Malaysia sememangnya kaya dengan keindahan alam semulajadi. Banyak lokasi indah dan menarik ada di seluruh negara. Malah kita juga mempunyai bekalan air mentah dari sungai-sungai yang belum tercemar. Bagi tahun 2021, sekali lagi Sungai Tapah dipilih sebagai sungai paling bersih di negara ini dari 10 buah sungai yang disenaraikan.
Dipetik dari Tourism Perak, empat dari sungai paling bersih terletak di negeri Perak.
Mereka yang ingin berhijrah mungkin boleh mempertimbangkan untuk memilih negeri Perak kerana memiliki sumber bekalan yang banyak dan terbaik kerana empat daripada 10 batang sungai paling bersih di Malaysia adalah terletak di negeri ini.
Paling terbersih ialah Sungai Tapah yang mengalir ke lembangan Sungai Perak diikuti Sungai Licin di Beruas, Sungai Manong (Kuala Kangsar) serta Sungai Nyior (Larut Matang). Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, sehubungan itu rakyat negeri ini perlu sama-sama bertanggungjawab menjaga sumber air demi kepentingan kira-kira 2.7 juta penduduk.
Ads
Menurut beliau, pencapaian ini turut disumbangan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.
“Bagi tahun 2021, kerajaan negeri berharap agar Sungai Kinta di sini turut tersenarai walau pun perlu menempuh beberapa cabaran kerana kedudukannya di tengah-tengah bandar raya Ipoh.
Ads
“Kita juga telah memperuntukkan RM1 juta bagi usaha pemuliharaan Sungai Kinta yang turut melibatkan usaha pihak-pihak seperti Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), JPS, JAS dan pejabat daerah merankumi elemen pendidikan, penglibatan rakyat dan kualiti air,” ujarnya.
Beliau berkata demikian semasa berucap mewakili Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad pada program Gotong-royong Denai Sungai Kebangsaan sempena Hari Air Sedunia 2021 di Dataran Sungai Kinta di sini.
Ads
Program yang dihadiri Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin ini turut berjalan serentak di 12 buah daerah melibatkan sungai masing-masing.
Tambah Mohd. Zolkafly lagi, semua agensi berkepentingan, pihak korporat khususnya industri yang terletak di sepanjang Sungai Kinta akan dilibatkan dalam usaha tersebut agar Sungai Kinta bersih dan dapat dijadikan contoh.
Selain itu katanya, kerajaan negeri juga komited untuk mewujudkan denai sungai sepanjang 1,000 kilometer di seluruh Perak menjelang tahun 2023 sebagai tempat riadah dan rekreasi yang dekat pada hati masyarakat. Sumber : Peraktastic Exploration & Discovery
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sesiapa yang ingin ke Mossy Forest, Cameron Highlands selepas ini akan dikenakan bayaran oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bermula dari 1 Mac 2019.
Bayaran sebanyak RM10 akan dikenakan kepada orang dewasa manakala RM5 dikenakan kepada kanak-kanak 12 tahun ke bawah dan warga emas serta Orang Kelainan Upaya warganegara Malaysia.
Bagi pengunjung warganegara asing, bayaran RM30 dikenakan kepada orang dewasa, RM15 kepada kanak-kanak bawah 12 tahun dan RM30 kepada warga emas dan Orang Kelainan Upaya.
Bayaran fi yang dikenakan hanya untuk pengunjung yang ingin masuk ke Mossy Forest sehingga penghujung laluan boardwalk sahaja. Kepada yang ingin mendaki ke Gunung Irau melalui Mossy Forest, anda turut dikenakan bayaran dan masih perlu memohon permit untuk memasuki Hutan Simpanan Kekal seperti biasa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tatkala ramai di antara penduduk di Shah Alam serta beberapa lokasi di beberapa buah daerah dan negeri berdepan ujian banjir, bantuan diterima tidak pernah putus.
