Memang seronok dapat berbuka di luar lagi pula dah dua tahun berpuasa dalam pandemik. Tak ada buffet Ramadan nak serbu. Tapi kalau rasa tak nak yang mahal sangat, ini senarai buffet Ramadan bawah RM50. Boleh bawa famili atau berbuka dengan kawan-kawan.
Pejam celik dah hari ketiga umat Islam di Malaysia berpuasa, selain banyakkan ibadat, apa yang seronok adalah juadah di bulan Ramadan. Ada yang dari pagi lagi dah fikir menu apa nak masak atau beli untuk berbuka, ada juga yang mencari buffet murah dan sedap untuk berbuka bersama keluarga atau rakan-rakan.
Untuk anda yang masih tercari-cari, kami senaraikan buffet Ramadan dengan bajet bawah RM50. Boleh usha mana yang berkenan di hati:
Tujuh Cafe
Kafe yang terletak di Setia Alam, Selangor ini menawarkan lebih 20 juadah kampung untuk korang nikmati ketika berbuka. Selain itu juga ada terdapat menu-menu lain sebagai pilihan sampingan untuk korang rasa.
Lokasi: Setia Alam, Selangor
Waktu Beroperasi:6.30pm hingga 9.00pm
Harga: Dewasa RM35
Warga emas RM27
Kanak-kanak 6-12 tahun RM27
5 tahun ke bawah Percuma
Arfan Station
Terletak di Banting, Selangor, buffet berbuka puasa di Arfan Station sediakan pelbagai juadah enak daripada masakan melayu sehinggalah kambing bakar dan juga western food. Lebih 40 juadah berbuka menanti korang yang makan kat sini.
Ads
Lokasi: Banting, Selangor
Waktu Beroperasi:3hb – 28hb
Harga: Dewasa RM35
Kanak-kanak RM15
Chit Chat Steamboat & Grill
Yang suka makan steamboat dan grill bolehlah datang berbuka di sini. Selain menu tersebut, mereka juga ada menu tambahan iaitu sajian kampung dan juga pelbagai aneka kuh muih khas untuk bulan Ramadan. Ada dua slot yang ditawarkan kalau penuh time berbuka, kalau korang ambil slot kedua korang akan dapat 5% diskaun.
Lokasi: Puchong Prima, Selangor
Ads
Waktu Beroperasi: 3hb- 30hn
7 pm – 9 pm (SLOT 1)
9 pm – 11 pm (SLOT 2)
Harga: Dewasa RM48
Warga emas RM42
Kanak-kanak RM28 (6-11 tahun)
5 tahun ke bawah Percuma
Ads
Selera Warisan D’Salai
Menawarkan harga serendah RM48 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak usia 6-11 tahun, Kafe D’Salai menawarkan variasi makanan tradisi melayu yang pastinya sedap untuk korang nikmati ketika berbuka puasa. Ada dua lokasi yang boleh dipilih, sama ada di Anjung Felda, Jalan Semarak atau di Seksyen 13 Shah Alam.
Lokasi: Jalan Semarak, KL & Seksyen 13, Shah Alam
Harga: Dewasa RM48
Kanak-kanak RM28 (6-11 tahun)
Pak Ngah Cyber Kopitiam
Terletak di Cyberjaya, korang boleh makan hampir semua menu hot Pak Ngah Cyber Kopitiam bersama yang tersayang. Paling best ada kambing dan sotong bakar. Tempat bersih dan selesa boleh pilih nak berbuka outdoor ataupun indoor. Ada parking free sejam dekat basement, kalau makan lama sikit kena bayar parking lebih sikit lah.
Lokasi No. 8-1, Galleria @ Cyberjaya, Jalan Teknokrat 6, Cyberjaya
Harga Normal :
-Dewasa RM34.90
-Warga Emas RM24.90 (> 60tahun)
-Kanak Kanak RM19.90 (5-10 Tahun)
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Satu per satu aktiviti kebiasaan masyarakat di Malaysia kembali dilonggarkan, setelah beberapa bulan dilarang untuk dilakukan disebabkan pandemik COVID-19.
Untuk orang awam yang berada di Terengganu, kerajaan negeri sudah membenarkan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu secara berjemaah di semua masjid di Terengganu bermula 12 Jun 2020.
Kebenaran itu diberikan setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi membolehkan aktiviti-aktiviti keagamaan, terutama solat Jumaat dan solat jemaah kembali dilaksanakan di masjid. Kebenaran ini juga susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan berdasarkan pandangan daripada Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua Polis Negeri Terengganu dan Majlis Keselamatan Negeri Terengganu
Bilangan jemaah yang dibenarkan hadir adalah mengikut ruang keluasan masjid dengan mengambil kira pematuhan pada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menetapkan penjarakan satu meter antara ahli jemaah tidak termasuk pegawai dan kakitangan masjid atau yang diberi kebenaran khas oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.
Individu yang mempunyai gejala seperti demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit tekak tidak dibenar hadir termasuk yang menghidap penyakit kronik.
Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah dan warganegara asing dilarang hadir untuk solat Jumaat dan solat fardu lima waktu sepanjang tempoh PKPP dilaksanakan sehingga 31 Ogos.
Jemaah perlu mematuhi SOP iaitu mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, tidak bersentuhan dan bersalaman, tidak dibenarkan berkumpul selepas solat di dalam atau luar masjid, berwuduk terlebih dahulu di rumah dan membawa sejadah sendiri.
Khutbah Jumaat pula hendaklah ditumpukan pada rukun sahaja dengan tidak melebihi tujuh minit manakala solat sunat tidak dibenarkan di dalam masjid kecuali solat sunat Tahiyatul Masjid.
Mana-mana masjid atau surau yang tidak mampu untuk memenuhi kesemua SOP dan syarat yang ditetapkan tidak dibenarkan untuk melaksanakan ibadat solat berkenaan.
Dunia kini sudah mula menerima hakikat keupayaan robot ketika teknologi semakin menjarah setiap sisi kehidupan manusia. Ia selari dengan Revolusi Perindustrian 4.0 yang semakin pesat dan berkembang ketika ini.
Robot bukan sahaja dicipta dan direka untuk industri teknologi, namun, pelbagai bidang telah mula mengambil tempat untuk mencuba kegunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) ini.
Menariknya di Emiriah Arab Bersatu (UAE), sebuah robot menyerupai wajah manusia, lengkap dengan tangan, berupaya mengambil alih tugas manusia sebagai konduktor muzik dalam sebuah persembahan orkestra.
Diberi nama Android Alter 3, robot itu kelihatan seperti menari-nari dan membuat gaya tangan yang lincah seperti konduktor muzik manusia meskipun tidak berpakaian dan tidak bertongkat.
Bagi seorang komposer, Keiichiro Shibuya, semakin hari, robot semakin memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia. Bagaimanapun, baginya, situasi itu berbalik kepada kepada kita sama ada untuk memutuskan bagaimana teknologi kecerdasan mampu menambah baik pengalaman manusia dan android dalam karya seni.
Tugas robot android ini bukan sahaja mengawal tempo dan kelantangan muzik dalam persembahan itu, malah turut sama menyanyi. Persembahan orkestra ini telah dipertontonkan di sebuah bandar, Sharjah dalam satu acara, Sharjah Performing Arts Academy.
Namun kebanyakkan penonton yang hadir mengatakan tugas tersebut lebih baik dilakukan oleh manusia. Konduktor manusia adalah lebih baik berbanding robot. Sentuhan manusia seakan hilang. Ada juga berpendapat robot tersebut kelihatan menyeramkan.
Cameron Highland yang terletak di Pahang mempunyai aura tersendiri. Destinasi tanah tinggi ini sering menjadi pilihan pengunjung untuk datang ketika cuti hujung minggu, cuti persekolahan atau cuti umum. Walaupun dikhabarkan lokasi ini semakin sesak jika tiba waktu cuti, orang ramai tetap tidak 'serik' untuk memeriahkan industri pelancongan bukit tinggi itu.
Semalam (1 Oktober 2020) Jalan Tapah-Cameron Highland terhalang akibat kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang, pada jam 6 petang. Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Batu 24 Jalan Pahang, diikuti pokok tumbang di Batu 12 dan Batu 18.
Akibatnya, kedua-dua arah jalan itu tidak boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan. Ketika kejadian ia tidak membabitkan kemalangan jiwa atau harta dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Syarikat Belati Wangsa sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lokasi terbabit
Untuk anda yang hendak ke Cameron Highlands ketika ini diingatkan untuk menggunakan jalan alternatif lain. Laluan ke Cameron Highlands:
Dari Kuala Lumpur ikut Tapah
Dari Penang ikut Simpang Pulai.
Dari Terengganu ikut jalan Kuala Berang – Felda Aring – Gua Musang.
Dari Raub ikut Sungai Koyan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...