Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) Secara Pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna di Sabah sehingga 12 Oktober 2020 ini.
Dengan pelaksanaan perintah itu, semua penduduk di empat daerah terbabit tidak dibenarkan keluar dari kawasan PKPDB sepanjang tempoh perintah dikuat kuasakan.
Bukan sahaja penduduk, pelawat dan pelancong tidak dibenarkan masuk ke empat daerah terbabit sepanjang tempoh perintah dilaksanakan terutama untuk ke pulau peranginan sekitar.
Semua aktiviti perniagaan dihentikan kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan (essentials) di empat daerah terbabit.
Pengkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPDB, manakala semua laluan keluar masuk ke kawasan PKPDB ditutup.
Arahan telah mula berkuat kuasa membabitkan seramai 962,661 penduduk. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat kes positif jangkitan COVID-19 yang tinggi di daerah Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna dalam tempoh 1 hingga 27 September 2020 lalu. Tawau direkodkan mempunyai kes positif yang tinggi diikuti Semporna, Lahad Datu dan Kunak
Mengambil kira jumlah kes Covid-19 terbabit, kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan memutuskan untuk melaksanakan arahan PKPDB secara pentadbiran di kawasan-kawasan ini. Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah berkenaan serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.
Ads
Bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), pihak berkuasa tempatan (PBT) dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terbabit. Individu yang terlibat di 4 daerah ini diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa. Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu di talian 089-881255, Tawau (089-752222), Kunak (089-851222) dan Semporna (089-782020).
Ads
Manakala semua individu yang pulang dari Sabah akan menjalani saringan kesihatan Covid-19 di Pintu Masuk Antarabangsa bermula 27 September sehingga 10 Oktober.
Ads
Anda diwajibkan untuk memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk menggunakan aplikasi ini setibanya di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani saringan gejala jangkitan saluran pernafasan.
Anda juga akan menjalani ujian saringan pengesanan COVID-19 sejurus tiba di Pintu Masuk Antarabangsa dan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO).
Semua individu di Pintu Masuk Antarabangsa akan diberi surat HSO, dan dipakaikan gelang kuarantin.
Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di pintu masuk sehingga keputusan makmal diperolehi. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif COVID-19.
Sekiranya terdapat individu yang perlu meneruskan perjalanan ke rumah masing-masing dengan menaiki kenderaan awam seperti teksi dan khidmat e-hailing, surat kebenaran untuk ke alamat yang ditetapkan akan diberikan pada hari berkenaan.
Sekiranya individu berkenaan mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dalam tempoh 14 hari dari tarikh pulang, individu berkenaan perlu menjalani saringan ulangan bagi COVID-19.
Saringan ke atas individu (warga negara dan bukan warga negara) yang pulang dari Sabah ini dikecualikan daripada caj ujian COVID-19.
image via google | sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
AirAsia telah memperkenalkan teknologi pemeriksaan keselamatan berdasarkan sistem pengecaman wajah di balai berlepas beberapa lapangan terbang terpilih.
Terbaru AirAsia telah melancarkan sistem tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Avalon, Melbourne. Sistem yang dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat penerbangan tambang rendah yang dikenali sebagai Fast Airport Clearance Experience System (FACES), di lapangan terbang itu menjadi laluan rentas sempadan pertama yang menawarkan perkhidmatan pengecaman wajah secara biometrik.
FACES adalah sistem daftar masuk layan diri pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi pengecaman wajah. Penumpang boleh menaiki penerbangan tanpa mengemukakan dokumen perjalanan selepas melakukan proses pendaftaran masuk.
Penumpang hanya perlu mengimbas muka mereka dalam aplikasi FACES di kiosk pintu pelepasan untuk pengesahan identiti dan terus masuk ke pesawat.
Aplikasi FACES sudah dilaksanakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Ia mendapat reaksi positif daripada penumpang, malah AirAsia bercadang untuk memperluaskan kemudahan ini ke lapangan terbang domestik seluruh negara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Beberapa jalan di sekitar George Town akan ditutup sementara susulan penganjuran beberapa program di negeri ini pada Jumaat hingga Ahad ini (6 Mac -8 Mac 2020).
foto: shutterstock
Majlis Bandaraya Pulau Pinang memaklumkan penutupan jalan akan bermula pukul 5 petang pada 6 Mac hingga 11 malam, 8 Mac sempena sambutan perayaan Penang Yasakoi, Hari Wanita Sedunia dan Pelancaran Projek Pusat Transit Gelandangan.
Antara jalan yang ditutup sempena sambutan perayaan Penang Yasakoi adalah:
foto: finding beyond
Jalan Padang Kota Lama dan Lebuh Duke yang akan ditutup bermula pukul 5 petang (6 Mac) hingga 12 tengah malam (7 Mac)
Lebuh Light (dari Bulatan King Edward hingga Jalan Masjid Kapitan Keling)
Lebuh Penang (dari Lebuh Light hingga Lebuh Union) dan Lebuh King (dari Lebuh Light hingga Lebuh Bishop) masing-masing akan ditutup mulai 5 petang hingga 11 malam pada 7 Mac.
Jalan C.Y. Choy (dari Jalan Lim Chwee Leong ke Jalan Magazine) akan ditutup mulai 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari pada 7 Mac sempena pelancaran projek Pusat Transit Gelandangan
Jalan Padang Kota Lama dan Lebuh Duke ditutup dari 12.01 tengah malam hingga 11 malam pada 8 Mac bagi sambutan Hari Wanita Sedunia.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Pulau Pinang di talian 04-259 2071, 04-259 2220 atau 04-259 2247.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Kalau berpeluang menyaksikan pertunjukkan sarkas, selalunya persembahan akan diselang-selikan dengan kemunculan pelbagai jenis haiwan untuk menghiburkan hati penonton. Dahulu kemunculan tapak sarkas sentiasa dinantikan oleh penduduk kerana itu salah satu sumber hiburan yang ada ketika itu.
Disebalik keseronokkan melihat haiwan-haiwan tersebut menghiburkan penonton dengan keletah yang comel dan bijak, sebenarnya mereka terseksa. Namun, seiring dengan peredaran masa, penonton sudah menolak untuk menonton persembahan sarkas kerana ramai telah membuka mata dan peka dengan kekejaman yang berlaku terhadap haiwan dalam industri itu. Di United Kingdom, undang-undang telah menetapkan untuk mengharamkan penggunaan haiwan sebenar menjelang tahun 2020.
Terbaharu, Sarkas Roncalli di Jerman menghapuskan tradisi penggunaan haiwan dalam persembahan mereka. Lebih menarik, mereka menggunakan teknologi hologram bagi menjana imej haiwan untuk dipertontonkan kepada orang ramai.
Sarkas Roncalli mula beroperasi sejak 1976 namun mereka kini komited dalam melaksanakan perubahan. Malah, mereka juga mahu membanteras kekejaman haiwan dalam industri itu. Tindakan berani Roncalli turut menerima maklum balas positif dan mendapat sokongan daripada ramai selebriti terkenal yang datang menyaksikan persembahan.
Pertunjukan Sarkas Roncalli masih melibatkan haiwan sebenar tetapi tidak banyak, hanya beberapa persembahan ringkas.
Lompatan gelung berapi dan akrobat masih dikekalkan seperti kebiasaannya dan buat julung kalinya di dunia sarkis persembahan imej haiwan dipersembahkan dalam imej holografik 3D dari projektor.
#CyberpunkisNow Holographic Circus – Circus Roncalli is a German circus founded in 1976.
Optima created a system for the circus that fills the 32m wide x 5m deep circus arena with a holographic show with 360° visibility.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...