Anda ada plan nak ke Lumut atau Pulau Pangkor tak akan datang? Sekiranya ada, Libur cadangkan kepada anda satu kedai ni kalau nak beli ikan bilis mata biru atau produk-produk makanan laut yang lain sebagai buah tangan.
Senang je kalau nak ke kedai-kedai ni. Kalau Waze tu, cari saja Jalan Titi Panjang. Waze akan terus bawa anda ke destinasi.
Kedai dia ada banyak gila barang-barang makanan laut yang korang boleh pilih daripada sate ikan, sotong kering gula sampailah ke ikan bilis mata biru. Ikan bilis mata biru kan mahal sebab ikan bilis jenis gred A, sedap la nak buat masak. Jadi dekat kawasan ni ada jual semua benda.
Ads
Kedai Hasil Laut Jamilah di Lumut, Perak.
Harga pun berpatutan dan kalau nak datang, boleh datang seawal pukul 8 pagi sampai 11:30 malam setiap hari. Kalau boleh datang awal la sebab kedai dia ramai gila orang datang. Jadi kalau tak nak bersesak sangat, boleh datang awal. Kedai dia tak ada la sesak padat sampai tak boleh jalan. Ada saja ruang untuk anda shopping macam biasa tapi ramai orang yang datang, tu je.
Ads
Lagi satu tip nak ke sini, stand-by la secekak duit kertas. Haha, confirm banyak barang yang anda akan amik kalau ke sini. Tempoh hari Libur spend dalam RM50 dapat sebakul penuh makanan laut macam sotong kering (pelbagai jenis), sate ikan dan keropok.
Ads
Haa dan lagi satu, nak ke sini, make sure bersedia untuk cari tempat parking yang selesa untuk anda dan keluarga. Kedai dia betul-betul terletak sebelah jalan besar. Parking limited. So beware kalau anda bawa anak-anak yang suka main lari-lari berkeliaran ya.
Anyhow, happy shopping!
Ada banyak jenis produk hasil laut yang dijual di sini.Ini la antara produk hasil laut yang dijual. Sotong kering ni best gila makan sambil drive.Yang ini jenis lain pula. Semua ni Libur beli tapi campur-campur la. Jadi dapat rasa semua.Selain daripada ikan bilis, nak beli ikan masin dekat sini pun ada dijual.Ini la yang orang tercari-cari tu. Ikan bilis. Mak-mak atau isteri-isteri suka la beli ikan bilis ni nak buat masak. Cik abang tu pun jangan la buat keras je, tolong la bayarkan.. hehe..
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Digelar Maldives of Thailand, trip ke Koh Lipe yang terletak di Selatan Thailand ini terletak tidak jauh dari sempadan Malaysia. Sering menjadi destinasi percutian kerana pulau yang cantik dan laut membiru, bajet yang diperlukan untuk sampai ke sini pun tidaklah begitu mahal.
Gemar bercuti di kawasan pantai dan pulau, Nur Amalina Athman berkongsi trip terbarunya ke pulau yang mendapat julukan Maldives of Thailand ini. tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana low season di sana, wanita ini tak menyangka apa yang dilihatnya bila saja bot melabuhkan sauh di pulau tersebut.
Ternyata apa yang diuar-uarkan benar belaka, pulau ini memang cantik. Dikelilingi pantai dengan pasir yang putih dan air laut membiru. Cukup sesuai untuk traveler yang ingin bercuti daripada kesibukan kota.
Turut berkongsi kos pengangkutan yang diperlukan untuk sampai ke sana, Nur Amalina menyatakan paling minimum RM500-RM700 diperlukan untuk habiskan percutian 3 hari 2 malam di sana.
Ikuti perkongsiannya:
Maldives of Thailand
Koh Lipe
Orang kata tempat ni dipanggil Maldives of Thailand. Cantik sangat ka sampai disamakan dengan Maldives ni?
Tapi, bila survey pulak macam biasa-biasa ja.
Okay, takpa p jelahhh. Less than seminggu baru booking. Sebab urgent nak sangat beach sebelum masuk bulan Ogos. Jadinya, expectation pun biasa-biasa je lahh. Tambah pulak sekarang ni low season.
Tempoh perjalanan:
Dannok – Hatyai (1jam perjalanan)
Hatyai – Pak Bara Pier (2jam perjalanan)
Pak Bara Pier – Koh Lipe (1jam 30minit pergi/1jam 15minit balik)
Dalam speedboat tu asyik tengok jam ja bila lah nak sampai. Sekali tengok, baru setengah jam. Kali kedua tengok, eh baru sejam. Okay setengah jam lagi nak sampai. Tak lama lepas tu, okayy dah nampak pulau menandakan dah hampir sampai.
Dan lepas ja speedboat dah berhenti kat pulau ni, tengok sekeliling, SubhanAllah. Macam ni ke Koh Lipe? Patutlah orang panggil Maldives of Thailand. Cantik sangat. Pantai landai dengan pasir putih dan biru air lautnya.