Bagi meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir Tourism Selangor menerusi Kelab Kebajikan, Sukan dan Rekreasi Tourism Selangor telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan bantuan kepada 12 kakitangan Tourism Selangor serta orang awam yang terkesan dengan bencana banjir susulan hujan lebat tempoh hari.
Menurut Touriism Selangor, seramai 20 orang kakitangan mereka telah mengambil bahagian dan turun padang dalam misi bantuan banjir di daerah yang terlibat di Negeri Selangor kali ini.
Pelbagai jenis bentuk bantuan telah diberikan kepada kakitangan Tourism Selangor yang terkesan dengan bencana banjir seperti bantuan kewangan sebanyak RM800, bakul makanan dan barang keperluan asas.
Selain itu, pihak pihak Tourism Selangor turut bekerjasama dan berkolaborasi bersama Aliments dan mengagihkan sebanyak 500 pek makanan daripada pek makanan ‘Kejap’ kepada mangsa banjir di daerah Hulu Langat.
Ia merangkumi beberapa buah kampung seperti Kampung Bukit Dukung, Kampung Sungai Sekamat, Kampung Sri Jambu dan Kampung Baru Batu.
Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Tuan Azrul Shah Mohamad dalam kenyataannya berkata, “Tourism Selangor amat prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia susulan bencana banjir yang melanda Negara, khususnya Negeri Selangor. Secara tidak langsung bencana banjir ini turut menjejaskan aktiviti pelancongan di Negeri ini namun saya berharap agar keadaan akan pulih seperti sedia kala dalam masa terdekat”.
Mereka juga turut menzahirkan nasihat kepada orang ramai agar mengambil air minuman dan makanan yang bersih untuk mengelakkan sebarang penyakit atau keracunan makanan.
Tourism Selangor turut menyarankan agar semua pihak agar terus peka terhadap aspek keselamatan dan mengamalkan panduan keselamatan ketika banjir.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum ini Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh menyarankan orang ramai untuk tidak mengambil ais daripada sumber tidak disahkan dan bahawa jangkitan COVID-19 boleh disebarkan melalui cecair.
Susulan dakwaan COVID-19 boleh merebak melalui cecair. Orang ramai dinasihat hanya membeli ais dari kilang yang dilesenkan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana telah melalui proses ditetapkan dan dijamin selamat.
Menerusi Kenyataan rasmi KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA di facebook rasmi mereka, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyarankan pengguna agar membeli ais daripada kilang dilesenkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi mengelak kegusaran terkena jangkitan COVID-19.
Pengguna boleh merujuk nombor lesen KKM pada pembungkusan ais dan menyemak maklumat kilang ais yang memperoleh lesen KKM di laman web rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) atau jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi KKM melalui laman web http://moh.spab.gov.my
Peraturan 394A Peraturan-Peraturan Makanan 1985 menetapkan standard ais dan syarat lesen yang perlu dipatuhi oleh kilang ais.
Ais dihasilkan hendaklah menggunakan sumber air terawat dan menjalani proses nyahjangkitan melalui pelbagai teknologi, antaranya teknologi radiasi pengionan, ultraungu dan sebagainya.
Berdasarkan kajian dan maklumat diketahui setakat ini mengenai jangkitan COVID-19, pematuhan kepada standard dan syarat perlesenan sedia ada dapat memastikan ais dikeluarkan oleh kilang ais adalah selamat. Namun, kilang ais tidak mempunyai lesen tidak dapat dipastikan keberkesanan proses penyahjangkitan.
Sehingga kini, terdapat 156 kilang ais berlesen dengan KKM di seluruh negara manakala 16 kilang ais masih dalam proses kelulusan lesen.
Pada 2019, 140 kilang ais beroperasi tanpa lesen dikenal pasti oleh KKM, dan daripada jumlah itu, 18 kilang ais beroperasi tanpa lesen dikenakan tindakan penguatkuasaan, manakala 122 kilang bakal dikenakan tindakan pada tahun ini.
Pemilik kilang ais beroperasi tanpa lesen daripada KKM boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...