Seronok tengok orang kongsi gambar ‘travel’ di sosial media. Makin kreatif dan pelbagai gambar-gambar serta video yang diambil. Menjadi fenomena dan tren hari ini dalam kalangan kaki travel akan membawa gajet seperti dron. Katanya kepuasan lebih dapat jika mempunyai hasil foto atau video sudut gambar yang pelbagai.
Yela, mana tidaknya bukan kita selalu dapat datang kembali ke destinasi-destinasi pelancongan yang kita jejak itu kan? Ada betulnya juga. Tetapi sebelum membuat pertimbangan untuk membeli dron sebagai gajet untuk anda travel. Semak tip daripada iluminasiini terlebih dahulu.
Tujuan
Setiap orang pastinya mempunyai tujuan tertentu untuk membeli dron. Adakah anda mahu mengambil video atau gambar? Atau sekadar suka-suka? Adakah dron tersebut akan digunakan di luar (outdoor) atau dalam bangunan (indoor) sahaja? Bagi kegunaan dalam bangunan, dron bersaiz kecil sudah memadai manakala bagi kegunaan luar, dron bersaiz besar lebih digalakkan kerana perlu mengambil kira faktor lain seperti kelajuan angin dan ketahanannya.
Selain itu, ketahui tahap skil anda. Bagi dron asas, biasanya ia lebih mudah dikawal dan sesetengahnya membolehkan anda mengawal menggunakan telefon bimbit. Dron untuk pengguna baru biasanya lebih mudah dikawal dan tidak terlalu teknikal. Bagi dron yang lebih canggih, biasanya ia akan menggunakan alat kawalan jauh dan lebih sukar dikawal pada awalnya.
Jenis Kamera
Ads
Antara fungsi utama yang biasanya perlu dipertimbangkan adalah kualiti kamera. Adakah anda memerlukan kamera atau tidak? Sekiranya tidak memerlukan kamera, lebih baik dapatkan sahaja dron yang tidak didatangkan sekali dengan kamera kerana harganya jauh lebih murah berbanding yang mempunyai kamera. Selan itu, ada juga dron yang tidak mempunyai fungsi kamera terbina (built-in) tetapi mempunyai ruang khas untuk anda meletakkan kamera aksi (action camera) padanya.
Kualiti gambar kamera dron juga perlu diberi perhatian. Kamera dengan kualiti gambar dan video HD, harganya tentulah lebih mahal. Dron yang lebih mahal juga biasanya dilengkapi aksesori gimbal yang membolehkan anda mengambil gambar dan merakam video dalam keadaan stabil.
Jangka Hayat Tempoh Bateri
Ads
Selain kamera, ketahanan bateri adalah satu lagi perkara yang mesti diambil kira. ‘Flight time’ adalah istilah yang biasanya digunakan untuk membandingkan ketahanan bateri sesuatu dron. Dron yang lebih murah biasanya boleh terbang selama 7 minit atau kurang dengan sekali caj bateri. Dron yang lebih mahal dan bagus pula boleh terbang lebih lama, sekitar 20 minit atau lebih.
Bagi yang berkemampuan, anda juga boleh membeli bateri tambahan yang dijual secara berasingan. Walau bagaimanapun, anda perlu mengambil kira kos tambahan pembelian bateri tambahan tersebut. Belilah mengikut kegunaan anda.
GPS
Ads
Bagi pengguna biasa, fungsi GPS mungkin tidak diperlukan. Bagi pengguna lebih profesional, fungsi ini membolehkan anda mengetahui lokasi (coordinate) setiap gambar yang dirakam. Biasanya dron dengan GPS ini mempunyai beberapa mode yang lebih canggih, antaranya mode Return-to-home (RTH) dan mode Follow-Me.
Mode RTH adalah mode navigasi yang membantu anda kembali ke tempat asal sekiranya anda tersesat. Sementara itu, mode Follow-Me pula membolehkan dron anda mengikuti dan merakam video anda secara automatik tanpa kawalan anda ketika anda sedang melakukan aktiviti lasak seperti bersukan dan hiking.
Bajet
Kalau ikutkan nafsu, segalanya kita mahukan yang terbaik, daripada kualiti kamera, GPS sehinggalah kepada ketahanan bateri. Oleh itu, ketahui bajet anda. Berapakah anda sanggup melabur untuk sebuah dron? Berbaloikan membeli dron yang mahal sekiranya hanya membeli sekadar suka-suka dan bukan kerana minat?
