Fort. entrance 500 rupee. Kami tak masuk disebabkan waktu tu dah petang sangat dan kami bercadang berjalan-jalan menaiki tuk tuk (oleh Mr Manesh) harga: 250r upee seramai 6 org (return) bagi 1 tuktuk. Memang macam tin sardin tapi menyeronokkan!
– Kami juga sempat berkenalan dengan satu group member dari Malaysia. Salah seorang yang kami sempat berkenalan, namanya Cik Nabilah Shapizi dari Shah Alam.
12 Mac 2019-Selasa
– Breakfast di hotel
– Ambil Ola dari hotel menuju ke New Delhi Train Station.
– Perjalanan selama 4 jam dan jalan sesak area town je sebab peak hour time! Harga yang dikenakan: 5500 rupee (6 orang)
– Tiba di train station, kena lebih alert di sini sebab scammer terlalu ramai dan jangan mudah terpedaya!
– Scammer check tiket & kata train kami delayed selama 7 jam. Kemudian dia mencadangkan suruh beli tiket baru, tiket lama boleh refund & siap mengaku sambil tunjuk kad kata diorang ajen rasmi India Tourism. Tapi untuk dapatkan tiket baru, kena pegi beli di IRCTC office bukan dekat train station & siap tunjuk lokasi office melalui Google Map. Malangnya lokasi office tak muncul dalam Google Map. Mungkin terasa diri macam dah kantoi agen boleh berlalu begitu saja.
– Untuk mengelak dari ditipu, tipsnya adalah terus ke pejabat bureau tourist di tingkat 1, boleh check di kaunter dan boleh check on.
– Tiket train kami menuju ke Jammu Tawi adalah jam 8.40malam.
– Pastikan tiket train dibeli awal dalam online . Kami beli tiket melalui website IRCTC dengan harga 1570 rupe
– Disebabkan lambat lagi train nak sampai, kitorang bercadang untuk berjalan- jalan sekitar Delhi dahulu.
– Barang boleh disimpan di platform no 16, dan kunci mangga boleh dibeli kat depan kaunter. Tapi kena banyak bersabar kat sini. Dorang jenis tak tau nak que dan kena berkasar sikit semasa nak berurusan di kaunter.
– Kitorang menuju ke Patel Chowk menaiki Metro dan mengambil tuktuk juga untuk 6 pax. Nak jimat punya pasal dan kami menuju ke Indian Gate serta Agrasen Ki Baoli.
– Untuk pengetahuan semua, tempat ini adalah tempat shooting pengambaran cerita yang dilakonkan oleh Aamir Khan dalam filem PK. Tempatnya sangat cantik walaupun cuma tangga sahaja.
– Alhamdulillah pemandu tuk tuk kami sangat penyabar orangnya sebab sanggup menunggu bergambar bagi kedua-dua tempat.
– Disebabkan banyak masa lagi, kami menaiki Metro semula dan menuju ke Masjid Jamek untuk solat jamak Zuhur dan Asar.
– Ini pertama kali tengok masjid yang sangat penuh dengan umat manusia! Masjid ni terlalu besar dan susah nak jumpa tempat wuduk. Jadi kami berwuduk menggunakan air botol sahaja.
– Setelah selesai solat, kami berjalan kaki hampir 1km sekitar jalan Masjid Jamek untuk mencari makanan Halal tapi malangnya tak lalu pulak tekak nak makan. Kami bertolak semula ke train station New Delhi dan cuma singgah makan di Burger King sahaja.
– Setibanya tiba di station, kami menunggu train untuk ke Kashmir dengan mengambil train dari New Delhi ke Jammu Tawi lebih kurang 9 jam perjalanan. Kami mengambil sleeper coach seat yang boleh menempatkan 6 orang. Dengan ruang yang terhad ini lah tempat kami makan, sembahyang, berehat dan tidur. Meal yang kami order juga not bad, banyak dan macam-macam rasa.
– Memang sangat lain dari zon selesa. Waktu ini, teringat katil kat rumah.


13 Mac 2019- Rabu
– Setelah tiba di Jammu Tawi, kami mengambil jeep selepas sesi tawar menawar dengan harga yang berpatutan.
– Masa perjalanan yang diambil dari Jammu Tawi ke Banihal sepatutnya mengambil masa selama 5-6 jam sahaja. Tapi, disebabkan jem yang teruk dan kejadian tanah runtuh pada malam sebelumnya, perjalanan kami telah mengambil masa selama 13 jam. Cuba bayangkan. Tapi yang bestnya sepanjang perjalanan, kami boleh menikmati pemandangan gunung ganang yang bersalji serta anak sungai yang mengalir di bawah gunung tersebut.
– Setiap kali sesak itu, driver siap boleh lepak kat luar lagi sementara nak tunggu trafik ok. Azabnya hanya Allah yang tahu.
– Kami lost contact dengan ejen kami di Kashmir. So, one of my friend cuba untuk pinjam data daripada sepasang suami isteri yang naik kenderaan dengan kitorang masa untuk update situasi semasa dekat guide kami.
– Alhamdulillah sampai juga di Banihal! Tapi, disebabkan tiba hampir ke waktu malam dan terlepas last train nak ke Srinagar, kami cuma walk-in ke hotel bajet sekitar Banihal dengan suhu waktu tu dalam sekitar 1 darjah celcius. Harga hotel bajet itu adalah 300 rupee per pax bagi satu malam.
– Bermalam kat hotel bajet tanpa heater, memang menyeksakan. Ada jugakla tak mandi sampai ke pagi masa sampai.
14 Mac 2018- Khamis
– Disebabkan masa perjalanan train mengambil masa selama 9 jam dan jeep dalam 12jam, kami telah kurang 1 hari untuk sampai ke Kashmir.