Transport:
RM100/van
Join van Hatyai – Pak Bara Pier (pergi dan balik)
Speedboat Pak Bara Pier – Koh Lipe – Pak Bara Pier (return)
P/S: Tak adil rasanya kalau bagitau total budget. Ia mungkin tak sama bergantung kepada tempat penginapan yang kita nak bermalam. Sama ada awak nak cari penginapan tepi pantai, hadap laut, rumah kayu bertingkat, bilik atas bukit, bilik ada pool ada jacuzzi, bath tub, villa bilik besar atau langsung tak kisah asal boleh bermalam.
Apa yang pasti, untuk dapat view macamni, duduk dekat sebuah pulau kecil Paper Island (Koh Lipe), boleh je pergi ikut berapa awak sanggup spend dan dengan berapa ramai awak pergi. Tapi kalau tanya minimum, berkemungkinan 500-700 pun dah cukup untuk 3 hari 2 malam.
Tokyo, Bandar maju yang terkenal dengan kebersihan dan kecanggihan teknologi. Kos hidup di sana memang tinggi, namun ada cara untuk melancong secara murah di sana.
Rate tukar : 1000yen = RM39.57 Tiket Flight : KL-Haneda-KL RM630 Pocket Wifi : RM90/6hari dari HIS Travel Tiket Disneysea : RM310 dari HIS Travel Subway pass : 72hours 1500yen + 48hours 1200yen Pasmo card : 4000yen Penginapan : Khaosan Tokyo Original, Asakusa 20000yen/4nights.Private room untuk 2orang Travel Insurance : RM58 dari Lonpac Insurance
Sampai terus beli subway pass & pasmo card dekat Japan Tourism Information Counter.
Overnite airport
Onigiri Tuna x 2 + Mineral = 330yen @family mart
Collect Disneysea ticket dekat HIS counter airport.
Dari Haneda Airport ke Asakusa Station (direct train guna subway pass + pasmo).
Drop beg dekat Khaosan Tokyo Original
Dari Asakusa station ke Shibuya Station (ginza line) – patung hatchiko, shibuya crossing
Dari Shibuya Station ke Meiji-Jingumae Station (fukutoshin line) – jalan area takeshita street,harajuku,makan luke’s lobster 1058yen,lawat meiji jingu shrine
Dari kokuritsu station ke aoyama-itchome station (Oedo Line) & transfer train dari aoyama-itchome station ke Asakusa station (ginza line)
rokok + air = 498yen @ family mart
check in Khaosan Tokyo Original
rent towel 100yen
Nasi Briyani (Brahim)
Nasi Goreng Ayam (Brahim) dari Asakusa station ke Higashi-Nihombashi station (Asakusa line) & transfer train dari Bakuro-Yokoyamata station ke Shinjuku station (Shinjuku line).Terus jalan kaki ke Shinjuku Ekspressway Bus Terminal.
Dari shinjuku ekpressway bus terminal ke kawaguchiko station 3500 yen round trip bus.reserve online dari Malaysia (http://highway-buses.jp/).Bayar dekat sana.Perjalanan dalam 1jam 45minit.
Bila sampai kawaguchiko station ambil shibazakura liner (round trip bus+entrance fees fuji shibazakura festival 2000 yen).Perjalanan dalam 30minit.
onigiri salmon x2 + mineral = 380yen @ family mart
return back to Khaosan Tokyo Original.
mineral = 108 yen @ family mart
Nasi Briyani (Brahim)
Dari Asakusa station ke Oshiagee Skytree Station – view Tokyo Skytree malam2
Dari Oshiagee Skytree Station ke Asakusa Station
Asakusa – lawat sensoji temple & jalan2 area Nakamise street) sekai cafe, asakusa.burget set = 1300yen
Dari asakusa station ke ueno station (ginza line) -jalan2 ke ueno park & ameyoko street
Dari ueno station to akihabara station (hibiya line) – jalan2 di Akihabara
mineral 110yen
Dari suehirocho station ke asakusa station (ginza line)
laundry 100yen @ Khaosan Tokyo Original
saray kebab @ asakusa = 600yen
Nasi Briani (Brahim)
dari asakusa station ke Kyobashi station (ginza line).walk in ke tokyo station.
Dari tokyo station ke maihama station (JR Keiyo line) guna pasmo card
Dari Maihama Station ke disneysea (disney monorail) guna pasmo card.
Disneysea Theme Park – Lebih 8jam main ride & pusing seluruh Disneysea sampai puas.
Balik pulak, dari disneysea (disney monorail) ke Maihama Station guna pasmo card.Terfikir pulak nak singgah ueno makan chicken man so dari maihama station ke hotchoburi station (JR Keiyo line) guna pasmo card.
