Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, ramai yang memilih negeri di pantai timur untuk bercuti terutamanya di kawasan pulau yang cantik. Tahap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 yang tinggi dalam kalangan pengusaha resort di pulau peranginan di Terengganu memberi keyakinan kepada pelancong untuk memilih pulau di negeri ini sebagai destinasi percutian.
Pulau Redang antaranya terkenal dengan pantai yang berpasir putih dengan pemandangan air laut yang membiru. Pulau Redang merupakan antara pulau pilihan terbaik untuk pelancong yang inginkan pengalaman percutian di pulau tropika. Bagaimanapun, biar hanya sekejap dapat bercuti di Terengganu, anda pasti jatuh cinta dengan keramahan penduduk dan terpukau dengan keindahan negeri keropok lekor ini.
Ini perkongsian daripada FB Nasi Lemak Serembanyang sempat berkongsi dengan Majalah LIBUR tripnya ke Terengganu selepas 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke sini. Paling menarik, walaupun hanya dua hari tempoh percutiannya, namun terisi dengan pelbagai aktiviti menarik. Jom baca!
10 tahun yang lalu adalah kali terakhir aku melawat pulau yang cukup Indah dan damai bagiku. Setelah 10 tahun itu jugalah hatiku membuak-buak untuk mengunjunginya kembali walaupun kali ini tiada teman-teman yang menemaniku.
Hari Pertama
Ads
Perjalanan sekitar 7jam dari Bandaraya Seremban dengan menaiki bas persiaran dengan harga tiket RM50.60 sehala aku dan anak buahku Fadly menuju ke pulau yang sinonim dengan penyu itu. Perjalanan kami bermula lebih kurang jam 9.30 malam dari Terminal One Seremban dan sekitar jam 4.30 pagi bas yang kami naiki tiba di Terminal Bas Kuala Terengganu.
Setiba disana kami terpaksa menunggu sehingga jam 6.00 pagi untuk kami menaiki mybass menuju ke Jeti Merang dengan harga cuma RM5.80 seorang, kami hanya mengambil pakej “Daytrip” sahaja untuk menikmati keindahan flora dan fauna yang ada di sekitar Pulau Redang tersebut. Pakej yang dikenakan kepada kami adalah sebanyak RM120 seorang ianya termasuk trip ke 5 buah pulau dan makan tengah hari juga disediakan oleh mereka. Aku memang suka dengan keindahan Laut yang terbentang luas, bagiku dengan melihat keindahan alam tersebut dapat melupakan segala masalah yang ada padaku.
Hampir seharian kami meronda di sekitar Pulau Redang cukup puas aku rasakan dari jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang kami dibawa berjalan sekitar pulau tersebut kami turut bermain dengan penyu yang cukup sinonim dengan Negeri Terengganu itu. Setelah sampai di Jeti Merang kembali kami bergegas bersiap menukar pakaian untuk mendapatkan bas terakhir ke Kuala Terengganu kembali dan akhirnya kami sempat mendapatkan Mybass terakhir menuju ke Kuala Terengganu yang memakan masa lebih kurang satu jam perjalanan.
Ads
Kami tiba di Kuala Terengganu sekitar jam 6.30 petang dan kami terus menuju ke Arena Boutique Hotel yang terletak tidak jauh dari Terminal Bas Kuala Terengganu, kami menyewa hotel tersebut dengan harga RM140.00 untuk 1 malam hotel tersebut sangat selesa dan luas berbaloilah untuk kami berdua menginap. Selepas check in aku pun berjalan disekitar hotel tersebut dan kebetulan disana terdapat “street food bazar” ala-ala pasar malam tapi terletak ditengah bandar Kuala Terengganu, selesai makan kami pulang ke hotel dan terus berehat sehingga esok pagi.
