Syarikat makanan dan minuman (F&B) Santan yang juga jenama menu dalam penerbangan AirAsia membuka peluang kepada pekerja syarikat penerbangan itu yang terjejas akibat pandemik COVID-19 untuk menjadi penghantar makanan yang dihasilkan syarikatnya.
Setakat ini lebih 50 Allstars (kakitangan AirAsia) yang terdiri daripada kru penerbangan, juruterbang, ejen perkhidmatan darat serta mereka yang bekerja secara harian merebut peluang berkenaan dalam tempoh tidak dijangka ini.
Menurut Pengurus Besar Santan, Catherine Goh dalam satu kenyataan, dalam menempuhi keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, mereka perlu kekal kuat serta berani. Kakitangan Santan telah bekerja keras bagi memastikan makanan seperti nasi lemak Pak Nasser dan hidangan-hidangan lain dapat disediakan kepada semua sepanjang tempoh ini.
Ads
“Kami berharap dapat menyatukan rakyat Malaysia menerusi kasih sayang kita kepada makanan, sama ada semasa penyediaan atau penghantaran, kita semua #InThisTogether.”
Pada masa ini, 70 peratus daripada perniagaan Santan adalah membabitkan perkhidmatan penghantaran, manakala selebihnya untuk bawa pulang. Santan yang dibuka secara rasmi pada Disember 2019 dijangka akan terus memperluas perkhidmatan seumpama itu dan makanan sejuk beku di samping memberi tumpuan untuk mempelbagaikan menu.
Ads
Untuk anda yang mencari menu berbuka puasa atau ingin menempah juadah berbuka puasa layari www.santan.com.my atau ke FB rasmi Santan
Semua penumpang Malaysia Airlines dikehendaki untuk membawa dan memakai topeng muka mereka sendiri berkuat kuasa 23 April, 2020, di lokasi seperti daftar masuk, menaiki kapal terbang, di kabin pesawat, pengeluaran dan pengambilan bagasi semasa ketibaan untuk mengurangkan penularan COVID-19.
Sebelum ini ramai bimbang apabila dikatakan kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan mereka yang menerima vaksin tertentu saja (tidak termasuk Sinovac) dibenarkan untuk menunaikan ibadah haji atau umrah di sana.
Namun semalam kerajaan Arab Saudi sudah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi memasuki negara itu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, orang ramai boleh menyampaikan berita gembira itu kepada ahli keluarga yang berniat untuk menunaikan ibadah haji dan umrah pada masa akan datang.
“Sama-Sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini dipermudahkan Allah SWT,” katanya menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi beliau.
Zulkifli turut berkongsi pautan ke laman sesawang Kementerian Kesihatan Arab Saudi https://eservices.moh.gov.sa untuk rujukan permohonan masuk ke negara itu.
Dengan perkembangan terbaharu itu, Arab Saudi kini mengiktiraf enam jenis vaksin bagi Covid-19 iaitu Pfitzer-BioNTech, Moderna, AstraZeneca, Jansses, Sinopharm dan Sinovac.
Sebelum ini, Kerajaan Arab Saudi dilaporkan membuat ketetapan hanya jemaah yang menerima vaksin jenis Pfizer dan AstraZeneca dibenar menunaikan haji sekali gus menimbulkan keresahan rakyat Malaysia yang menerima vaksin Sinovac.
Walau bagaimanapun, individu yang sudah menerima dua dos vaksin Sinovac dan Sinopharm perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf kerajaan Arab Saudi sebagai syarat untuk masuk ke negara itu.
Syarat terbaharu itu terkandung dalam peraturan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi, demikian diumumkan Pihak Berkuasa Tambak King Fahd (KFCA), Ahad.
Berdasar peraturan kesihatan yang sudah dikemaskini, individu yang sudah menerima dua dos vaksin Sinovac dan Sinopharm perlu mengambil dos tambahan yang diiktiraf sama ada Pfizer, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna.
Saudigazette melaporkan, satu lagi syarat yang perlu dipatuhi adalah membuat ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dalam tempoh 72 jam selepas tiba ke negara itu.
Pendekatan baharu itu diambil susulan kebimbangan bahawa vaksin Covid-19 yang digunakan sebilangan besar negara membangun tidak mampu menghalang penularan varian Delta.
Ia mendorong beberapa negara untuk menawarkan dos ketiga untuk meningkatkan imuniti terhadap strain virus berkenaan
Menurut laporan, pihak berkuasa kesihatan negara seperti Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan untuk memberi dos tambahan kepada individu yang sudah menerima vaksin dari China, iaitu Sinovac Biotech dan Sinopharm.
Jangan ingat tak bayar hutang boleh selamat ya. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang melihat beberapa cadangan lain untuk mengutip baki pinjaman pendidikan. PTPTN mungkin akan memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik pinjaman jika perkara itu dimahukan orang ramai.
Menurut Timbalan CEO PTPTN, Mastura Mohd Khalid, ini termasuk cadangan menyekat peminjam daripada memperbaharui pasport, lesen, cukai jalan dan lesen perniagaan kepada kabinet. Sekatan perjalanan merupakan kaedah paling berkesan oleh PTPTN dalam usaha mengumpul balik bayaran pinjaman daripada peminjam yang gagal membuat bayaran.
“Lebih daripada dua pertiga peminjam PTPTN yang gagal bayar balik pinjaman, mula membayar balik selepas pihak kami mengenakan sekatan perjalanan. Daripada satu juta peminjam yang gagal membayar balik hutang, 684,000 daripadanya membuat kembali melunaskan bayaran pinjaman, hanya 332,000 sahaja yang masih tidak membuat sebarang pembayaran.
“Bagaimanapun, kaedah ini dihentikan kerana ia menyebabkan kesulitan (kepada peminjam yang mahu melakukan perjalanan ke luar negara) kerana mereka dihalang (daripada meninggalkan negara) di pintu keluar sempadan.
“Kini, (antara) cadangan yang kami terima untuk PTPTN, peminjam yang tidak membuat bayaran dilarang memperbaharui pasport, lesen memandu, cukai jalan dan juga menyiarkan gambar mereka di khalayak ramai serta menyenarai hitam ahli keluarganya daripada pinjaman pendidikan PTPN,” katanya lagi.
Pada 26 Jun, PTPTN mengumumkan sekatan perjalanan terhadap peminjam yang ingkar ditarik balik. Sebanyak 429,945 peminjam PTPTN yang disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen turut dibatalkan. Menghapuskan dasar menyenarai hitam peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang merupakan antara manifesto PH untuk Pilihan Raya Umum Ke-14. Janji lain mengenai PTPTN adalah menangguhkan pembayaran balik kepada peminjam yang memperoleh gaji kurang daripada RM4,000 sebulan.
PTPTN sedang mengumpul maklumbalas daripada orang awam berkenaan cadangan-cadangan yang diterimanya buat masa ini dan akan membawanya ke mesyuarat kabinet bagi mendapatkan keputusan muktamad.
PTPTN turut mengalu-alukan orang ramai memberi pandangan melalui tinjauan atas talian, yang akan dibuka kepada umum pada lewat petang hari ini sehingga 13 Jun 2019. Sesiapa yang berminat untuk memberi maklum balas terhadap hal ini boleh melayari laman PTPTN ‘Konsultasi Rakyat’.
Semasa sesi urus libat (bersama para pemegang taruh), terdapat perbincangan mengenai keberkesanan sekatan perjalanan. Terdapat juga pandangan bahawa kaedah tersebut perlu diteruskan terhadap peminjam yang ‘liat membayar hutang’ bagi memastikan mereka lebih bertanggungjawab. Namun, PTPTN akan mengambil pendirian sederhana dalam rundingan ini selain mengumpul kesemua cadangan daripada rakyat dan kemudian kerajaan akan membuat keputusan. Sekiranya, cadangan sekatan perjalanan turut diterima dalam Konsultasi Rakyat, usul ini akan dibawa ke kabinet.
PTPTN setakat Februari tahun ini telah mengeluarkan sejumlah RM56 bilion, manakala jumlah kutipan hutam peminjam cuma sebanyak RM8.4 bilion. PTPTN dijangka akan menanggung hutang kira-kira RM76 bilion dalam masa 20 tahun lagi. Ini bermakna PTPTN mungkin tidak lagi dapat membiayai pinjaman atau mungkin sudah tidak wujud. Sekiranya ini berlaku, orang ramai akan terpaksa bergantung kepada institusi kewangan swasta untuk membuat pinjaman pelajaran dan bilangan pelajar yang memperoleh pembiayaan akan menjadi lebih rendah.
Jauh dari hiruk-pikuk kota dan kesibukan destinasi pelancongan popular, tersembunyi sebuah lokasi eksklusif yang semakin mencuri perhatian pengembara antarabangsa.
Terletak di pesisir Sipalay dalam wilayah...