
Sebelum ini ramai ke Thailand untuk melihat kecantikan ladang bunga matahari, seakan menjadi ‘trend’ jika bercuti ke Lopburi sebuah daerah di Thailand.
Namun di negara kita juga telah muncul beberapa ladang bunga matahari ‘mini’ yang tidak kurang menariknya. Antaranya ladang bunga matahari yang terletak di negeri Perlis.
Lokasinya berada di Taman Ular dan Reptilia, Sungai Batu Pahat menjadi destinasi pilihan bagi pelancong domestik. Suasana indah berlatarkan panorama Banjaran Nakawan menerusi bukit Sungai Batu Pahat pastinya memukau para pengunjung yang ingin meluangkan masa di sini.
Bagi pencinta bunga matahari, ada lagi lokasi untuk menikmati keindahan flora berwarna kuning jingga tersebut. Anda boleh ke Sunflower Garden Bangan Datuk, Perak sekali gus menjadi lokasi terbaik untuk merakam kenangan sambil dikelilingi pokok bunga matahari yang kembang mekar.
Lokasi ini sangat dicadangkan untuk anda yang suka ‘berOOTD’ untuk dikongsi dalam media sosial. Tiket untuk masuk ke ladang bunga matahari ini juga berpatutan, hanya RM10 seorang.
Alamat: Sunflower Garden. A128, Bagan Sungai Burung, 36100 Bagan Datuk, Perak.
Waktu Operasi: 8 pagi – 7 mlm
Tiket Masuk:
RM 13 (Dewasa)
RM 10 (7 – 12 thn)
RM 5(3 – 6 thn)
- Parkir: Percuma
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Puas 3Hari 2Malam Staycation Ke Semporna & Pulau Mabul. Ini 10 Tempat Boleh Pergi Kalau Korang Ke Sana!

Nampaknya sejak Sabah sudah boleh dibuka kepada pengunjung, ramai mengambil kesempatan untuk bercuti di negeri bawah bayu ini.
Bukan hanya tertumpu di pusat bandar, Kundasang, Gunung Kinabalu, tetapi Sabah juga turut terkenal dengan keindahan pulau sekitarnya.
Perkongsian yang bercuti selama 3 hari dua malam di Pulau Mabul dan Semporna tetapi banyak tempat yang menarik sempat dilawati. Ayuh ikuti perkongsian Muhammad Hafizu Aiman Jusoh dari sahabat Backpacker Buddies Malaysia.
Cerita : Pulau Mabul + Semporna [3 Hari 2 malam]
Flight sampai jam 8 pagi di Airport Tawau, airport Tawau ke Semporna 1jam. Boat ke Pulau Mabul ada jam 9pagi & 5 petang. Kami memilih untuk masuk ke sana belah petang agar dapat pusing-pusing Semporna dahulu.


Antara yang menarik di Semporna :
1. Starbuck Semporna. (Menarik)
Merata di Malaya(semenanjung) Starbuck ini, tapi special di sini adalah pemandangan dari Starbuck adalah Laut dan Pulau. Kebetulan kami pergi sebelum waktu rehat, maka orang tidak ramai. Kalau datang jam 11 pagi ketas, fuhh!! Penuh orang beratur nak masuk sana. Hilang mood tenang kat situ.


2. Mydin Lounge (Menarik)
Makan tengah hari kat sini harga dia biasa. Standar makan seafood. View dia cantik. Kami datang tengah hari, maka nampak lah pulau sekitar dia.
3. Masjid Semporna (tutup, renovasi)
4. Dragon Inn (Menarik)
Sini bayaran dia RM3. Dapat lihat ikan sebesar kanak-kanak. Dan sini juga jeti kami untuk ke Pulau Mabul.
5. Pulau Mabul (sangat menarik)
Kami pilih Mabul Backpackers (sangat menarik) sebagai penginapan kami, sebab sini paling murah dan ini yang di cadangkan oleh senior kami yang bekerja kat sini.