Hari Kedua
Seawal pagi kami dah bersiap, destinasi kami pagi kedua adalah ke Jambatan Angkat Kuala Terengganu dan tujuan utama adalah banyak untuk bergambar kenang-kenangan kami kesana hanya menaiki “grab” dengan tambang hanya RM6.00 bak kata orang alang-alang dah sampai kenapa tidak bergambar. Selesai di Jambatan Angkat Kuala Terengganu kami terus ke Kedai Pasar Payang untuk membeli sedikit oleh-oleh untuk dibawa pulang, disana kami hanya membeli sedikit keropok lekor dan keropok ikan tamban yang sedap dan segar. Kemudian kami terus pulang ke hotel dengan berjalan kaki sahaja kerana jaraknya tidaklah terlalu jauh sekitar 10 minit berjalan kaki.
Selepas “check out” kami meninggalkan barang-barang kami di lobi hotel kerana kami telah “deal” dengan petugas hotel tersebut untuk menumpangkan barang kami sehingga malam kerana bas kami pulang ke Seremban pada waktu malam. Kami terus makan tengahari di sekitar terminal bas, selesai makan kami menaiki bas C02 (bentuk rumah Terengganu) dengan tiket berharga RM1.00 seorang kami menuju ke Masjid Kristal bergambar sambil membuang waktu disana. Kami juga turut melawat Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu disana terdapat pelbagai mini masjid yg terdapat di dunia antaranya Masjid Negara Malaysia, Taj Mahal India dan banyak lagi dengan bayaran tiket RM20.00 seorang. Setelah penat berjalan kami pulang semula ke hotel dan bersiap untuk pulang ke Seremban kembali.
Ads
Kos Perbelanjaan
Bas 2 hala RM50.60 x 2 orang x 2 hala = RM202.40
Bas ke Jeti Merang RM5.80 x 2 orang x 2 hala = RM23.20
Grab RM12.00
Hotel 1 malam = RM140.00
Pakej Pulau RM120.00 x 2 orang = RM240.00
Jumlah = RM617.60 (tidak termasuk makan dan shopping)
Sekian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Gunung, lembah dan tasik yang ada di Pakistan boleh dikatakan sebagai syurga dunia. Bandar yang wujud di tengah pergunungan pasti akan mengujakan setiap orang yang menjejak kaki ke sana.
Berkesempatan bercuti ke Pakistan pada June yang lalu membuatkan Norzaini Rohaizan Zainudin ingin berkongsi tentang keindahan negara Pakistan yang mungkin ramai tidak mengetahuinya.
Trip selama 12 hari itu tidak sehari pun membosankan percutian solonya ke negara keenam yang mempunyai penduduk teramai di dunia.
Ikuti perkongsiannya:
Cantiknya Pakistan 10-21 June 2022
Alhamdulillah dapat juga ke negara Pakistan. Lama aku berniat nak ke Pakistan. Aku suka kan pemandangan gunung-gunung, view yang luas tanpa bangunan pencakar langit, kampung-kampung yang sangat sederhana. Syahdu ya perasaan dapat tengok tempat macam tu.. happy dan syukur. Dulu aku sanggup ya pergi hiking ke Annapurna base camp (ABC) di Nepal sebab kan nak tengok view tu depan mata. Walaupon bukanlah seorang yang fit, tapi gigih aku training 4 bulan untuk ke sana. Tapi ke Pakistan ini sangat last minit.
Terima kasih kawan-kawan yang aku dah dm tanya-tanya pasal Pakistan. Sangat membantu dan juga membuatkan aku percepatkan trip aku hehe..sis sejenis tak sabar!!
Ok meh aku nak share sikit pasal Pakistan. Siapa yang suka kan view, scenery, landscape.. silalah ke Pakistan. MasyaAllah cantik ya. Lawaaaaaaa sangat!!!… Sepanjang 12 hari di Pakistan, tiada satu hari pon yang membosankan aku.
