Keindahan Sungai Kesang yang terletak di Laman Belia Sungai Rambai Melaka bersempadan negeri Johor pernah tular di Facebook ketika PKP, lalu menarik perhatian ramai untuk mengenali lokasi itu. Ramai menggambarkan kawasan itu sangat unik kerana air jernih kebiruan yang menampakkan dasar sungai.
image via google
Ramai yang datang begitu teruja untuk mandi-manda di kawasan berkenaan, namun Jabatan Perhilitan negeri Melaka telah pun menasihatkan pengujung agar aktiviti itu tidak dilakukan dibimbangkan akan mengganggu habitat buaya yang dilaporkan wujud di kawasan berkenaan sejak tahun 2018.
image via bernama
Ads
Ingat tau, kalau anda teringin datang ke lokasi ini agar mengikut segala arahan yang ditetapkan. Ini perkongsian menarik daripada saudara Muhammad Fariqh yang berkesempatan singgah ke sungai viral Melaka ini.
Ads
Hi guys, nak share sikit pengalaman aku semalam menerjah Sungai Rambai. Sesiapa yang sebelum ni pernah perasan, nama Sungai Rambai famous dan viral few months ago takala kajernihan air sungainya yang hijau dan sangat clear sehingga nampak ke dasar sungai!
Even dari rumah aku ke Sungai Rambai ni tak jauh (dalam 30minit je), baru sekarang berkesempatan nak lepak santai kat sini. Biasa pegi Dataran Pahlawan je. Sungai Rambai memang terkenal dengan jolokan Gerbang Selatan Melaka sebab kat sini sempadan Johor dah.
Ads
Korang lepas je Sungai Rambai, dah masuk area Muar, Johor. Sungai yang famous tu Sungai Kesang, bukan Sungai Rambai. Sungai Rambai tu nama tempat je jangan confuse pulak sebab ramai cakap sungai yang jernih tu Sungai Rambai. Aku yang dah lama dok Merlimau ni pon tercari-cari tang biler lak Sungai Kesang tukau nama jadi Sungai Rambai
Back to story, semalam ke sana ketika cuaca mendung sedikit dan hujan renyai. So agak cantik nak bergambau. Aku ke sini bukan nak tengok sgt sungai tu tapi nk amik gambau kat jambatan gantung kat sungai ni.
Tapi memang betul, sungai tu sangat jernih sampaikan reflection gambau sangt jelas dan dapat tengok ikan berenang kat dasar sungai!
Sampai jam 6pm, aiya…ghamai bebenau umat manusia lepak-lepak bawak family untuk santai kat sini. Nasihat aku, nk ke sini, elakkan weekend atau datang waktu pagi, nanti baru korang puas bergambau kat sini!
image via google
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Iceland antara destinasi yang sering menjadi bualan ramai kerana keunikan dan kecantikan negara itu sendiri.
Dapat berkunjung ke sana pastinya antara wish list para pengembara. Tambah pula bila berkunjung ketika musim panas yang mana waktu siangnya sangat panjang dan malamnya langsung tidak gelap.
Berpeluang berkunjung ke Iceland pada musim panas yang lalu memberikan peluang kepada Khairul Hafiz dan teman-teman untuk melihat sendiri fenomena Midnightsun yang cukup cantik.
Mengabadikan foto-foto cantik sepanjang percutian ke sana, Khairul Hafiz turut berkongsi info tentang Iceland untuk rujukan pengembara.
Sambil enjoy tengok gambar-gambar cantik yang dikongsikan, jangan lupa juga baca coretan Khairul tentang Iceland yang cukup menarik!
Trip Iceland Summer Midnight Sun
Dalam istilah geologi, Iceland adalah sebuah negara yang masih muda dan masih dalam pembikinan. Jika bumi dikatakan berusia 4.5 billion tahun lamanya, batu yang tertua di Iceland hanya berusia sekitar 16 juta tahun lamanya.
Kedudukannya terletak di tengah rantaian gunung Atlantic, di mana plat tektonik Eurasian dan Amerika Utara dengan perlahan terpisah membuatkan Iceland terpecah kepada barat dan timur sekitar 2cm dalam jarak masa setahun.
Jika menjenguk di tingkap kapal terbang ketika penerbangan menghampiri Lapangan Terbang Kefkavik, kita dapat melihat rekahan lava mengarah pada satu arah yang sama, dan ia juga kelihatan seperti sebuah kek yang telah ditinggalkan terlalu lama di dalam oven.
Kesan daripada keadaan ini dapat dilihat pada landskap di Pingvellir National Park di mana lurah gaung dan dinding batu bersusun pada susunan tertentu yang sama.
Plat pada permukaan lautnya pula bergerak pada arah yang bertentangan, menyebabkan tekanan berlaku kepada kerak bumi, dan akhirnya ia melepaskan tekanan melalui kejadian gempa bumi dan erupsi gunung yang membentuk gugusan gunung berapi di tengah-tengah Lautan Atlantik.
Di bawah mukabumi Iceland terdapat gumpalan mantel tambahan dengan lebih banyak gunung berapi, menyebabkan pulau itu tertimbul tinggi dari lautan, dengan sebab kejadian itu ia digelar sebagai Land of Fire.
Sebagaimana namanya, Iceland juga digelar sebagai Land of Ice. (Walaupun ais yang ada di Iceland tidaklah sebanyak seperti yang ada di Greenland). Sekitar 10% daripada permukaan bumi Iceland ini diliputi oleh glacier. Ia berada di kedudukan Latitud yang tinggi, hanya sedikit terkeluar di bawah bulatan Artik.
Beberapa gunung berapi yang masih aktif di Iceland juga tertimbus di bawah glacier seperti Grimsvotn dan Katla.
Ada beberapa kekeliruan berlaku tentang Iceland. Pertama, ia sebuah negara yang sejuk, namun ia tidak sesejuk seperti di kawasan bulatan Artik yang lain. Di situ terdapat satu fenomena dinamakan Gulf Stream. Di mana, ada arus lautan yang membawa angin panas dari Teluk Mexico, ke Lautan Atlantik membuatkan suhu di Iceland lebih tinggi dari yang sepatutnya.
Ketika musim sejuk, purata suhu adalah sekitr 0 darjah C dan ketika musim panas purata suhu adalah sekitar 11 darjah C.
Ketika musim panas inilah, kami dapat menikmati suasana midnight sun. Satu fenomena di mana malamnya tidak gelap, masih terdapat cahaya matahari dan cahaya matahari pagi sangat cantik dapat dilihat seperti langit yang terbakar berwarna oren kemerahan, merah jambu serta ungu.
Waktu Maghrib juga hanya masuk pada sekitar pukul 11.30malam, dan Isyak pula pada pukul 12.30 malam, manakala waktu Subuh pula pada pukul 1.30 pagi.
Jika kita berpuasa, semasa kita berbuka puasa, belum sempat nak sendawa, kita dah terdengar azan subuh. Hihi!
Orang Iceland akan berkata,
“Jika anda tidak sukakan cuaca pada hari ni, tunggu lagi dalam lima minit.”
Ini kerana suhu di Iceland boleh berubah sekelip mata dalam masa 5minit. Sedang awan mendung hitam di atas, dan hujan turun rintik-rintik, dalam masa 5 minit, tiba-tiba awan hitam berarak pergi, dan cahaya matahari muncul dan memberi silauan cahaya matahari kepada pemandangan.
Dalam masa sehari, kita boleh merasa hujan, angin yang kuat, salji, hujan batu dan cahaya matahari dalam masa yang singkat.
Antara fakta yang kadang-kadang ramai orang tersalah adalah, Iceland adalah pulau yang kecil. Fakta sebenar adalah Iceland adalah sebuah pulau yang sangat besar sekitar 103,000 km persegi, lebih besar dari kebanyakan negara eropah seperti Hungary, Austria dan Portugal.
Oleh kerana penduduk di seluruh Iceland hanya sekitar 380,000 orang, kepadatan penduduknya sangat kurang. Jika kita memandu di Iceland, kadang-kadang dapat melihat hanya 2 atau 3 buah rumah, kemudian dalam selang jarak yang lama lagi baru kita dapat jumpa lagi beberapa buah rumah yang lain.
Orang Iceland sendiri mengatakan, kambing berbiri lebih ramai di Iceland sekitar 800,000 ekor berbanding jumlah manusia.
P/s: Saya kongsikan beberapa gambar yang saya ambil sendiri ketika lawatan ke Iceland pada Jun dan Julai yang lepas Trip Iceland Summer Midnightsun.
Kerja harian tidak akan habis. Stres dan bebanan kerja sentiasa akan menekan kita. Elakkan tekanan yang melampau dengan melakukan aktiviti menarik bersama keluarga atau sahabat tersayang dengan menunggang ATV (All-terrain Vehicle).
ATV ialah motosikal beroda empat atau tiga yang mampu mengharungi pelbagai bentuk muka bumi. Jika dulu kosnya agak tinggi untuk mencuba aktiviti ini tetapi kini ia boleh disewa dengan harga lebih rendah.
Trek yang disediakan juga begitu menyeronokkan dan mencabar anda untuk meredah pelbagai halangan termasuk laluan di bawah pokok balak dan melalui titi buluh di kawasan yang diwartakan hutan simpan. Hilang sekejap stres dan bebanan kerja yang melanda hidup.
Ikuti perkongsian menarik wanita ini dilaman sosialnya selepas melakukan aktiviti ekstrem menunggang ATV ini.
Apakata weekend ini bawa family cuba aktiviti yang dekat dengan Nature pula. Orang tak ramai dan yang paling penting tak penat sangat. Boleh bawa anak-anak sekali ke Nur Laman Bestari Eco Resort, Hutan Lipur Sungai Tua, Selangor. Lokasi dia dekat je dalam 45 minit ke 1 jam dari Kuala Lumpur.
