Oleh kerana kita masih dalam sekatan PKP dan pintu sempadan juga masih belum dibuka, jadi kebanyakan geng travel hanya mampu untuk ‘throwback’ percutian lalu.
Seperti salah seorang sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Deena Azaharithrowback percutian ke Northen Pakistan yang dikatakan tidak asing buat traveller dari Malaysia.
Salah satu tempat yang dicadangkan adalah Gilgit Baltistan yang dikatakan sangat cantik ketika musim sejuk.
Menurutnya winter di sini lebih cantik dari winter di Iceland, Eropah, Jepun atau Kashmir.
Just nak throwback, Northen Pakistan sudah tak asing lagi bagi traveller Malaysia. Cuma sis nak highlight yang Gilgit Baltistan ini terlalu cantik during winter. Tetapi yang peliknya bilangan tourist boleh kira dengan jari..
The place is yours. This is truly winter wonderland. Serious, lagi best dari winter di Iceland, Europe, Japan, Kashmir etc..
Just makesure stay di hotel yang ada pemanas dan air panas untuk mandi. Kami stay di Darbar Hotel, Hunza Karimabad dan di Gilgit stay di Serena Hotel.
My TOP 3 highlights of Northern Pakistan trip:
NO 3: Husaini Bridge Upper Hunza.
Diiktiraf sebagai 3rd most dangerous bridge in the world.. rasa happy sangat berjaya menyeberang ke sana.. view waktu winter sangat-sangat cantik.. Tengok warna air sungai tu.. kalau musim lain air sungai tu jadi muddy..
Ads
Fakta: Panjang: 193m Tinggi: 43m Tahun dibina: 1968 Tujuan: menghubungkan kawasan kampung dengan kawasan mereka bercucuk tanam. Ada juga summer home mereka di sana. Waktu winter bridge ini tak digunakan. Mereka cross sungai yang beku dan buat beberapa jambatan untuk cross kawasan yang tak beku.
NO 2 : Passu Cones & Passu Village, Upper Hunza
Subhanallah. Itulah perkataan pertama yang terpancul dari mulut bila melihat Passu Cones ni di depan mata. Terlalu cantik yang tak dapat nak digambarkan.
Sangat unik dan menakjubkan. Gunung yang berbentuk kon bersusun susun rapat macam crown dan berlapis-lapis kon itu semua. Setiap kon itu ketinggiannya semua di atas 6000m.
Memang tak pernah tengok fenomena bentuk muka bumi ini di mana-mana. Apa yang lebih unik walaupun kawasan sekitar mendung dan redup puncak puncak kon ni sentiasa kena cahaya matahari dan digelar golden peaks..
Ads
Sekitar kawasan ini ada perkampungan yang sangat cantik. Orang kampung semua baik-baik. Bagi masuk halaman rumah dan kawasan peliharaan mereka dan nak tumpang buang air kecil pun boleh.
NO 1: Seriously tempat ni kat Pakistan? Frozen blue magnificent Atta Abad lake, Upper Hunza
This is truly my wishlist. Nak berjalan dan berguling atas frozen lake yang kebiruan. Yang boleh nampak structure lake tu sampai ke bawah..walaupun tak sehebat Abraham lake di Canada tapi tetap hebat.
Sila la berkunjung ke Pakistan especially during winter, its really winter wonderland yang terlalu cantik. Orangnya hensem dan baik-baik. Sis boleh recommend agent yang sangat responsive dan bagus.. Gilgit Baltistan simply boleh claim title Heaven on Earth dari Kashmir.
Ads
Info Tambahan:
Kalau nak menerokai Gilgit Baltistan ini sis cadangkan fly terus ke Islamabad naik Thai airways. Dari Islamabad boleh fly ke Skardu naik PIA. Harga RM300 sehala, agent akan tunggu di Skardu dan bawa kita menerokai Gilgit Baltistan.
Dan akhir journey di Gilgit sebelum fly semula ke Islamabad, boleh spend semalam dua di Islamabad untuk terokai keindahan Islamabad yang moden dan juga twin city nya yang sangat tradisional Rawalpindi. Dengan cara ini kita dapat spend banyak masa di Gilgit Baltistan.