Ni itinerary pendek je:
Day 1: Arrive Lahore
Day 2: Lahore to Naran (ko akan nampak landscape berubah dari kesibukan kota ke kawasan pergunungan..ishhh sis love )
Day 3: Naran to Skardu (sampai Skardu sila tutup mulut, sebab korang akan tergamam dan ternganga dengan keindahan alam ciptaan tuhan )
Day 4 & 5: Explore Skardu (air terjun, gurun, gunung semua ada)
Day 8: Hunza to Fairy Meadows (sini merasa la korang naik jeep di jalan yang dikenali sebagai “the most dangerous jeep road”, sila tawakal dan berdoa banyak-banyak. Insyaallah selamat)
Day 9: Explore Fairy Meadows (negeri atas awan..disini korang disajikan dengan view Nanga Parbat yang kadang-kadang malu nak munculkan dirinya)
Day 10: Fairy Meadows to Naran
Day 11: Naran to Lahore
Day 12: Explore Lahore and fly back to Kl at night
Apa yang korang akan bawa balik? Kenangan terindah la wehh.. sangat indah sampai aku belum boleh move on lagi dari Pakistan #posttravelsyndrome
Aku nak tulis secara details akan jadi panjang sangat. Aku ada buat travel video ala-ala daily vlog dekat youtube. So kalau korang nak tengok view and tempat-tempat yang aku pergi, korang boleh search YouTube channel aku “ZainiRohaizan”. Ada 6 episod semuanya. Or korang boleh tekan link bawah ni jelah. Kalau bermanfaat korang sedekah la sikit subscribe, komen, like. TQ in advance
Trip aku memang awesome sangat. Walaupon aku masa tu solo je. Aku join dengan satu family ni, dorang best giler sporting habis. And with the best guide ever (bodek sikit haha) lagilah awesome and smooth je. My trip jadi sangat best, santai, harmoni, happy dan juga berilmu. Gituuu..
Oklah, enjoy gambar-gambar aku di sana. Ada soalan boleh tanya je. Insyaallah aku jawab. Feel free to share this post. TQ
Thanks to my most awesome amazing guide who make sure our trip smooth and beautiful Osama Shahid Bangash
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sepanjang pendakian juga, menurut Raffifi ada dua Gunung yang mempunyai nilai sentimental terhadap hubungan mereka berdua.
“Gunung yang memberi nilai sentimental kepada kami berdua ialah Gunung Tahan, Pahang dan Gunung Kinabalu, Sabah.
“Walaupun mendaki itu penat, namun kepenatan itu hilang apabila dapat sampai ke puncak dan menikmati pemandangan indah dari puncak bersama-sama,” katanya lagi.
Turut memberitau pengalaman pahit apabila isteri selalu terpijak lumpur ketika ‘on track’ disebabkan kakinya yang tak sampai kerana saiz badan tidak terlalu tinggi.
Tambahnya lagi setelah beberapa bulan mendaki dan kenal hati budi masing-masing, setelah mélamar setahun yang lalu akhirnya mereka disatukan pada 20 Disember yang lalu.
Dengan sekali lafaz, Raffidi kini sudah sah bergelar suami kepada pasangannya, Nik Zuraida Nik Mustafa.
Dia juga turut menambah setelah bergelar suami isteri mereka turut memasang impian tersendiri apabila berhasrat untuk menawan Annapurna Base Camp, Nepal apabila masalah Covid-19 sudah selesai nanti.
Semuanya secara kebetulan. Lastminuteplanning. Penat bekerja membuatkan kami merancang untuk bercuti melepaskan lelah dan tekanan.
Puas memikirkan ke mana harus pergi. Tidak lama, tidak jauh tetapi best dan dapat meninggalkan momen terindah. Lalu tiba-tiba nama Lombok keluar dari mulut kami.
Ya. Kami sepakat untuk pergi destinasi yang awalnya amat terkenal di bibir rakyat Malaysia kisah anak-anak gadis yang lari ikut teman lelaki ke Lombok. Kami ketawa. Ah, biarlah apa pun pandangan dan anggapan segelintir masyarakat, tetapi sudah banyak kami lihat dan dengar kisah percutian di Lombok yang amat indah.
Kami tidak sabar ingin sendiri menikmati indahnya daerahnya yang memiliki pantai-pantai yang indah. Gunung-ganang dan sawah padi yang menghijau. Lalu semuanya kami rancang begitu pantas.
Booking tiket kapalterbang, booking hotel penginapan dan kami terbang, sehari selepas merancang semuanya ini. Bertolak hari Jumaat dan kami pulang hari Selasa minggu hadapannya.
5 hari 4 malam kami amat berharap yang menanti di Lombok nanti segala yang indah. Menaiki flight awal pagi dan mendarat selepas empat jam di udara. Waktu sampai sudah tengahari.
Transport dari hotel sudah sedia menanti. Kami dibawa ke Senggigi. Perjalanan yang terasa jauh kerana melayan perut yang menjerit-jerit kelaparan. Hampir setengah jam perjalanan, kami berhenti di sebuah rumah makan.
Ikan Bakar hidangan paling popular di sini dan itu juga menjadi santapan pertama kami di bumi Lombok. Sambil menanti ikan segar yang kami pilih siap dibakar, saya berjalan ke bahagian dalam restoran. Lalu melangkah hingga ke belakang.. Ada pantai rupanya.
Dan seketika mata terpukau kala melihat hamparan pantai putih bersih dan lautan membiru segar di pancar sinar mentari. Ya Allah, indahnya bumi ciptaanMu. Seketika kami terlupa perut yang menjerit minta di isi. Kami mula leka berjaya ke tepi pantai. Memijak pasir yang halus dan merakam gambar-gambar yang indah.
Langit dan laut bagai bercantum dalam warna biru. Sehingga pekerja restoran memanggil kami untuk menikmati hidangan yang sudah tersedia. Katanya takut ikannya sejuk nanti tidak sedap.
Ya kami ketawa kerana ternyata karektor Lombok membuatkan kami terlupa tujuan utama berhenti adalah untuk makan. Selesai makan, kami terus ke hotel. Sekali lagi ketika membuka beranda hotel, kami terdiam. Oh tuhan.. hamparan pantai dan laut membiru terus membuat segala rasa penat perjalanan.
Mata yang tadinya mahu tidur, terus segar bugar. Tidak sabar untuk memijak pasir yang putih. Selepas berehat, hari itu kami habiskan masa di kawasan hotel sahaja. Asyik melayan ombak dan menanti sunset.
Lombok Pulau Seribu Masjid
Ramai yang tidak menyedari Pulau Lombok merupakan destinasi percutian yang semakin popular sekarang ini. Semasa kunjungan saya baru-baru ini saya berjumpa dengan ramai rakyat Malaysia yang bercuti ke Lombok.
Untuk makluman, tahun lepas Lombok mendapat anugerah Destinasi Percutian Halal terbaik di dunia dan juga Destinasi Berbulan Madu (Honeymoon) No.1.
Pulau Lombok terletak di Nusa Tenggara Barat Indonesia atau berhampiran dengan Pulau Bali. Berbeza dengan Pulau Bali yang sarat dengan imej Hindu, Pulau Lombok pula majoriti penduduknya beragama Islam.
Jadi tiada masalah untuk mendapatkan makanan halal di sini. Pulau Lombok juga dikenali sebagai Pulau Seribu Masjid. Ini kerana terdapat banyak masjid di pulau ini.
Kita boleh melihat begitu banyak masjid-masjid di sepanjang perjalanan dengan bas semasa program lawatan kita di Lombok. Dan yang bestnya lalulintas di sini juga tidak sibuk dan tiada masalah kesesakan lalu lintas.
Untuk ke Pulau Lombok, kita boleh menaiki Pesawat Airasia yang berlepas dari KLIA2 ke Lombok. Tempoh perjalanan pula ialah 3 jam 10 minit, menunjukkan lokasinya yang agak jauh sedikit berbanding dengan Medan atau Padang di Indonesia.
Lapangan terbangnya pula besar dan bertaraf International. Waktu di Lombok juga sama dengan waktu di Malaysia dan bukan lewat 1 jam seperti di kawasan lain Indonesia.
Kampong Tradisional Masyarakat Sasak Ende
Destinasi awal yang dikunjungi ialah di Perkampungan Tradisional Masyarakat Sasak Ende iaitu masyarakat pribumi Lombok. Kampong tradisional ini sengaja dikekalkan sebagai salah satu tarikan pelancongan oleh pihak berwajib.