– Ok pagi ni kami akan bertolak ke Srinagar.
– Perjalanan dalam train mengambil masa selama 2jam.
– Kami sebenarnya telah terlepas train pertama pada jam 7 pagi dari Banihal ke Srinagar sebab driver jeep kami terlewat bangun kerana kepenatan. Oleh itu kami boleh ambil gambar lama sikit sambil enjoy view Banihal dengan berlatarbelakangkan pemandangan gunung yang bersalji. Subhanallah! This is Banihal! sangat menakjubkan dan memukau!
– Tiba di Srinagar, guide kami Mr Irrfan Ahmad Shalla dah tunggu di station keretapi. Wow! Handsomenya orang Kashmir ni
– Mr Irrfan kata kami 1st customer dia yang datang ke Srinagar menaiki train.
– Tiba dan check- in di Himalayan Resort selama 2 hari 1 malam. Resort ni sangat cantik, selesa ada warm blanket semua makan sedap, and wifi yang berfungsi. Tapi kadang-kadang akan mati kejap dalam pukul 10 malam.
– Pakej yang kami ambil Kashmir dengan Mr Irrfan sepatutnya adalah 4 hari tapi sempat ambil 3 hari je.
– Recommended ambik package dengan dia nak apa apa boleh request je hehe. Terima kasih kepada Mr Irrfan & Mr. Irshad a.k.a Frodo pembantu resort tersebut sebab sudi layan kami sepenuh hati
– Tak sangka dengan pakej yang affordable, kami dilayan bak raja sebab time ini rumours kata tak boleh masuk Kashmir, dan tourist pun tak banyak yang datang dan cancelled plan.
– 1st tempat perjalanan kami adalah ke Naranaag. Mr Irrfan bawa ke satu perkampungan gipsi. Di situ, kami dibawa untuk trekking melalui anak sungai dan bergambar. Baru hari pertama sampai dah kena exercise.
– Selepas tour di Naranaag, kami menuju ke Hazratbal Mosque dan jalan-jalan di sekitar Srinagar.
– Malam: check in houseboat di Dal Lake: Young Alzira selama 2 malam.
– Bersih, cantik dan yang penting ada warm blanket.
– Tapi electricity limited sikit. Kadang cut pukul 10pm, kadang pukul 7pm, bergantung.
15 Mac 2019- Jumaat
– Aktiviti hari ini adalah ke Pahalgam.
– Tujuan utama adalah nak horse ride to mini Switzerland iaitu Baisaran Valley. Horse ride 1100 rupees. Berbaloi sebab naik itu around 3-4hours spend. Di atas ini kami boleh try main sledge dan makan maggi (maggi je pun tapi sampai sekarang teringat ingat) . Jualan pashmina pun ada dekat gunung tau. Jangan tak percaya.
– Lepas tour di Pahalgam, kami menuju ke Art & Craft Bazaar untuk bershopping pashmina, kain saree dan lain- lain.
16 Mac 2019- Sabtu
– Pagi ni menuju ke Gulmarg untuk main snow cycle, ski dan sledge.
– Then kena guna jeep lain untuk naik atas sbb jalan snow tebal
– Jeep snow- 300 rupees/pax
– Sebelum naik, akan ada singgah kedai untuk sewa wintercoat dan boots (optional)
– Boot – 100 rupees
– Bila sampai ke puncak gunung, berikut adalah harga yang perlu dibayar:
– Gondola ride 750 rupess
– Skiing 1500 rupees
– snow cycle 1000 rupees
– Another skiing down or sledge is optional
– Lepas balik dari trip siang tadi, kami lepak di Nishat Bagh iaitu one of Mughal Gardens untuk menikmati bunga yang tak kembang lagi disebabkan musim wnter. Kemudia petang sampai ke malam kami cuba Shikara ride dan pusing sekitar Dal Lake. Ada banyak benda dijual kat sini sambil dayung sampan termasuklah makanan.
– Malam ni adalah makan malam kami terakhir di houseboat. Kami dilayan bak Raja dan Maharani oleh chef kami, Mr. Omar di houseboat tersebut. Makanan yang disediakan sangat sedap dan tak dapat kami lupakan.
17 Mac 2019- Ahad
– Pagi ini kami dihantar oleh driver ejen ke airport. Kami bercadang untuk menaiki kapal terbang ke Delhi dari airport Srinagar menaiki Vistara Air (RM265.00). Flight kami telah direschedule transit dahulu di Jammu sebelum ke New Delhi.
– Tiba di New Delhi, kami bercadang untuk berjalan lagi sekitar pasar di New Delhi station.
– Kalau pandai survey, akan jumpa kedai-kedai jual saree, kurta dan macam-macam lagi dengan harga yang sangat berpatutan.
– Kapal terbang dari New Delhi berlepas jam 9-10 malam ditambah dengan waktu delayed.
18 Mac 2019- Isnin
– Tiba di KL dan Back to Reality!
Total expenses:
– RM 2500/pax all including tickets entrance and shop serba sedikit.
– Sampai di sini sahaja coretan yang tak seberapa ini. Kami harap panduan dan itinerari ini dapat membantu mereka yang ingin menjelajah ke bumi Kashmir sangat indah!
#IncredibleIndia
#ParadiseonEarth
#Kashmir
Yang menulis,
Kaka
ig: hakitamyacova
https://www.instagram.com/hakitamyacova/
Link Video:
https://www.youtube.com/playlist…
Artikel Berkaitan:
Tasik Pangong Lake, India! Lokasi Pelancongan Popular Dunia Selepas Filem 3 Idots Meletup
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI