Angka 2020 merupakan tahun yang sangat sukar dan tidak mudah buat sektor ekonomi. Penularan pandemik COVID-19 telah memberi impak yang sangat besar kepada ekonomi negara dan juga dunia. Kesannya, ramai pekerja yang kehilangan kerja.
Malindo Air mengumumkan bakal memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya. Proses pemberhentian kerja melibatkan kakitangan yang terlibat dijangka selesai pada 30 November depan manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan melakukan tugasan yang pelbagai. Langkah pemberhentian kerja itu harus dilakukan memandangkan realiti sektor penerbangan yang menghadapi kesukaran untuk pulih dalam masa terdekat.
Ads
Hujung minggu yang baru sahaja berlalu, syarikat penerbangan Malindo Air menjadi trending di laman sosial apabila menyaksikan krew syarikat penerbangan itu saling mengucapkan selamat tinggal dengan kata kunci Signing Off sebagai tanda telah tamat perkhidmatan secara rasmi.
Ads
Ini antara perkongsian daripada bekas krew penerbangan Malindo Air. Ramai daripada bekas kakitangan syarikat penerbangan itu meluahkan rasa sedih mereka selepas perkhidmatan mereka berakhir secara rasmi.
Tiada perkataan yang sesuai untuk menggambarkan betapa meruncingnya impak COVID-19 terhadap industri penerbangan. Malah, kesukaran ekonomi industri tersebut menjejaskan pekerja yang bergantung hidup dengan syarikat penerbangan.
Bukan itu sahaja, malah ada juga penumpang yang kerugian puluhan hingga ribuan ringgit setelah tiket penerbangan ke destinasi idaman terpaksa dibatalkan atau ditunda akibak wabak ini. Selepas COVID-19 dapat dibendung, diharap industri ini kembali beroperasi dan mendapat permintaan seperti biasa.
Sektor penerbangan tempatan akan dirancakkan semula selepas tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. Beliau berkata ini kerana penerbangan merupakan antara sektor paling terkesan akibat pandemik COVID-19 yang menjejaskan seluruh dunia ketika ini.
“Sektor penerbangan adalah sektor paling susah, seperti dilaporkan (syarikat penerbangan) Virgin Australia telah muflis baru-baru ini. Jadi mungkin berlaku satu trend di mana dalam sektor penerbangan (terdapat peraturan) jarakan sosial dan saya khuatir apa yang kita idam sebelum ini untuk keluar dengan keluarga beramai-ramai, tidak tercapai. Jadi kita kena hidupkan semula sektor penerbangan tempatan kerana hubungan dengan wilayah dan negeri..penerbangan ke Sabah dan Sarawak perlu dilakukan, kerana itu janji kita untuk menghantar barang keperluan ke sana, kena ada ‘connectivity’ kerana semua ini melalui udara,” katanya.
Pohon maple cukup sinonim dengan negara Kanada. Keindahan dan keunikan pohon ini menjadikan negara Amerika Utara ini turut menjadi bucket list bagi setiap geng travel.
Apa istimewanya maple ini hingga menjadi ole-ole wajib beli tika berkunjung ke Kanada.
Perkongsian sahabat Backpackers Buddies Malaysia (BBM) Abrar Haron memberitahu sejarah serta manfaat pokok maple yang juga popular dibuat syrup.
Sebelum perang dunia pertama lagi pokok maple sudah menjadi simbolik kepada negara Canada. Kaum asal Canada sudah lama mengambil manfaat dari pokok maple.
Getah atau cecair dari pokok maple dijadikan maple syrup. Kayunya dijadikan perabot dan bahan binaan rumah.
Malah sebahagian spesies pokok maple memiliki kulit kayu lembut yang boleh dimakan. Kulit kayu ini boleh terus dimakan atau dikeringkan dan kemudiannya dijadikan serbuk. Serbuk ini digunakan untuk memekatkan kuah masakan dan juga dijadikan bahan membuat roti.
Terdapat lebih kurang 128 spesies pokok maple di dunia. Hanya 10 spesies sahaja yang merupakan pokok asli di Canada. Dan selebihnya banyak terdapat di asia timur.
Maple leaf menjadi sinonim dengan Canada sejak tahun 1700 lagi. Pada tahun 1965 maple leaf diangkat menjadi simbol rasmi apabila bendera Canada diperkenalkan.