Apa yang best dini sini? Saya bagi 4.5 bintang. Semua best. Snorkeling free, kayak free, PA System Free, lunch, breakfast dan dinner include harga bilik dah, boleh terus ke SK Pulau Mabul, boleh akses ke perkampungan Pulau Mabul terus. Kenapa 4.5 bintang? Sebab kami pilih bilik dorm jadi kena kongsi tandas. Kalau bilik sea view, baru tandas sendiri.
Rezeki: kalau ada rezeki jumpa Penyu, ikan pari petak (stingray kot nama dia), dan lain2. Landak Laut dan Tapak Sulaiman xyah cakap lah. Bersepah-sepah.
Upah masak: Pelauh atau Palauh akan sentiasa datang jual seafood dengan sampan, boleh beli, harga? Ikut tawaran, dia letak memang mahal, ikut kita lah nak tawar macam mana. Lepas tu minta Mak Cik kantin masak, harga 10ekor ketam = Rm10. (Upah masak + barang2 dia sediakan), kalau banyak, ikut lah budi bicara nak bayar. Tak ada sifir.

6. Discover Scuba Diving (DSD) (sangat menarik)
DSD adalah skuba bagi orang yang tiada lesen. 1 kali harga bawah RM200. Kamera disediakan, mereka akan tangkap gambar kita.
Kalau ada lesen, bawah RM100 sahaja.


7. Pusing Pulau Mabul (Menarik)
Belah pagi, kami pusing pulau berjalan kaki, untuk melihat kehidupan orang sana, apa yang menarik, penyu main2 di pantai, macam penduduk situ dah, ada sarang penyu bertelur, boleh beli ikan Tuna segar dengan penduduk tempatan.
8. Pekan Semporna (Menarik)
Pasar Ikan, ada 2 tempat, 2-2 saya suka. Kecik sahaja, tapi memadai. saya suka ke pasar ikan ni, murah dan segar. Di sini lah saya beli Lobster Gergasi 2.3kg (2ekor) dan bawa balik Malaya. Hand luggage.


Beli polystyrene box kat pasar tu, saiz kecik, minta penjual Lobster isikan ais, masa nak Naik flight, saya ke tandas, buang air, sebab nak ringan. 2.5jam. sampai Johor, masih sejuk udangnya.
Harga Lobster? Ok, saya beli dengan Palauh di sini, harga ikut rundingan, harga market lobster hidup RM160/kg (sekilo=4 ekor, +- 250g seekor), dengan Palauh, dia tiada penimbang, ikut agak2 lah. Saya beli dua ekor Rm250. Sampai rumah, timbang, dapat 2.38kg. sekitar RM105/kg.
9. Hiking BUKIT PARAPAT (Menarik)
Kat sini member bawakan, harga RM3. Rendah, lagi rendah dari Bukit Broga. Bagi saya yang sukakan alam, saya kategorikan sangat menarik. Gambar dari drone pun lawa. Pakai phone biasa pun lawa.
Sini pun ada buat sewa Khemah untuk yang nak bermalam di atas bukit, Surau disediakan kat sini. Khemah siap pasang, tingal bawa bantal dan tilan sahaja. Silalah ke sana.
10. Pulau-Pulau Sekitar (Menarik)
Bohey Dulang, Tatangan, Mantabuan, Sibuan, Mataking, Timba Timba, Pom Pom dan lain-lagi. Tetapi kesemua pulau ini untuk balik hari.



Penginapan lain ada juga, Nusakuya Resort, water Banglo dan banyak lagi. Boleh pilih2 ikut poket sendiri.
Artikel Berkaitan:
Lokasi Peranginan Tanah Tinggi Menarik Di Malaysia, Mendamaikan & Pemandangan Luar Biasa!
Bukan Hanya Lokasi Tarikan Kaki Pancing, Tasik Kenyir Tawarkan Banyak Aktiviti Riadah Menarik!
Bagai Terbang Diawangan. Layan Aktiviti Lasak ‘Night Flying Fox’ Di Puncak Bukit Besi, KL!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Iceland, ‘Tanah Api & Tanah Icebergh’ Membentuk Destinasi Memukau

Percutian ke Iceland tidaklah murah namun pengalaman yang akan dirasai tersangatlah berbaloi dan tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Iceland dikenali dengan tanah api kerana suku daripada pulau ini adalah terdiri daripada gunung berapi aktif. Ianya juga dikenali sebagai tanah ais kerana mempunyai kawasan iceberg yang memukau.