Boleh berhubung dengan agent Mr Nasir +92 346 5001043 Fb: Nasir Ahmed Sangat recommended. Servis cemerlang, fast respon dan juga harga paling kompetitif.
Pernah tak anda singgah Kedai Mat Sabu ini, sebuah kedai runcit popular di Batu Kurau, Perak? Jadi tumpuan dek kerana konsep kedainya yang tidak dikunci dan bekas duit syiling setinggi 4 tingkat, memang unik!
Menerusi video yang dimuat naik oleh @hazwanhfiz di laman X, kelihatan keadaan di dalam kedai runcit itu sangat teratur.
Difahamkan, kedai ini dibuka 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Bermakna, kedai runcit tersebut tidak pernah ditutup. Malah, tidak pernah berkunci.
Bukan itu saja, apa yang lebih menarik perhatian adalah terdapat bekas duit syiling setinggi empat tingkat yang dikatakan nilainya hampir mencecah hampir RM100,000.
“Orang Batu Kurau panggil ‘Kedai Mat Sabu’. Masuk kedai runcit dia, mata lebih tertarik dengan duit syiling 4 tingkat di tepi meja.
“Dulu duit syiling letak dalam bakul raga ja. Tokey pesan siapa boleh angkat bakul duit syling ni, boleh bawa balik.”
“La ni nohh dah 4 tingkat.”
“Ada orang tanya tak takut ka kena rompak duit banyak-banyak tu?”
Silakan masuk rompak kalau anda berani. Silap-silap tak keluar kedai la. Tokey bukan kosong,” katanya.
Jadi kalau nak tengok banyak mana duitnya dalam itu dan apa yang ada di kedai itu, kena lah pergi Batu Kurau, Perak. Jom ajak member ke sana pula, tengok sendiri lagi puas!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Teruja sungguh melihat keindahan Pulau Kapas, airnya biru dan berbumbungkan lagit yang biru, malah airnya pun jernih sampai nampak anak ikan berenang.
Kalau nak tahu lebih lagi apa yang best di pulau ini, jemput baca pengalaman Faiza Halim yang berkongsi percutiannya ke Pulau Kapas dengan membawa anak kecilnya yang bawah 2 tahun.
1. Sesuai untuk holiday yang ringkas, santai, dan kurang penat. Especially bila nak bawa baby kecik bawah 2 tahun! Hehe. Sebab dekat dan boleh impromptu (tanpa persediaan).
2. Boat 15-20 minit ja dari Jety Marang. Tak sempat mabuk laut pun Zasss sampai pulau air bersih.
3. Dari centre Kuala Terengganu nak ke Marang pun dalam 20 minit ja. So kalau ampa mai Terengganu pastu tetiba rasa nak pi pulau boleh sangat lah. Bawa KFC berkelah pun best. Pi pagi balik petang.
4. Tapi kali ni kami stay overnight sebab nk bagi baby main pasir and mandi berjemur lama sikit. Pantai bersih, landai ke tengah, tak takut nak mandi dengan baby.
5. Dan sekarang ni the best season untuk cuti-cuti pulau Terenganu.
Kami walk in ja. Sampai jeti terus ke counter resort/ boat. Sebab dah biasa dengan servis yang sama, kami terus walk in kaunter “CHALET MAKCIK GEMOK” hujung sekali. Kaunter ni provide boat service dan chalet OMBAK KAPAS (tempat Mat Dan mat salleh tu la).
Boat paling awal 9 am. Kami pi lewat sikit 12 pm kali ni sebab nak overnight so tak kalut. RM40/adult untuk return boat. Baby below 3 free (ikut size baby la kot). Ada package sekali snorkeling just tambah RM10 dari harga boat. Tapi kami tak ambil sebab tak mahu snorkeling tak ada orang jaga baby. Focus nak main pasir and mandi air yang macam maldives tu ja.
Chalet harga 100-200 per night. (Full board packge 1 night RM170/pax include return boat, snorkelling, island hopping, chalet, meal 3x)
Kami tak ambil jugak package. Ambil bilik ja. Siap bawak bekal maggi, etc untuk mak mak. Lagi pun tak risau, OMBAK KAPAS CAFE ada. Makanan sedap, view superb! Breakfast pun sini, lunch pun sini, dinner pun sini.