Dari hotchoburi station ke ueno station (Hibiya Line)
chicken man 800 yen @ ameyoko street,ueno
Habis makan nak rest dulu so dari ueno station ke asakusa station (ginza line)
Mandi siap2 @ Khaosan Tokyo Original, Asakusa.Malam kita keluar ke Kabuchiko
Dari asakusa station ke ueno hirokoji station (ginza line) & transfer train dari ueno okachimachi ke shinjuku nishugishi (oedo line) – pusing area kabuchiko.red district area
return back to asakusa
saray kebab @ asakusa = 600yen
Nasi Goreng Ayam (Brahim)
check out.drop beg dekat khaosan tokyo original.petang pick up balik memandangkan flight balik 11.45pm
dari asakusa station ke daimon station (asakusa line) – view tokyo tower
dari akabanebashi station ke tochomae station (oedo line) – view tokyo metropolitan gov building
dari tochome station ke aoyama itchome station (oedo line) & transfer train dari aoyama intchome station ke ginza (ginza line) – pusing area Ginza
Dari higashi ginza station ke oshiagee skytree station (asakusa line) – nak cari tomica shop di tokyo skytree
Dari oshiagee skytree station to asakusa station (asakusa line) naritaya halal ramen 700yen @ asakusa
ambil beg di Khaosan Tokyo Original & terus ke airport
Dari asakusa station ke haneda airport (direct train guna subway pass + pasmo card)
haneda-kl (11.45mlm – 550am)
Jumlah perbelanjaan termasuk flight ticket : RM2106
Note :
1) Kalau nak stay area Asakusa, try book dekat Khaosan Tokyo Original, Asakusa.Dekat gila dengan train station Asakusa.Kami dapat bilik menghadap sumida river. Kalau nak ke Nakamise Street/ Sensoji Temple dah dekat sangat jalan kaki.
2) Nak balik KL, terus refund Pasmo Card dekat Haneda airport ade lagi balance dalam 2200++ yen.
3) Boleh turun kg kalau stay lama.turun naik train je.hehe
4) Pergi dua orang so kos penginapan dan wifi kita bahagi dua.Pocket wifi pun speed bagus.Boleh cari di HIS Travel sebelah Lot10.
5) Saya guna google maps & apps Tokyo Subway untuk cari lokasi & train. apps Halal Navi untuk makanan halal.
6) Disneysea wajib pergi. Saya pilih Disneysea berbanding Disneyland kerana sesuai untuk orang dewasa dan hanya satu di dunia.Banyak ride yg dapat main hari tu. Seeloknya pergi pagi2 lagi sebelum gate open 8.30am.Kami bertapak depan gate dalam pukul 7am.Train kat Japan dah start dalam pukul 5am. Saya guna pasmo card untuk train ke disneysea memandangkan train ke disneysea menggunakan JR Line.Saya guna subway pass sampai Tokyo Station sahaja.Dan dari Tokyo Station ke Maihama Station saya guna pasmo card memandangkan rangkaian train yang berlainan.Dari Maihama Station ke Disneysea boleh jalan kaki tapi dalam 1km or guna cara saya naik monorail Disney berhenti di stesen Disneysea guna pasmo card.
7) Fuji Shibazakura Festival buka antara bulan Apr-May setiap tahun.Kalau pergi Tokyo waktu ni singgah la.View memang sangat cantik.
8) Saya beli subway pass.Cover tempat2 menarik di Tokyo.Unlimited.Kalau salah train pun tak apa tak rugi.Contoh beli yang 72hours = 1500yen punya naikla seberapa banyak train dalam 72hours tu.Kalau tak banyak bergerak naik train dalam sehari just beli pasmo card @ macam touch n go dah memadai.
9) Nak save budget sikit, kami bawa makanan mcm brahim just panaskan dalam microwave je.Cari penginapan yg ada kemudahan microwave.dah jimat belanja sedikit sebanyak.
Japan memang best. Tak hairan aku akan kembali suatu hari nanti. Insya allah
Pulau Aur terletak di daerah Mersing, Johor merupakan antara pulau ‘hidden gem’ yang cukup mempersona.
Mungkin ramai yang tidak berapa tahu atau kenal dengan pulau ini kerana kurang mendapat promosi yang meluas. Tetapi percayalah, jika anda sudah menjejakkan kaki ke sini, pasti anda jatuh cinta dan berpuas hati memilih destinasi ini sebagai lokasi untuk bercuti.
Ingin tahu cara ke Pulau Aur ini? Ikuti tip dan panduan ke sini, perkongsian daripada saudari Aina Mardiah. Terbaiklah..
Tip tambahan:
You know yourself well. Sila persiapkan diri sebelum naik bot. Kebarangkalian untuk bertembung ombak besar adalah tinggi. Kalau badan lemau memang tak best nak buat aktiviti. Checklist:-
Let’s support local.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...