Sepasang kembar di India yang baru sahaja dilahirkan ketika penularan pandemik COVID-19. Uniknya bayi kembar tersebut dinamakan sebagai Corona (bayi perempuan) dan Covid (bayi lelaki) oleh ibu bapanya.
Bayi kembar berjantina lelaki dan perempuan itu telah dilahirkan ketika negara India sedang ‘Lokcdonw’ di Dr BR Ambedkar Memorial Hospital pada 27 Mac lalu. Nama Corona serta Covid itu dipilih oleh pasangan tersebut sebagai melambangkan kejayaan di atas kesulitan yang dihadapi.
Ads
Menurut si ibu yang dikenali sebagai Verma berkata, dua anaknya itu berjaya dilahirkan selepas berjaya mengharungi segala dugaan menyebabkan dia dan suami mengambil keputusan menamakan anak mereka dengan nama Corona dan Covid. Ia sebagai tanda kenangan yang tidak akan mereka lupakan berikutan kemunculan pandemik itu yang sudah menjangkiti ribuan manusia di dunia.
Ads
“Virus itu sememangnya berbahaya dan mengancam nyawa tetapi wabak tersebut telah berjaya membuatkan ramai orang sedar soal kuman, kebersihan serta berjaya menanam tabiat-tabiat baik yang lain. Disebabkan itulah, muncul idea untuk menamakan mereka (anak kembar) dengan nama ini,” kata wanita tersebut.
Ads
Bayi kembar berkenaan dilaporkan dilahirkan secara pembedahan dengan beberapa komplikasi. Bagaimanapun pasangan suami isteri itu memberitahu, mereka berkemungkinan menukar kembali nama anak itu nanti.
TEROWONG BIJIH LAMA SEDALAM 700M & SEPANJANG 322KM KESELURUHAN! TAK PERCAYA? Terowong terdalam adalah dilombong Myahterletak 700 meter ke bawah dasar perut bumi dan sedalam 23 tingkat, manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak diantara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter dan jarak keseluruhan hampir 322 kilometer apabila dijumlahkan pada setiap tingkat kedalaman. Perkara ini disahkan oleh petugas Muzium Sg.Lembing. Harus diingat, lombong ini telah pun diusahakan selama 98 tahun jadi tiada yang mustahil!
Sungai Lembing
Sungai Lembing terletak kira-kira 40 km dari Kuantan, Pahang Darul Makmur. Sungai ini merupakan cawangan kepada Sungai Pahang yang lebih besar. Kampung Kenau popular di sini dan terletak di tepi Sungai Kenau. Kawasan ini dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan Gunung Tapis (1512 m) di Utara dan Gunung Serudom (1055 m) di Selatannya. Dahulu dikenali sebagai El dorado of the east.
Lombong Sungai Lembing
Sungai Lembing pada 1920 – 1950 dahulu adalah bandar terkaya dengan pengeluaran Bijih Timah di Pahang. Ini adalah kerana Sungai Lembing merupakankawasan galian Bijih Timah yang terbesar di dunia pada tahun tersebut. Ia juga mempunyai kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam sehingga 1,400 ke 2,300 kaki (700meter) sehingga dikatakan terdalam jika dibandingkan dengan lombong-lombong Bijih Timah lain di Asia Tenggara.
Kawasan Sungai Lembing diterokai oleh pihak British pada Februari 1888 sebaik sahaja Almarhum Sultan Ahmad Muadzam Shah 1 bersetuju dengan cadangan sebuah syarikat bijih di London menubuhkan Pahang Corporation Limited. Kawasan seluas 2,500 ekar persegi itu dipajakkan bagi tempoh 100 tahundengan bayaran satu sen setahun.
Sungai Lembing merupakan bandar yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat bijih British iaitu Pahang Corporation Limited di Pahang. Kemudian pada tahun 1915 ia bertukar kepada Syarikat Pahang Consilolidated Company Limited (PCCL) dan pada tahun1984 ditukarkan kepada panggilan Pahang Investment Public Limited Company (PIPLC). Pekerjanya terdiri daripada Inggeris , Melayu dan Cina dan mereka bekerja mengikut syif.
Dalam tempoh seratus tahun lombong ini telah mengeluarkan lebih kurang 13 juta tan metrik bijih timah kasar yang boleh menghasilkan 150,000 tan metrik konsentrat timah dengan nilai sebanyak hampir USD2,000 juta. Aktiviti perlombongan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing khususnya dan kepada ekonomi amnya.
Salah satu pintu masuk terowong terus ke dalam 60m bawah tanah. Keadaan lembap dan sejuk di dalam.
Foto: blog-pahang.blogspot.my
Sejarah Lombong Sungai Lembing Terowong bawah tanah atau lebih dikenali sebagai ‘pangkang’ dikorek secara manual atau menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja-kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kajibumi terlebih dahulu mengkaji kedudukan longgokan bijih timah. Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti-aktiviti perlombongan akan terus beroperasi.
Terowong bawah tanah di Sungai Lembing tidak selamat dilawati memandangkan keadaannya yang telah lama ditinggalkan dan ditenggelami air. Waktu dahulu, pam air sentiasa dihidupkan bagi mengepam air keluar dari lubang terowong.
Ketika harga timah jatuh teruk pada 1985 dan lombong ini ditutup pada 1986,pada 1987 seramai 20 pelombong haram, melombong pada waktu malam dan memperoleh sekitar RM2000-RM3000 semalam. Hal ini mengakibatkan penggalian terowong baru yang tidak mengikut saiz ditetapkan dan berbahaya.
Dipercayai, sejumlah RM1 juta timah diperolehi. Sempena itu, satu terowong dinamakan “Lubang Sejuta @ Million Dollar Chamber”.RM1 juta pada 1986 adalah sangat besar, mungkin sekitar RM30 juta +- pada waktu sekarang.
Yang pasti, fakta² mengenai lombong bawah tanah ini memang hebat dan sukar dipercayai!
Cukup tenang melihat suasana homestay serba putih ini, The White Cottage yang dihias cantik dengan perabot satu warna.
Sesuai untuk anda rehatkan minda dari kesibukkan kota, tempat ini hanya 30 minit dari Kuala Lumpur.
Design aesthetic bertemakan putih memang cantik sangat. Ada ruang boleh memuatkan 100 orang di sini. Sesuai juga dijadikan space event.
Ruang masuk depan pintu pun cukup menenangkan bagi siapa sahaja yang memandang, dikepit dua pokok ketapang yang membantu menaikkan lagi seri rumahnya.
Owh ya, kat sini banyak juga aktiviti boleh buat. Jadi pasti tak bosan kalau anda bawa diri ke sini. Ini antara yang best:
1. Rileks mandi dalam private pool
2. Main celup-celup kaki kat sungai
3. Jungle tracking
4. Menaiki sampan transparent, romantik sangat
5. Berkelah
6. Berbasikal
7. Extreme ATV
8. BBQ
Apa yang menarik lagi, homestay ini dikelilingi oleh sungai, air terjun dan hutan hijau.
Untuk tempat tidur, ada 2 bilik dan 6 katil. Jadi sesuai untuk staycation kira boleh muat sekitar 8 orang. Lokasi di Malaysia tetapi feeling macam bercuti luar kota.
Ada laman dan beranda untuk andai santai-santai berehat dan ootd di situ. Cuba lihat suasana ini sahaja, pasti rasa cukup!
Ruang tamu dan dapur juga menggunakan konsep putih dan ala Inggeris.
Hah, apa lagi, cepat-cepat lah plan dan booking di sini. Baru best nak tenangkan emosi bersama kesayangan atau sahabat rapat. Terus tuju ke Rawang, okay!
Walaupun jaraknya mengambil masa lebih kurang 3-4 jam perjalanan, tapi ramai yang sanggup menempuh jarak perjalanan tersebut kerana waktu itu adalah peluang keemasan untuk menelusuri perjalanan hidup Buya Hamka.
Selain itu, boleh juga berjalan-jalan sekitar Tasik Maninjau yang terkenal dengan keindahan alam semula jadi yang tiada tolok bandingnya di tempat-tempat lain.
Tapi ada tak tempat menarik yang lain di Indonesia Barat itu? Jawapan dia sudah tentu ada! Ada banyak tempat menarik yang anda boleh buat apabila travel ke Padang.
Libur senaraikan 10 tempat menarik yang ada di sana. Nanti bolehlah anda susun atur itinerari anda untuk ke sana. Jadi, apa senarainya? Ini dia:
Anda boleh berkunjung ke Panti Padang atau lebih dikenali di kalangan orang tempatan sebagai TapLau (Tapi Lauik). Menurut info dari sana, Pantai Padang itu kini tidak lagi seperti dulu. Sekarang dah banyak pembangunan yang diusahakan oleh pentadbiran Padang untuk memajukan kawasan pelancongan tersebut. Jadi kawasan itu kini sudah selesa dan cantik. Sesuai la kalau anda nak datang jalan-jalan makan angin cuci mata di sana. Ada banyak bunga-bungaan yang kini menghiasi Pantai Padang itu. Lokasi ini juga berdekatan dengan Ramayana Plaza Andalas, shopping complex Padang dan Jambatan Siti Nurbaya. Di persisir pantai itu, ada banyak gerai jalanan untuk anda menikmati makanan tempatan di sana, daripada makanan ringan hingga makanan laut.
Tak lengkap gambar Instagram anda jika tidak singgah untuk berswafoto di sini. Lokasi ini adalah lokasi penarik yang ada di Padang kerana keindahan dan kecantikan lampu-lampu pada waktu malam yang ada di Jambatan Siti Nurbaya ini. Pada waktu malam, jambatan ini dihiasi dengan gemerlipan lampu-lampu dan sepanjang jambatan ini, anda boleh menikmati anuke juadah makanan tempatan yang ringan-ringan. Untuk anda ada dalam itinerari untuk ke sini, lokasi jambatan ini berdekatan dengan Pantai Padang dan Ramayana Plaza Andalas.