Bawa cash banyak sikit sebab ada anak kecik ni ampa kena lupakan lah hasrat pecutian budget tak masuk akal bawah 100 untuk 2 hari. GERAI BURGER pun ada depan cafe ni dah lah burger sedap! Harga RM10 pun kami repeat 3 kali beli.
Pulau kapas ni cantik, instagram-able, bersih, dan yg paling penting complete semua aktiviti percutian pulau boleh buat kat sini. Umar nak sangat lah naik canoe tapi malang skali tak dak infant life jacket, mommy pun tak bawak sebab impromptu trip.
Kami tak hiking Bukit Singa sebab bawak baby. Tak pi snorkelling sebab tak dak infant life jacket. Memang focus lepak, makan tepi pantai, main pasir, mandi laut, layan baby kecik kami ni main puas-puas and memang happy sungguh la. Malam lepas dinner tu night walk tepi laut, dengar live band, tengok orang main api, pukull 10 dah tidur anak-anak kecil kami.
Memang betul relaxing. Yang penting anak-anak happy. Memang betul percutian anak-anak. Mak tumpang ja.
Ok, the rest biarlah gambar berbicara.
P/S: Jangan lupa bawa sunblock & alovera gel. Sapu alovera gel tu kat kulit baby right after berjemur panas tu, In Shaa Allah kulit tak burn mengelupas.
Owh ya, jangan lupa bawak INSECT REPELLENT. Nyamuk gigit gatai!
Berpeluang mengikuti trip bersama sekumpulan media Malaysia antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Rombongan kami dibawa khas ke Korea Selatan oleh organisasi pelancongan Korea dan Wilayah Gangwon untuk merasai sendiri pengalaman ketika musim sejuk dan menyaksikan beberapa acara sukan musim sejuk percubaan yang sebelum ini kami tidak pernah merasainya.
Beberapa acara sukan musim sejuk percubaan telah berlangsung seperti ‘Snowboard’ yang diadakan di Bokwang Snow Park, ‘Figure Skating’ di Gangneung Ice Arena dan ‘Ski Jump’ di Alpensia Ski Jump untuk menghadapi Sukan Olimpik musim sejuk 2018 yang bakal berlangsung di PyeongChang nanti. Tidak dinafikan PyeongChang telah bersedia untuk menerima kunjungan pelancong dan warga sukan musim sejuk.
Banyak hotel dan resort yang menarik antaranya seperti Samcheok Sol Beach, Phoenix Park, Atrium PyeongChang, Alpensia, Yongpyong telah bersedia menerima pelancong dan pengunjung pada masa ini mahu pun ketika Sukan Olimpik musim sejuk itu nanti.
Kami juga diberi peluang untuk melawat pusat Sukan Olimpik musim sejuk 2018 yang juga dinamakan Rumah PyeongChang dan terletak di Green-city Convention Center. Kami telah diberi penerangan berkenaan persiapan temasya itu nanti. Banyak pengalaman dan pengetahuan tentang sukan musim sejuk yang dapat dipelajari ketika berada di Rumah PyeongChang.
Selain dari tarikan musim salji di PyeongChang banyak lagi tempat menarik yang harus dikunjungi. Memandangkan Korea popular dengan Kpop dan drama yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia, kami berpeluang ke lokasi drama yang sangat popular pada 2016 iaitu Goblin.
Salah satu adegan pasangan dalam watak drama telah bergambar di situ. Walaupun sekadar batu pemisah air ombak untuk menjaga tebing pantai namun lokasi itu telah menjadi terkenal dan dikunjungi ramai pelancong dalam serta luar negara. Lebih-lebih lagi bagi yang sedang bercinta untuk bergambar di tepi pantai yang terletak di daerah Jumunjin ini.
Belajar perkara baharu
Satu lagi keunikan yang harus dilawati jika berkunjung ke sini ialah pasar ikan Jumunjin. Pelbagai hidupan laut yang tidak terdapat di negara kita dapat dilihat. Antara yang paling banyak dan popular di sini adalah ketam merah. Pasar ini telah dibuka pada tahun 1936 terletak di Gangneung bersebelah dengan pelabuhan Jumunjin. Di kawasan ini juga terdapat pasar makanan laut yang terbesar di pantai timur Korea.
Bagi peminat kopi, ‘Anmok Coffee Street’ di pesisiran pantai Anmok di Gangneung menjanjikan kopi yang menarik dengan keunikan deretan kedai kopi. Di samping itu kami berpeluang untuk melihat sendiri proses pembuatan biskut beras yang menjadi antara makanan tradisional Korea di ‘Galgol Hangwa Village’.
Perkampungan ini dipertanggungjawabkan untuk mengawal dan menjaga makanan tradisi ini untuk dikeluarkan.
Kali ini menu makan malam kami telah dihidangkan dengan ketam merah dan nasi goreng ketam yang amat menarik dan sedap.
Bagi pengunjung beragama Islam tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan makanan yang halal kerana di sana banyak restoran yang menyajikan makanan laut sahaja.
Pada hari berikutnya kami dibawa ke lokasi penggambaran drama yang popular iaitu kisah kehidupan sebenar “Saimdang, Memoirs of Colors”. Lokasi seperti Ojukheon dan Seongyojang tidak asing lagi bagi tarikan pelancong kerana lokasi ini menyimpan pelbagai sejarah Korea dan keunikan rumah tradisional Korea.
Rumah Ojukheon dibina dan diberi nama kerana ia dikelilingi pokok buluh hitam dan merupakan tempat tinggal Sinsaimdang dari tahun 1504 hingga 1551 dan tempat lahir anaknya Yulgok seorang ahli politik di zaman pemerintahan Raja ke-11 iaitu Raja Joseon. Rumah Ojukheon ini juga adalah rumah kayu tertua yang masih kekal di Korea.
Perjalanan menjejak PyeongChang diteruskan dengan rombongan kami dibawa ke Phoenix Ski Resort. Sebelum bermalam di situ kami diberi peluang untuk menyaksikan acara sukan ‘Snow Board’.
Ini pengalaman yang sungguh menakjubkan kerana dapat melihat sendiri di depan mata. Sebelum ini hanya melihat di kaca televisyen sahaja. Setelah tamat acara ‘Snow Board’ itu barulah kami di bawa mendaftar masuk ke Phoenix Ski Resort.
Pada sebelah malam kami di jemput untuk menghadiri Malam Gala PyeongChang Tourism Night yang dianjurkan oleh organisasi pelancongan Korea yang dihadiri oleh tetamu kenamaan seperti Presiden Organisasi Pelancongan Korea, Jeong Chang Soo, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik musim sejuk 2018, Lee Hee Beom, Datuk Bandar PyeongChang, Sim Jae Wook dan ramai lagi.
Malam yang sungguh gilang-gemilang dengan persembahan tradisional Korea juga disaksikan pihak media dari 15 buah negara lain iaitu Jerman, UK, Austria, Australia, Rusia, US, Jepun, Filipina, Indonesia, Malaysia dan lain-lain.
Selami budaya masyarakat Korea
Hari berikutnya kami diberi peluang untuk melihat dengan lebih dekat lagi gelanggang acara ‘ski jump’ di Alpensia.
Pengalaman manis ini tidak dapat dilupakan kerana kami dibawa naik ke menara yang paling tinggi sekali untuk melihat pemandangan yang indah saujana mata memandang. Alpensia ski jump ini dibina pada tahun 2008 yang boleh menempatkan seramai 13,500 penonton dan menjadi simbol Sukan Olimpik musim sejuk 2018 PyeongChang.
Selepas itu kami dibawa ke satu tempat yang amat menarik dengan menaiki kereta kabel yang mengambil masa 20 minit untuk sampai ke puncak Yongpyong Resort.
Yongpyong Resort antara ski resort terawal dibina pada tahun 1975 dan telah banyak menyumbang kepada industri sukan musim sejuk di Korea. Di sini juga ia akan menjadi salah satu gelanggang pada temasya Sukan Olimpik dan Paralimpik musim sejuk tahun hadapan..
