Filem terbaru Marvel Spider-Man: Into The Spider-Verse yang dijadualkan pada bulan Disember ini bakal menjanjikan pengalaman baru buat peminat filem epic itu apabila ianya akan dipertontonkan secara eksklusif di atas kapal persiaran SuperStar Gemini.
Pengumuman ini disampaikan oleh Presiden Star Cruises, Ang Moo Lim sewaktu majlis Sambutan Kedatangan SuperStar di Pelabuhan Klang yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Haslina Abdul Hamid.
Hasil kerjasama di antara Sony Pictures dan Genting Cruise Lines ini bakal membawa pelancong kepada satu pengalaman yang berbeza berbanding di pawagan biasa kerana sepanjang tempoh tayangan di atas kapal, pelancong berpeluang untuk meneroka dunia Spider-Man sambil bercuti.
Pelbagai aturcara bertemakan Spider-Man telah dirancang untuk pelancong yang berlayar bersama SuperStar Gemini antaranya Spider-Man Scavenger Hunt, Meet & Greet, Fitness Challange dan Christmas Celebration.
Ads
Tunai Impian Anak Luekemia
Dalam pada itu, kapal yang memenangi anugerah ‘Travel Hall of Fame’ daripada Travel Trade Gazette ini mengambil kesempatan untuk menunaikan impian seorang kanak-kanak penghidap leukemia.
Ads
Impian Adam Khalish, 6 tahun, yang ingin menjadi kapten kapal selama sehari tertunai apabila beliau dan keluarga menerima jemputan khas Kapten Christian Westergren berlayar bersama-sama SuperStar Gemini.
Adam yang menghidap leukemia sejak Jun 2017 kini menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan impiannya tercapai melalui bantuan badan bukan kerajaan Make A Wish yang cuba memenuhi impian anak-anak kecil penghidap penyakit kanser.
Ads
Bakal Lonjak Ekonomi Domestik Pelancongan Kapal Persiaran
Disamping itu, industri kapal persiaran ini dilihat mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi pelancongan negara di masa akan datang kerana Malaysia mempunyai 12 pelabuhan yang mampu menerima kehadiran kapal persiaran di pelabuhan masing-masing.
Sejak 2017, Malaysia menerima peningkatan 37.8% pemintaan kapal persiaran sebanyak 599 berbanding 435 pada 2016. Jumlah pelancong juga direkodkan meningkat sebanyak 35.6% pada 2017 dengan jumlah seramai 924,885 pelancong berbanding 2016 seramai 682,068.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebuah kereta api dengan 10 penumpang tergelincir berhampiran Stesen Genuang, Segamat, awal pagi tadi.
Semua penumpang serta kakitangan tren selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian kira-kira jam 2.40 pagi 29 Oktober 2020. Dalam satu kenyataan di Facebook rasmi KTM Berhad, kereta api itu dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di Kilometer 595 di Genuang.
Insiden membabitkan dua gerabak penumpang dan lokomotif. Landasan utama masih boleh digunakan serta tidak menghalang perkhidmatan tren lainnya.
Susulan kejadian berlaku sedikit kelewatan perkhidmatan di sektor selatan antara Gemas dan Johor Bahru. Ini kerana semua tren yang melalui kawasan kejadian telah diarahkan untuk memperlahankan kelajuan.
Usaha baik pulih sedang giat dijalankan di lokasi kejadian. Siasatan terperinci juga telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kejadian. Siasatan turut membabitkan badan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
KTMB turut memohon maaf kepada penumpang yang terbabit dalam kejadian itu dan akan menyediakan pengangkutan alternatif bagi membolehkan semua penumpang dapat meneruskan perjalanan ke Stesen Johor Bahru Sentral.
