Kampung Budaya Terengganu dibuka semula kepada pengunjung bermula hari ini selepas ditutup hampir sebulan bagi mencegah penularan COVID-19. Orang ramai yang berminat boleh ke Kompleks Muzium Negeri dan diingatkan supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dalam satu kenyataan berkata, lokasi pelancongan itu kini menawarkan harga tiket promosi sehingga 31 Disember iaitu dewasa (berumur 13 tahun ke atas) pada harga RM10 manakala RM5 bagi kategori kanak-kanak (lapan hingga 12 tahun), warga emas serta orang kurang upaya (OKU). Kampung Budaya Terengganu yang menempatkan tujuh rumah tradisional ditutup sejak 5 Oktober lalu. Kampung Budaya Terengganu yang dibuka pada 3 September lalu akan beroperasi semula bermula 9 pagi sehingga 5 petang bermula Sabtu hingga Khamis.

Kampung Budaya Terengganu Kembali Dibuka. Ini 3 Tarikan Best Boleh Buat Di Muzium Hidup Ini

IKLAN

Mungkin ada yang masih kurang mengenali budaya negeri Terengganu, jarang-jarang kita dapat saksikan tradisi masyarakat Melayu di negeri ini. Kalau anda ingin mengetahui lebih banyak mengenai warisan tradisi masyarakat Terengganu, jangan lepaskan peluang ke muzium ini sekarang. Kampung Budaya Terengganu yang berkonsepkan muzium hidup merupakan ‘one stop centre’ yang menghimpunkan pelbagai seni budaya warisan dari seluruh Terengganu. Berlatar belakangkan suasana kehidupan sebenar masyarakat Melayu lama, kampung budaya ini merupakan kesempatan terbaik bagi merasai pengalaman percutian bersejarah.

Kampung Budaya Terengganu Kembali Dibuka. Ini 3 Tarikan Best Boleh Buat Di Muzium Hidup Ini  Kampung Budaya Terengganu Kembali Dibuka. Ini 3 Tarikan Best Boleh Buat Di Muzium Hidup Ini Kampung Budaya Terengganu Kembali Dibuka. Ini 3 Tarikan Best Boleh Buat Di Muzium Hidup Ini Kampung Budaya Terengganu Kembali Dibuka. Ini 3 Tarikan Best Boleh Buat Di Muzium Hidup Ini

IKLAN

Ini aktiviti menarik ada di Kampung Budaya , Muzium Negeri Terengganu.

IKLAN
  • Kampung Budaya Terengganu ini juga merupakan platform terbaik untuk anak-anak muda mengenali sebahagian dari tradisi nenek moyang mereka kerana selain dapat merasai kepelbagaian suasana masyarakat di Terengganu, terdapat juga permainan dan peralatan tradisional yang tidak pernah dilihat oleh generasi hari ini seperti sukan rakyat sepak bulu ayam.
  • Lapan elemen penting dalam warisan sejarah Melayu Terengganu dipamirkan iaitu Rumah Bujang Berserambi atau Istana Tengku Nik; Rumah Limas Belanda; Rumah Bujang Berpeleh; Rumah Bujang Berserambi Selasar; Rumah Limas Bungkus atau Istana Tengku Long; Galeri Pelayaran; Rumah Nelayan dan Laman Warisan, Kampung Budaya Terengganu.
  • Selain pameran rumah asal tradisional negeri, pengunjung kampung ke sini juga disajikan dengan pelbagai demonstrasi dan aktiviti kesenian negeri seperti demonstrasi pembuatan laksa Terengganu menggunakan alat tradisional ‘kebok’.

Kampung Budaya Terengganu Kembali Dibuka. Ini 3 Tarikan Best Boleh Buat Di Muzium Hidup Ini

photo via google image

Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI