Selain makanan yang sedap antara faktor yang menjadikan sesebuah restoran atau tempat makan itu terkenal adalah keunikannya yang tersendiri. Jika itu yang anda cari, Hornbill Restaurant & Café adalah tempatnya. Kat sini anda boleh makan sambil ditemani burung-burung yang datang singgah ke tempat duduk anda.

Terletak di Taman Burung Kuala Lumpur dan berdekatan dengan Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur, anda tentu rasa lebih teruja nak makan di sini bila ditemani banyak spesis-spesis burung yang ada di KL Bird Park termasuklah burung kebangsaan Malaysia iaitu burung Enggang atau Rhino Hornbills.

Bagi yang ada family memang sesuai sangat dan bawa anak-anak ke sini selepas penat teroka taman burung, boleh singgah kat sini untuk makan sambil layan burung-burung yang datang menyinggah.

IKLAN

Antara Burung kebangsaan Malaysia – Rhino Hornbills pun ada. Tapi jangan risau, burung-burung kat sini tak kacau orang, ia hanya datang bertenggek dan memerhatikan sahaja pengunjung yang datang dan makan di situ.

IKLAN

antara hidangan yang ada di restauran ini

Bukan sahaja suasananya unik, malah hiasan dalaman yang ada di restauran ini juga sesuai untuk yang ingin datang bertemu client, berjumpa rakan-rakan atau buat gathering setelah lama tak jumpa. Sambil makan-makan boleh juga kenal dengan beberapa spesis burung yang ada dalam Taman Burung Kuala Lumpur.

IKLAN

Waktu operasi: 9am – 6 pm (dibuka setiap hari)

Restoran & Kafe Hornbill, Perdana Botanical Garden, KL Bird Park, Kuala Lumpur

Kredit foto: Instagram @changpeilee @zuzupoland via FB Tourism Malaysia

Beli tiket KL Bird Park Online pun boleh!