Kalau nak dapatkan shot-shot menarik ketika percutian anda, tepuk dada tanya selera!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Beberapa bulan lagi tahun 2024 akan berakhir, pastinya ada lagi yang nak bercuti tapi belum tercapai disebabkan kurang bajet.
Biasanya bukan tak ada masa tetapi masalah utama sering timbul adalah mengenai kos perbelanjaan percutian yang tinggi.
Haaa… jangan risau, walaupun berada dalam golongan B40, anda masih boleh merancang perjalanan yang menyeronokkan.
Berikut adalah lima cara untuk mengumpul duit bagi percutian impian anda:
Pekerjaan tetap adalah langkah pertama untuk menjana pendapatan dan kestabilan hidup.
Pilih pekerjaan yang memberi kelonggaran untuk cuti dan tidak membebankan.
Gunakan gaji anda untuk membayar bil dan keperluan asas, manakala selebihnya boleh disimpan untuk percutian.
Pelaburan adalah cara yang berkesan untuk mengembangkan wang anda, maka carilah platform pelaburan yang rendah risiko dan mudah mendapatkan keuntungan.
Dengan cara ini, anda boleh mendapatkan pulangan yang baik tanpa perlu risau tentang risiko tinggi.
Salah satu cara termudah untuk menjana pendapatan tambahan adalah melalui program affiliate.
Anda boleh mempromosikan produk tertentu dan mendapatkan komisyen setiap kali seseorang membuat pembelian melalui pautan anda.
Ini adalah cara yang fleksibel dan boleh dilakukan secara dalam talian.
Menjual produk yang tidak memerlukan modal besar adalah pilihan bijak seperti menjual makanan tambahan atau produk kecantikan.
Pastikan produk tersebut berkualiti agar anda boleh mendapatkan keuntungan dan bonus yang menarik.
Satu cara mudah untuk berjimat adalah dengan membawa bekal ke tempat kerja.
Melalui cara ini anda dapat mengurangkan perbelanjaan makan di luar dengan merancang menu harian serta mengehadkan perbelanjaan untuk makan di luar.
Dengan sedikit perancangan dan usaha, anda boleh merealisasikan impian untuk bercuti tanpa perlu bimbang tentang kos yang berlebihan.
Tip perjalanan ini dikongsikan seorang TikToker, Amira Abdullah, yang sering bercuti ke luar negara menggunakan syarikat penerbangan Malaysia.
Walaupun kebanyakan tiket yang dibeli diperoleh pada harga murah, Amira menegaskan bahawa kita tetap perlu tahu cara berbelanja dengan bijak semasa dan sebelum melancong.
Ketika dihubungi mStar, wanita itu menekankan bahawa kita masih perlu menabung kerana kos berbelanja semasa perjalanan biasanya agak tinggi.
Semoga tip ini membantu anda merancang percutian luar negara yang mengasyikkan dan selamat bercuti!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
GoPro peranti video dan gambar lasak yang popular dikalangan pelancong. Ia menghasilkan video dan imej dengan efek wide-lens yang hebat. Mula diperkenalkan pada 2002, sehingga kini unggul menerajui pasaran kamera aksi. Sebanyak 5 model utama telah dihasilkan Woodman Labs Inc yang bertanggungjawab mencipta GoPro.
Terbaru, ialah GoPro Hero5 Black & Hero5 Session. Dua model ini mempunyai perbezaan walaupun diperkenalkan pada waktu masa yang sama.
Saiz
Saiz Hero5 Black sama seperti model terdahulu, namun tidak lagi memerlukan sarung / bekas bagi rakaman dalam air, manakala Hero5 Session lebih kecil dan berbentuk kiub.
Berat
Kelebihan ringan Hero5 Session sesuai untuk rakaman pemandangan udara menggunakan dron.Namun kedua -keduanya masih lagi ringan dan selesa dipasang pada mana-mana tempat.
Skrin sentuh
Hanya Hero5 Black dilengkapi kelebihan ini.
Kawalan Suara Kedua-dua model boleh dikawal menggunakan suara. Contohnya “GoPro mula merakam”. Boleh difahami GoPro dalam 7 bahasa berbeza.