Udara sejuk dan nyaman. Tak ada pencemaran. Boleh dengar bunyi serangga seperti cengkerik. Gajah dan harimau. Ok tu tipu. Haha! Apapun serius aktiviti ini memang best dan buat korang capai rasa gembira macam naik roler coster tu. Kan kita bertangungjawab untuk cetus rasa gembira dalam diri kita. So, keep happy, always.
Ok jom kita tinjau apa persiapan dan harga yang ditawarkan oleh tuan kedai ni. Jom kita start!
Ada 3 jenis ride :
(1) Easy Ride – Dah nama dia mudah, so memang mudah sangat. Bawa atas padang je. Haha! So korang jangan la amik pakej ni, menyesal je datang kalau setakat ni nak easy ride. Tak feel nanti. Pakej ni RM 30.
(2) Explore Ride – Pakej ni sesuai untuk beginner. Instructor akan bawa masuk ke dalam hutan lebih kurang 1KM dan korang akan rasa naik dan turun bukit, laluan berlecak dan berlumpur sikit, pastu akan ada laluan yang berliku dan tak rata juga. Serius best sebab korang akan belajar handle motor 4 roda ni tengok mencabar ke tidak ya. Haha. Pakej ni RM 50.
(3) Advance Ride – Pakej ini untuk yang dah expert. Tapi jika tak expert pun boleh cuma akan letih sikit sebab tak berapa pandai nak handle ATV for the first time kan. Instructor akan guide dan bawa kita masuk ke dalam hutan dan ride tu akan berakhir di sungai dan kalian boleh la mandi manda di sana. Pakej ini RM 100.
Persiapan dan tips sebelum main ATV
Mesti pakai kasut sukan, selipar jepun yang mahal tu tinggal di dalam kereta je.
Bawa tuala, dan baju basahan buat mandi sungai. Percayalah kalian tak dapat tolak untuk mandi sungai lepas main ATV sebab masa tu badan dah berpeluh dan belemuih. So baik la mandi sungai kan.
Bonus tips – Bawalah makanan bersama-sama sebab kat dalam tu tak jual makanan sangat. Tapi sepanjang perjalanan masuk tu akan ada gerai-gerai sarapan so tappaw siap-siap k.
Yang ada anak kecil jangan risau ada ATV yang banyak tempat duduk. Ambil yang 2 seatter so korang boleh la bawa anak sekali.
Bawa bersama insect repellent beli kat 7e je, insha Allah boleh enjoy this ride. Pakai juga baju berwarna terang ya. – Thanks dr Murni Clarkson beri tips important😍
Sekian perkongsian dan harap dapat membantu kalian berseronok dan mencuba perkara baru.
Sebuah kampung di kepulauan Jawa, Indonesia terpaksa menggunakan khidmat pocong untuk menakutkan penduduk, dengan harapan ia membantu mengelakkan orang ramai daripada terus keluar rumah ketika penularan wabak COVID-19.
Foto: Reuters
Pocong memang terkenal di negara tersebut dan merupakan ‘golongan hantu’ yang ditakuti penduduk. Disebabkan itu, ‘watak’ hantu tersebut dipinjam sementara dan digunakan untuk memberi amaran kepada penduduk yang degil dan suka keluar rumah ketika ini.
Namun pada peringkat awal, ia tidak memberi kesan seperti yang diharapkan, kerana watak ‘pocong’ itu berada di satu-satu tempat terlalu lama. Itu membuatkan orang ramai berpusu-pusu keluar rumah untuk melihat sendiri kelibat ‘pocong’ yang berkeliaran.
#CoffeeBreak Sebuah gang di Desa Kepuh Sukoharjo agak berbeda dengan tempat lainnya. Untuk menjaga karantina wilayah, ditempatkan 2 pocong di sana, Niatnya bukan untuk menakuti namun untuk mengingatkan warga akan bahaya virus Corona https://t.co/sEsAzNni9Spic.twitter.com/l5YucPfsNt
Pihak berkuasa kemudiannya terpaksa mengubah taktik. Beberapa sukarelawan yang diambil untuk memainkan watak sebagai pocong kini diarahkan muncul pada waktu-waktu tertentu sahaja, sekali gus memberi elemen kejutan dan seram.
Taktik itu membuatkan penduduk yang keluar rumah berkemungkinan terserempak dengan watak ‘pocong’ itu di sesebuah lokasi tanpa mereka jangka. Tinjauan Reuters mendapati taktik itu sedikit berkesan, apabila ramai yang mula takut untuk keluar rumah, terutama sekali apabila hari mulai gelap.
“Kami mahu mengambil pendekatan berbeza dan memberi impak kerana kehadiran pocong akan menakutkan mereka,” kata Anjar Pancaningtyas, ketua kumpulan belia Kampung Kepuh, Jawa Tengah.
Kumpulan itu bekerjasama dengan pihak polis untuk mengambil inisiatif yang tidak konvensional bagi mengelakkan penyebaran wabak COVID-19.
Penyelidik di Universiti Indonesia menganggarkan jumlah kes dan kematian akan meningkat secara mendadak pada bulan Mei jika rakyat masih terus keluar rumah dan tidak mengamalkan penjarakan sosial.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...