Daun maple ini melambangkan kekuatan dan ketahanan. Ianya juga menjadi simbol perpaduan, toleransi, dan keamanan.
Leaf peeping adalah istilah tidak rasmi yang digunakan untuk aktiviti melihat dan menghayati keindahan dedaun yang berubah warna ketika musim luruh.
Daun maple yang berubah menjadi warna kuning, oren dan kemerahan menjadikan pemandangan sesuatu kawasan tersebut berwarna-warni. Sangat cantik dan insta-worthy.
Di Canada kita boleh lihat pemandangan ini di bahagian barat terutamanya di sekitar Quebec.
Aktiviti ini juga terdapat dalam budaya lain. Di Japan mereka memanggilnya sebagai momijigari. Di Korea pula dikenali sebagai seoraksan.
Sekitar 2011-2012 Canada dikejutkan dengan satu siri kecurian yang sangat unik.
Kita biasa dengar penjenayah merompak kedai emas atau bank. Tetapi dalam kes ini kecurian melibatkan beribu tan sirap mapel.
Ya sirap mapel yang kita tuang atas pancake ketika sarapan pagi di hotel tu..lol
Lebih kurang 3000 tan sirap mapel telah dicuri dari gedung penyimpanan milik kerajaan. Nilai kerugian dianggarkan hampir 60 juta ringgit. Jangan main-main.
Anda boleh tonton dokumentari ini di Netflix : Dirty Money, season 1, The Maple Syrup Heist.
1) Canada lebih sesuai diterokai dengan menaiki kereta sewa, berbanding public transport. Terutamanya di bahagian British Colombia dan Alberta.
2) Jika anda peminat alam semulajadi, anda boleh plan Canada Rockies Roadtrip. Mula dari Vancouver terus ke Whistler, Jesper National Park dan Banff National Park.
3) Visa Canada lebih susah diperoleh berbanding visa USA. Berdasarkan pengalaman kami, jangan sesekali mengaku bahawa anda mempunyai keluarga atau kenalan yang tinggal di Canada. Ianya akan merumitkan lagi permohonan visa.
4) Peluang untuk dapatkan visa Canada lebih cerah sekiranya anda mempunyai visa USA. Visa USA hidup 10 tahun. So boleh mohon visa USA dulu, kemudian mohon visa Canada.
5) Hati-hati dengan musim luruh di barat Canada. Kadangkala salji boleh turun ketika musim luruh.
𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰Abrar Haron untuk perkongsian seputar dunia travel – dengan pengalaman ke 73 buah negara.
Thailand sedang membuat persediaan untuk membuka semula pulau peranginan Phuket kepada pelancong yang telah divaksin, bermula 1 Julai.
Di bawah skim “Phuket Sandbox”, pelancong asing yang telah divaksin dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin.
Namun, perlu tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum ke wilayah lain.
“Pembukaan semula bergantung pada situasi COVID-19 di Thailand dan luar negara serta persetujuan Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA),” kata Timbalan jurucakap Kementerian Luar, Natapanu Nopakun pada satu taklimat harian COVID-19 baru-baru ini.
Beliau berkata, setakat ini sekitar 50 peratus penduduk Phuket telah divaksin.
Skim yang dicadangkan itu akan dibincang semasa mesyuarat CCSA yang dipengerusikan Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha Isnin depan, sebelum mendapatkan kelulusan Kabinet pada Selasa.
Terdahulu, Gabenor Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn berkata, Phuket akan menjadi destinasi pertama di Thailand yang akan dibuka semula kepada pelancong asing yang telah divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin.
“Kita semua di TAT gembira dan semua orang di Phuket sedang membuat persiapan untuk menyambut kedatangan pelancong asing tidak lama lagi.
“Mulai 1 Julai 2021, pelancong asing yang sudah divaksin akan dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa kuarantin, jadi nantikan pembukaan Phuket,” katanya dalam satu kenyataan.
TAT menjangkakan kira-kira 129,000 pengunjung akan ke pulau itu antara Julai dan September tahun ini.
Pernah tak anda menempah bilik hotel yang kelihatan luas, moden dan cantik dalam gambar, tetapi keadaan sebenar jauh berbeza apabila tiba?Bilik mungkin lebih sempit,...