Rakaman 4K Kedua-dua model mampu merakam resolusi 4K namun hanya Hero5 Black mampu merakam 4k 24fps secara wide/super-wide. Ia juga lebih banyak opsyen ketika dalam mod rakaman 2.7K dan 1440p.
Rakaman Gerak Perlahan Kesemua model boleh merakam video gerak perlahan, namun Hero5 Black mampu merakam hingga 240fps. Walau bagaimanapun, anda akan sekali lagi terhad kepada resolusi lebih rendah dan field of view yang lebih kecil, bergantung kepada kamera anda.
Gambar
Hero5 Black merakam gambar pada resolusi 12M manakala Hero5 Session pada resolusi 10M.
Gambar RAW + Audio Hanya Hero5 Black mampu merakam RAW fail. Ini terbaik bagi mereka yang kerap mengubahsuai gambar kerana fail ini memiliki sifat dinamik dan lebih berkualiti tinggi.
GPS Hanya Hero5 Black diberi talaan GPS.
Bateri Bagi anda yang gemar merakam pada masa lebih lama, Hero5 Black adalah pilihan terbaik. Anda boleh membeli bateri tambahan sekiranya kehabisan bateri. Hero5 Session pula hadir dengan bateri terbina dalam.
Harga Seberapa banyak harga anda mampu bayar pada kamera ini, itu yang akan memberi opsyen dan tetapan yang berbeza mengikut model.
Hero5 Black RM1900-RM2000 (anggaran)
Hero5 Session RM1390-RM1500 (anggaran)
Namun begitu, terdapat banyak alternatif lain untuk GoPro seperti Xiaomi, XJ400 dan lain-lain.
Bercuti ke pulau merupakan antara aktiviti percutian yang paling popular, apatah lagi percutian itu di dalam negara. Kita bertuah kerana mempunyai banyak pulau-pulau yang cantik!
Bila bercakap tentang percutian ke pulau pastinya kita akan terus terbayang dengan pelbagai aktiviti sukan air seperti aktiviti selaman snorkeling, main jet ski dan pelbagai water sport lain.
Itulah merupakan antara aktiviti wajib dilakukan bila kita bercuti ke pulau. Tak sah rasanya kalau pergi ke pulau tanpa melakukan apa-apa aktiviti berkaitan dengan air. Paling tidak pun bermandi-manda di pantai.
Untuk menyenangkan dan memberikan keselesaan pastinya pelbagai kelengkapan seperti hajet dan barang keperluan yang lain memmpunyai elemen atau sifat kalis air.
Pada masa sekarang sudah banyak jenama pengeluar telefon pintar memperkenalkan produk yang kali air. Sebagai contoh iPhone model-model terkini yang terbaru mempunyai tahap waterresistant yang baik. Begitu juga dengan beberapa telefon pintar Android yang lain seperti dari Samsung, Google Pixel, Huawei dan sebagainya.
Selain telefon pintar, jam GPS juga merupakan antara peranti yang sangat penting untuk kamu bawa. Ini terutamanya bagi penggemar aktiviti larian. Dalam keadaan cuaca tropika di mana bila-bila masa sahaja boleh hujan, kamu memerlukan jam GPS yang mempunyai ketahanan air yang baik. Malah, untuk aktiviti sukan air juga kamu tidak perlu membukanya dari tangan.
Ini yang paling penting sekali. Beg ini memang betul-betul kalis air. Terdapat pelbagai jenis saiz yang boleh kamu dapatkan di pasaran. Bila melakukan aktiviti snorkeling contohnya kamu pasti mahu beg yang boleh menyimpan pelbagai barang peribadi dengan baik dan mengelaknya terkena air.
Ia adalah antara keperluan yang bersifat optional. Jika tidak mahu kaki sentiasa basah, anda bolehlah dapatkan kasut kalis air. Aktiviti dalam air yang kadangkala mengambil masa yang lama boleh membuatkan jari kaki menjadi kecut. Ia juga boleh elakkan kaki cedera bila melakukan aktiviti di kawasan mempunyai terumbu karang.
Sambil bergembira mandi-manda boleh layan lagu-lagu favorite menerusi pembesar suara mudah alih ini! Antara produk terbaru yang kini mendapat tempat di hati penggemar aktiviti suka air ialah pembesar suara yang mempunyai connectionbluetooth atau Wi-Fi. Percayalah kewujudan muzik mampu menaikkan mood anda dan rakan-rakan yang ingin bergembira bersama-sama.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...