Iceland terkenal sebagai salah sebuah destinasi pelancongan yang menawarkan satu pengembaraan yang berbeza. Iceland dikenali sebagai sebuah negara yang sejuk, namun kebanyakan air kolamnya adalah panas berikutan arus saliran gunung-gunung berapi.
Salah satu tempat pelancongan yang perlu dikunjungi ialah tapak perlindungan Iceland dikenali sebagai Blue Lagoon. Jangan terkejut jika melihat ramai pengunjung yang berendam di dalam kawasan lagun walaupun suhu ketika itu sangat sejuk.
Blue Lagoon terkenal sebagai destinasi bersantai yang tenang, mempunyai air berwarna biru dan apa yang menakjubkan airnya tidak sejuk, malah ianya panas.
Selain keunikan muka buminya, antara kelebihan Blue Lagoon yang menjadi perbualan ialah khasiat air takungan ini yang dikatakan sangat baik untuk kulit badan manusia. Disebabkan itu ia mula dibuka kepada umum sejak tahun 1976 lagi dengan tahap keselamatan ketika berada dikawasan ini sentiasa di jaga serta diuruskan dengan baik.
Awalnya, takungan ini terbentuk ketika operasi stesen jana kuasa Svartsengi di kawasan sama. Kebanyakan orang yang mandi di situ mula menyedari manfaat air berkenaan terhadap kulit antaranya masalah psoriasis yang dikatakan hilang. Masalah kulit seperti jeragat, panau dan menggelupas juga dikatakan hilang selepas beberapa hari berendam di kawasan ini.
Sumber Foto: Inhabitat.com
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Elak Lorong Belakang Sunyi, Artis Jalanan Lukis Bagi Nampak Ceria

Seorang artis jalanan yang menetap di New York, Tom Bob NYC telah memberi nafas baru persekitaran ‘tidak bernyawa’ kepada hasil seni yang ceria sekaligus menjadi tumpuan ramai.
Pada awalnya, Tom Bob hanya cuba menghidupkan suasana yang suram terutamanya lorong-lorong belakang yang gelap dengan warna-warna yang ceria. Ilham tersebut tercetus agar lorong yang sunyi tidak menjadi sesuatu tempat yang menakutkan dan tidak selamat untuk dilalui selain menjadi sarang untuk melakukan jenayah.
Tom Bob telah menukarkan objek yang ‘tidak dipandang’ kepada satu kehidupan dengan sentuhannya yang aneh. Dengan menggunakan cat semburan sahaja, segala imaginasi dan karektor pelbagai animasi mengubah jalan biasa dan dinding-dinding menjadi luar biasa. Bukan itu sahaja, malah rak basikal, paip air, kotak fius elektrik bertukar kepada seekor haiwan eksotik, makhluk fantastik, dan juga orang terkenal yang begitu comel.
Seni jalanan tersebut mendapat maklum balas positif dan tular di laman sosial. Ramai yang mengambil kesempatan untuk melihat dengan lebih dekat hasil kreativiti Tom Bob. Sehingga hari ini, lokasi-lokasi tersebut sering menjadi tumpuan ramai tidak kira penduduk tempatan dan juga pelancong untuk bergambar.
Lagi hasil Tom Bob yang dikongsikan di Instagram Tom Bob NYC
View this post on InstagramA post shared by Tom Bob (@tombobnyc) on
View this post on InstagramA post shared by Tom Bob (@tombobnyc) on
View this post on InstagramA post shared by Tom Bob (@tombobnyc) on
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI