Dua kapal persiaran, SuperStar Gemini dan SuperStar Aquarius kini bersedia untuk dijadikan sebagai tempat penginapan sementara bagi pekerja asing yang telah pulih daripada jangkitan COVID-19 di republik ini.
Lembaga Pelancongan Singapura (STB) berkata SuperStar Gemini telah menerima pekerja asing yang telah pulih daripada jangkitan virus itu.
Ads
“Selepas melalui penilaian teliti pelbagai agensi, sekumpulan pekerja menaiki kapal itu pada 29 April dari Marina Bay Cruise Centre, yang kini dilengkapi ruang sakit dan stesen pengasingan,” menurut STB.
STB menyatakan beberapa penilaian turut diambil kira untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja asing itu seperti sistem pengudaraan kapal, makan di dalam kabin dan bilik dilengkapi tandas.
Ads
Ads
“Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memindahkan pekerja ke tempat tinggal alternatif untuk mengurangkan penularan virus di asrama mereka,” katanya.
Menurut STB kapal persiaran kedua, SuperStar Aquarius, juga telah lulus penilaian pihak berkuasa dan bersedia untuk menerima pekerja asing. Pada 17 April, STB mengatakan kerajaan sedang mengkaji kemungkinan menggunakan dua kapal persiaran bersaiz sederhana, sebagai tempat tinggal sementara pekerja asing. Kedua-dua kapal itu berupaya menampung sehingga 2,000 pekerja asing.
TEROWONG BIJIH LAMA SEDALAM 700M & SEPANJANG 322KM KESELURUHAN! TAK PERCAYA? Terowong terdalam adalah dilombong Myahterletak 700 meter ke bawah dasar perut bumi dan sedalam 23 tingkat, manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak diantara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter dan jarak keseluruhan hampir 322 kilometer apabila dijumlahkan pada setiap tingkat kedalaman. Perkara ini disahkan oleh petugas Muzium Sg.Lembing. Harus diingat, lombong ini telah pun diusahakan selama 98 tahun jadi tiada yang mustahil!
Sungai Lembing
Sungai Lembing terletak kira-kira 40 km dari Kuantan, Pahang Darul Makmur. Sungai ini merupakan cawangan kepada Sungai Pahang yang lebih besar. Kampung Kenau popular di sini dan terletak di tepi Sungai Kenau. Kawasan ini dikelilingi kawasan berbukit-bukit dengan Gunung Tapis (1512 m) di Utara dan Gunung Serudom (1055 m) di Selatannya. Dahulu dikenali sebagai El dorado of the east.
Lombong Sungai Lembing
Sungai Lembing pada 1920 – 1950 dahulu adalah bandar terkaya dengan pengeluaran Bijih Timah di Pahang. Ini adalah kerana Sungai Lembing merupakankawasan galian Bijih Timah yang terbesar di dunia pada tahun tersebut. Ia juga mempunyai kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam sehingga 1,400 ke 2,300 kaki (700meter) sehingga dikatakan terdalam jika dibandingkan dengan lombong-lombong Bijih Timah lain di Asia Tenggara.
Kawasan Sungai Lembing diterokai oleh pihak British pada Februari 1888 sebaik sahaja Almarhum Sultan Ahmad Muadzam Shah 1 bersetuju dengan cadangan sebuah syarikat bijih di London menubuhkan Pahang Corporation Limited. Kawasan seluas 2,500 ekar persegi itu dipajakkan bagi tempoh 100 tahundengan bayaran satu sen setahun.
Sungai Lembing merupakan bandar yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat bijih British iaitu Pahang Corporation Limited di Pahang. Kemudian pada tahun 1915 ia bertukar kepada Syarikat Pahang Consilolidated Company Limited (PCCL) dan pada tahun1984 ditukarkan kepada panggilan Pahang Investment Public Limited Company (PIPLC). Pekerjanya terdiri daripada Inggeris , Melayu dan Cina dan mereka bekerja mengikut syif.
Dalam tempoh seratus tahun lombong ini telah mengeluarkan lebih kurang 13 juta tan metrik bijih timah kasar yang boleh menghasilkan 150,000 tan metrik konsentrat timah dengan nilai sebanyak hampir USD2,000 juta. Aktiviti perlombongan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing khususnya dan kepada ekonomi amnya.
Salah satu pintu masuk terowong terus ke dalam 60m bawah tanah. Keadaan lembap dan sejuk di dalam.
Foto: blog-pahang.blogspot.my
Sejarah Lombong Sungai Lembing Terowong bawah tanah atau lebih dikenali sebagai ‘pangkang’ dikorek secara manual atau menggunakan bahan letupan. Sebelum kerja-kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kajibumi terlebih dahulu mengkaji kedudukan longgokan bijih timah. Kajian dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti-aktiviti perlombongan akan terus beroperasi.
Terowong bawah tanah di Sungai Lembing tidak selamat dilawati memandangkan keadaannya yang telah lama ditinggalkan dan ditenggelami air. Waktu dahulu, pam air sentiasa dihidupkan bagi mengepam air keluar dari lubang terowong.
Ketika harga timah jatuh teruk pada 1985 dan lombong ini ditutup pada 1986,pada 1987 seramai 20 pelombong haram, melombong pada waktu malam dan memperoleh sekitar RM2000-RM3000 semalam. Hal ini mengakibatkan penggalian terowong baru yang tidak mengikut saiz ditetapkan dan berbahaya.
Dipercayai, sejumlah RM1 juta timah diperolehi. Sempena itu, satu terowong dinamakan “Lubang Sejuta @ Million Dollar Chamber”.RM1 juta pada 1986 adalah sangat besar, mungkin sekitar RM30 juta +- pada waktu sekarang.
Yang pasti, fakta² mengenai lombong bawah tanah ini memang hebat dan sukar dipercayai!
Bila camping antara faktor yang diambil kira adalah kemudahan yang disediakan oleh pemilik tapak perkhemahan. Bila semua lengkap tambah pula ada faktor lain, pasti ramai yang suka dan pilih untuk staycation atau bercuti bersama keluarga, orang tersayang atau rakan-rakan.
Mempunyai pilihan untuk bermalam sama ada di dalam khemah, dome, dorm, kabin atau glamping, Asahan Water Theme Park yang terletak di Melaka antara destinasi percutian untuk anda dan keluarga kunjungi.
Lokasinya yang cukup strategik berada di Jasin, Melaka dan bersempadan dengan dua lagi negeri lain di Selatan iaitu Negeri Sembilan dan Johor, kunjungan anda ke sini memang berbaloi. Sekali pergi pasti ada keinginan untuk datang lagi.
Ifii Fiqa berkongsi di grup Facebook Family Camping Malaysia (FCM) tentang percutian keluarganya ke taman tema ini. menurutnya bila sampai ke sini, memang seronok sampai rasa tak nak balik.
Bagi yang ingin bermalam boleh memilih jenis penginapan yang disediakan dan bagi yang hanya datang untuk berseronok tanpa bermalam boleh membeli tiket masuk seperti biasa.
Dikelilingi alam yang mendamaikan, selain taman tema air, anda yang berada di sini juga boleh mengunjungi sungai landai yang terletak tidak jauh dari tempat ini.
Nak tahu apa lagi yang menarik di sini, ikuti perkongsian Ifii Fiqa:
Best! Dia punya best sampai kami extend lagi sehari, tak nak balik
Dekat sini, boleh merasa pergi ke Melaka, Negeri Sembilan & Johor dengan cuma selangkah kaki
Antara lain yg menarik dekat sini, ada banyak pilihan kalau nak bermalam dekat sini.
Harga berbeza starting from RM100/night
Dekat sini seronok sebab malam pun tidur dengar bunyi sungai. SEJUK! Ye, ada sungai sebelah water park ni, public area. Kena jalan kaki mendaki sikit. Sungai tu dekat Johor haha dari Gunung Ledang.
3hari dekat sini tak ada panas terik pun maybe sebab musim hujan, cuaca cantik mendung je hujan kadang-kadang. ada satu malam hujan ribut, tent depan kami habis terbang semua fly tapi kami tak kena apa-apa maybe angin tak kena belah site kami. Setiap hari memang nampak staff cuci dan maintain kolam. Good move!
Selepas 6pm, yang datang daytrip dah balik, yang bermalam boleh nak mandi kolam sampai malam pun 24jam dibenarkan tapi sejuk nau nau malam tak adalah nak celup kaki pun.
Review:
Telco Coverage
Parking
Toilet
Kedai makan
Pekan terdekat : Asahan
Harga tapak : RM25/night
Caj Kebersihan : RM30
Tiket : Rate Public Holiday & weekend –
RM15 dewasa (13 tahun keatas)
RM10 (3 tahun keatas)
RM12 warga emas.
Tiket renew daily.
Overall sini best kami suka, CO baik & staff pun rajin peramah.
Cuma sini boleh tahan nyamuk & lalat. Sentiasa pasang ubat nyamuk & pakai repellent pun masih kena gigit nyamuk & lalat pun banyak..
Toilet & tempat mandi banyak, tapi maybe boleh ditambah baik dari segi water pressure & pintu takde selak. Selain tu terbaik
Kampung Budaya Terengganu dibuka semula kepada pengunjung bermula hari ini selepas ditutup hampir sebulan bagi mencegah penularan COVID-19. Orang ramai yang berminat boleh ke Kompleks Muzium Negeri dan diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dalam satu kenyataan berkata, lokasi pelancongan itu kini menawarkan harga tiket promosi sehingga 31 Disember iaitu dewasa (berumur 13 tahun ke atas) pada harga RM10 manakala RM5 bagi kategori kanak-kanak (lapan hingga 12 tahun), warga emas serta orang kurang upaya (OKU). Kampung Budaya Terengganu yang menempatkan tujuh rumah tradisional ditutup sejak 5 Oktober lalu. Kampung Budaya Terengganu yang dibuka pada 3 September lalu akan beroperasi semula bermula 9 pagi sehingga 5 petang bermula Sabtu hingga Khamis.
Mungkin ada yang masih kurang mengenali budaya negeri Terengganu, jarang-jarang kita dapat saksikan tradisi masyarakat Melayu di negeri ini. Kalau anda ingin mengetahui lebih banyak mengenai warisan tradisi masyarakat Terengganu, jangan lepaskan peluang ke muzium ini sekarang. Kampung Budaya Terengganu yang berkonsepkan muzium hidup merupakan ‘one stop centre’ yang menghimpunkan pelbagai seni budaya warisan dari seluruh Terengganu. Berlatar belakangkan suasana kehidupan sebenar masyarakat Melayu lama, kampung budaya ini merupakan kesempatan terbaik bagi merasai pengalaman percutian bersejarah.
Ini aktiviti menarik ada di Kampung Budaya , Muzium Negeri Terengganu.
photo via google image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hotel mewah Crockfords di Resorts World Genting (RWG) sekali lagi mengekalkan penarafan 5-Bintang oleh Forbes Travel Guide (FTG) bagi tahun kelapan berturut-turut, sekali gus...