Satu lagi lokasi pantai di Padang. Pantainya yang memutih, landai dan dipenuhi pokok-pokok kelapa menambahkan rasa nyaman untuk anda bercuti melepaskan tekanan dan berhibur di sini. Jangan khuatir untuk berkunjung ke sini, fasilitis yang disediakan cukup lengkap untuk aktiviti seharian anda. Ada dataran untuk melepak, kedai makan, pondok-pondok kecil. Malah ada homestay untuk anda bermalam di sini dan anda boleh menyewa perahu/kayak untuk bermain bersiar-siar sekitar pantai. Pada waktu petang, anda boleh berjemur di bawah cahaya matahari sambil menyaksikan matahari terbenam di ufuk barat, berenang, santai-santai bersama partner in crime dan sebagainya.
Tak suka dengan cadangan awal yang Libur berikan tadi? Okay jangan risau, ada satu lagi pantai yang mungkin akan membuatkan anda tertarik untuk pergi iaitu Pantai Nirwana. Tempat ini, Libur cadangkan untuk anda yang sudah berkeluarga dan bercuti bersama isteri dan anak-anak kerana ombak di sini tidak terlalu besar untuk anak-anak anda mandi manda dengan seronok dan riang ria. Pantainya yang luas juga memberikan kepuasan berganda untuk mereka berlari-lari berkeliaran ke sana sini dengan bebas. Di waktu petang, ada peniaga yang akan menjual bakso dan mee ayam yang akan datang menghampiri anda untuk menjual makanan mereka. Kena cuba tau kerana rasanya sangat enak untuk dilepaskan begitu sahaja.
Pernah tengok cerita Si Tanggang atau Malin Kundang? Pada yang tidak tahu, cerita lagenda itu diadaptasikan dari kisah rakyat yang diceritakan turun temurun sebagai peringatan untuk kita menghormati ibu bapa kia walau apa pun yang terjadi. Satu pengajaran yang sangat penting Libur rasa. Jadi, untuk anda yang kebetulan ke Padang tu, boleh datang ke sini untuk melihat sendiri kawasan yang menjadi cerita lagenda tersebut. Lokasinya berdekatan dengan Pelabuhan Teluk Bayur dan mudah untuk anda ke sini kerana tanda arah diletakkan sepanjang jalan untuk memastikan anda tidak sesat ke mana-mana. Lokasi ini juga popular untuk mengambil gambar, jadi sediakan ruang simpanan yang besar dalam telefon bimbit anda ya. Turut terdapat di sini adalah penjaja cenderahati sekiranya anda ingin membawa buah tangan pulang ke tanah air.
Sayang rasanya kalau kita berkunjug ke suatu tempat semata-mata untuk berhibur dan bersuka ria saja kan? Jadi ini lokasi yang Libur cadangkan untuk anda singgah bagi mengenal serba sedikit mengenai sejarah Minang yang ada di Padang iaitu Muzium Adityawarman. Muzium ini tempat di mana mereka menyimpan dan memelihara khazanah, seni dan budaya Minangkabau, Mentawai dan Nusantara.
Nak buat aktiviti malam di Padang? Anda boleh datang ke Sitinjau Lauik untuk menyaksikan keindahan panorama matahari terbenam di ufuk barat. Selain itu, lokasi ini juga menjadi tempat di mana anda boleh menikmati keindahan malam Kota Padang dari atas bukit. Ada juga penjaja yang berniaga di sini dan anda boleh menikmati keasyikkan di sana sambil memesan secangkir kopi dan semangkuk mee rebus.
Lokasi ini dikenali sebagai pusat ukiran kraftangan dan tenunan songket Indonesia yang terletak di kaki bukit Gunung Singgalang, Tanah Datar. Di sini, anda boleh melihat kehidupan masyarakat pertanian tradisional masyarakat Padang. Kalau anda nak ke sini, siapkan duit dalam secekak dua untuk anda shopping cenderahati sebagai tanda mata ke Padang.
Untuk menuju ke sini, anda kena travel keluar sedikit dari Padang menuju ke Bukit Tinggi kerana lokasinya adalah menghala ke sana. Lembah Anai ini lebih kurang macam Air Terjun Lata Iskandar kalau anda nak ke Cameron Highland. Air terjunnya berada di pertengahan perjalanan dan menjadi tempat kunjungan pelancong untuk bergambar. Di samping itu, gambar yang diambil di samping lintasan kereta api turut menjadi faktor mengapa tempat ini popular untuk bergambar.
Tempat ini terletak bersebelahan dengan Jambatan Siti Nurbaya. Sekiranya anda berkunjung ke Jambatan Siti Nurbaya, taman ini terletak di sebelah barat. Pemandangan sekitar tempat ini seakan-akan bukit yang ada dalam filem animasi Doraemon tempat Nobita selalu melarikan diri jika dia berasa kecewa dengan sesuatu dan jangan terkejut kalau bukit ini turut mendapat jolokan Bukit Nobita! Di bukit ini, ada sebuah gua dan di dalamnya terdapat satu pusara lama dan masyarakat setempat mempercayai itu adalah makam Siti Nurbaya yang terkenal dalam hikayat masyarakat Minang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...