Apa istimewanya kampung ini? Sebenarnya binaan rumah masyarakat kampung ini, lantainya diperbuat dari najis lembu dicampur dengan tanah liat.
Pertama kali mendengarnya dari tourguide, bunyinya macam pelik. Saya seperti tertanya-tanya, boleh ke? Macam mana dari segi kebersihan ? Nak solat macam mana? Dikatakan ketika simen belum ada lagi, mereka menggunakan najis lembu menggantikan simen.
Ketika pertama kali meninjau keadaan dalam rumah kelihatannya lantai rumah nampak bersih dan tidak berbau. Atap rumah diperbuat dari sejenis daun seperti lalang dan boleh tahan untuk tempoh 2 tahun sebelum diganti baru.
Tenunan Lombok
Kami dibawa di kawasan industri kampung iaitu tenunan kain Lombok. Nama kampung saya tak ingat. Lombok memang terkenal dengan tenunan kain dan songket.
Di dalam kampung berkenaan saya lihat seperti ada banyak rumah yang menjalankan aktiviti tenunan kain, cuma kami hanya melawat satu rumah sahaja. Tahukah kita untuk menghasilkan kain tenunan songket Lombok mengambil masa antara 2 bulan hingga 4 bulan bergantung kepada jenis tenunan.
Dan apabila siap ianya dijual antara Rp100 ribu keatas (RM30+). Saya rasa tak sampai hati pula untuk meminta diskaun apabila membeli kain tenunan songket buatan Lombok ini, bila mengenangkan kesusahan dan lamanya proses menghasilkannya.
Pantai Lombok
Sememangnya saya akui permandangan kawasan pantai di Pulau Lombok amat cantik dan indah sekali. Kedudukan laluan jalan raya di sepanjang pantai kebanyakkannya di kawasan atas bukit menyebabkan ianya dilihat cukup indah dan mengasyikkan. SubhanaAllah ! Begitu indah sekali alam ciptaan Tuhan..
Kawasan Sengigi
Kami menginap di hotel Puri Sengigi di kawasan tepian pantai Sengigi. Kawasan ini sememangnya nampak happening kerana banyak deretan resort atau hotel penginapan untuk pengunjung. Bukan setakat resort dan hotel di kawasan Sengigi ini juga banyak restoran, cafe, kedai yang sedia menanti kunjungan pelanggan asing. Nampak jelas pihak berwajib fokus membangunkan industri pelancongannya.
Gili Trawangan
Perjalanan dengan bot hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja. Apabila sampai di Gili Trawungan terasa macam berada di Hawaii. Ramainya pengunjung asing (Mat Saleh) kat sini.
Kami harus menaiki bot untuk ke Gili Trawungan. Perjalanan dengan bot hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja.
Aktiviti pertama yang kami lakukan di sini ialah menaiki bot kaca mengelilingi pulau-pulau kecil di kawasan ini untuk melihat Terumbu Karang dan hidupan laut dari atas bot.
Kami lihat ramai juga pengunjung yang menjalankan aktiviti snorkeling. Saya tidak membawa baju mandi, jadi rasa ralat juga kerana tak dapat nak snorkeling. Saya dapat bayangkan seronoknya mereka melihat keindahan hidupan di dalam laut.
Dalam hati saya kata, tak pa insyaAllah ada umur saya akan datang ke sini sekali lagi Mac nanti. Sungguhpun kawasan sekeliling pantai seperti gaya kebaratan (ala Hawaii) Kereta Kuda keliling pulau pula dengan bayaran Rp200 ribu.
Satu kereta kuda boleh naik 3-4 orang pengunjung. Terasa macam suasana dalam filem Indonesia zaman Belanda pula. Ini kerana lorong laluan kuda di kawasan tepi pantai ini amat kecil, cukup sekadar membolehkan 2 buah kereta kuda berselisih.