SEGAMAT, 29 Okt – Sebuah kereta api dengan 10 penumpang tergelincir berhampiran Stesen Genuang dekat sini, awal pagi tadi. Semua penumpang serta kakitangan tren selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden 2.40 pagi itu. Ketua Pegawai Eksekutif Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Kamarulzaman Zainal berkata tren itu sedang dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di Km 595, kira-kira lima kilometer sebelum stesen tersebut. “Kegelinciran bagaimanapun hanya melibatkan dua gerabak dan satu lokomotif. “Landasan utama masih boleh digunakan serta tidak menghalang perkhidmatan tren lain,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. Kamarulzaman berkata sedikit kelewatan dijangka akan berlaku di sektor selatan antara Gemas dan Johor Bahru. Ini kerana semua tren yang melalui kawasan kejadian telah diarahkan untuk memperlahankan kelajuan, katanya lagi. Pihak KTMB memohon maaf kepada para penumpang yang terlibat dalam kejadian itu. “Kami telah menyediakan kenderaan alternatif bagi membolehkan semua penumpang dapat meneruskan perjalanan ke Stesen Johor Bahru Sentral,” tambahnya lagi. Usaha baik pulih sedang giat dijalankan di lokasi kejadian. “Siasatan terperinci juga telah dimulakan bagi mengenal pasti punca kejadian,” ujarnya lagi. Siasatan turut membabitkan badan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Tamat.
Foto: FB KTM Berhad
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Anda pernah melancong ke Sri Lanka? Sekiranya belum, anda perlu melancong ke negara yang mendapat jolokan nama ‘Pearl of the Indian Ocean’ dan ‘Teardrop of India’ itu kerana Sri Lanka menawarkan pelbagai keunikan yang anda tidak akan dapat nikmati di tempat-tempat lain.
Masa sekarang ini adalah masa yang terbaik untuk anda melancong ke sana kerana, Sri Lanka sedang berusaha untuk melonjakkan taraf industri pelancongan negara mereka dan tampil dengan satu inisiatif yang menawarkan visa percuma kepada pelancong dari lebih 30 negara.
Bermula dari 1 Mei, tawaran istimewa ini akan dapat dinikmati oleh pelancong-pelancong dari Malaysia, Singapura, Thailand, South Korea. Malah, pelancong-pelancong dari Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Eropah juga turut berpeluang untuk menikmati tawaran yang sama.
Rata-rata pelancong Malaysia yang ingin ke Sri Lanka perlu memohon visa dengan harga USD35 ke USD40 setiap seorang. Dengan tawaran visa percuma ini, setiap pelancong dapat menikmati tempoh masa sehingga 6 bulan dan sekiranya inisiatif ini berjaya, Sri Lanka menjangkakan untuk menambah bilangan negara yang dapat menikmati visa percuma ini dan mungkin akan mengekalkan taraf percuma ke beberapa negara.
Untuk tahun 2017 sahaja, Sri Lanka menerima 2.1 juta pelancong dan jumlah tersebut adalah satu peningkatan yang amat memberangsangkan sejak berakhirnya perang dingin di sana pada tahun 2009.
Fenomena air pasang besar dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor selama empat hari mulai 4 Nov depan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali berkata fenomena tersebut akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak.
Katanya, ia berisiko mengakibatkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.
Menurut Nor Hisham kawasan terbabit di Kedah adalah Kuala Muda; Perak (Bagan Datuk); Selangor (Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Kuala Selangor) serta Johor (Batu Pahat dan Pontian).
"Orang ramai terutama penduduk di pesisir pantai dinasihatkan supaya berwaspada berdepan dengan fenomena air pasang ini selain memantau keadaan cuaca," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Selain itu, pengunjung pantai dinasihatkan lebih berhati-hati dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh tersebut. Sumber: BERNAMA
Dalam pada itu,seorang pengguna Tik Tok @simatasyepet memuat naik kejadian air pasang besar yang berlaku di Tanjong Karang yang sering menjadi tumpuan cuti bagi warga Selangor pada 1 November lalu yang mana fenomena ini berlaku lebih awal dari jangkaan. Jelas ia bukan berlaku di tepi pantai saja sebaliknya berlaku di tengah bandar kerana dari video dikongsikan air sudah menaiki kawasan tersebut hingga kenderaan rendah berisiko meredahnya.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...