Selain dari lokasi menarik untuk bermain ski, Yongpyong Resort ini juga menjadi salah satu lokasi penggambaran drama yang terkenal, ‘Guardian:The Lonely and Great God’ dan ‘Winter Sonata’ suatu masa dahulu.
Kesinambungan acara pada sebelah malamnya itu, pihak pelancongan Wilayah Gangwon menganjurkan pesta K-Drama di PyeongChang, Yongpyong Dome. Di situ lagu-lagu soundtrack drama dalam konsert yang menampilkan artis k-pop seperti EXO-CBX, BTB, Kim Bum-soo, Lyn, Gummy dan Lee-teuk dari Super Junior selaku pengacara majlis.
Acara sebelah malam itu kami dapat melihat fanatiknya peminat artis k-pop ini hingga tidak menghiraukan pengawal keselamatan yang memberi arahan. Persembahan yang memukau dan menarik membuat peminatnya begitu taksub sekali.
Pada keesokan hari perasaan teruja berterusan apabila kami diberitahu akan ke ‘Sky Ranch’ antara salah satu tempat yang menarik di PyeongChang. Setibanya kami di situ satu perkhabaran kurang menarik kami terima iaitu cuaca yang amat sejuk apabila sampai ke atas bukit Sky Ranch nanti.
Walau bagaimanapun kami tetap ingin mencuba pengalaman ini. Kami hanya meluangkan masa lebih kurang 10 hingga 15 minit sahaja di situ kerana tidak tahan dengan cuaca yang amat sejuk hingga ke tulang dan angin kencang pada suhu lebih kurang negatif 7 darjah celcius. Sungguh cantik pemandangan dan keindahan di Sky Ranch.
Pada mulanya Sky Ranch adalah ladang lembu Korea yang menempatkan 400 ekor lembu. Kini ia menjadi salah satu tempat tarikan pelancong yang datang ke PyeongChang.
Namun Sky Ranch lebih menarik dikunjungi ketika musim panas. Selepas pengalaman sejuk di Sky Ranch kami terus dibawa ke perkampungan Uiyaji yang terkenal dengan pembuatan keju di PyeongChang. Kami berpeluang merasai pengalaman proses pembuatan keju.
Pengalaman menyeronokkan
Sebelum meninggalkan PyeongChang dan menuju ke Seoul, hari- hari terakhir kami di Korea, kami diberi peluang untuk menjamu selera ketika makan tengah hari dengan menu makanan Korea ‘Bibimbap’ iaitu masakan berunsurkan nasi di campur dengan sayur-sayuran serta digaul bersama dengan sos cili sebagai penambah rasa. Selain dari kimchi orang Korea juga sangat menggemari makanan ini.
Perjalanan menuju ke Seoul yang mengambil masa selama tiga jam tidak disia-siakan dengan rehat dan tidur secukupnya di dalam bas. Setiba kami di Ibis Hotel,Myeongdong, Seoul acara bebas dan membeli-belah.
Ini kerana di PyeongChang kami langsung tidak dapat berbuat demikian kerana kepadatan program yang telah dirancang. Hari terakhir kami di Korea diakhiri dengan sesi lawatan ke ‘K-Style Hub’ atau pusat penerangan pelancong di Seoul yang amat infomatif dan interaktif. Kami sungguh teruja dengan kecanggihan pusat ini dengan pelbagai kemudahan seperti surau yang disediakan untuk umat Islam bersolat.
Tidak puas rasanya diberi lebih kurang dua jam di situ namun apakan daya masa mencemburui kami kerana terpaksa bertolak ke Lapangan Terbang Incheon untuk pulang ke Malaysia.
Sebagai pengakhir bicara pengalaman di PyeongChang ini tidak akan saya lupakan sepanjang hayat kerana ia memberi suasana percutian yang pelbagai. Saya sarankan anda datang dan merasai sendiri keunikan percutian di PyeongChang pada bila-bila masa. My Group My Group…Kamsahamnida…jumpa lagi.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau merancang bercuti ke Romania, jangan hanya fikirkan Dracula, istana lama atau pemandangan Transylvania semata-mata. Ada satu lokasi unik yang patut masuk dalam senarai,...