Saya lihat terlalu banyak Kereta Kuda atau dipanggil Cidomo oleh orang sini. Di sepanjang laluan kami mengelilingi pulau, saya dapati terlalu banyak resort dan hotel baru dibina. Ada yang siap dengan kolam renang lagi.
Pasti mahal hotel atau resort di sini berbanding di pulau Lombok.
Menu Makanan Lombok
Menu sajian makanan Lombok memenuhi selera orang kita. Makanan Lombok kebanyakkan jenis kering dan tiada kuah. Ada nasi, sayur, lauk pauk sama macam Nasi Campur di tempat kita.
Ada kala mirip dengan Makanan masyarakat Sunda yang tiada kuah. Makanan yang popular di sini antaranya Ayam Taliwang.
Untuk yang ingin bercuti ke Lombok boleh ikut beberapa tips ini:
1. Penerbangan
Sediakan semua barang-barang yang perlu. Contohnya untuk aktiviti snorkling, berenang dan sebagainya. Jadi tidak perlu membeli di sana kerana ada barangan yang mahal. Sebaiknya rancanglah tarikh yang sesuai dan ambilah penerbangan yang menawarkan tambang paling murah.
2. Rancang Sendiri Aktiviti
Aktitivti DIY akan membawa anda ke tempat-tempat yang benar-benar menarik dan sesuai dengan apa yang kita mahukan. Contohnya untuk ke semua pantai dan tempat-tempat pergunungan sahaja. Jadi tidak perlu ke kawasan yang bukan interest kita.
3. Penginapan
Beberapa tempat di Lombok menjadi tempat favourite antaranya di kawasan Senggigi. Selain secara akses akan lebih dekat jika ingin menyeberang ke Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno, Senggigi menawarkan keramaian tempat makan dandan banyak spa dan salon. Waktu malamnya juga meriah dan terasa indah suasana pelancongan.
4. Transport dan Panduan Pelancongan
Lombok memang berbeda dari Bali. Lebih selesa juga dapat menyewa kereta. Walaupun sedikit mahal dari Bali tetapi kita boleh keliling Lombok dan pergi ke banyak pantai dan tempat yang Indah. Supir yang membawa juga akan memberi banyak informasi tempat-tempat menarik di Lombok.
5. Cermin Mata Hitam dan Topi
Tarikan Lombok adalah pantai-pantainya yang sangat indah dan eksotik. Mulai dari pantai Kuta,Tanjung Aan, Pantai Mawun, Pink Beach, Tanjung Ringgit, dan masih banyak lagi.
Efek panas pesisir pantai akan membuat kita terasa keperitan yang ketara. Pakailah cermin mata hitam, topi dan simpanan air mineral. Jangan lupa juga krim pelembab setelah terkena sinar matahari. Gel lidah buaya juga sesuai untuk “merendam” kulit kita setelah seharian tersengat matahari. Tips ini boleh digunakan untuk semua termasuk anak kecil dan pastikan tidak memiliki alergi terhadap lidah buaya.
6. Wang Tunai
Jika setibanya di Lombok, kamu persiapkan diri menyimpan wang tunai di dompet lebih banyak, ATM tidak terlalu banyak di beberapa spot wisata Lombok. Kira juga keperluan seperti sewa speedboat / sewa publicboat untuk ke Gili, beli jajan dan air mineral, bayar tiket masuk tempat pelancongan makan dan sebagainya.
7. Berpakaian Yang Sopan
Majoriti penduduk Lombok adalah suku Sasak yang beragama islam dan masih menjaga norma sosial dalam bermasyarakat. Walaupun Lombok menjadi salah satu destinasi pelancongan tetapi jika masuk ke kampung-kampung tidak manis berpakaian kurang sopan.
8. Hiburan Malam
Pilihlah Senggigi. Pusat bandar Lombok iaitu Mataram tidak terlalu ramai dengan kehadiran pelancong sekitar jam 8 malam. Jika ingin menikmati keindahan suasana malam, ada beberapa kafe di Senggigi seperti Alberto, Banana Tree Cafe, warung Paradiso atau di Taman Restoran yang boleh dinikmati oleh pelancong yang datang ke sana.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...