Sistem pengangkutan awam Malaysia semakin hari sema­kin baik. Malah, lebih moden dan canggih. Begitu juga dengan perkhidmatan keretapi, kini jaringan perjalanannya semakin luas dan banyak.

Menggunakan perkhidmatan keretapi untuk travel dari satu tempat ke satu tempat masih relevan hari ini. Ramai pelancong hari ini memilih untuk menaiki kemudahan pengangkutan keretapi untuk ke pelbagai destinasi.

Jangan kata penumpang kanak-kanak sahaja yang seronok dapat menaiki keretapi, orang dewasa pun ada yang begitu teruja berpeluang menggunakan keretapi sebagai pengangkutan ketika bercuti.


[Pengalaman travel KELANTAN-JOHOR dengan Train KTM]

WARNING: perjalanan ni bkn utk org yg cerewet serta kejar masa. Sesuai utk org yg boleh survive dengan sedikit kesukaran serta ada masa lapang.😆

1)Tiket:
1 hala Tanah Merah-JB Sentral
Dewasa Rm53(Katil Bawah)
Dewasa Rm47(Katil Atas)
Kanak-kanak Rm37(Katil Bawah)

Ni tiket kami 2hala. Penting utk ingat no gerabak anda. Jgn salah pulak😆 Btw, T6 yg paling dkt dgn kafe. Kalau suka boleh pilih yg tu. Tp org akan slalu lalu lalang dpn katil korang.  Yg nak privasi boleh amik yg jauh dr kafe.

Harap maklum, harga tiket utk katil atas lebih murah dari bawah ya. Harga tiket berbeza ikut stesen yang korang naik dan turun.

Keadaan dlm gerabak yg ada katil. Aircond ada.

Tiket return kami harga sama sbb kami amik option yg sama.

Oleh sbb kami dari Terengganu,so kena bertolak awal ke Tanah Merah. Tiket pukul 7.49malam. Harap maklum, train xkan tunggu kita lama so bila train sampai, kena cepat-cepat naik.

2) Kereta kami tinggal dekat stesen. Alhamdulillah selamat dijaga selama 3 hari.
Btw boleh je naik dkt stesen lain yg korang suka. Kami pilih Tanah Merah sbb dkt dgn bandar so mcm selamat dan mudah nak beli pape.

3) Kafe.


Dalam train ada kafe ya. Ada jual makanan,minuman panas dan sejuk serta jajan. Makanan panas terhad tak banyak choice. Tp yg kami slalu order nasi goreng+telur mata, bihun goreng, meggi goreng dan roti bakar.
Ada kerusi meja disediakan.

Boleh jugak bwk bekal sendiri ya. Dorang xmrh pun korang mkn dlm gerabak masing-masing tp jgn la bwk mknn bau kuat mcm petai jering, durian dll. 😆😆😆.

4) Powerbank.
Penting ya. Sbb dlm train xde plug khas utk cas gadget anda. Kalau perjalanan sekejap tu xpa. Tp kami punya almost 17jam dlm train. Reput la kalau bateri hp habis. 😅 Nanti nak pakai hp utk book hotel, grabcar dan kecemasan kan susah.

5) Tandas.
Setiap gerabak ada 2 tandas cangkung dan duduk. Tp xsemua bersih. Yg dkt kafe tu mcm bersih dan baru. Btw tandas sempit je. If nak mandikan anak boleh je tp kalau org dewasa nak mandi tu agak susah la sbb dia takde lubang lantai utk keluarkan air.

Spare slipper utk ke tandas lagi bagus.

Yg ada anak kecik tolong standby plastik utk buang pampers ya. Jgn buang slumber je dkt katil. (Dkt katil2 akan disediakan plastik sampah tp bkn utk pampers la habis semerbak baunya 😷)

6) Solat.
Malangnya takde surau disediakan. So pandai2 la korang solat sambil duduk atas katil. Sambil train goyang goyang😅.
Jgn lupa install apps utk cari kiblat.
Kain sembahyang dan sejadah mini kena bawak ya.

7) Hati hati.


Nak gerak dr gerabak ke gerabak lain tu kena hati hati la. Sbb dia punya sambungan tu mcm tak kemas. Barang berharga kena bwk sentiasa dlm beg galas. Dompet/hp. Yang lain xpe nak tinggal dkt tepi katil. So far Alhamdulillah takde hilang pape.

Kesimpulan:


Overall, kami enjoy perjalanan yang pertama. Sbb takde pape masalah. Sampai pun agak tepat pada masanya. 7.50 pm naik train, pastu rehat,makan, solat dan tidur. Bangun solat subuh, pastu ngantuk tidur lagi. Tup tup sampai JB tengahari.

Cuma, otw balik tu dilanda musibah sikit. Train terlanggar lembu time subuh. So 6-7 jam jugak la train takleh gerak. Kami terdampar dkt ladang kelapa sawit dan perjalanan delay. Sepatutnya kami sampai Tanah Merah pukul 11 pagi, tp pukul 10mlm baru berjaya tiba. Pengalaman.🥰

Terima kasih yg sudi baca Travelog sis yang tak seberapa. Plan nak buat ringkas tp rasa kena share jgk input-input penting. Oh ye, sis pakai tudung sarung je sepanjang dlm train. Mudah urus. Kalau belit shawl dan bawal segala, habis kedut🤣

Semoga bermanfaat.

Sumber: FB Izni Arshad